Monday, November 28, 2011

Zombijaya : Satu Fantasi Yang Cukup Menjadi...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hujung minggu ini aku luangkan masa-masa aku untuk baca buku-buku yang baru aku miliki. Dan hari ini aku baru habiskan sebuah buku yang begitu teruja untuk aku teruskan bacaan aku iaitu ZOMBIJAYA yang ditulis oleh Saudara Adib Zaini.

Pertama sekalinya, apa yang dapat aku katakan berkenaan dengan novel ini adalah ianya cukup membuatkan aku berada di dunia aku sendiri iatu Fantasi dan Imaginasi sepertimana aku menonton filem-filem berkisarkan zombie seperti Zombie Kampung Pisang, 28 Weeks Later dan sebagainya lagi.

Dan jalan ceritanya yang sukar untuk diduga membuatkan kita teragak-agak untuk membuat andaian sendiri. Apa yang dapat aku katakan, dengan watak seperti Nipis, dia mengajar bagaimana kita membuat penyesalan dahulu sebelum segala-galanya berubah hanya dengan sekelip mata.

Gaya bahasanya juga tidak memboringkan dan membuatkan kita akan terus leka dengan mukasurat-mukasurat yang seterusnya. Dan novel ini juga menjadi antara koleksi yang cukup menarik untuk aku jadikan ‘Mini Library Ajim’ di masa akan datang. Insyaallah…

Sebelum itu, aku nak kongsikan synopsis novel ZOMBIJAYA ini sebagai perkongsian dengan pembaca-pembaca blog saya semua…



Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?

Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri.

Mereka tidak tahu yang suasana mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah. Semua perlu mengadaptasi dalam dunia baru ini.
Berapa orangkah yang akan mati? Adakah yang mati akan kekal mati? Dan apakah yang menunggu mereka di Putrajaya nanti? Selamat datang ke ZOMBIJAYA.

*Insyaallah, saya sentiasa nantikan karya-karya imaginasi dan fantasi seperti novel ini… Hehehe… Buat filem pun best… =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Sunday, November 27, 2011

Kasino : Satu Perjudian Kehidupan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Setelah kepenatan mengadap tugasan akademik aku yang menggunakan perisian AUTOCAD untuk membuat Plan Akui bagi subjek Ukur Kadaster, aku sempat meluangkan masa aku dengan membaca sebuah buku tulisan Saudara Saifullizan Tahir yang bertajuk KASINO.


“Mohd Narcissus Yusof ialah seorang usahawan Bumiputera yang pantang dicabar. Dia berkebolehan, kacak serta selesa dengan gaya hidup yang mewah dan hedonis. Tetapi dirinya kini tersepit.

Apabila negeri di mana dia berniaga diambil alih oleh Pakatan Rakyat, sumber kewangannya tergugat. Lebih parah, dia kini terhutang RM3.8 juta kepada Kerajaan Negeri. Dia ada hanya 2 minggu untuk melangsaikannya atau padah, dihadapkan ke Badan Pencegah Rasuah.

Mohd Narcissus harus beradu dengan masa untuk menyelamatkan reputasi. Antara ikhtiarnya ialah dengan mencuba nasib di gelanggang judi antarabangsa. Nasib dunianya yang selama ini bergantung kepada tampuk kuasa politik semakin menghimpit. Di medan KASINO sebegini, kemuliaan hanyalah dari kemenangan.”

Setelah selesai membacanya dalam masa sehari, dapat aku katakan bahawa novel yang aku sedang baca ini cukup ‘straight to the point’. Tetapi gaya bahasanya juga ada kekadang cukup meleret-leret. Tapi aku tetap teruskan juga bacaanku.

Apa yang menariknya adalah berkaitan dengan watak utamanya sendiri iaitu Dato’ Mohd Narcissus Yussof. Kehidupan Dato’ Narcissus ini dapat dikatakan sebagai satu perjudian untuk dia teruskan kehidupan yang mendatang.

Dengan persekitaran yang elit serta penuh dengan unsur maksiat sedikit sebanyak menggambarkan betapa kuatnya elemen sedemikian secara realiti hari ini. Perempuan simpanan, perjudian, pergaduhan dan sebagainya dihidangkan tatkala menjadi latar kepada kehidupan Dato’ Narcissus yang diceritakan satu persatu mengikut bab. Setiap bab itu mewakili setiap hari yang dilalui olehnya.

Tetapi saya masih tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kejadian ketika di akhir bab novel ini yang secara tiba-tiba Projek Perasmian Marina diteruskan ? Errrmmm….

Apa-apa pun, novel ini sedikit sebanyak memberikan gambaran mudah apabila kita melalui hari-hari yang dikelilingi oleh pelbagai ragam orang. Ada yang jenisnya mengampu, ada juga yang jenisnya jujur. Tetapi apa yang dapat saya katakan adalah kejujuran yang digambarkan oleh watak utamanya ini. Sungguh realistik. TAHNIAH… =)

Sekian, Wallahua’lam… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Tanggal 27 November, Aku...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini, saya ingin kongsikan satu perkara yang saya simpan sebagai perkongsian dengan pembaca-pembaca semua. Tanggal 27 November 2011 merupakan satu tarikh yang cukup bermakna tetapi terpaksa saya lupakan kegembiraan itu untuk saya berdepan dengan tanggungjawab dan amanah yang saya pikul.

Sebenarnya tanggal 27 November 2011 itu adalah tarikh untuk saya berangkat ke Bandung, Indonesia dan tarikh Pertunangan Adik saya, Wan Mohd Aizzat. Tetapi disebabkan komitmen saya dengan akademik (assignment) dan program saya iaitu TRIP 2SGT TO PUTRAJAYA pada 30 November hingga 2 Disember 2011, terpaksa saya korbankan semua.

Memang berat sebenarnya untuk saya lepaskan semua itu tetapi harapan yang diberikan oleh rakan sekuliah saya, membuatkan saya serba salah sekiranya saya meninggalkan mereka tergapai-gapai keseorangan. Apa-apa pun, saya harapkan keputusan yang dibuat ini memperolehi kejayaan. Insyaallah…

Bila difikirkan kembali banyak kali saya tundakan pelbagai aktiviti semata-mata untuk berikan komitmen saya kepada Program Ke Bandung, Indonesia kerana ianya dirancang awal tahun ini bersama-sama dengan my team, Irfan, Aiman dan Nazriah… Tetapi sekarang ianya hancur sekelip mata. Apakan daya, saya hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Perancangan Tuhan itu lebih baik. Insyaallah…

Apa-apa pun, sebelum itu, saya ingin memohon maaf berbanyak-banyak kerana tidak dapat hadir ke Majlis Pertunangan Adik saya dengan pilihan hatinya serta kepada Encik Sharil, Irfan Shah, Aiman, Nazriah, Faiznur dan semuanya kerana tidak dapat turut serta dalam trip to Bandung. Jangan lupa belikan cenderamata untuk saya di sini. =)

Dan kepada pembaca blog saya pula, jangan lupa doakan kejayaan untuk program kelas saya yang pertama yang saya sendiri ketuai iaitu Program TRIP 2SGT TO PUTRAJAYA yang akan berlangsung di 4 tempat yang berbeza iaitu Perumahan Negara, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Perbadanan Putrajaya dan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Saturday, November 26, 2011

Wira Wirawati Malaysia dan Pemenang Pingat Emas di Sukan SEA Indonesia 2011...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pagi ini saya ingin kongsikan beberapa keping gambar Wira Wirawati Malaysia yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan SEA Indonesia 2011 serta senarai Pemenang Pingat Emas di Palembang dan Jakarta….































Sumber : Berita Harian.

SENARAI 30 PEMENANG PINGAT EMAS DI PALEMBANG:

MENEMBAK
1. Nur Suryani Mohamed Taibi – (50m rifle 3-position wanita dan 10m Air Rifle wanita)

OLAHRAGA
1. Tan Song Hwa – (baling tukul besi wanita)
2. Teoh Boon Lim – (20km jalan kaki lelaki)
3. Lee Hup Wei – (lompat tinggi lelaki)
4. Muhamad Yunus Lasalleh/ M. Partiban/ P. Yuvanraaj/ S. Kannathasan – (4x400m lari berganti-ganti)
5. Noraseela Khalid – (400m berpagar)
6. Roslinda Samsu – (lompat bergalah wanita)

TERJUN
1. Leong Mun Yee/Ng Yan Tee – (3m papan anjal seirama wanita)
2. Yeoh Ken Nee/Bryan Nickson Lomas – (3m papan anjal seirama lelaki)
3. Leong Mun Yee/Traisy Vivien Tukiet – (10m platform seirama wanita)
4. Cheong Jun Hoong – (3m papan anjal wanita)
5. Bryan Nickson Lomas – (10m platform lelaki)
6. Yeoh Ken Nee – (3m papan anjal lelaki)
7. Pandelela Rinong Pamg – (10m platform wanita)

RENANG
1. Khoo Cai Lin – (800m gaya bebas wanita)
2. Kevin Yeap – (400m gaya bebas lelaki)
3. Siow Yi Ting – (100m kuak dada wanita)
4. Siow Yi Ting – (200m kuak dada wanita)
5. Christina Loh – (50m kuak dada wanita)

SNOOKER
1. Sam Chong/ Thor Chuan Leong – (beregu lelaki)

LUNCUR AIR
1. Philippa Yoong – (slalom wanita dan keseluruhan wanita)
2. Aaliyah Yoong – (tricks wanita)
3. Alex Yoong – (keseluruhan lelaki)

RENANG BERIRAMA
1. Katrina Ann Abdul Hadi/ Shareen Hui – (rutin teknikal duet dan rutin bebas duet)
2. Renang berirama – (rutin teknikal berpasukan , rutin bebas berpasukan dan rutin kombinasi)

SENARAI 29 PEMENANG PINGAT EMAS DI JAKARTA:

LAWAN PEDANG
1. Joshua Koh I Jie – (Epee Individu Lelaki)
2. Liong Ming Cheng/Nurul Ariezzat Nazreen Ismail/Muhammad Radhi Hashim/Yu Peng Kean – (Sabree Berpasukan Lelaki)

KARATE DO
1. Shaharudin Jamaludin – (Kumite Individu Lelaki bawah 75kg)
2. Loganeshaa Rao Ramarow – (Kumite Individu Lelaki bawah 55kg)
3. Yamini Gopalasamy – (Kumite Individu Wanita bawah 61kg)
4. Teagarajan Kunasakaran – (Kumite Individual Lelaki bawah 84kg)

MEMANAH
1. Cheng Chu Sian – (Recurve Individu Lelaki)
2. Cheng Chu Sian/Khairul Anuar Mohamad/Haziq Kamarudin – (Recurve Berpasukan Lelaki)

TENPIN BOLING
1. Zandra Aziela Ibarahim Hakimi/Jacqueline Jenele Sijore – (Bergu Wanita)
2. Alex Liew/Adrian Ang – (Bergu Lelaki)
3. Alex Liew/Adrian Ang/Zulmazran Zulkifli – Tenpin Boling (Trio Berpasukan Lelaki)
4. Alex Liew/Andrian Ang/Nur Aiman/Syafiq Ridhwan/Zulmazran Zulkifli – (Lima Berpasukan Lelaki)
5. Adrian Ang – (Master Lelaki)

AKUATIK OPEN WATER
1. Heidi Gan – (5km Renang Terbuka Wanita dan 10km Renang Terbuka Wanita)

PENCAK SILAT
1. Ahmad Shahril Zailudin – (Putera D 60-65kg)
2. Mohd Al-Juferi Jameri – (Putera E 65-70kg)
3. Mohd Fauzi Khalid – (Putera E 70-75kg)

WUSHU
1. Lee Yang – (Disiplin Taijiquan dan Taijijian Individu Lelaki)
2. Kevan Cheah Peng Heng – (Disiplin Nandau dan Nangun Individu Lelaki)
3. Tai Cheau Xuen – (Disiplin Nandau dan Nangun Individu Wanita)

BERBASIKAL TREK
1. Fatehah Mustapa – (500m Individu Time Trial Wanita dan 200m Individu Sprint Wanita)
2. Fatehah Mustapa/Jupha Somnet – (Sprint Berpasukan Wanita)
3. Hariff Salleh – (Scratch Race Individu Lelaki)
4. Amir Mustafa Rusli/Mohammad Akmal Amrun/Mohd Harrif Salleh/Muhamad Adi Husainie Othman – (4km Pursuit Berpasukan Lelaki)
5. Mohamaf Hafiz Mohd Sufian – (Omnium Individu Lelaki)
6. Muhammad Edrus Md Yunos – (200m Sprint Individu Lelaki)

BOLA SEPAK
Malaysia – (Berpasukan Lelaki)

Sumber : The Sea Games 2011

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, November 25, 2011

Pelajar IPT Boleh Berpolitik...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengotakan janjinya untuk lebih terbuka memberi kebebasan kepada rakyat dengan mengumumkan hasrat kerajaan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 yang akan membenarkan penuntut mencapai usia 21 tahun menyertai parti politik.

Namun, bagi menjaga kepentingan peranan universiti sebagai institusi pendidikan, politik kepartian dilarang dibawa ke dalam kampus.

Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan sebagai menghormati hak Perlembagaan mahasiswa negara yang kebanyakannya sudah mencapai umur baligh undang-undang atau 'age of majority'.

“Kerajaan akan membenarkan mereka menjadi ahli politik, tetapi bertegas tidak akan sekali-kali membenarkan politik kepartian dibawa ke dalam mana-mana kampus,” katanya ketika membentangkan usul pembatalan Proklamasi Darurat, di Parlimen semalam.

Beliau juga berkata, kerajaan percaya terhadap kematangan dan kebijaksanaan mahasiswa dan mahasiswi di negara ini.

“Ia sejajar dengan semangat pembaharuan undang-undang negara supaya selaras kehendak semasa dan mengukuhkan lagi usaha kerajaan memastikan negara sentiasa ke hadapan, mengimbangi antara keselamatan kebangsaan dan kebebasan individu,” katanya.

Najib juga menjelaskan kerajaan pada prinsipnya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
“Ini kerana keputusan mahkamah itu mempunyai implikasi terhadap prinsip undang-undang negara,” katanya.

Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 15 (5) (a) AUKU yang melarang penuntut universiti menyertai politik bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta menyekat kebebasan bersuara pelajar.

Sumber : Berita Harian

‘Pelajar IPT Boleh Berpolitik’ itu yang hangat diperkatakan sekarang dan terhidang meluas di dada akhbar dan sebagainya. Saya juga sebagai seorang mahasiswa menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan ini berkenaan dengan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1974.

Sebagai mahasiswa yang berumur lebih 21 tahun, saya merasakan ianya sebagai keputusan yang cukup baik dibuat oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Kita acapkali mendengar rintihan dan desakan dari pelbagai pihak yang merungut dan mempertikaikan mengenai Seksyen 15 AUKU 1974 ini.

Keputusan yang dibuat seharusnya menjadi satu transformasi baru supaya setiap mahasiswa yang berumur melebihi 21 Tahun berhak untuk memilih hobi atau hala tuju yang diingini tatkala penglibatan dengan politik luar di luar kampus.

Saya juga amat bersetuju dengan keputusan Kerajaan agar politik kepartian dilarang dibawa ke dalam kampus atas alasan sebagai menjaga peranan universiti sebagai medan bagi memperolehi ilmu-ilmu akademik dan sebagainya.

Sekarang ini juga kita dapat melihat pelbagai reaksi dan maklum balas dari kalangan mahasiswa terhadap isu ini. Ada yang bersetuju kegembiraan dan ada juga yang membantah. Tapi apa yang dapat saya katakan ianya sebagai langkah awal untuk kita memastikan bahawa peranan mahasiswa itu sendiri dapat mengubah mengikut perubahan semasa.

Sekurang-kurangnya setiap mahasiswa itu dapat melihat sendiri pidato atau ucaptama dari orang-orang politik yang dikagumi samada di pihak Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat tanpa terikat dengan apa-apa undang-undang yang boleh membuat mereka digantung atau disabitkan dengan undang-undang universiti.

Banyak juga ahli-ahli politik Malaysia yang mengambil berat terhadap isu-isu yang melibatkan mahasiswa ini. YB Khairy Jamaluddin, YB Nurul Izzah Anwar, YB Dato’ Saifuddin Abdullah dan sebagainya lagi sentiasa kedengaran suara-suara pemimpin ini membahaskan atau memperkatakan apa saja perkara yang melibatkan mahasiswa.

Dan apa yang saya harapkan sekarang ini, setiap mahasiswa yang berkelayakan (umur 21 tahun ke atas), pilihlah apa yang terbaik untuk diri anda. Politik ini sebenarnya kadangkala dapat memperlihatkan anda dengan pelbagai jenis situasi yang membuatkan anda berfikir sama ada untuk memilih yang lurus ataupun yang bengkok.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Thursday, November 24, 2011

Calon SPM Ditangkap Khalwat...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Semalam (23 November 2011), saya ada mengeposkan satu entri bertajuk ‘Hilang Dua Hari, Hilang Dara’, dan hari ini sekali lagi perasaan sedih dan malu muncul kembali tatkala membaca berita yang bertajuk ‘Calon SPM Ditangkap Khalwat’.

Jika sebelum ini pelajar perempuan berumur 15 tahun dirogol dek terpedaya dengan kata-kata manis sang lelaki yang bak dewa kayangan. Kali ini seorang lagi pelajar perempuan yang juga merupakan seorang calon SPM dicekup khalwat dek ingin berehat dengan seorang duda beranak dua. Maklumat lanjut baca berita di bawah.

LEDANG – “Saya hanya berehat dan menonton televisyen di bilik ini.”

Demikian alasan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila dicekup berkhalwat bersama pasangannya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), awal pagi semalam.

Remaja perempuan berusia 17 dan pasangannya berusia 27 itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi ketika sedang berdua-duaan di dalam sebuah bilik di bengkel jentera di Serom 6, Sungai Mati, di sini.

Pelajar itu juga mendakwa dia datang ke bilik teman lelakinya itu sekadar untuk mengisi masa lapang kerana tiada kertas peperiksaan yang diduduki pada hari tersebut, selain akan pulang ke rumah di Muar sebaik sahaja selesai berehat di bilik itu.

Manakala, teman lelakinya adalah duda beranak dua dan baru sahaja bekerja di bengkel itu sejak sebulan lalu.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Zainal Kadiran memeriksa bilik di bengkel itu.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar dalam membuka pintu.

“Para penguat kuasa hanya me¬nunggu kira-kira dua minit sebelum lelaki itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan menemui seorang remaja perempuan memakai baju-T dan berseluar pendek sedang baring di atas tilam,” katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Sekali lagi saya nak ulang dan ingatkan sebagai tanggungjawab social saya terhadap isu-isu yang melibatkan belia remaja yang merupakan segenarasi dengan saya ini. Saya harap sangat, tolonglah berfikir panjang sebelum anda melakukan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syariat Islam…

Pesanan buat Kaum Hawa :
Percayalah… Sekiranya seseorang lelaki itu benar-benar ingin memperisterikanmu, dia takkan sentuhmu sesuka hati kerana dia tahu bahawa kesucian dirimu itu melambangkan kesetiaan dan kejujuran yang amat diinginkan oleh sang lelaki sepertinya. Percayalah… Cinta dan Kasih –Sayang itu bukannya seperti berpelukan atau menggadaikan maruahmu dan kewanitaanmu, tetapi cinta dan kasih sayang itu akan lahir dengan hati yang berpaksikan Cinta Kepada Allah…

Pesanan buat Kaum Adam :
Percayalah… Sekiranya kamu mempergunakan wanita-wanita diluarsana sesuka hati dan sekadar ingin melempiaskan nafsumu itu, ingatlah ‘ALLAH MAHA ADIL’…perbuatan itu sendiri akan memakan dirimu sendiri… Kamu mesti ingat, kamu ada Ibu, kamu ada Kakak dan kamu ada Adik Perempuan… Jangan selepas mereka-mereka ini menjadi mangsa sepertimana engkau menjadi pemangsa, engkau Baru Menyesal !

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Aku Permata...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Setiap orang ada kelebihannya masing-masing. Setiap orang ada kekurangannya juga. Ada yang berupa. Ada yang berharta. Ada yang cerdik pandai. Ada yang gila-gila. Semuanya itu bagaikan satu keistimewaan yang diberikan tuhan kepada mereka.

Di situasi yang berbeza, kita akan berdepan pula dengan pelbagi jenis ragam manusia. Ada yang baik. Ada yang nakal. Ada yang jahat. Ada yang berakhlak. Dan pelbagai lagi la. Situasi yang paling menyakitkan hati apabila kita berhadapan dengan perilaku yang tidak berperikemanusiaan oleh sahabat baik kita sendiri. Betul atau tidak? Anda sendiri akan lalui.

Biarlah diriku ini dianggap ‘bodoh’ tetapi aku sendiri tahu di siapa diriku !
Biarlah diriku diperlekeh sesuka hati tetapi aku sedar siapa diriku !
Biarlah aku dimalukan sedemikian rupa tetapi aku mengetahui siapa diriku !

Aku tahu apa yang bermain di fikiranmu wahai sahabat ! Kesunyian ? Aku tahu engkau dalam kesunyian sebab itu kesempatan selalu diambil olehmu. Mahukan kawan ? Aku tahu engkau perlukan kawan untuk membuktikan yang engkau ni seorang ‘mesra kawan’. Pandai ? Aku tahu engkau pandai sebab itu engkau sesuka hati memalukan orang. Popular ? AKu tahu itu yang engkau mahu sebab itu engkau selalu dengki dengan orang yang lebih darimu. Dan engkau akan jadi ‘Hero’ tatkala pertelingkahan berlaku yang berpunca sendiri dari dirimu.

Aku percaya :
ALLAH MAHA ADIL
ALLAH MAHA BERKUASA

Sekarang ini aku ingin kongsikan satu lirik yang cukup hebat dan baik. Ini sebagai perkongsian untuk kita sendiri mengenali dan melalui kehidupan yang berliku. Dan pesananku, janganlah kita tunduk dengan orang-orang sedemikian. Percayalah pada diri, bahawa kita mampu buktikan yang kita boleh ! Aku Permata. Kau Permata. Semuanya Permata. Terimalah AKU PERMATA.


AKU PERMATA.

Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar
Agar permataku terus bersinar

p/s : Suatu hari nanti, kau sendiri akan kenal siapa dirimu itu !

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Siapa Kekah Bidan Sepiah ?

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Alhamdulillah, dalam meneruskan kehidupan yang penuh berliku ini dapat jugak saya menghabiskan sebuah buku fiksyen santai yang diterbitkan oleh Syarikat Sindiket Sol-Jah yang tidak asing lagi di kalangan remaja hari ini iaitu buku ‘Siapa Kekah Bidan Sepiah?’.


Karya yang dituliskan oleh 10 orang penulis berlainan ini cukup santai dan bersahaja. Penulisan yang cukup ‘straight forward’ ini memberi gambaran mudah kepada remaja seperti saya. Dengan pelbagai elemen yang ditonjolkan membuatkan diriku sekali sekala tersenyum, seram dan pelbagai perasaan bercampur.

Apa yang dapat saya katakan terhadap buku ini adalah anda sebagai pembaca akan sentiasa tertanya-tanya siapakah sebenarnya Harimau Jadian yang mengekah Bidan Sepiah? Pelbagai watak ditonjolkan oleh setiap penulis bagi menggambarkan watak masing-masing serta penceritaan yang tersendiri.

Antara watak yang ditonjolkan dengan nama serta gelaran yang cukup pelik dan melucukan seperti Bidan Sepiah, Jali Lempoyang, Dukun Najri Kamarianto, Pak Akob Baju Kot, Leha Kebaya Jarang, Encik Renjer, Wak Karmon, Abdul Kadeer Kuti, Leman Kompang dan sebagainya lagi.

Mesti pembaca blog saya tertanya-tanya siapakah mereka yang disebutkan tadi kan? Kalau anda nak tahu, setiap watak itu ada perwatakan dan situasi yang berlaku yang akan membuatkan anda semua tertanya-tanya siapa sebenarnya yang terlibat dalam kematian Bidan Sepiah tersebut.

Buku ini seperti satu permainan yang cukup hebat untuk memastikan pembacanya berfikir secara logik siapa sebenarnya yang terlibat sebagai Harimau Jadian. Anda sendiri akan membuat pelbagai andaian sehabisnya anda membaca satu persatu bab yang tersedia dalam buku ini.

Apa-apa pun saya akan sentiasa menantikan karya-karya terkini dari Sindiket Sol-Jah ini. Tiga buah buku lagi dalam proses membacanya satu persatu. Insyaallah, sekiranya tiada aral melintang, saya akan cuba kongsikan isi kandungan buku-buku tersebut di masa akan datang. Insyaallah…

3.5 Bintang saya berikan kepada buku ‘Siapa Kekah Bidan Sepiah ? ini. 1.5bintang lagi saya simpan kerana saya sendiri masih tertanya-tanya, siapakah yang kekah Bidan Sepiah tersebut… Hahahaha… =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, November 23, 2011

Tujuh Keajaiban Baru Dunia...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini saya ingin kongsikan mengenai Tujuh Keajaiban Baru Dunia yang diambil dari Berita Harian sebagai perkongsian dengan pembaca blog saya semua… =) Nak tahu ? Jom ikuti bersama-sama k… =)

Tujuh Keajaiban Baru Dunia


Hutan Hujan Amazon, Brazil
Meliputi kawasan seluas 5,500,000 kilometer persegi dengan 7 juta kilometer persegi kawasan hutan mazon. Kawasan itu adalah separuh daripada hutan tropika yang masih kekal di dunia, dengan koleksi terbesar tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Kawasan berkenaan juga meliputi Lembangan Amazon dan suhu yang tinggi di kawasan berkenaan sesuai untuk pertumbuhan biodiversiti. Lembangan itu juga adalah yang terbesar di dunia dan paling bernilai di muka bumi.


Teluk Hualong, Vietnam
• Juga dikenali sebagai Ha Long Bay turut disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan menajdi destinasi pelancongan terkenal di Vietnam. Teluk ini dikeliling gunung batu kapur berusia beribu-ribu tahun yang boleh ditemui dalam pelbagai saiz dan bentuk. Ha Long Bay adalah pusat zon yang meliputi Teluk Bai long ke timur laut, dan Pulau Cat Ba di barat dayanya. Teluk ini meliputi kawasan seluas 1.553 kilometer persegi termasuk 1,960 hingga 2,000 pulau kecil, yang kebanyakannya adalah batu kapur. Daratan teluk adalah 334 kilometer persegi dengan kepadatan 775 pulau kecil. Di percayai usia batu kapur di teluk ini menjangkaui 500 juta tahun. Evolusi batu kapur di teluk ini mengambil masa 20 juta tahun kesan perubahan iklim tropika. Terdapat 14 spesies bunga dan 60 spesies fauna.


Air Terjun Iguaz, sempadan Argentina-Brazil
• Terletak di kawasan seluas 2.7 kilometer di sempadan dua negara ini. Pelancong boleh melihat 257 air terjun di sepanjang kawasan berkenaan yang mana dua pertiga daripadanya berada di Argentina. Air terjun ini menjadi destinasi wajib pengunjung ke negara Amerika Selatan itu. Air terjun utama yang menjadi tumpuan ramai dikenali sebagai ‘Devils Throat’ berbentuk U terletak di Brazil setinggi 82 meter, 150 meter lebar dan panjangnya 700 meter. Iguazu (Sungai Bing di Guarani) pula paling banyak dikunjungi dengan sejumlah kira-kira 2,000 spesies tumbuhan, 400 burung dan 70 mamalia didaftarkan di kawasan berkenaan.


Pulau Jeju, Korea Selatan
• Pulau terbesar dan terletak di timur laut negara itu, kaya dengan tarikan pelancongan kawasan gunung berapi dan tinggalan lava membeku. Pulau ini juga disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Pulau Jeju turut dikenali Jejudo. Menurut sejarah, Pulau Jeju terletak di Selat Korea di daerah Jeollanamdo sebelum berpisah menjadi daerah lain pada 1946. Ia pernah juga dikenali dengan pelbagai nama antaranya Doi, Dongyeongju, Juho, Tammora, Takra, Tamra. Antara tarikan utama pulau pelancongan ini adalah gua bawah tanah dan Taman Hallim serta Taman Bonsai yang berusia lebih 150 tahun. Pulau Jeju berkeluasan 73 kilometer x 41 km ini turut memiliki kawasan unik dikenali Mysterious Road yang mana barangan termasuk kereta boleh bergerak sendiri tanpa sebarang ‘kuasa,’ menaiki kawasan berbukit.


Taman Negara Komodo, Indonesia
• Taman ini terletak di Pulau Komodo iaitu salah satu daripada 17,508 pulau di Indonesia. Pulau ini terkenal bukan hanya warisan budaya tetapi spesies biawak dikenali komodo. Haiwan itu hanya boleh ditemui di Pulau Komodo dan binatang seperti cicak gergasi ini hidup berkeliaran di pulau itu selama lebih daripada empat juta tahun. Pulau ini ditemui kira-kira 100 tahun lalu. Terkini, dilaporkan kira-kira 4,000 biawak komodo hidup di tiga pulau selain Pulau Komodo iaitu Pulau Rinca dan Padar. Selain itu, Taman Negara Komodo kaya dengan terumbu karang dan kira-kira 50 tapak menyelam yang hebat dan menarik. Pada 1986, ia menjadi tapak Warisan Dunia UNESCO dan Rizab Manusia dan Biosfera. Selain komodo, di taman negara ini pelancong boleh melihat haiwan unik dan eksotik seperti ayam hutan berkaki jingga, tikus endemik dan rusa Timor. Lebih daripada 1000 spesies ikan, kira-kira 260 spesies batu karang, 70 spesies span laut dan dugong, ikan jerung, dan sekurang-kurangnya 14 spesies ikan paus, ikan lumba-lumba dan penyu laut ditemui di perairan taman negara ini.


Sungai Bawah Tanah, Puerto Princesa
• Sungai ini terletak di Taman Negara Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa terletak kira-kira 50 kilometer (30 batu) di utara pusat bandar Puerto Princesa, Palawan, Filipina. Taman negara terletak di Banjaran Gunung Saint Paul di pantai utara pulau itu. Ia bersempadan dengan St. Paul Bay ke utara dan di Timur Sungai Babuyan. Ia juga dikenali sebagai Taman bawah tanah Kebangsaan St. Paul River, atau Sungai Bawah Tanah St Paul dan tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1999. Taman Negara ini dikelilingi gunung batu kapur dengan sungai sejauh 8.2 dilayari kilometer bawah tanah. Satu yang menarik sungai bawah tanah ini ia mengalir di dalam gua sebelum terus ke Laut China Selatan. Sebelum Sungai Yucatan di Semenanjung Mexico, ditemui pada 2007, Sungai Bawah tanah Puerto Princesa dikatakan menjadi sungai bawah tanah terpanjang di dunia.


Table Mountain, Afrika Selatan
• Gunung berbentuk meja besar yang rata boleh dilihat di mana saja di Cape Town. Terletak di dalam Taman Negara Table Mountain, kawasan gunung itu saja dikelilingi lebih 1,500 spesies tumbuhan, manakala 2,285 spesies tumbuhan boleh ditemui di taman negara itu.

INFO: Yayasan New 7 Wonders of Natur
• Diasaskan pada 2001 oleh penerbit filem Bernard Weber di Zurich, Switzerland.
• Mengamalkan prinsip yang sama dalam penetapan tujuh keajaiban dunia pernah diumumkan sebelum ini termasuk Taj Mahal di India serta Piramid dan Giza di Mesir.

Sumber : Berita Harian

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Hilang Dua Hari, Hilang Dara...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

KAJANG: Kehilangan seorang remaja perempuan selama dua hari terjawab apabila dia bersama teman lelakinya terserempak dengan abang kandungnya ketika sedang bersarapan di sebuah restoran di Batu 9, Cheras, di sini, kira-kira jam 9 pagi kelmarin.

Lebih mengejutkan, adiknya yang berusia 15 tahun mengaku dia dirogol teman lelakinya itu di rumah sewa lelaki berkenaan di Bukit Belimbing, di sini, sejak melarikan diri Sabtu lalu.

Berang dengan pengakuan itu, abang mangsa kemudian membawa adiknya itu membuat laporan di Balai Polis Batu 9, Cheras sebelum teman lelakinya berusia 20 tahun ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, sebelum ditemui, mangsa dilaporkan melarikan diri dari rumah keluarganya dan usaha mengesannya dilakukan keluarganya.

Mangsa dikatakan terpedaya dengan ayat manis teman lelakinya yang mengajak bermalam di rumahnya dan meminta mangsa agar tidak bimbang.

“Termakan dengan pujuk rayu suspek, mangsa akhirnya bersetuju bermalam di rumah suspek tanpa memaklumkan kepada keluarganya.

“Melihat mangsa memasuki ‘jerat’, suspek kemudian mengambil kesempatan merogol mangsa sebanyak dua kali sepanjang mangsa berada di rumah sewanya,” katanya.

Beliau berkata, selepas merogol mangsa, suspek merayu kepada mangsa agar perbuatan terkutuknya itu tidak dimaklumkan kepada sesiapa terutama kepada keluarga mangsa kerana bimbang akan ditahan polis.

Bagaimanapun, usaha suspek menyembunyikan perbuatan kejinya itu tidak kesampaian apabila dia ditahan selepas abang mangsa memaksa mangsa untuk menceritakan kejadian sebenar sepanjang dia melarikan diri.

“Mangsa akhirnya akur dan mengaku dirogol suspek sebelum mangsa membuat laporan polis.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari kerana kesalahan merogol gadis bawah umur dan kini di tempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan sabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sumber : Metro Online

Melihat kepada situasi di atas, dapat saya katakan bahawa remaja hari ini cukup mudah untuk diperdaya, cukup mudah dimakan dengan pujuk rayu. Sedih… Pilu… dan pelbagai perasaan bercampur-baur apabila melihat satu-persatu remaja Islam diperdaya secara rakus.

Allah berfirman:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shalih dan nasihat-menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.”
(QS. Al-‘Ashr: 1-3)

Kita semua haruslah saling nasihat-menasihati antara satu sama lain. Perkara seperti ini bagaikan tiada kesudahan sekiranya semua pihak hanya endah tak endah sahaja dengan perkara-perkara yang melibatkan belia remaja Islam ini.

Pesanan buat kaum hawa :
Percayalah… Sekiranya seseorang lelaki itu benar-benar ingin memperisterikanmu, dia takkan sentuhmu sesuka hati kerana dia tahu bahawa kesucian dirimu itu melambangkan kesetiaan dan kejujuran yang amat diinginkan oleh sang lelaki sepertinya. Percayalah… Cinta dan Kasih –Sayang itu bukannya seperti berpelukan atau menggadaikan maruahmu dan kewanitaanmu, tetapi cinta dan kasih sayang itu akan lahir dengan hati yang berpaksikan Cinta Kepada Allah…

Pesanan buat Kaum Adam :
Percayalah… Sekiranya kamu mempergunakan wanita-wanita diluarsana sesuka hati dan sekadar ingin melempiaskan nafsumu itu, ingatlah ‘ALLAH MAHA ADIL’…perbuatan itu sendiri akan memakan dirimu sendiri… Kamu mesti ingat, kamu ada Ibu, kamu ada Kakak dan kamu ada Adik Perempuan… Jangan selepas mereka-mereka ini menjadi mangsa sepertimana engkau menjadi pemangsa, engkau Baru Menyesal !

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Tuesday, November 22, 2011

Hitam Putih : Catatan dan Pesanan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…


“HitamputiH – Catatan dan Pesanan : adalah seperti yang dinyatakan, sebuah himpunan catatan, pesanan dan olahan rasa yang diluahkan dalam sukatan yang sederhana buat anak-anaknya dan juga bagi mereka yang dikasihi. Kehidupan di dunia ini telah jelas hitam dan putihnya, hanya kita yang degil dengan tuntutan nafsu sehingga tercipta sebuah ruang kelabu yang baru dan sentiasa berubah-ubah. Atas kesedaran itu, kumpulan nota-nota ini juga merupakan sebuah penerokaan ruang kelabu dalam diri sendiri.

Ia dirupakan sebagai sebuah wasilah buat zurriyyatnya agar dapat mereka mengenalinya dengan lebih dekat selepas pemergiannya nanti.

Terkandung dalam butir-butir kata yang tersusun adalah pandangan beliau tentang keadaan dirinya sendiri dan tentang masyarakat sekelilingnya. Ia juga merupakan batu petanda bagi perjalanan hidupnya setakat ini ; segala kejayaan, kegagalan, perkara yang melahirkan kelucuan juga airmata turut dimuatkan dengan gayanya yang agak na’if (walau sudah berusia hampir 40 tahun).

Pada setiap kejadian, adalah sebuah kelahiran yang baru”

Mesti korang semua tertanya-tanya apa sebenarnya yang ingin diperkatakan oleh saya. Hitam ? Putih ? Apakah yang ada pada warna-warna tersebut? Baik ? Buruk ? Semuanya diungkapkan dengan kiasan berunsur nasihat yang cukup memikat.

Memang benar ! Semuanya harus difahami supaya kita tidak tergelincir dek nafsu yang semakin menguasai diri kita ini. Ada yang kita sangkakan ianya permata tetapi jadinya adalah sebaliknya. Atas kita untuk tentukan apa yang kita hendak redahi dan lalui. Semua itu merupakan percaturan yang cukup hebat.

Ada yang hanyut ! Ada yang masih bergantung ! Semuanya dek apa yang ingin kita lakukan. Semuanya berpunca dari diri kita sendiri. Setelah membaca satu-persatu mukasurat ‘Hitam Putih : Catatan dan Pesanan’ karya Saudara Taj Addin ini, cukup terasa di hati. Sungguh memilukan. Banyak input-input yang boleh diambil dari apa yang diperkatakan oleh Saudara Taj Addin.

Apa yang paling menarik perhatianku adalah mengenai ‘Wasiyyah Buat Zuriatku’ iaitu pesanan yang cukup bermakna buat anak-anak muda, belia remaja seperti saya. Pesanan ini walaupun dipandang endah tak endah tetapi cukup tersirat akan nasihatnya itu.

Apa-apa pun tak rugi sebenarnya membaca pandangan dan pendapat orang lain dalam mengharungi kehidupan yang penuh berliku ini. Setiap orang merasai kehidupannya masing-masing dengan cara yang berlainan. Ada yang kaya, ada yang miskin dan sebagainya lagi.

Setiap perkongsian itu cukup bermakna untuk individu seperti saya yang sentiasa dahagakan nasihat-nasihat untuk terus hidup dalam dunia yang sementara ini. Nasihat dan teguran itu sebenarnya melambangkan satu kebaikan untuk saya di masa hadapan. Insyaallah…

Tapi saya akan sentiasa berpegang dengan prinsip saya, biarlah saya seringkali didengki oleh manusia-manusia sekeliling yang sentiasa mengambil kesempatan ke atas kelemahan saya. Tapi saya buktikan yang saya akan mencapai apa yang saya impi. Insyaallah…

‘Malam itu, aku menangis setiap sedu sebaris puisi, setiap titis serangkap penyesalan…’

Sekian, Wallahua’lam… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Jeritan Hatiku...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Di sini saya akan kongsikan satu puisi yang berkaitan dengan ‘Hitam Putih Kehidupan’ yang diilhamkan dari penceritaan seseorang terhadapku… Puisi ini ada segelintirnya dikaitkan dengan diriku sendiri agar ianya menjadi lebih dekat dengan si pembaca untuk di hayati. Saya tak kisah apa yang akan pembaca katakana tetapi sekadar yang mampu saya katakana hanyalah, bacalah puisi ini…. Hehehe….

JERITAN HATIKU…

Betullah apa yang diberitahu padaku…
Jangan itu, jangan ini !
Tapi ? Aku endahkan !
Buat itu, buat ini…
Aku tak tahu yang itu semua akan bawa malapetaka semuanya…
Sakit ! Pedih !
Itu yang perlu aku lalui…
Itu semua aku perlu redahi…

Tapi, di mana aku nak mengadu ?
Mendengar apa sebenarnya yang ingin aku perkatakan…
Mendengar rintihan dari insan sepertiku…
Semua kata aku puncanya
Memang… memang aku puncanya !
Puas hati?

Patutnya dengar dulu penjelasanku…
Mendengar bulat-bulat dari sebelah pihak
Tapi tidak mendengar dari pihakku…
Adilkah semua ini?
Inikah yang dinamakan ‘Keadilan’ ?

Aku sendiri dah nekad
Yang aku takkan masuk campur lagi
Dengan semua ini…
Aku nak hidup dalam dunia aku sendiri…
Biarlah aku dipandang jelik, diherdik dan bersendirian
Yang penting aku tahu sapa diriku

Aku sendiri pun dah tak kuat lagi nak pertahankan diriku
Nak menangkan aku ?
Semua tu bagai mimpi sahaja
Apa yang patut aku buat
Teruskan saja langkahku…
Agar tidak terus sakit dengan semua ini
Permainan yang cukup berliku…

*Mengharapkan keadilan menjadi asas kepada setiap tingkah laku kita, jangan disebabkan atas dasar kepentingan diri sendiri, kita menganiaya dan mengambil kesempatan ke atas orang lain… Percayalah ALLAH MAHA ADIL….

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Ngeri : Sungguh Mengerikan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Kesibukan yang tak menentu ini, tiada alasan untuk aku meneruskan bacaan aku terhadap sebuah novel yang cukup menarik perhatianku iaitu noval ‘NGERI’ karya Saudari Gina Yap Lai Yoong yang diterbitkan oleh Syarikat FIXI.



“Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis.

Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh professor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka.

Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang daripada mereka?”

Itu hanyalah synopsis yang dapat ditunjukkan dari keseluruhan penceritaan novel ini. 4 Kes yang akan membuatkan diri anda sebagai pembaca meremang bulu romanya dan berfikir siapa sebenarnya yang terlibat dengan kes pembunuhan tersebut. 4 Kes tersebut ialah
1. Pembunuh Ais Beku
2. Pencinta Pinocchio
3. Harta Karun Manusia
4. Terperangkap Dalam Rumah

Semuanya melibatkan pembunuhan dan penyeksaan yang cukup kejam ! Sejujurnya novel ini cukup best dan mempunyai keistimewaan tersendiri dengan gaya bahasanya yang bersahaja dan mudah difahami.

Saya cadangkan sekiranya mana-mana produksi filem yang belum membaca novel ini, anda perlulah membacanya dan perlu diangkat ke layar perak sebagai satu fenomena baru yang perlu kita tembusi akan pasaran baru dalam genre yang perlu diperkenalkan di Malaysia ini.

Kepada peminat novel cinta, anda perlu cuba alihkan perhatian korang semua terhadap novel ini sebagai sebuah novel yang perlu korang baca ! Memang akan puas hati !

Jika ditanya mengenai bintang, selayaknya saya memberi 4.5 bintang atas penceritaanya yang cukup membuatkan saya menghabiskan bacaan saya hanya dalam masa sehari. Sekali ada baca di 2-3 bab pertama, semestinya anda akan terus baca dan membacanya hingga ke akhir mukasurat novel ini. Hehehehe….

Apa-apa pun saya akan sentiasa nantikan novel-novel seperti ini selain karya yang cukup diminati saya iaitu karya tulisan Saudara Zaifuzaman Ahmad.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Thursday, November 17, 2011

Tahniah Adik Mia Sara Nasuha...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

TAHNIAH saya ucapkan kepada adik Mia Sara Nasuha di atas kemenangan dan kejayaannya meraih trofi Kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik bagi Festival Filem Malaysia Ke-24.

Adik Mia Sara menerusi filem yang cukup best arahan Saudara Hashim Rejab iaitu Sekali Lagi menewaskan 4 lagi pencabar terdekatnya yang masing-masing mempunyai bakat yang cukup hebat dalam bidang yang diceburinya itu.

Saya cukup tertarik dengan gelagat dan lakonannya yang cukup bersahaja dan comel seperti adik-adik saya, anak-anak saudara saya. Hehehe… Insyaallah, saya doakan agar adik Mia Sara terus Berjaya dan mungkin boleh jadi seperti Waheeda atau Wardina Saffiyyah pada suatu hari nanti. Insyaallah… =)




TAHNIAH ADIK MIA SARA NASUHA... =)

*Insyaallah, jika ada rezeki di suatu hari untuk terlibat belakang tabir dalam industri perfileman ini, saya akan ambil adik Mia Sara dalam filem saya nanti…hehehe Insyaallah… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Perbandingan Pelaburan Saham dan Pelaburan Hartanah...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Semalam merupakan buat pertama kali saya membentangkan tugasan akademik berkumpulan bagi Subjek Petaksiran Pelaburan dan Pembangunan Hartanah. Tajuk yang diberikan adalah berkenaan dengan Saham, Saham Biasa, Saham Terutama, Bon Kerajaan, Debentur dan perlu buat perbandingan dengan pasaran hartanah mengenai pulangan dan risiko bagi setiap pelaburan yang dibuat.

Di sini saya ingin kongsikan hasil kerja kumpulan saya sebagai perkongsian ilmu yang tak seberapa ini, diharapkan kita semua dapat berkongsi ilmu dan memberi pendapat mengenai pemahaman dan pengetahuan yang kita miliki. Insyaallah…

PERBANDINGAN PELABURAN SAHAM DAN PELABURAN HARTANAH.


























*Jika pembaca blog saya ini mempunyai maklumat lain atau maklumat tambahan mengenai apa yang dibincangkan di sini, bolehlah kongsikan di ruangan komen di bawah ini. Semoga kita semua dapat berkongsi pengetahuan yang kita miliki. Insyaallah…


Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com