Thursday, April 1, 2010

Aktiviti Hari Ini (1)....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....

Hari ini saya ada cerita sedikit mengenai program yang diketuai oleh saya sendiri iaitu University Social Responsability (USR@Melaka 2010). Insyaallah, ianya akan berlansung pada 2 hingga 6 Jun 2010 bertempat di Bukit Katil, Melaka.

Alhamdulillah, di atas kepercayaan yang diberikan oleh En.Sharil Abdullah terhadap diri saya dan Mohamad Hazrai untuk memegang amanah ini. Kami akan lakukan yang terbaik dan bersyukur juga ke Hadrat Ilahi dengan penyertaan yang diluar jangkaan iaitu sasaran awal program ini adalah 80 orang tetapi disebabkan permintaan yang tinggi dari mahasiswa membuatkan penyertaan terhadap program ini dilebihkan kepada 120 orang. Tetapi sampai masa penulisan ini ditulis, penyertaan yang diterima hampir mencecah 145 orang.... Ini menunjukkan bahawa transformasi yang dilakukan supaya melibatkan seluruh mahasiswa dalam program ini dianggap perubahan baru dalam aktiviti mahasiswa.

Saya juga ingin berterima kasih kepada timbalan-timbalan presiden persatuan pelajar yang memberi sokongan penuh terhadap program ini seperti PEHARTA, PEMKA, JKM KSJ, JKM KSS, KKDK, COMSTAR, JURUTEK, RIC, SMART, SHR, SRI dan sebagainya lagi. Itulah yang dinamakan semangat kerjasama dan "Team Work" ini yang membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Semoga kita semua terus berpimpin tangan seiring dalam merealisasikan program USR ini seperti yang dirancang.

Kepada semua peserta USR@Melaka ini, saya dari pihak urusetia mengharapkan komitmen yang tinggi dari anda semua. Semoga kita bersama merealisasikan impian kita dalam menjayakan program seperti yang akan memberikan satu transformasi pendidikan, dan sebagainya lagi di sekitar kawasan Bukit Katil, Melaka.

Apa-apa pun, doa dan sokongan dari semua pihak, pembaca blog ini, dan rakan-rakan seperjuangan amat diperlukan. Kita adalah generasi baru yang akan terus mewarisi tampuk kepimpinan negara akan datang. Pengalaman yang akan kita kutip di program ini dapat diguna pakai pada masa akan datang...

INSYAALLAH....

Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"





0 comments: