RSS Feed

Sunday, September 25, 2016

Perempuan Perang By CubeArt dan Revolution Stage...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, bertemu kembali untuk entry terkini sepertimana yang aku janjikan sebelum ini untuk kongsikan mengenai teater Perempuan Perang. Aku pun dah semakin dekat dengan teater selepas satu persatu teater aku ikuti secara individu mahupun bersama kawan aku. Aku suka teater, aku suka movie kerana aku percaya aktiviti dengan menonton teater dan movie sedikit sebanyak dapat menghilangkan stress aku terhadap tugas dan amanah aku bekerja.

Aku sebenarnya sedang mengarang/menulis satu artikel untuk aku hantar ke akhbar mengenai pandangan aku sebagai seorang anak muda yang amat-amat 'merayu' kepada orang-orang muda di luar sana untuk segera mendaftarkan diri sebagai pemilih kerana aku percaya kemungkinan besar Pilihanraya Umum Ke-14 dijangka dibuat pada tahun hadapan. Kuasa dan hak orang muda seharusnya digunakan sebaik mungkin. Sekiranya tak berjaya disiarkan di akhbar, aku tetap akan kongsikan di blog aku ini.

Aku cuba sebenarnya mengelak untuk terlibat aktif di dalam politik kerana ada sebab-sebab tertentu tetapi aku rasa, aku perlu untuk terus menulis sepertimana sebelum ini. Menerusi penulisan samada ianya dibaca atau tidak oleh orang di luar sana, aku masih percaya bahawa penulisan itu tidak akan mati dan sewajarnya terus dikongsikan secara ilmiah dan ada faktanya. Aku sayang dengan dunia orang muda, aku sentiasa menghargai karya-karya orang muda, pandangan orang muda dan semuanya atas nama orang muda. Tapi kadang-kadang aku perhatikan tak semua orang muda menggunakan usianya itu untuk kebaikan pada orang ramai. Betul atau tidak, ianya bergantung kepada anda di luar sana untuk fikirkan... ~

PEREMPUAN PERANG By CubeArt dan Revolution Stage...

Perempuan merupakan perhiasan dunia. Perempuan juga dilahirkan dengan sifat dan perwatakannya yang lemah lembut, sopan-santun, menjaga maruah dirinya dan menjadi pasangan buat kaun Adam seperti aku. Perempuan juga semakin hebat di pentas dunia dalam pelbagai bidang termasuklah di bidang pengurusan, pentadbiran, sukan, politik, kebudayaan dan sebagainya lagi.


Menerusi teater Perempuan Perang yang dihasilkan oleh Bro Ridzuan K'n (selaku Pengarah) dan Afiza Asram (selaku Pengarah Bersama, Penulis Skrip dan watak utama) yang cuba mempertaruhkan dan mengenengahkan watak Laila (lakonan Afiza Asram) dan Ibrahim (lakonan Bro Khairunazwan Rodzy) di dalam satu konflik kehidupan dan mengangkat tema kekeluargaan pasangan suami isteri. Laila dipertunjukkan dengan kekuatan yang sangat luar biasa terutamanya mengawal emosinya yang sedang terganggu antara kebenaran, kekeliruan ataupun kepalsuan.

Teater ini menceritakan mengenai Laila yang berdepan dengan situasi suaminya, Ibrahim yang merupakan seorang peguam yang dituduh sebagai pelaku sodomi (meliwat) terhadap Umi iaitu anak guamnya yang merupakan seorang lelaki berperwatakan wanita. Manakala Ibrahim pula masih tak dapat nak pastikan samada pertuduhan itu benar atau tidak sehinggalah beliau tewas di mahkamah.

Keadaan ini tidak memutuskan semangat Laila yang terus bangkit bersama-sama dengan kekuatan anak-anaknya bagi terus memperjuangkan kebenaran buat suaminya dan semestinya menjaga aib suaminya. Dalam masa yang sama, sahabat baik suaminya (lakonan Hushairi Husain, pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaek FFM28 menerusi filem Polis Evo) pula cuba mendekati Laila dan cuba mempengaruhi Laila supaya berpisah dan meninggalkan Ibrahim. Tetapi disebabkan cinta yang ikhlas antara Laila dan Ibrahim membuatkan Laila terus bangkit dan kuat mempertahankan cinta antara mereka berdua.

Dengan durasi masa perjalanan ceritanya yang hampir 1 jam, teater ini turut diselitkan dengan nyanyian oleh Ibrahim yang dipersembahkan dengan penuh penghayatan dan keasyikan. Nyanyian tersebut bila aku cuba fahami bait-bait liriknya, ianya cukup menyentuh hati di tambah dengan lenggok suara Ibrahim, persembahan pada babak itu cukup menarik.

Secara keseluruhannya, teater Perempuan Perang ini cukup menghiburkan dan menyentuh perasan apabila ianya dihayati dan difahami dari satu babak ke satu babak. Aku berikan 4 bintang untuk teater ini dan sewajarnya ditonton oleh setiap pembaca blog aku yang berada di Kuala Lumpur kerana teater ini masih dipentaskan sehingga 2 Oktober depan.









Aku bersama para pelakon Perempuan Perang...
Aku bersama dengan para pelakon dan penonton yang hadir...
Aku cuma nak berikan sedikit pandangan/komen/pendapat mengenai teater Perempuan Perang ini iaitu ada baiknya sekiranya watak Umi dipertontonkan secara fizikal bagi memberikan gambaran penuh dan memberikan 'feel' yang lebih umpppp kepada penonton terutamanya jalan ceritanya dikaiktan dengan Umi sebagai seorang watak antagonis. Di tambah pula apabila timbul satu persoalan yang dikaitkannya dengan Laila dimana Laila memaklumkan bahawa Umi berjumpa dengannya selepas Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara.

Sebagai tambahan, aku cukup berpuas hati menonton pementasan penuh teater Perempuan Perang ini kerana ketika menonton secara teaser teater ini di 'Forum dan Pameran Visul : Detik Tercetusnya Reformasi', ianya hanya dipersembahkan hanya sekejap sahaja yang pada pemahaman aku bahawa teater Perempuan Perang ini diadaptasi dari kisah YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail tetapi selepas menonton teater ini, barulah aku tahu yang aku salah kerana teater dan watak Laila ini tiada kaitan langsung dengan figura politik itu. Cuma semangatnya sahaja menjadi persamaan antara Laila dengan figura politik itu.

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Saturday, September 24, 2016

Zombi Serang Bas : Teater Interaktif Pos-Apokalips Dalam Bas...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah kita bertemu sekali lagi dalam entry terbaru aku berkenaan perkongsian aku mengenai satu teater interaktif yang aku ikuti setelah bergelut dengan kesibukan kerja di pejabat yang semakin hari semakin bertambah dengan pelbagai perkara baru yang aku diamanahkan antaranya menguruskan bajet pembelian bangunan dan penyelenggaraan bangunan, menguruskan sebutharga untuk kerja-kerja berkaitan hartanah dan semestinya mengemaskini portfolio aku dengan tugas-tugas hakiki perjawatan aku.

Dan Alhamdulillah, 21 September 2016 baru genaplah setahun aku bekerja mencari rezeki di kota metropolitan Kuala Lumpur dan membantu meringankan beban keluarga aku di Alor Setar. Aku masih meneruskan usaha untuk dapat ditukarkan dari Kuala Lumpur ke Negeri Kedah dan yang penting aku tak boleh mengalah. Seperkara lagi aku masih meneruskan cita-cita aku supaya dapat disahkan jawatan aku secepat mungkin tetapi apakan daya aku tersungkur satu paper, Insyaallah aku akan ulang paper tersebut bulan depan. Doakan yang terbaek untuk aku. Insyaallah...

ZOMBI SERANG BAS : Teater Interaktif Pos-Apokalips Dalam Bas...

Pernah dengar teater Zombi Serang Kolumpo? Zombi Serang Penang? dan Zombi Serang Joho? Pernah atau tidak? Sebelum tue, aku nak kongsikan mengenai 'cerita belakang' mengenai Zombi Serang Bas ini dimana Sisi Seni memulakan siri interaktif teater zombi sejak 2013, dengan Hari-Hari Terakhir Pembunuh Zombi Malaysia diikuti Zombi Serang Panggung, Zombi Serang Kolumpo, Zombi Serang Penang, Zombi Serang Joho dan Zombi Serang Bas; yang ditambah 'benda' baru iaitu 'teater persekitaran'.

Idea naskah baru ini adalah untuk menggabungkan semula semua pelakon-pelakon pementasan yang sebelumnya yang mana setiap cerita terakhir dengan pencarian menuju ke sebuah bas untuk ke destinasi selamat.

TAHNIAH aku ucapkan kepada Saudara Nawfal Zamri, Pengarah Teater yang aku kagumi dengan idea yang kreatif, simple, fresh dan menarik untuk setiap naskahnya menjadi faktor aku mengikuti persembahan teater interaktif ini dimana ianya menjadi kali pertama yang aku ikuti dengan dapat merasai situasi sebenar sepertimana seorang pelakon yang berada di dalam bas yang dikelilingi oleh zombi. Tahniah itu satu pengalaman yang seharusnya dirasai oleh setiap pembaca blog aku.

Projek Sisi Seni, Universiti Malaya dan Bleenk Media dalam menghasilkan Zombi Serang Bas merupakan satu usaha yang menarik dan perlu diberi perhatian kepada semua pihak bagi menghargai idea kreatif orang muda sepertimana yang diperkatakan oleh Dekan Jabatan Drama UM dimana teater ini cukup menarik. TAHNIAH juga pada para pelakonnya iaitu Bro Atiq Taki, Bro Han Zalini dan lain-lain lagi.

Sejujurnya, aku begitu teruja untuk mengikuti teater interaktif Zombi Serang Bas ini setelah melihat satu persatu perkembangan Zombi Serang Joho di media sosial yang diadakan di Johor. Bila aku dapat tahu, tiket mula dijual aku terus beli supaya menjadi antara penonton terawal yang dapat mengikuti teater interaktif Zombi Serang Bas ini.

Mulanya, seorang pemandu bas datang kepada kami dan mengatakan tempat itu diserang dengan zombi dan aku serta yang lain terus berlari ke arah bas dan menyelamatkan diri masing-masing. Kisahnya bermula di mana ada seorang lagi yang masih berada di luar yang dipenuhi dengan darah meminta untuk naik ke bas tersebut untuk menyelamatkan dirinya dari menjadi mangsa zombi dan keadaan di dalam bas menjadi tegang dimana ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju untuk membenarkan 'Rais' naik ke bas tersebut. Korang rasa 'Rais' dapat masuk ke tidak?

Apabila keadaan di luar bas agak tenang, keadaan di dalam bas pulak agak panas dengan haba dan boleh kata semuanya berpeluh dan dahaga, dan salah seorang dari penumpang meminta dan membenarkan untuk bukak cermin untuk dapatkan udara luar dan secara tiba-tiba salah seorang daripada penumpang terkena gigitan zombi ketika sedang leka membuka tingkap bas tersebut.

Keadaan menjadi kembali tegang apabila mangsa tersebut meracau dan akhirnya menyerupai zombi. Aku antara orang yang berlari ke depan menyelamatkan diri dari menjadi mangsa gigitan zombi terbaru tue. Hahaha... Para penumpang berbincang samada kita nak teruskan duduk di dalam bas atau lari ke luar atau ada idea lain yang boleh menyelamatkan diri? Korang rasa apa yang patut dilakukan kalau keadaan cemas berlaku secara tiba-tiba?

Aku stop kat situ dulu sebab aku mengharapkan korang dapat turun, ikuti dan merasai sendiri pengalaman teater interaktif Zombi Serang Bas ini. Secara keseluruhan, aku puji dan ucapkan tahniah dengan persembahan teater tadi tue dan aku bagi 8 dari 10 bintang untuk keseluruhan teater interaktif Zombi Serang Bas.

Cuma pandangan dan pendapat aku, lebih menarik sekiranya persekitaran luar bas digunapakai bagi menambahkan durasi masa bagi para penonton mendapat feel yang 'lebih' dan 'umppphhh' sebab persekitaran di luar bas cukup menarik seperti di dalam filem tetapi hanya babak pertama sahaja digunapakai dan aku mencadangkan agar di babak terakhir tue menampilkan keadaan yang lebih agresif dari watak-watak zombi supaya klimaks di pertengahan penceritaan terus memuncak hingga dipengakhiran cerita. Apa-apa pun, Tahniah dari aku sekali lagi.

Insyaallah, aku menanti dan menunggu projek seterusnya dari team Sisi Seni dan semestinya pengarah teater kegemaran aku iaitu Bro Nawfal Zamri. Kalau diberi kesempatan untuk berkongsi idea, aku ada satu idea yang aku pernah terfikir ketika aku menonton teater dari para pelajar korea ketika belajar di Jeju National University, Jeju Island iaitu mengenai virus jangkitan yang mempertembungan antara keegoan ibu ayah yang tidak sanggup menerima hakikat  dan masyarakat (jiran) yang mempertahankan mangsa untuk terus diberikan perhatian oleh ibu ayahnya. Entah, aku tak ingat tajuk...huhu ;(

Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan ketika persembahan teater interaktif Zombi Serang Bas berlangsung tadi.

Aku bersama pelakon-pelakon teater nie...
Aku bersama dengan zombi-zombi...
Keadaan cemas semasa di dalam bas...
Masing-masing mencari lampu, telefon untuk dapatkan cahaya,,,
Pemandu bas cuba menenangkan para penumpang...
Budak lelaki yang diberi pilihan samada untuk bantu atau tidak...
Salah seorang penumpang menceritakan mengenai virus zombi...

Salah seorang penumpang terkena gigitan zombi...
Salah seorang penumpang cuba memberikan cadangan untuk bergerak ke luar bas...

Taklimat dari tuan pengarah dan wakil produksi Sisi Seni...
Comey ja tiket teater nie...
Kepada pembaca-pembaca blog aku, jangan lupa nantikan entry aku yang seterusnya berkaitan dengan review aku mengenai filem pendek #Kesumat dan #BanduanNo8 karya dari para Mahasiswa/i UIAM yang aku berkesempatan mengikutinya di movie screening yang diadakan pada 22 September 2016 di Auditorium UIAM dan entry aku mengenai teater Perempuan Perang. Insyaallah...

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Sunday, September 18, 2016

Batman V Superman Run Malaysia 2016 (BVSRUNMY)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

'Please choose your side : Batman or Superman?'

Aku? Semestinya aku pilih Superman ! Hehehe... aku antara peminat dan pengumpul figura, key-chain, t-shirt watak-watak superhero. Antara yang aku minat adalah Superman, Batman, Captain America, Hulk, Ironman, Wolverine dan macam-macam lagi. Tapi aku tak minat Deadpool ! Hahaha...

BATMAN V SUPERMAN RUN MALAYSIA 2016 (BVSRUNMY)...

Kenang-kenangan di backdrop BVSRUNMY...
Ok kita berbalik kepada topik asal untuk aku kongsikan mengenai satu event yang paling aku nantikan untuk tahun 2016 iaitu Batman V Superman Run Malaysia 2016. Aku ingat lagi, aku mula tahu pasal event BVSRun nie adalah semasa ianya diadakan di Singapore pada 26 Jun 2016 iaitu dalam bulan puasa yang pada mulanya aku hampir-hampir daftar bersama rakan aku. Tapi apakan daya, ianya tak kesampaian disebabkan ada komitmen lain dan ianya di dalam bulan puasa.

Tup2, keluar kat timeline facebook aku mengenai BVSRUNMY yang semestinya diadakan di Kuala Lumpur pada 18 September 2016. Tak silap aku daftar untuk sertai larian ni akhir bulan Julai ataupun awal bulan Ogos dengan harga RM90 untuk satu penyertaan dan aku pilih #TeamSuperman dan larian sejauh 5KM saja. Hahaha...

Aku rasa cukup berbaloi dengan harga RM90 aku dapat satu tank top (singlet) Superman sekali dengan sayap, sackpack, free air minuman dan diskaun 15% baucer untuk makan di DC Cafe, Appeton Vitamin, Kellog makanan bijirin dan macam-macam lagi. Selain itu, aku juga ada beli t-shirt tambahan iaitu Justicw League T-Shirt sebanyak 2 helai dan aku pilih Batman dan Superman.

Penyertaan amatlah menggalakkan dan aku kira cukup ramai yang sertainya samada larian sejauh 10KM mahupun 5KM yang terdiri dari kalangan orang dewasa, remaja, anak muda, dan kanak-kanak. Penyertaan larian dilepaskan dengan mengasingkan #teamsuperman yang berwarna merah dan biru dan #teambatman yang berwarna kelabu dan hitam. Ada juga yang memakai kostum batman dan superman semasa berlari. 

Sekali lalu, event ini dianjurkan oleh Pink Apple dan cukup banyak tajaan dan kerjasama untuk sama-sama menjayakan BVSRUNMY ini seperti Mayland, Compress Sport, MBG Fruit Shop, Eco Friends, True Fitness, Appeton, Citta Mall, TOP, Yupi, Sunplay, Follow Me, Kellogg's, dan lain-lain lagi. Perghhhh....

Apa-apa pun, aku cukup berpuas hati dengan aktiviti larian seperti ini dan dapat juga rasai berlari ala-ala superman. Hahaha... Sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan berbanyak ucapan terima kasih buat penganjur kerana telah memilih aku sebagai salah seorang peserta bertuah yang mendapat hadiah 3 bulan membership True Fitness untuk aku capai sasaran aku iaitu menurunkan berat badan dan sedikit kurus sebab boleh kata setiap hari orang tegur aku yang mengatakan badan aku makin tembam. Hahah...

Insyaallah, aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan ketikamana event ini berlangsung. Dan aku masih mengimpikan sekiranya diadakan larian Ironman VS Captain America pulak. Kalau betul-betul ada, semestinya aku pilih CA...hehe :)

Pakat berkumpul sebelum dilepaskan...

Superman, Wonder Woman dan Batman di garisan permulaan sebelum acara dilepaskan...
Wonder Woman...
Superman...
TeamSuperman dan TeamBatman diasingkan bersebelahan...


Hehehe...

Batman atau Superman?


Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, September 9, 2016

Light Sensation : Love Series @ Maeps, Serdang, Malaysia...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah kita bertemua sekali lagi untuk entry terbaru ini. Pagi tadi aku sempat mengikuti satu ceramah yang diadakan di pejabat yang bertajuk 'Selamatkan Al-Aqsa Bebaskan Palestin' yang telah disampaikan oleh salah seorang ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin Malaysia iaitu Ustazah Hashimah Salleh. 

Banyak perkara yang dikongsikan oleh Ustazah Hashimah Salleh terutamanya melibatkan pengalaman beliau sendiri yang menjejakkan kaki di sana termasuk di Syria, Damsyik dan sebagainya bagi meneruskan aktiviti-aktiviti kemanusiaan seperti pemberian makanan, pakaian, perubatan dan sebagainya lagi. Insyaallah, sama-samalah kita menyokong Aman Palestin ini terutamanya keikhlasan kita memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit. Insyaallah...

LIGHT SENSATION : Love Series @ MAEPS, Serdang, Malaysia

Sejujurnya, aku tidak pernah mengetahui mengenai aktiviti Ligth Sensation ini sehinggalah ada satu hari tue, aku terpandang satu iklan mengenai aktiviti yang akan dibuat dalam Malaysia dalam jangka masa terdekat ini. Aku cuba cari maklumat sehinggalah aku melihat aktiviti-aktiviti seperti ini telah diadakan di pelbagai negara seperti Canada, Japan, Thailand dan sebagainya lagi. Kali ini ianya dibuat di MAEPS, Malaysia.

Light Sensation ini dianjurkan oleh ESCAPE Room dengan kerjasama Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dengan menyaksikan 30,000 kuntuk bunga ros LED yang dipasang dan disusun sebagai salah satu langkah untuk memecahkan rekod dunia sekaligus layak dinobatkan dalam Guinness World Record. 


Semalam iaitu 8 September 2016 aku berpeluang untuk menghadiri dan menyaksikan sendiri keindahan kuntuman bunga ros LED yang ditanam membentuk Bunga Raya iaitu bunga kebangsaan Malaysia dari jam 6.30 sehingga 10.00 malam. Jangan risau, di sini kemudahan surau cukup mudah dan selesa cuma tempat wuduk saja tidak disediakan. Huhu...

Semalam juga merupakan satu sejarah tercipta dimana aktiviti ini berjaya memecahkan rekod dunia dalam Guinness World Record yang dianugerahkan sebagai 'The Most Number of People Lighting LED Lights In A Relay'. Tahniah !

Aku juga berpeluang untuk berjalan dan melihat sendiri keseluruhan tapak aktiviti dengan melihat keseluruhan Bunga Ros LED pada waktu cerah dan waktu gelap. Memang best ! Di tambah pula terdapat Love Park dan Love Zone yang menjadi salah satu tempat yang menarik untuk merakamkan gambar. Selain itu, di sini juga ada Pesta Makanan dan ESCAPE Room yang lebih besar. 



Apa-apa pun, aku suka 'Light Sensation' ini dan tak rugi dengan harga RM16 (diskaun yang aku terima semasa membeli tiket ini di MATTA Fair 2016 di PWTC baru-baru ini). Dan terima kasih juga atas gambar percuma yang diberikan. Jom aku kongsikan beberapa keping gambar suasana di situ.
















Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com