Friday, April 29, 2016

Captain America : Civil War (2016) - Terbaek dan Terhebat...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

“United We Stand, Divided We Fall”

Tagline bagi movie ‘CAPTAIN AMERICA : CIVIL WAR’ ni pada mulanya selepas menonton trailernya di Youtube dah mampu membuatkan aku MESTI ke panggung untuk menyaksikannya sendiri jalan cerita penuh bagi siri Captain America untuk kali ini. Aku mula tertarik dengan watak superhero Captain America ini menerusi movienya yang pertama, ‘Captain America : The First Avengers’, ‘Captain America : The Winter’s Soldier’ dan 2 siri ‘The Avengers’.


 Untuk pengetahuan pembaca semua, aku beli tiket movie nie pada 10 April 2016 sedangkan tayangan movie ini adalah pada 28 April 2016. Betapa semangatnya aku nak menonton movie ni. Movie superhero Captain America menerusi perwatakannya dan teknik lawannya cukup menarik perhatian aku untuk terus memberi sokongan terhadap watak superhero ini.

CAPTAIN AMERICA : CIVIL WAR


Itulah movie yang terbaru aku tengok semalam dengan penuh semangat dan bersiap sedia untuk melihat penceritaannya. Dan yang lebih membuatkan aku berkobar-kobar adalah untuk menyaksikan pertarungan hebat antara dua kumpulan terhebat superhero-superhero keluaran MARVEL iaitu Captain America dan Ironman. Korang pilih #TeamCaptain atau #TeamIronman ? Aku semestinya memilih #TeamCaptain.

Aku cukup tertarik dengan scene terhebat dalam filem kali ini iaitu di mana pertarungan hebat antara 2 puak utama iaitu #TeamCaptain yang terdiri dari Captain America, Scarlet Witch, Winter Soldier, Falcon, Hawkeye dan Antman manakala #TeamIronman pulak terdiri dari Ironman, War Hammer, Black Panther, Black Widow, Vison dan Spiderman. Perghhh masing-masing mempamerkan kekuatan mereka yang tersendiri dan yang paling menarik adalah #TeamCaptain.


 Penceritanya sepanjang menonton movie ni boleh kata cukup best, menarik dan hebat berbanding siri Captain America sebelum ni dan boleh kata ‘Captain America : Civil War’ ni cukup Ummmpphhh terbaekkk... ;) Aku tak boleh nak cerita panjang dan aku cadangkan korang kena turun sendiri ke panggung untuk menyaksikan filem ini.


Secara jujurnya, aku memang layan movie ni. Aku bagi 9/10 bintang untuk movie ‘Captain America : Civil War’ ni atas alasan kualiti dan pertarungan yang sangat hebat ditunjukkan dalam movie ni berbanding movie-movie superhero yang lain. Cuma yang menjadi persoalannya, ke manakah Thor & Hulk yang merupakan antara watak penting bagi Team Avengers.

Apa-apa pun, gabungan dari Spiderman dan Antman dalam movie ni menjadi begitu menarik kerana kedua-duanya antara watak superhero yang cukup hebat dengan kekuatan dan keunikan masing-masing. Tapi aku tetap akan bersama dengan #TeamCaptain ! Hahaha...

Cuma aku cukup terkilan sebab tak dapat turun ke Singapore untuk menyaksikan secara ‘live’ #TeamCaptain menerusi sidang media yang dibuat di Asia. Huhuhu... L Apa2 pun, aku cadangkan korang turun ke panggung, saksikan sendiri movie ni dengan penuh penghayatan dan layan...hahaha

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com


Wednesday, April 27, 2016

Malam Gala Tayangan Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

“Kadang-kadang kau pikir, lebih mudah mencintai semua orang daripada melupakan satu orang, Jika ada seorang terlanjur menyentuh inti jantungmu, mereka yang datang kemudian menyentuh kemungkinan.”
– Rangga

Poster filem AADC2...
Itulah bait-bait ayat ungkapan dari Rangga lakonan Nicholas Saputra dalam filem terbarunya iaitu ‘ADA APA DENGAN CINTA 2’. Dan Alhamdulillah, aku berpeluang untuk hadir ke Malam Gala Tayangan Movie tersebut di Cathay Cineplexe The Curve, Mutiara Damansara semalam dan berpeluang melihat para pelakonnya di depan mata. Cuma tak berkesempatan mengambil gambar bersama kerana terlalu padat dengan jemput-jemputan lain, wartawan2, selebriti2 serta peminat2 AADC2.

MALAM GALA ADA APA DENGAN CINTA 2

Saya dikira menjadi salah seorang ‘pencinta movie’ yang bertuah kerana berpeluang menonton movie ini lebih awal iaitu pada 26 April 2016 berbanding tayangannya di Malaysia bermula 28 April 2016. Terima kasih  kerana sudi memberi sekeping tiket untuk menyaksikan movie ini secara eksklusif.

Bersama produsernya...
Nampak tak Melly Goeslow, Nicholas Saputra & Dian Sastrawardoyo? hahah... ;)
Apa yang dapat aku tengok sepanjang tontonan aku terhadap movie ini adalah perjalanan penceritaannya yang cukup baik, menyentuh hati, dan mempunyai rasa ‘kasih sayang’ yang tinggi antara sahabat. Cinta? AADC2 hasil karya Riri Riza ini cukup memberikan suasana yang baik untuk mengenali dan merasai sebuah perasaan yang dinamakan ‘Cinta’.

Aku cukup tertarik dengan watak utama filem ni iaitu Rangga & Cinta (lakonan Dian Sastrawordoyo) dan kadang-kadang aku terasa cukup dekat dengan situasi yang mereka alami. Hahaha... hanya ‘si dia’ dan ‘aku’ ja akan faham keadaannya dan kami masih perlukan masa yang sesuai untuk sama-sama faham keadaan masing-masing. Insyaallah, doakan kami ya !

“Tapi aku pasti kembali dalam satu purnama, untuk mempertanyakan kembali cintanya.”

Itulah bait-bait puisi dari Rangga dalam AADC2. Sedih, suka, duka, tawa dan semuanya ada di dalam movie ni. Kebetulan sabtu baru ni, aku ada tonton filem Ada Apa Dengan Cinta di TV3 dan kebetulannya aku terfikir best sebenarnya filem cinta dari Indonesia ni. Hahaha dan tak sangka pulak aku dapat peluang menonton filem ni secara percuma dan eksklusif.

Komen aku, filem ini ada ceritanya menerusi pembawaan dan pengkisahan wataknya terutamanya apabila 14 tahun mereka kembali bersua dan cuba memperbaiki kesilapan lalu. Tapi aku tak boleh nak cerita panjang sebab korang patut ke pawagam dan menontonnya sendiri... Hahaha... Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk filem ini.

Insyaallah, malam ini aku akan ke wayang sekali lagi untuk menonton movie ‘Captain America : Civil War’ dan menjadi antara penonton terawal....hehehe ;) nantikan pulak review aku untuk movie tue k...
J

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com



Saturday, April 23, 2016

MARVEL Captain America : Civil War...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

'Captain America : The 1st Avengers'

Captain America adalah salah satu watak superhero yang paling aku suka. Banyak koleksi yang aku ada berkaitan dengan Captain America ni, contohnya, figura Captain America by Crazytoys, keychain, badge, wallet dan lain-lain lagi. Anak buah aku, Wan Nur Muhammad Firash Ghaisan Imani pun suka Captain America ini...hehehe

MARVEL CAPTAIN AMERICA : Civil War

Merupakan antara movie yang aku tunggu untuk tahun 2016 ni yang akan ditayangkan pada 28 April 2016 dan aku dah beli tiket tue pada awal bulan April 2016 untuk jadi antara penonton terawal menyaksikan pertarungan hebat antara Captain America dan Ironman. So nak pilih #TeamCaptain atau #TeamIronman ?

Sudah semestinya aku akan pilih #TeamCaptain ...hahaha ;)

Kalau ikutkan hajatnya aku akan turun ke Singapore pada 24 April 2016 untuk menyaksikan secara 'live' pelakon-pelakon Captain America dengan harapan untuk lihat secara dekat dan bergambar dengan dorang tapi apakan daya aku tersalah tengok tarikh dan sidang media asia tue dibuat pada 21 April 2016. Melepas aku nak tengok #TeamCaptain live di Asia.

Tapi secara kebetulan ketika aku berada di Sunway Pyramid, aku terlihat banyak banting mengenai movie nie sehinggalah aku perasan ada pameran untuk promosikan movie nie di sana. So, aku ambik kesempatan yang ada untuk join aktiviti-aktiviti yang ada di situ selain bergambar sebanyak mungkin di sana. Hahaha... so jom layan gambar-gambar yang sempat aku ambik tadi...

#TeamCaptain atau #TeamIronman ?

Captain America...

Ironman...

Civil War...

Aku mencuba aktiviti #TeamIronman...

Figura Captain America...

Figura Hawkeye...

Figura Ironman...

Figura Vison...

Figura Black Widow...





28 April 2016 nanti aku akan kongsikan mengenai movie ni. So tunggu ya ! Hahah...

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Collector Toys Fair Kuala Lumpur 3 (CTFKL3)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

'Captain America, Star Wars, Dragon Ball, Ironman, Batman, Ultraman, Doraemon, Digimon, Pokomen' dan bermacam-macam lagi watak-watak superhero, animasi, kartun dan sebagainya yang menjadi kegilaan dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Aku salah seorang yang turut mempunyai minat yang sama. Hehehe... 

COLLECTOR TOYS FAIR KUALA LUMPUR 3 (CTFKL3)

Welcome to CTFKL3...

Itulah salah satu aktiviti yang berjaya menarik ramai penggemar-penggemar mainan dari seluruh Malaysia untuk berkumpul di bawah satu bumbung untuk mempamerkan koleksi-koleksi mereka, jualan-jualan dan pertunjukan 'Cosplayer' mengikut citarasa watak-watak superhero masing-masing. CTFKL3 ni dibuat sehari (23 April 2016) bertempat di Dewan Perdana, Keramat Mall. Aku adalah salah seorang pengunjung yang hadir ke acara tersebut.

Apa yang best, aku turut mempunyai ramai kenalan yang mempunyai minat yang sama tapi aku tak segigih dahulu la sebab sebelum ni aku turut mengumpul pelbagai figura seeperti Captain America, Hulk, Thor, Batman, Boboiboy, Terminator, Captain Jack dan pelbagai lagi koleksi aku. Aku turut kumpul baju, key-chain, wallet dan sebagainya tapi sekarang aku dah kurangkan sikit sebab fokus kepada benda lain pulak.

Menjadi satu kepuasan apabila dapat kumpul, melihat secara dekat, bergambar dan sebagainya lagi ketika hadir ke acara ini. Semuanya kerana dapat melihat pelbagai koleksi mainan-mainan yang cukup aku minati terutamanya apabila dapat melihat secara dekat cosplayer Captain America.

Aku masih ingat, mula-mula aku tahu pasal CTFKL3 ini pada penghujung tahun 2015 menerusi group whatsapp yang diketuai oleh sahabat aku, Achik a.k.a Achik Kodiang. Nie kali pertama aku sertai acara ini dan kepuasannya cukup puas. Tapi apa-apa pun, aku menantikan acara ini seterusnya pada tahun 2017 pulak, Insyaallah... dan TAHNIAH juga buat penganjur program. Korang memang terbaek sebab salah satu acara yang aku rasa cukup puas hati adalah korang meraikan anak-anak yatim, Alhamdulillah.

Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan ketikamana aku pusing-pusing di dewan tersebut bermula jam 11am sehinggalah 1pm aku meluangkan masa ke situ sebelum beransur pulang ke tempat laen untuk komitmen lain pulak. Jom layan...

Aku bersama Captain America, Antman, Deadpool, Spiderman & Ironman...

Beraksi sikit dengan Spiderman...

Captain America..

Deadpool...

Joker...

Doraemon...

Captain America, Ironman & Antman...

Sesi fotografi dengan semua cosplayer...

Goku, Captain America, Ironman, Spiderman & Antman...

Batman...

Army...

Deadpool...

The Rock...

Ultraman...

Superheroes...

Aktiviti meraikan anak-anak yatim...

Aktiviti meraikan anak-anak yatim...

Aktiviti meraikan anak-anak yatim...

Anak-anak yatim membuat persembahan...

Koleksi star wars...

Koleksi Hulks...

Koleksi kereta-kereta kebal...

Koleksi ahli gusti...

Star Wars Papercraft...

Koleksi-koleksi yang ada...

Captain America...

Captain America & Ironman...

Cantik jugak koleksi nie...

Terbaek bro sorang ni... 

Koleksi Star Wars...

Nie Jam 1 petang, still orang beratur panjang untuk masuk ke dewan CTFKL3...


Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com