Thursday, October 28, 2010

Duhai Adikku...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Puisi ini ditujukan khas buat semua Juniorku dari SMTL hinggalah UTM IC...Fahamilah bait-bait nasihat dan pesanan dari diriku ini...Insyaallah... Terimalah dariku,

DUHAI ADIKKU...

Duhai Adikku…
Lihatlah di sekelilingmu…
Kiri kananmu…
Pandanglah masa depanmu…

Bangkitlah wahai adikku…
Dari lena, nyenyak tidurmu…
Sedarlah sebelum terlambat…

Ingatlah wahai Adikku sayang…
Mahukah kamu, penjajah kembali?
Kembali menindas
Kembali menghina
Kembali mengherdik
Kembali menyeksa
Dirimu…Keluargamu…Bangsamu…Agamamu…

Ingatlah Adikku sayang…
Harapan menggunung ayah bonda
Mengemudi bahtera anakanda
Berpaksi Islam dan ilmu yang berguna
Menyinari jiwamu dengan nur kasih
Tetapi…
Kamu alpa, leka dengan dunia…
Bersosial tanpa batasan…
Seakan berfikir tanpa akal fikiran
Meninggalkan fardu sewenang-wenang
Mengagungkan maksiat dan hiburan….

Di mana jati dirimu itu?
Di mana asas agamamu itu?
Di mana pemikiranmu itu?

Kembalilah mencari nur…
Wahai Adikku…
Sebelum malam berterusan…
Tanpa siang yang silih berganti…

Sebelum air matamu mengalir terus
Bergelinangan membasahi pipimu…
Esakan tangisan yang menyelubung
Dirimu…Wahai Adikku…

Sedarlah…Adikku…
Kembalilah…Adikku…
Percayalah…nur itu masih ada untukmu…



Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Wednesday, October 27, 2010

Penggerak Mahasiswa (1)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Menjadi penggerak kepada satu transformasi baru bagi sesebuah masyarakat kampus adalah satu perkara yang tidak mudah. Tohmahan, cacian dan fitnahan datang bertalu-talu dan silih berganti. Tetapi itulah yang berlaku apabila bergelar sebagai seorang Pemimpin Mahasiswa yang mempimpin hampir 2200 mahasiswa di kampus antarabangsa, UTM ini.

Berkat kesabaran dan keikhlasan yang begitu tinggi membuat satu persatu kejayaan diperolehi walaupun terpaksa mengharungi pelbagai halangan dan rintangan yang boleh membuatkan kita akan terus tersungkur menghadap bumi. Tetapi disebabkan kebenaran yang ingin dikecapi, Insyaallah dengan doa yang berterusan serta sokongan yang padu dari mahasiswa, kejayaan akan diberikan juga oleh Yang Maha Esa.

Apa yang ingin diperkatakan pada penulisan kali ini adalah berkenaan dengan berganjak selangkah lagi ke hadapan dengan pemikiran yang terbuka tetapi berlandaskan Islam. Berganjak selangkah lagi ke hadapan membawa maksud terus ke hadapan dengan strategi yang baru dan meneruskan perjuangan yang sebelumnya.

Jika sebelum ini banyak daripada penulisan saya adalah berkaitan dengan Belia Remaja dan Mahasiswa tetapi pada kali ini saya ingin membawa pemikiran anda ke aspek seorang yang bergelar Pemimpin Mahasiswa. Memang menarik penulisan kali ini kerana ianya adalah luahan hati dari seorang Pemimpin Mahasiswa yang berhadapan dengan pelbagai rungutan dan aduan mahasiswa berhubung dengan Kebajikan & Kolej, iaitu saya sendiri selaku Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC.

Sebenarnya memang tidak mudah untuk kita memimpin golongan cerdik pandai ini terutamanya apabila kaki telah berjaya menjejak ke Menara Gading, maka secara automatik ego kita akan bertambah tetapi hanya segelintir sahaja. Saya sering kali perhatikan sejak saya mula-mula memasuki UTM IC ini yang sebelum ini dikenali sebagai UTM City Campus sehinggalah saya tergerak untuk membuat perubahan dari masa ke semasa mengikut kekuatan diri saya sendiri serta terpaksa berhadapan dengan 1001 kemungkinan.

Bagi penulisan kali ini, saya akan fokuskan kepada Persatuan Akademik sahaja iaitu pengalaman saya sendiri. Jika ditanya apa itu Persatuan Akademik, tentu antaranya jawapannya ialah Persatuan mengikut jurusan yang kita ambil. TETAPI adakah ianya berfungsi sepertimana yang kita fahami iaitu menggerakkan sektor akademik dalam bentuk berpersatuan. Saya sendiri selaku ahli Persatuan Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) ketika tahun 1, pernah mempersoalkan secara terbuka berhubung organisasi dan masalah dalaman yang mesti diselesaikan secara terbuka iaitu :

• Kenapa tidak diwujudkan mahasiswa tahun1 dalam sesebuah exco atau penggerak program bagi Persatuan terebut?
• Kenapa penglibatan mahasiswa tahun1 perlu dipaksa sedangkan program yang diadakan itu tidak mengikut kehendak dan selera kami (tahun1)?
• Kenapa mahasiswa tahun1 dijadikan seperti ahli yang bukan ahli iaitu setiap apa perkembangan persatuan tersebut tidak disebarkan kepada mahasiswa tahun1?


Itulah antara persoalan yang ditimbulkan oleh saya sewaktu Annual General Meeting (AGM) 2007/2008 di Dewan Jumaah iaitu sayalah antara satu-satunya Mahasiswa Tahun1 yang bangkit mempertikaikannya. Sehinggalah kepimpinan PEHARTA 2008/2009 memecah tradisi apabila melantik saya (Tahun1) sebagai Majlis Tertinggi PEHARTA iaitu sebagai Timbalan Setiausaha PEHARTA sesi 2008/2009 dan seterusnya dilantik PRESIDEN PEHARTA bagi sesi 2009/2010 yang sempat saya menjawatnya selama 3 bulan sebelum beralih ke Kerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC.

Ketika saya menjadi TIMBALAN SETIAUSAHA lah, pelbagai perkara saya nampak terutamanya melalui aspek kepimpinan dan perbincangan sesuatu idea. Sehinggalah pernah menjadi 2 kelompok penggerak program dalam PEHARTA iaitu V-Camp yang diketuai oleh Setiausaha PEHARTA dan V@Ulu Yam yang diketuai oleh saya sendiri. Majoriti mahasiswa tahun3 tertarik ke V-Camp dan Mahasiswa tahun1&2 pula lebih tertarik kepada program saya. Dan ketika program V@Ulu Yam lah yang membuat perubahan besar dalam PEHARTA apabila saya memperkenalkan sistem MENTOR-MENTEE yang melibatkan semua ahli PEHARTA bagi membentuk semangat kecintaan terhadap karier Penilaian ini. Alhamdulillah, sehingga sekarang MENTOR-MENTEE ini diteruskan dan menjadi ikutan kepada beberapa persatuan akademik yang lain.

Apabila saya memegang Kerusi PRESIDEN PEHARTA bagi sesi 2009/2010, saya terus merombak semua yang berkaitan dengan persatuan ini sebagai ‘rebranding’ nama PEHARTA dengan misi, visi, matlamat, objektif dan moto yang baru sebagai penggerak dan memberi sinaran baru bagi PEHARTA. Pembaharuan ini dilakukan sebagai asas baru yang perlu dibuat dan didesak untuk meneruskan perjuangan PEHARTA ini.

Antara perbahasan pertama yang dilakukan antara saya dengan Majlis Tertinggi dan Eksekutif Tertinggi adalah berkaitan dengan aktiviti yang akan dilakukan. Antara usul yang saya bangkitkan adalah melakukan program yang berbentuk rekreasi dan riadah tetapi berpaksikan ilmiah dan ‘soft-skills’ dan antara aktiviti yang saya usahakan dan membuahkan hasil ialah Ordinary General Meeting (OGM), Ekspedisi 1 Mahasiswa 1 Suara 1 Wawasan (dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin) dan Valuation Tuition (V-Tuit).

OGM PEHARTA 2010 mengenengahkan aspek Komunikasi dan Perbahasan serta Idea Kreatif dari ahli PEHARTA sendiri. Ianya adalah sebagai langkah dan tanggungjawab saya sebagai penggerak mahasiswa berani bercakap. Tetapi saya beranggapan ianya hanya berjaya dalam 70% berbanding sasaran saya sendiri iaitu 100% ahli PEHARTA memberi hujah dan memberi cadangan kreatif sebagai kekuatan baru membawa PEHARTA ke persada UTM IC ini.

Berlainan pula dengan XPDC yang diadakan di Gunung Stong, Kelantan dengan kerjasama Mahasiswa UNISZA (yang dulunya dikenali dengan UDM), kerana inilah XPDC pertama di UTM IC yang melibatkan kerjasama 2 universiti hasil usaha 100% dari pihak mahasiswa yang diketuai oleh saya sendiri. Sehinggalah diangkat oleh Akhbar KOSMO sebagai program Integrasi Siswa. Program ini diadakan sebagai tanggungjawab saya memberi pendedahan dan ketahanan fizikal dan mental selaras dengan karier seorang penilai yang begitu sibuk dan perlukan stamina yang tinggi dalam melakukan sesuatu tugas.

XPDC ini juga dilakukan sebagai pengerat hubungan antara 2 universiti yang dipelopori oleh PEHARTA sendiri dan menjadi nadi gabungan 2 kelompok mahasiswa yang berbeza iaitu Mahasiswa Pengurusan Harta Tanah (UTM IC) dan Mahasiswa Pendidikan Islam (UNISZA). Melalui XPDC ini juga memberi gambaran baru bahawa aktiviti sebeginilah yang mampu mengeratkan hubungan antara ahli secara lebih dekat lagi.

Dan V-TUIT pula adalah program yang berlandaskan Ilmiah secara 100% iaitu Memberi penjelasan secara lebih mendalam berhubung kaedah membuat laporan penilaian mengikut standard Malaysia. Ianya diwujudkan sebagai satu proses penyelarasan yang sememangnya menjadi satu pengetahuan kepada semua ahli PEHARTA kerana ia adalah asas kepada bidang penilaian ini.

Ketika saya bergelar PRESIDEN PEHARTA juga, saya pernah dipersoalkan secara bertalu-talu berkenaan tindakan saya melantik mahasiswa tahun1 sebagai Pengarah Program, Eksekutif Tertinggi sebagai Timbalan Pengarah Program dan Majlis Tertinggi sebagai Pemantau Program. Setelah desakan demi desakan diberikan terhadap diri saya sehinggalah sayan terpaksa bersetuju untuk melantik semula mahasiswa Tahun2 sebagai Pengarah Program.

Ketika itulah saya merasa satu kesilapan besar saya lakukan iaitu mengikut desakan tersebut kerana sehingga sekarang program tersebut hanya menjadi angan-angan Mat Jenin. Saya mengangkat Mahasiswa Tahun1 kerana saya memahami keadaan mahasiswa Tahun1 sepertimana perjuangan saya dalam mengangkat mahasiswa tahun1 dalam setiap persatuan yang ada terutamanya PEHARTA sendiri. Dan saya ada alasan saya untuk tidak mengangkat dari kalangan Eksekutif Tertinggi sendiri.

Akhirnya kebenaran terbukti terhadap diri saya sendiri kerana apa yang saya rancang adalah mengikut acuan yang dirancang, dan Exco-exco dalam Eksekutif Tertinggi yang banyak memberi tekanan dan desakan itu akhirnya terdiam sehinggalah hanya sekadar nama dalam organisasi PEHARTA. Itulah yang saya katakan, gunakan AKAL FIKIRAN bukannya EMOSI yang didorong IBLIS LAKNATULLAH…

Perkongsian ini adalah sebagai jawapan terhadap pertanyaan yang bertalu-talu berhubung “bagaimana saya menggerakkan PEHARTA sebelum melangkah ke Kerusi MPM UTM IC?”. Perkongsian ini juga sebagai gambaran kepada mahasiswa UTM IC untuk terus menyemarakkan Persatuan Akademik masing-masing disamping memperolehi pengalaman yang berguna dan seterusnya menggerakkan pemikiran mahasiswa ke satu langkah lagi ke hadapan. INSYAALLAH….

Akhir kata, semoga perkongsian ini dapat dijadikan iktibar dan kenangan abadi terhadap diri saya sendiri dan seluruh pembaca blog dan penulisan bagi kali ini. Jika ada umur yang panjang, dapat lagi kita berkongsi lagi untuk Pengalaman sebagai JKM-KSJ pula….INSYAALLAH…

Sekian,Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC
wan_hazem90@yahoo.com

Tuesday, October 26, 2010

Keldai Dadah, Kenapa Cari Dadah?

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Kami di Pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC mengalu-alukan kedatangan Mahasiswa sekalian untuk menghadiri Forum Kesedaran Dan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah.

Inisiatif ini diambil bagi meningkatkan kesedaran berkenaan dengan penyalahgunaan dadah yang semakin parah di kalangan belia remaja Malaysia terutamanya ketika hampir ke Final Exam yang akan terus memberi tekanan kepada Mahasiswa.





Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus

Monday, October 25, 2010

Isu Mini Cinema di KSJ...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Setelah bertalu-talu panahan mengenai persoalan tentang infrastruktur yang baru diperkenalkan di Kediaman Siswa Jaya UTM IC iaitu MINI CINEMA yang dilemparkan oleh mahasiswa kepada saya. Dan hari ini terdetik itu saya jelaskan berkenaan dengan Isu ini satu persatu.

Pertamanya, berkenaan dengan sejarah penubuhan dan kewujudan MINI CINEMA. Setelah Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM-KSJ) yang diadakan di Pantai Sepat, Kuantan, saya telah dilantik secara rasmi sebagai Ketua Jabatan Keusahawanan JKM, KSJ. Antara cadangan dan kertas kerja yang dihantar oleh saya dan gandingan saya iaitu Wan Ayzam Zulhelmey (Presiden AERO), ialah Kertas Kerja Projek MINI CINEMA, Kertas Kerja Projek SET SNUKER & KARAOKE BOX dan Kertas Kerja Projek JKM SMART’s SHOP.

Berkenaan dengan Projek MINI CINEMA, Pengetua KSJ bersetuju untuk mewujudkan Projek itu di Kediaman Siswa Jaya ini manakala yang lain itu masih dalam proses perbincangan. Kertas Kerja bagi Projek MINI CINEMA ini telah disediakan oleh saya sendiri sebagai pengasas dan penyelaras kepada kewujudan MINI CINEMA di KSJ ini.

Setelah hampir 1 semester perjuangan saya berkenaan dengan MINI CINEMA ini, akhirnya Projek ini telah diberikan peruntukkan untuk direalisasikan dan hasil persepakatan antara Ahli Jabatan Keusahawanan, kami semua bersetuju untuk melantik Saudara Mohd Farid Zulkipli sebagai Pengarah Program Pertama di KSJ .

Proses pergerakan MINI CINEMA ini berjalan lancar ketika semester kedua iaitu ketika saya di semester 3 dengan Penayangan Movie “Coming Soon” sebagai movie pertama yang diperkenalkan dengan penggunaan MINI CINEMA tersebut yang dilengkapi dengan set sofa, penghawa dingin serta sound sistem yang begitu TERBAIK dan MANTAP.

Antara penayangan Movie lain yang sempat kepimpinan saya laksanakan untuk kemudahan kepada Penghuni KSJ adalah “Sayang You Can Dance”, “The Valkyrie”, “Kuun Faya Kuun”, “The Legend Of Chun-Li” dan sebagainya lagi dalam tempoh 3 bulan selepas MINI CINEMA direalisasikan.

Apa yang menjadi masalahnya ialah persoalan berkenaan dengan “MINI CINEMA tidak dibuka hampir 2 semester sejak kebelakangan ini” setelah Perasmian MINI CINEMA telah diadakan oleh kepimpinan Jabatan Keusahawanan yang baru sesi 2009/2010. Hal ini bermaksud, desakan demi desakan telah dilemparkan kepada saya sedangkan kepimpinan baru berkenaan dengan Organisasi MINI CINEMA juga telah wujud.

Untuk pengetahuan mahasiswa UTM IC, sudah hampir 5 kali pertemuan secara tidak rasmi telah diadakan antara saya dengan beberapa individu yang terlibat untuk membincangkan mengenai masalah yang berlaku berkaitan dengan MINI CINEMA. Saya amat berharap agar anda semua MEMANDANG SAF ANDA SEBAGAI AMANAH YANG PERLU DISEMPURNAKAN.

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan mana-mana individu yang lain supaya BERFIKIR DAHULU SEBELUM MENERIMA AMANAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN. Saya bukannya ingin mempersoalkan kedudukan anda TETAPI sekadar untuk berkongsi apa yang sebenarnya berlaku berkenaan dengan MINI CINEMA di KSJ.

Akhir kata, sebelum saya berundur, saya ingin sekali memohon maaf sekiranya penulisan kali ini akan membuatkan segelintir individu merasa tidak puas hati terhadap diri saya. TETAPI sekiranya PENULISAN saya ini dianggap SALAH atau FITNAH, saya minta individu tersebut membuat kenyataan semula berhubung MINI CINEMA.

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan anda, sekiranya anda masih memahami TANGGUNGJAWAB dan AMANAH yang telah diberikan. Salam Perjuangan Mahasiswa…

Sekian, Wallahua'lam...

“DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Cinta...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Cinta…??? Apa itu cinta…??? Cinta antara manusia..??? Cinta antara hamba-Nya dan Pencipta..??? Cinta pada Rasul-Nya…??? Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa. Terimalah Cinta...


CINTA

Cinta sebati dalam jiwa
Cinta menghancur jiwa raga
Cinta mengindahkan semua
Apakah sebenar erti cinta

Cinta titiskan air mata
Cinta memutuskan saudara
Cinta senyum gelak ketawa
Tiada dinafikan cinta

Dikala hangatnya cinta
Dunia itu indah
Kala mimpi hancur lebur
Harapan nyawa terkubur

Oh mengapa? Dimana? Apa?
Siapa dapat menduga
Datangnya dan pergi

Kurniaan ya rab itu indah
Walaupun kadang mampu meluka
Pelengkap jasad yang bernyawa
Tak dapat dinafi hadirnya



P/S : Pilihlah cinta antara hamba-Nya dan Pencipta, itu lebih dapat anda rasai nikmatnya sebuah CINTA...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Friday, October 22, 2010

Kenangan XPDC1 di Gunung Senyum (1)...







Sumber : WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

i-City, Taman Bercahaya...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pada 19 Oktober 2010 yang lalu iaitu bersempena Hari Kelahiran saya yang ke-20, saya telah dibawa oleh rakan-rakan baik saya ke i-City, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Di sini, saya ingin berkongsi beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan ketika saya di sana.















Sumber : WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Thursday, October 21, 2010

Legends Islamic Fashion Show...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini saya terdetik di hati untuk membawa fokus pembaca ke satu isu yang begitu sensitif sekali di kalangan kita sebagai Umat Islam. Tentu segelintir sudah mengetahui apa sebenarnya yang ingin saya sampaikan di sini iaitu berkenaan dengan Legends Islamic Fashion Show yang melibatkan Kuala Lumpur, Jakarta dan Monte Carlo.

Fashion Show yang cuba mengangkat penampilan Muslimah ke pentas peragaan ini lebih menampakkan ciri-ciri seorang yang bukan bergelar Islam dan akan lebih menelanjangkan Muslimah-muslimah di negara kita ini terutamanya kepada mereka yang bergelar remaja dan Mahasiswi yang kelompok besar yang akan mengikuti fesyen sedemikian.

Saya pernah menceritakan berkenaan dengan Tanda-Tanda Kiamat iaitu Wanita Yang Berpakaian Tetapi Telanjang pada bulan lalu.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Ada dua jenis manusia di antara penghuni neraka yang belum pernah aku lihat. Iaitu satu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul manusia; dan wanita yang berpakaian tapi telanjang, yang condong mencondongkan, kepala-kepala mereka seperti bonggol belakang unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga, bahkan tidak akan mencium baunya. Padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak perjalanan sejauh ini dan sejauh ini.”

Saya sendiri selaku Pemimpin Mahasiswa menegaskan di sini, adakah perkara ini perlu disokong oleh kita semua sebagai generasi muda bakal-bakal pewaris kepimpinan negara akan datang, sehingga boleh diibaratkan menghina tatacara pemakaian seorang Muslimah jika kita tidak membiarkan perkara ini berterusan yang berkemungkinan besar bakal merosakkan imej wanita-wanita Islam di Malaysia.

Saya tidak tujukan perkara ini kepada sesiapa tetapi sekadar untuk berpesan kepada diri saya sendiri dan seluruh pembaca dan mahasiswa supaya tidak terus leka dan hanyut dengan arus yang akan terus memesongkan kita ke lembah maksiat dan bala Allah. Mungkin penulisan kali ini akan lebih menggemparkan suasana di kampus kerana melibatkan saya selaku Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC.

Kita di Universiti ini perlu mengamalkan konsep “Nasihat-Menasihati” bukannya bertindak melulu tanpa sebarang kajian dan terus menuduh tanpa sebarang bukti. Dan saya sekali lagi, menyeru agar semua mahasiswa dan pembaca blog saya, supaya berfikir sejenak perkara ini sebagai satu kewajipan untuk kita mengetahui apa puncanya yang berlaku.

Saya baru sahaja mempersoalkan berkenaan dengan peruntukkan yang disediakan sebanyak RM111juta untuk Program PERMATA (Program Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak) untuk membimbing kanak-kanak bagi pembentangan Bajet 2011, TETAPI kenapa tidak diperuntukkan sebanyak mungkin bagi membimbing golongan Ibu-Ibu atau wanita yang berusia ke Program Hijrah atau bimbingan Islamiah yang lebih mendalam?

Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya bukannya ingin menimbulkan provokasi atau mempengaruhi mana-mana pihak, TETAPI sekadar untuk berkongsi pendapat berkenaan dengan Isu yang jelas memperlekehkan dan menghina TATACARA PEMAKAIAN MUSLIMAH. Akhir, kata, TEPUKLAH DADA TANYA IMAN ANDA…







Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Kembali Bersatu....

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Pagi ini saya ingin mengajak para pembaca blog, sahabat-sahabat dan Mahasiswa UTM IC untuk Kembali Bersatu dalam meneruskan usaha kita secara bersama-sama menyatupadukan antara kita supaya lebih bersikap toleransi dan bekerjasama. Insyaallah... Maka, saya ingin mengajak anda semua untuk menghayati bait-bait lirik lagu dari gabungan kumpulan Nasyid, Brothers, Yasin dan Waheeda...

KEMBALI BERSATU

Cruising in my ride beaming pride blasting out on a tune
Thinking my life peachy pink
Blessed friends i found you
Break me..Hurt me..Stab me..Kill me..
I was made a fool
Fake devotion..Fake love..
You dont meant it..
Why was I made a fool??

Guul illib dakhil galbak
Walau bas bikilmat ahibbak
Khali alil bagi wana kuun
Eh habbeb illi ihib uma ikhuun

Berpisah dan bertemu
Kerananya yang satu
Manis iman cintaimu
Cintanya..Cintaku..

Hey brothers let me tell u how i feel inside
Lately we've been blinded by this thing called pride
Instead we should be saying what we always hide
We deserve words so sweet and true like i love you..
And its just one off them times thatwe say we do
And its just one of our lines
You're brothers i've been searching for..
And now that I found you..
I dont want no more..
Friends..They want to play..
Say Assalamualaikum but deep down they really hate me
In their eyes I can see the distrust and honestly
Just tell me what you want and let your heart be free

Walau dugaan datang melanda
Tabahlah menghadapinya
Hindarilah segala sengketa...
Yang bisa memusnahkan
Jalinan mesra persahabatan
Antara kita
Hulurkan tangan mu..
Sama bergandingan
Kita hilang entah ke mana..
Sesat di hati tanpa cahaya
Tiap langkah semakin hampir ikatan ini
Tiada kan terlerai antara kita..
Tiada sempadannya..

Teman..Kita sentiasa bersama dalam mencari erti kehidupan..
Suka duka..
Ingati tika kita mula leka dan bila rintangan datang melanda..
Ku tahu ada kala kita tercabar..Terkasar..
Dan tiap kali begitu ia menguji saba
Maafkan aku dalam senang dan sukar
Agar jalinan ini tidak hambarTelah kian lama kita semua tak bertemu..
Syukur kini kita telah kembali bersatu
Alhamdulillah padanya yang satu
Kasih sayang kini kian padu

Sambutlah salam ku
Genggam jemariku
Zahirkan rasa kasih sayang mu..
Kalimah yang satu..
Lupakan sengketa lalu....


P/S :
Semoga anda semua mengambil mana yang baiknya dari lirik di atas dan jadikan ia sebagai kekuatan untuk terus kita bersatu, Insyaallah...membawa gelombang perubahan mahasiswa dan generasi muda pada akan datang....Insyaallah....


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Intipati Bajet 2011...

KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini:

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
* Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.
* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.
* Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.
* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.
* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.
* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.
* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.
* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.
* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).
* Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.
* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.
* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.
* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.
* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.
* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.
* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.
* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.
* Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.
* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.
* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.
* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.
* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.
* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.
* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.
* Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".
* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.
* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.
* Melancarkan Dana Pencen Swasta.
* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.
* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.
* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.
* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.
* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.
* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.
* Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.
* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.
* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.


-BERNAMA

Wednesday, October 20, 2010

Latihan Kebakaran KSJ...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Latihan kebakaran sememangnya perlu dititikberatkan oleh setiap mahasiswa yang hidup secara berkelompok. Hal ini adalah kerana sebagai bekalan sekiranya berlaku perkara kecemasan atau kebakaran yang tidak diduga oleh setiap kita di kediaman yang sedang kita menginap ini.

Sehubungan dengan itu, perkara ini telah dipandang jauh dari sudut tersebut oleh Pihak Pengurusan Kediaman Mahasiswa Kediaman Siswa Jaya terutamanya dari Pihak Pengetua. Langkah ini adalah langkah terbaik yang diambil bagi memastikan pengetahuan mengenai ilmu memadam api telah disematkan oleh setiap individu yang bakal bergelar masyarakat awam pada suatu hari nanti.

Saya selaku Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC beranggapan bahawa perkara ini menjadi satu titik tambahan kepada mahasiswa untuk menambahkan skill hidup tambahan kerana ini adalah satu ilmu yang dapat dimanfaatkan ketika mana suatu hari nanti perkara tak diingini ini berlaku di sekitar kediaman kita.

Terdengar keluhan mahasiswa berkenaan dengan latihan yang diadakan ini, tetapi saya yang mendengarnya hanya mampu tersenyum kerana perkara ini telah dipandang sebagai gangguan oleh segelintir mahasiswa yang masih kebingungan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi saya nak tegaskan di sini bahawa perkara ini sememangnya perlu dilatihkan kepada diri kita agar suatu hari nanti kita tidak berada di dalam keadaan ketakutan jika perkara ini berlaku.

Kita selaku mahasiswa yang masih menuntut ilmu perlulah bersikap terbuka dan bukan hanya memandang perkara sebegini sebagai suatu masalah yang akan menambahkan lagi kemarahan di dalam hati kerana ketika itulah syaitan akan mula menguasai diri manusia. Ingatlah, setiap apa-apa yang diungkapkan oleh kita adalah doa.

Akhir kata, saya mewakili barisan MPM UTM IC mengucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada Pihak Pengurusan Kediaman Siswa Jaya diatas latihan kebakaran yang telah diadakan ini. Semoga ilmu ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh mahasiswa pada suatu hari nanti. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Al-Fatihah Buat Nendaku, Wan Thom...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini (20 Oktober 2010), genaplah 3 tahun pemergiaan Arwah Nenda saya, Wan Thom yang telah pergi meninggalkan kami pada 20 Oktober 2007, sehari selepas Hari Kelahiran saya yang ketika itu masih belajar di Sekolah Menengah Teknik Langkawi.

Ketika itu juga adalah Hari Raya Ketiga Aidilfitri. Arwah yang lebih senang dipanggil “Tok We” itu merupakan satu-satunya Nenda yang sempat saya lihat selepas nenda sebelah Ayah meninggal sebelum saya dilahirkan. Saya juga agak rapat dengan “Tok We” ketika arwah masih hidup.

Al-Fatihah buat Arwah….

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Cucunda

Terima Kasih Untuk Semua...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Semalam (19-Oktober-2010) genaplah umur saya iaitu 20tahun. Apabila mengimbas selama 20tahun ini, barulah saya sedar betapa mencabarnya hidup sebagai seorang insan yang bernama Wan Muhammad Hazem Bin Mohd Yusoh.

Memang benar mencabar! Itulah yang dapat saya katakan di sini setelah menghayati kehidupan yang penuh dengan liku-liku dan keceriaan yang saling silih berganti. Saya amat bersyukur kerana masih diberikan nyawa untuk bernafas dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang hamba-Nya untuk berbakti dan beramal kepada-Nya.

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan berbanyak ucapan TERIMA KASIH kepada seluruh sahabat-sahabat dari TASKI ABIM, SRIAS, MAAHAD MAHMUD, SMTL, PLKN BERINGIN, PTSB & UTM IC yang sempat meluangkan masa untuk “wish” pada saya sama ada yang menelefon saya, SMS pada saya, postkan FB saya dan sebagainya lagi. SAYANG kalian semua kerana masih ingat terhadap diri saya. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya.

Tapi saya di sini juga ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan para sahabat semua agar tidak melupakan “MATI” pada bila-bila masa sahaja ianya akan mendatang. Walaupun umur kita sudah genap kea lam dewasa TETAPI mati itu, kita sendiri tidak mengetahuinya. Oleh itu, rajinlah beramal dan beribadat kepada-Nya agar kita semua di tempat ke dalam Syurga. Insyaallah…

Akhir kata, saya ingin ucapkan sekali lagi ucapan “TERIMA KASIH” kepada semua yang masih ingat pada diri saya… Insyaallah….

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
19 Oktober 2010
wan_hazem90@yahoo.com

Penyatuan Mahasiswa Melalui Tauladan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Perpecahan sering berlaku di mana sahaja terutamanya bagi kita yang berbangsa Melayu. Hal ini bukannya satu tuduhan melulu atau satu kenyataan yang tidak berasas tetapi inilah lumrah yang sentiasa kita akan Nampak bahawa ianya hanya berlaku di depan mata kita.

Masyarakat kampus sendiri tidak di kalangan Mahasiswa sendiri juga tidak kurangnya, perpecahan berlaku tidak kira sesama sekursus/sekuliah, sepersatuan mahupun apa saja yang melibatkan berkumpulan. Perpecahan ini berlaku disebabkan beberapa punca yang dapat saya kenalpasti iaitu yang UTAMANYA ialah EGO dan ANGKUH.

Sifat itu yang sebenarnya membawa atau menjadi laluan untuk perpecahan itu mengalir masuk ke dalam lapangan kampus kita. “YA”, saya bersetuju dengan kenyataan saya ini disebabkan pelbagai perkara yang boleh dijadikan contoh atau pembaca blog mahupun mahasiswa UTM IC sendiri melihat apa sebenarnya yang berlaku dalam masyarakat kampus hari ini.

Lebih parah lagi apabila ia semakin hampir dengan Proses Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa atau lebih dikenali dengan Pilihanraya Kampus yang diadakan setahun sekali. Selama hampir 3 tahun saya berada di UTM IC, EGO lah yang menjadi penyebab UTAMA Mahasiswa kita berpecah antara satu sama lain. Oleh itu, siapa yang harus dipersalahkan…???

Saya sendiri selaku Exco MPM UTM IC mengambil pelbagai inisiatif dengan mengadakan pelbagai program anjuran MPM UTM IC bagi mengeratkan hubungan antara Tahun1, 2 & 3 supaya tiada diskriminasi yang ditimbulkan dan menganggap setiap mahasiswa itu mempunyai hak dan keistimewaan yang sama rata.

Saya sendiri agak sedih apabila melihat ada berlakunya ketidakpuasan hati dari setiap tahun berkenaan dengan sesetengah persatuan akademik. Mereka yang pernah mengadu pada saya itulah yang membuatkan saya perlu menegur kesilapan yang ditimbulkan oleh sesetengah individu supaya tidak terus menjadi halangan untuk kita semua bersatu.

Saya berpesan pada diri saya sendiri dan seluruh mahasiswa UTM IC agar membuang sifat “EGO” dan “ANGKUH” yang tersemat di hati kita sama ada dalam kita sedar atau pun tidak sedar. Ingatlah, apabila sifat EGO mula menebal dalam diri kita, maka SYAITAN akan mengambil kesempatan terhadap diri kita untuk memecahbelahkan antara kita.

Saya juga berharap Program XPDC 1 , Kembara Ramadhan Anak Merdeka & Ceria Bersamamu dijadikan ikutan untuk melibatkan semua tahun agar penyatuan antara Mahasiswa itu dapat dilakukan bagi terus membentuk kesefahaman dalam membangunkan nilai-nilai Murni yang perlu dan terus dipupuk hingga kita keluar dari gedung ilmu ini. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

“PENYATUAN MAHASISWA MELALUI TAULADAN”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Tuesday, October 19, 2010

Pantun XPDC 1...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Walaupun saya terpaksa menarik diri dari mewakili UTM IC bagi Pertandingan Berbalas Pantun peringkat IPTA sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur hanya kerana meneruskan program yang diaturkan saya sendiri iaitu XPDC 1, saya tetap berpeluang untuk berpantun untuk semua peserta XPDC 1... Maka, TERIMALAH dari saya,

PANTUN XPDC 1

Mencari kelambu sambil tersenyum
Sambil membawa air panas vico
Dari Gunung Tebu beralih ke Gunung Senyum
Untuk satukan MPM dan Rakan Exco

Memang sedap milo dan vico
Lagi sedap jika di tambah susu
Anjuran MPM kerjasama Rakan Exco
Nama ekspedisi diberi
XPDC 1

Badanya besar memang gagah perkasa
Tengok je tangan dah sah merekalah juara
Mereka rajin lagilah mudah bermesra
Ashraf Suhaimi, Hariz Zakwan & Farid nama mereka

Peserta pantai timur kurang di sini
Hanya ada dua, kedua-dua berisi
Siapakah mereka wahai mahasiswa mahasiswi
Wan Hazem dan Amin Kama nama diberi

Jang oh jang itulah samaran
Suka buat lawak hingga tak termakan
Iqbal Ashraf terus langkah ke hadapan
Hazrai cemburu terus menawan

Suara mereka setiasa meriah
Walaupun diam dah macam pak lawak
Nama diberi Azrin Camillus dan Amnah
Merekalah peserta dah macam Pelawak

Dikenali dengan gelaran Imam Muda
Adik dan abang juga mereka berdua
Kalau Salman Abd Rahman adik dia
Irfan Shah pula abang dia

Memang pendiam susah dengar suaranya
Asyik tersenyum kelu tak terkata
Nurhalim dan Izzuddin nama mereka
Dua-dua mereka juga tak sempat ke atas sana

Peserta tertinggi dah macam tiang lampu
Sekali mendongak terus tak terpaku
Namanya Aizat Ahmad perserta tahun Satu
Rohaizat pula tahun dua yang banyak membantu

Seorang Ahmad Syamil suka senyum lebar
Seorang lagi Syamil Afif suka diam membisu
Sekali tengok dah memang macam kembar
Dua-dua nama syamil dari tahun Satu


Designer poster memang terbaik sekali
Dicadangkan Syamim yang beria-ia ingin membantu
Siapalah lagi kalau bukan si Fakhrul Razi
Abqari Azman mengangguk tanda bersetuju

Mulutnya suka berceloteh menghangatkan suasana
Badannya kecil suka bergelak ketawa
Sorang Nur Hidayu yang berwajah ceria ceria
Sorang lagi Farah Zulaikha yang suka melawa


Hidangan berselera pabila mereka ada
Resipi temurun ayah dan bonda
Siapakah mereka empunya cerita
Fauzee Othman dan Sofiah nama mereka

Peserta terakhir sebelum program bermula
Mula mendaftar kurang 6 jam bertolah ke sana
Syafikah Jasmine dan Dhamirah itulah mereka
Sangat bertuah tentu tak terkata


Demam dan terseliuh biasa saja katanya
Tetap bersemangat untuk ke puncak sana
Syafiqah Salmee itulah namanya
Tersenyum lebar pabila hingga terlena

Wajahnya comel bertudung hitam
Nama Maisarah mula menjadi sebutan
Tak kurang juga Syakir Salam
Kedua-dua rajin terus menjadi kenangan

Suka tidur dan bangun nak makan
Rambutnya pelik menjadi igauan
Namanya Shayree sudah menjadi kegilaan
Douglas Jahoni pun sama menjadi sebutan

Peserta ini berkaca mata
Ada yang kecil dan ada juga yang besar
Hanif, Akmaludin dan Firdaus itulah mereka
Sampai ke puncak mereka menggegar



Nukilan dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Timbalan Pengarah XPDC 1
Merangkap Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Monday, October 18, 2010

Bersama Mencipta Kecemerlangan Diri...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Kita sering ditanya, “Apa cita-cita kamu?” pada masa kita masih lagi kecil iaitu ketika di bangku sekolah. Pekerjaan seperti Guru, Pegawai Polis, Pemain Bola Sepak, Askar dan sebagainya lagi yang kerap disebut di bibir-bibir para pelajar ketika itu. Ada juga yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang Perdana Menteri dan berjaya dalam hidup.

Tetapi itu hanyalah sekadar jawapan untuk menjawab pertanyaan yang dilemparkan ketika itu. Sedarkah kita sejauh mana kita bergerak ke hadapan untuk mencapai impian dan cita-cita kita tersebut? Setebal manakah lagi ilmu yang perlu kita cari untuk mencapai ke semua cita-cita dan impian kita itu? Adakah kita semua ini yakin bahawa kita akan menggenggam kejayaan seperti yang kita harapkan itu?

Persolan ini sekadar pembuka hujah saya untuk membawa para pembaca dan mahasiswa UTM IC untuk mengimbas kembali belasan tahun ke belakang, ketika mana kita masih lagi di umur 5-10 tahun. Ketika itu, kita masih lagi diibaratkan seperti KAIN PUTIH yang dicorakkan satu persatu dengan amalan yang dipupuk oleh ibu ayah kita ketika di rumah dan sebagainya.

Hati kita ketika itu masih lagi bersih tanpa sebarang titik-titik hitam yakni perbuatan maksiat yang dilakukan oleh kita. Bebas dari segala fitnahan dan umpatan dari sesiapa saja. Dari hari ke hari kita membesar sehinggalah kita mencapai akhir baligh yang berupaya untuk kita berdikari secara manusia yang mempunyai akal fikiran untuk sentiasa berfikir baik buruk sesuatu tindakan yang akan kita lakukan.

Setelah hampir 20 tahun saya hidup di muka bumi ini, pelbagai masalah, halangan, dugaan, ujian dan sebagainya lagi telah saya hadapi seorang diri dalam meneruskan usaha saya untuk terus kejar akan segala apa yang diimpikan. Berpaksikan ilmu yang dikutip satu persatu dan berasaskan niat kerana Allah membuatkan diri ini terus yakin untuk melangkah ke hadapan bergerak seiring dengan peredaran zaman yang semakin mencabar pada era ini.

Perkongsian demi perkongsian berkenaan kehidupan ini oleh sesama para sahabat, kawan-kawan, senior-senior dan junior-junior kepada saya membuatkan saya dapat berfikir sejenak bahawa bukan saya seorang yang berhadapan dengan pelbagai masalah kritikal tetapi mereka juga mengalaminya dan terpaksa menyelesaikannya untuk terus hidup di dunia ini.

Bergelinangan air mata ketika mana terbayang perubahan terhadap diri ini yang suatu masa dahulu pernah dihina, dipulau dan sebagainya lagi demi untuk memperjuangkan hak dan kehidupan seorang manusia yang bernama Wan Muhammad Hazem. Satu persatu saya redahi dan terpaksa bergerak seorang diri hanya demi untuk merubahkan diri untuk menjadi seorang muslim yang berjaya. Insyaallah.

Pengalaman lampau itu bukan hanya menyebabkan saya pernah tersungkur teruk tetapi pernah membuatkan saya hampir berputus asa untuk menerima kenyataan ini sehingga pernah terfikir, “Kenapa aku perlu lalui semua perkara ini, sedangkan saya tidak pernah mengganggu ketenteraman orang-orang selalu dengki terhadap diriku ini?”

Mungkin ada hikmah disebaliknya pada setiap masalah yang berlaku itu. Sebut saja apa yang tidak pernah saya lalui, semuanya pernah dilalui walaupun hanya Allah saja tahu apa yang pernah berlaku terhadap diriku ini. Memang tidak dinafikan, sungguh perit apabila kita memandang ke belakang tetapi itulah benteng kekuatan yang membuatkan diri kita akan terus kuat untuk membuat perubahan yang memang diimpikan oleh setiap manusia hina seperti saya ini.

Insyaallah…saya menyeru kepada seluruh Mahasiswa UTM IC dan seluruh sahabat-sahabat agar tidak terus leka dengan kehidupan duniawi yang sementara ini dan tidak terus dibuai mimpi yang berkemungkinan besar akan menjadi mimpi ngeri dalam hidup anda semua. Ingatlah Allah, Ibu dan ayah kamu, sebelum membuat apa-apa keputusan yang akan merosakkan diri anda semua. Ciptalah kecemerlangan diri dan bukannya mencipta kerosakan diri.

Sekali lagi, saya berharap agar semua Mahasiswa UTM IC terutamanya Mahasiswa Tahun 1 & 2 supaya menggunakan akal fikiran yang diberika Allah sebelum membuat sesuatu tindakan. Fikirlah secara rasional dan janganlah sesekali menggadai maruah diri hanya kerana mengikut hawa nafsu yang akan membuatkan hidup anda terus merana dan terseksa dek kesalahan yang dilakukan itu.

Sekian, wallahualam…

“BERSAMA MENCIPTA KECEMERLANGAN DIRI”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Ekspedisi 1 Mahasiswa 1 UTM (XPDC 1)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Alhamdulillah…Program Ekspedisi 1 Mahasiswa 1 UTM (XPDC 1) anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC telah berlangsung dengan jayanya pada 16 dan 17 Oktober 2010 yang lalu (Sabtu dan Ahad) bertempat di Gunung Senyum, Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Dengan penyertaan seramai 34 mahasiswa dan mahasiswi UTM IC termasuk dengan Barisan MPM UTM IC, XPDC 1 ini telah memberi satu gabungan hebat penyatuan mahasiswa dari pelbagai peringkat tahun iaitu Tahun1, 2 & 3 termasuk dengan Rakan Exco MPM UTM IC.

Program yang bertemakan “Bersama Menuju Puncak” ini juga bukan hanya sekadar menjadikan Pendakian Gunung Senyum sebagai aktiviti utama tetapi turut diselitkan dengan beberapa aktiviti sampingan yang juga memberi satu pengalaman menarik kepada semua peserta yang terlibat iaitu Menggua (Caving) sebanyak 6 jenis gua (Gua Rangkak, Gua Terowong, Gua Ular, Gua Mayat, Gua Straw, dan Gua Gelap ), Night Walk, Junggle Tracking, Camping, Unggun Api, dan Spontan (Permainan sampingan).

Daripada jumlah 34 peserta yang terlibat, hanya 25 sahaja yang berjaya mendaki hingga ke puncak Gunung Senyum. TAHNIAH diucapkan kepada semua yang berjaya. Dengan rintangan dan halangan yang berkemungkinan meragut nyawa para peserta, 9 peserta telah memberi kata putus untuk menghentikan perjalanan dari terus mendaki Gunung Senyum.

Bermenukan Nasi Tomyam, Sardin, Sup Sosej, Cucur Manis, Roti, Maggi dan sebagainya lagi memberi gambaran betapa eratnya para peserta dalam penyediaan makanan untuk dijamukan bersama peserta yang lain. Biro Makanan yang diketuai oleh Saudara Fauzee juga menunjukkan ada peningkatan tugasnya setelah kejayaannya dalam program yang lalu iaitu Ekspedisi 1 Mahasiswa 1 Suara 1 Wawasan yang bertempat di Gunung Stong, Jeli, Kelantan Darul Naim.

Saya selaku Exco MPM UTM IC yang bertanggungjawab ke atas XPDC 1 ini bersama-sama gandingan saya iaitu Saudara Mohd Farid (Pengarah Program), Insyaallah…mencapai objektif yang diharapkan iaitu mengeratkan antara MPM UTM IC dengan Rakan Exco MPM UTM IC dan Mahasiswa UTM IC, Meningkatkan tahap daya fizikal dan mental para peserta dan Menambahkan keyakinan kepada diri para peserta.

XPDC 1 ini juga telah dijalankan dengan berkonsepkan 4K telah dibahagikan kepada 7 kumpulan Khemah dan Saudara Azrin Capillus (Mahasiswa Tahun1) telah diangkat sebagai Penghulu. Alhamdulillah, ciri-ciri kepimpinan yang telah dilatih menunjukkan bahawa Universiti Teknologi Malaysia International Campus masih mempunyai bakal-bakal kepimpinan Mahasiswa akan datang. Insyaallah…

Program yang ekstrem seperti ini diharapkan dapat memberi ruang kepada mahasiswa untuk mengutip pelbagai pengalaman dan kenangan untuk disematkan di hati masing-masing. Program yang jarang dilakukan di UTM IC seperti ini memberi gambaran bahawa MPM UTM IC mengangkat program ini sebagai benchmark baru kepada program-program Ekstrem di UTM IC yang mempunyai potensi untuk diteruskan oleh bakal-bakal Kepimpinan Mahasiswa akan datang. Insyaallah…

Akhir kata, walaupun program ini mempunyai pelbagai masalah pada awalnya, ia tidak sesekali membuatkan saya untuk berputus asa atau patah semangat TETAPI membuatkan diri saya terus kental dan bersemangat dalam meneruskan aktiviti berbentuk Esktrem ini untuk dilaksanakan oleh saya sendiri dan Saudara Farid untuk sasaran yang telah dikenalpasti.

Semoga ukhuwah yang terjalin antara Barisan MPM UTM IC dan Rakan Exco MPM UTM IC & Mahasiswa UTM IC akan terus berkekalan hingga ke akhirnya. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

“BERSAMA MENUJU PUNCAK”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Timbalan Pengarah
Program Eskpedisi 1 Mahasiswa 1 UTM (XPDC 1)
Merangkap Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Saturday, October 16, 2010

Bersama Menuju Puncak...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Dugaan demi dugaan timbul dalam merealisasikan impian murni untuk mengeratkan antara pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UTM IC dengan Rakan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC (Rakan Exco) iaitu Program Ekspedisi 1 Mahasiswa 1 UTM (XPDC 1) yang bertempat di Gunung Senyum, Pahang.

Memang pedih dan perit ketika permulaan berniat untuk melakukan aktiviti seperti ini setelah kejayaan Program Ekspedisi 1 Mahasiswa 1 Suara 1 Wawasan kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) di Gunung Stong awal semester lalu. Tapi tetap diteruskan setelah mendapat kepercayaan dari pelbagai pihak. Alhamdulillah…

Bermulanya episod demi episod kesakitan yang dirasai dan kepedihan yang dihadapi dalam meneruskan perjuangan dalam merealisasikan XPDC 1 ini. Penarikan diri satu persatu peserta yang saya amat mempercayai mereka, tapi mungkin ada hikmah disebaliknya. Insyaallah…saya percaya pada mereka. Mungkin di lain program kita semua masih boleh bersatu. Insyaallah…

Di tambah satu persatu masalah lain yang perlu diselesaikan demi menyeimbangkan antara akademik dan kokurikulum di UTM IC seperti tugasan akademik yang melibatkan saya dengan masyarakat awam dan sektor kerajaan serta sektor swasta yang begitu mencabar. Makluman juga diperolehi dengan mudah walaupun pada mulanya amatlah susah untuk diperolehi.

Tapi saya percaya dengan niat yang ikhlas, Insyaallah semuanya akan lancar. Insyaallah… Mahasiswa perlulah melangkah satu tapak lagi ke hadapan untuk menambahkan daya kekuatan diri dan jasmani yang jarang dilakukan atau dibuat di kalangan mahasiswa iaitu 4 dalam 1 iaitu Pendakian, Caving, Night Walk & Camping…

XPDC 1 ini mengangkat mahasiswa dari setiap tahun iaitu tahun1, 2 & 3 dalam bersama-sama memperolehi kejayaan “Menuju Puncak” semasa bergelar mahasiswa di UTM IC. Berlandaskan konsep 4K yang diketengahkan oleh MPM UTM IC untuk kali ini iaitu Kepercayaan Diri Sendiri, Kerjasama antara Ahli, Kekuatan Rohani & Jasmani, dan Keterbukaan dalam Berkumpulan.

Konsep ini diwujudkan adalah sebagai langkah dalam meningkatkan daya keyakinan pada diri sendiri dalam meneruskan sesuatu cabaran yang ada di hadapan kita. Tidak kira sama ada cabaran berbentuk fizikal mahupun ilusi. Keyakinan dirilah yang akan membuatkan seseorang individu itu BERANI untuk terus melangkah satu persatu anak tapak ke hadapan.

XPDC 1 yang julung kalinya diadakan ini diharapkan mencapai sasaran dan objektif yang telah dirancang. Sebagai Exco MPM UTM IC yang bertanggungjawab dalam merealisasikan program XPDC1 ini dengan bergandingan dengan Saudara Mohd Farid Zulkipli, Insyaallah…akan sedaya upaya melakukan yang TERBAIK untuk mahasiswa UTM IC yang terlibat.

Akhir kata, sekiranya masih berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti ini lagi,
diharapkan ianya menjadi kekuatan untuk terus berjuang dalam membawa mahasiswa UTM IC sekalian melihat keindahan dan keagungan Allah Taala yang sesekali membuatkan hamba-Nya terfikir, begitu hebat CIPTAAN ALLAH…

Sekian, Wallahua’lam…

“BERSAM A MENUJU PUNCAK”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Timbalan Pengarah Program Ekspedisi 1 Mahasiswa 1 UTM (XPDC 1)
Merangkap Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Friday, October 15, 2010

Homoseksual Pemusnah Kebahagiaan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Gejala “Homoseksualiti” iaitu hubungan sejenis bagi mana-mana jantina semakin bertambah parah di negara kita yang bernama Malaysia. Golongan manusia sebegini semakin bertambah dari masa ke semasa. Dua istilah boleh dikaitkan dengan aktiviti sebegini iaitu GAY (bagi lelaki) dan LESBIAN (bagi wanita).

Lebih mengeruhkan lagi apabila penglibatan golongan remaja ISLAM yang semakin rancak dengan aktiviti yang tidak bermoral seperti ini. Peringkat pelajar sekolah mahu pun peringkat mahasiswa juga sudah semakin tidak terkawal jika aktiviti ini tidak dibendung dengan sebaiknya oleh mana-mana pihak terutamanya di pihak Kerajaan Malaysia.

Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC juga memandang isu ini sebagai isu yang perlu diketengahkan kepada mahasiswa bagi sama-sama membanteras gejala ini dari berleluasa di UTM sendiri. Maksudnya, baik kita semua mencegah dahulu dari merawatnya. Ini kerana perkara ini perlu dibanteras sebaiknya agar ianya tidak tumbuh bagaikan cendawan di sekeliling kita.

Lebih menyedihkan apabila, Negara kita yang tercinta ini akan dikunjungi oleh Ikon Gay dari peserta American Idols iaitu Adam Lambert. Adakah kita semua mahu menyambutnya bagaikan seorang yang perlu anak bangsa kita puja? Atau kita mahu membantunya meluaskan pengaruh dan kelakuannya diikuti oleh anak bangsa kita?

Saya sendiri agak sedih apabila membaca mengenai perkara ini kerana ibarat zaman Kaum Nabi Luth A.S berputar kembali ke zaman teknologi moden ini. Allah Taala ada menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap Kaum Nabi Luth yang mengamalkan seks sejenis ini.

Firman Allah yang bermaksud,
“(demikian juga) kaum Nabi Luth telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul-Nya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin rebut yang menghujani mereka dengan batu kecuali keluarga Nabi Luth, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan demi sesungguhnya! Nabi Luth telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.”
(Surah Al-Qamar : 33-36)

Saya menyeru agar mahasiswa UTM IC menjauhkan amalan sebegini dan terus berdoa agar dijauhkan dari sebarang aktiviti luar tabii yang melibatkan hubungan sejenis. Percayalah, bercinta sesama berlainan jantina lebih afdhal daripada bercinta sesama sejenis. He3…

Sekian, Wallahua’lam…

“HOMOSEKSUAL PEMUSNAH KEBAHAGIAAN”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Wednesday, October 13, 2010

Sabar Itu Separuh Daripada Iman...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Memang sukar dalam memuaskan hati semua pihak. Tidak kiralah berkaitan dengan apa sekali pun, sama ada melibatkan orang yang kita kenali mahupun tidak dikenali. Tapi kesabaran itulah yang menjadi tunjang utama dalam memastikan keseimbangan yang perlu diterapkan dalam diri kita terutamanya mereka yang bergelar seorang pemimpin.

Memang tidak dinafikan, setiap insan yang dilahirkan di dunia ini masing-masing mempunyai tahap kesabarannya sendiri. Termasuklah diri saya sendiri yang tidak terlepas dengan perkara ini. Kadang-kala sering terfikir kenapa orang tidak memahami apa yang sebenarnya berlaku terhadap diri kita. Adakah kita ini sombong? Angkuh? Dan sebagainya.

Sabar separuh daripada iman. Sabar itu sendiri sebenarnya amatlah perlu dipupuk oleh setiap insan yang terdapat di dunia ini, lebih-lebih lagi pada saat getir dalam berganjak ke alam dewasa yang semakin mencabar. Dengan pelbagai godaan nafsu dan duniawi yang semakin melampau dalam mengajak manusia ke lembah kehinaan dan maksiat.

Maksud "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak- selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.

Cuba kita semua perhatikan “Sabar” itu sendiri di sekeliling kita, adakah “Sabar” itu menjadi satu kekuatan dalam mana-mana organisasi yang terdapat di UTM IC, sama ada persatuan mahasiswa mahupun mana-mana Jabatan. Adakah tahap kesabaran di setiap organisasi itu masih boleh dikawal atau pun tidak?

Cuba anda semua bayangkan pula, jika keseluruhan organisasi di UTM IC tidak mengamalkan pendekatan “Sabar” dalam diri mereka. Adakah penyatuan antara semua pihak dan organisasi di tahap yang membanggakan? Atau di tahap yang rendah? Anda semua mesti boleh jawab akan persoalan ini.

Akhir kata, saya menyeru agar seluruh Mahasiswa UTM IC mengamalkan sifat “SABAR” dan menerapkannya dalam diri masing-masing agar kehidupan anda lebih dalam ketenangan dan keberkatan Ilahi. Ingatlah, SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN…


Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Monday, October 11, 2010

Tahniah TNC (HEMA) UTM....

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Tajuddin b. Hj. Ninggal, Timbalan Naib Canselor (HEMA) di atas penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka yang membawa gelaran "DATUK"... Semoga usaha murni yang disumbangkan oleh Datuk akan terus memberi impak kepada seluruh masyarakat. Insyaallah...

Kami di Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur mengucapkan TAHNIAH sekali lagi kepada Datuk...


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus

Ziarah Siswa...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Tepat jam 12.30tengahari tadi (10-10-2010), saya mewakili barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC (MPM UTM IC) bersama-sama dengan Wan Ayzam Zulhelmey (Presiden Persatuan Aeronautik) dan Mohd Ashraf (AJK Persatuan Aeronautik) telah menziarahi 2 orang mahasiswa kita yang terlantar di Hospital Kuala Lumpur.

Mahasiswa tersebut ialah Muhammad Daniel Putra dari 1 DDT dan Abdul Hakim Sahidi dari 1 DDE yang masing-masing dengan Demam Denggi dan Patah Tangan. Kedua-dua mahasiswa tersebut, Alhamdulillah dalam keadaan stabil dan kedua-dua ahli keluarga mereka telah mendapat makluman berkenaan dengan kedua-dua mahasiswa terbabit.

Saya di pihak MPM UTM IC dan barisan kepimpinan Persatuan Aeronautik mengucapkan Takziah kepada kedua-dua mahasiswa terbabit. Dan semoga kedua-dua mahasiswa terbabit berdoa banyak-banyak kepada Yang Maha Esa agar disembuh daripada segala penyakit, Insyaallah…

Ziarah yang dilakukan hampir selama 2 jam di Hospital Kuala Lumpur itu, Insyaallah, memberi sedikit sebanyak kelegaan kepada kedua-dua pihak agar hubungan antara mahasiswa dan pemimpin mahasiswa lebih erat dan rapat. Insyaallah… MPM UTM IC akan memaklumkan perkara ini kepada Pihak Hal Ehwal Mahasiswa (Kebajikan & Biasiswa) secepat mungkin…








Sekian, Wallahua’lam…

"DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA"

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malasyia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Thursday, October 7, 2010

Perpaduan Mahasiswa Peneraju Perubahan Akan Datang...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Ungkapan “Perpaduan” seringkali dilaung-laungkan oleh pelbagai pihak dalam membentuk sebuah tamadun yang berasaskan perpaduan antara kaum menjadi aspek utama dalam pembentukkan sesebuah negara. Malaysia sendiri merupakan sebuah negara yang menjadi aspek Perpaduan dan Integrasi sebagai asas dalam memelihara hubungan antara kaum.

Toleh kiri dan kanan anda, adakah elemen perpaduan ini masih kukuh di sanubari setiap rakyat Malaysia atau sekadar buih-buih yang hampir lupus di awangan? Satu persoalan yang mesti anda semua fikirkan terutamanya anda yang bergelar seorang Mahasiswa atau bakal-bakal pelapis Pimpinan Negara akan datang.

Kita tinggalkan mengenai isu tersebut kerana ianya sudah ke peringkat masyarakat Malaysia yang luas, tetapi saya ingin membawa anda semua ke satu peringkat yang tidak kurang hebatnya iaitu peringkat Masyarakat Kampus. Elemen perpaduan adalah amat diperlukan bagi membentuk generasi yang bersatu padu terutamanya apabila semakin hampir ke proses Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa atau Pilihanraya Kampus (PRK).

Sebagai contoh di Universiti Teknologi Malaysia International Campus (UTM IC), apa yang saya perhatikan sendiri elemen perpaduan di kalangan mahasiswa UTM IC tidak kuat sama sekali. Sering berlaku pertelingkahan dan ketidakpuasan hati antara berlainan tahun (batch) atau berlainan kursus/jurusan dan lebih memilukan di kalangan ahli persatuan sendiri.

Kenapa saya membangkitkan perkara ini pada pagi yang mulia ini? Kerana saya sendiri perlu menasihati pada diri saya sendiri dan seluruh Mahasiswa UTM IC sebelum kita terlambat dalam menempuh masa akan datang. Kita semua perlu sedar bahawa kita semua adalah se”title” iaitu Mahasiswa. Kenapa perlu kita bergaduh, bertelingkah atau berpecah antara satu mahasiswa dengan mahasiswa yang lain? Sedangkan kita semua adalah sama dan masing-masing memerlukan antara satu sama lain.

Maksud lain yang boleh saya katakan di sini adalah elemen perpaduan itu sendiri sangat perlu diterapkan oleh kita semua dalam membentuk sebuah hubungan atau ikatan silaturrahim yang utuh dan kuat sesama kita. Pelbagai langkah usaha yang dilakukan oleh pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC (MPM UTM IC) dalam mempertahankan atau memperkukuhkan elemen ini sebagai dasar perjuangan kita semua.

Program University Social Responsibility di Bukit Katil, Program University Social Responsibility di Sarawak, Program Kembara Anak Merdeka, Program Culture & Sport Competition dan sebagainya lagi anjuran MPM UTM IC mengangkat tema perpaduan sebagai bentuk memperkukuhkan antara mahasiswa sendiri di UTM IC.

Kita semua perlu sedar bahawa kita semua akan berhadapan dengan masyarakat yang lebih luas di masa akan datang. Adakah kita mahu melihat saudara-saudara kita berperang antara satu sama lain? Memang benar sangat susah untuk kita semua menjauhkan sifat hasad dengki dalam diri kita tetapi kita semua perlulah kuat dan hindari sifat seperti itu.

Akhir kata, saya amatlah berharap agar seluruh Mahasiswa UTM IC bersatu dan bersama-sama berganding bahu dalam memperkukuhkan tali persaudaraan dan persahabatan antara satu sama lain agar ianya terus berkekalan ke akhirnya dan dalam masa yang sama berganding bersama-sama dengan MPM UTM IC dalam memperjuangkan hak mahasiswa. Insyaallah…


Sekian, Wallahua’lam….

“Perpaduan Mahasiswa Peneraju Perubahan Akan Datang”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Wednesday, October 6, 2010

Jamuan Aidilfitri Peringkat Mahasiswa UTM IC...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pada 5/10/2010 (Selasa) telah diadakan satu Majlis Jamuan Aidilfitri Peringkat Mahasiswa UTM IC yang diadakan di Dataran Ilmu UTM IC. Majlis yang telah disempurnakan oleh wakil Menteri Mentor UTM, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman telah dihadiri hampir ke semua mahasiswa UTM IC bagi bersama-sama meraikan perayaan Aidilfitri pada kali ini.

Dengan penglibatan ke semua persatuan Mahasiswa di UTM IC, kita pecahkannya kepada 15 gerai dengan pelbagai juadah yang dihidangkan. Antaranya, Satay Ayam & Daging, Nasi Dagang, Ayam Masak Merak, Kek Cokelat, Cendol, Lemang, Nasi Himpit, dan pelbagai lagi.

TAHNIAH diucapkan kepada pemenang Gerai Tercantik iaitu JKM-KSJ dengan hiasan yang agak menarik pada kali ini. Persembahan yang ditonjolkan juga amatlah menarik dengan pelbagai elemen telah diangkat untuk mewarnai suasana perayaan tadi.

Saya sekali lagi, mewakili Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC (MPM UTM IC) mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN”. Dan di sini juga, saya akan pamerkan beberapa keping gambar kenangan bersama beberapa persatuan yang telah saya lawati.



Bersama dengan Warga Persatuan Mahasiswa Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA)...

Bersama dengan Warga Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan (QS-BINA) dan Persatuan Mahasiswa Pembangunan Sumber Manusia (HRDC)...

Bersama dengan Warga Ikatan Kristian (IK) dan Persatuan Mahasiswa Buddha (PMB)...

Bersama dengan Warga Kediaman Siswa Semarak (JKM-KSS)...

Bersama dengan Warga Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (COMSTAR)...

Bersama dengan Warga Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Elektrik (JURUTEK) dan Persatuan Mahasiswa Hindu (PMH)...

Bersama dengan Warga Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Aeronautik (AERO) dan Persatuan Mahasiswa Mekanikal Industri (SMI)...

Bersama dengan Warga Kelab Taekwando (TK) dan Persatuan Mahasiswa Rekabentuk Industri (IRDC)...

Bersama dengan Warga Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)...

Bersama dengan Warga Kelab Penyelidikan dan Inovasi (RIC)...

Bersama dengan Warga Persatuan Mahasiswa Ukur Tanah (GEO)...

Bersama dengan Warga Kelab Kaunseling dan Kerjaya (KKDK)





Sekian, TERIMA KASIH…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Tuesday, October 5, 2010

Keadilan Yang Diharapkan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sistem keadilan dan saksama dari pelbagai pihak sepatutnya menjadi satu amalan dan perlu dimainkan dalam setiap organisasi yang dipertanggungjawabkan termasuk pihak Kerajaan sendiri. Tidak kiralah sama ada dalam aspek Kepimpinan Mahasiswa, Kepimpinan Syarikat mahu pun Kepimpinan Kerajaan.

Kita sering dilaungkan dengan pelbagai slogan yang digempar-gempurkan untuk menyahut seruan iaitu keadilan dan sebuah negara yang demokrasi dan perlu diterapkan dalam diri setiap rakyat Malaysia dan pekerja yang bertanggungjawab. Tidak kira sama ada sebuah badan Kerajaan atau pun sebuah badan NGO.

Dari hari ke hari, saya perhatikan istilah “Keadilan” dan “Negara Berdemokrasi” hanya sekadar benteng daripada kita mendengar apa yang diutarakan oleh pihak Mahasiswa, pihak Pembangkang mahu pun pihak Kerajaan sendiri daripada terus kita mengetahui apa sebenarnya sebagai seorang rakyat sebuah negara yang Merdeka. Tidak dinafikan ada hikmah di sebaliknya perkara seperti itu dilakukan tetapi di pihak saya sendiri sebagai wakil Mahasiswa, ianya dianggap sebagai satu persoalan yang masih belum terungkai.

Kita sering membaca di dada-dada akhbar berkenaan apa yang dibuat oleh pihak Kerajaan selaku wakil Rakyat tapi media massa yang sepatutnya menjadi sebuah badan bebas perlu melaksanakan amanah mereka dari terus dibelenggu oleh sebuah pihak semata-mata. Di manakah kebebasan oleh seorang pemimpin Wakil Rakyat bagi pihak Pembangkang menunjukkan apa yang mereka telah lakukan?

Saya bukannya menyokong pihak pembangkang atau pun pihak kerajaan, tetapi selaku pemimpin Mahasiswa saya perlu bertegas agar perkara seperti ini tidak terjadi dalam sebuah masyarakat Kampus yang masih hijau dalam penglibatan bidang politik ini terutamanya berkenaan dengan Pilihanraya Kampus (PRK) iaitu proses Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM).

Saya beranggapan bahawa situasi seperti ini ibarat satu kebebasan yang tidak Merdeka dari segi keadilan dari semua pihak termasuk di pihak mahasiswa sendiri. Mahasiswa juga perlu melihat situasi ini sebagai satu yang perlu dipupukkan dalam diri masing-masing dengan menegakkan keadilan. Contohnya, di Pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM UTM IC) sendiri, kita menjadikan aspek KEADILAN dan DEMOKRASI ini sebagai landasan kepada mahasiswa untuk bersama-sama dengan MPM UTM IC dalam memperjuangkan HAK-HAK ISTIMEWA MAHASISWA.

Di zaman Rasulullah SAW sendiri telah menjadikan aspek KEADILAN sebagai satu keutamaan terutamanya kepada mereka yang bergelar seorang pemimpin. Dan dalam realiti sekarang di kampus sendiri, Pihak MPM UTM IC dan Persatuan Mahasiswa UTM IC perlu menegaskan bahawa KEADILAN adalah menjadi keutamaan, kerana di akhirat nanti, satu persatu akan dipersoalkan oleh Allah Taala. Renung-renungkan…

Akhir kata, saya menegaskan di sini sekali lagi, segala aspek berkaitan dengan apa-apa yang melibatkan rakyat, mahasiswa dan sesiapa sahaja, seseorang itu perlulah bersikap ADIL dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Ingatlah, Allah Taala bersama dengan hamba-Nya yang teraniaya dan dizalimi.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Hidup Ini...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Puisi ini telah dicipta khas dari saya untuk semua sahabat-sahabat, kawan-kawan, junior-junior, senior-senior yang bertungkus-lumus mengatur langkah utk berjaya dalam hidup... Terimalah dari saya, HIDUP INI...

HIDUP INI...

Saat sesak membelai jiwa
Dalam mengatur langkah
Redahi liku-liku kehidupan

Berimaginasi dan bermimpi
Meneruskan sebuah kehidupan
Yang penuh berliku ini..

Hidup ini…tak semudah apa yang kau jangka
Bila kau rasai…kau akan mengangis
Dengan kekecewaan yang penuh berpuaka

Hidup ini…tak semudah apa yang kau sangka
Bila kau tersungkur…kecundang akhirnya
Dalam mengejar impian yang diidamkan

Hidup ini…akan semudah apa yang kau jangka
Bila kau rasai…kau terus gagah berdiri
Dengan penuh semangat yang tinggi

Hidup ini…akan semudah apa yang kau sangka
Bila kau tersungkur…kau bangun semula
Mencapai dan terus mengejar impian yang kau idamkan…

Kau perlu yakin…bahawa kau boleh berjaya…
Kau perlu sematkan di hati…bahawa kau akan berjaya…
Kau perlu berani…untuk terus berjaya…

Doaku buatmu kawan…
Agar kita terus mengatur hidup…
Menyusun tangga-tangga kehidupan…
Insyaallah…


Nukilan : WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Monday, October 4, 2010

Culture & Sport Competition 2010 (2)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Bersukan dan Berbudaya merupakan satu amalan yang perlu diterapkan dalam diri kita selaku mahasiswa. Memang tidak dinafikan bahawa saya sendiri sejak kebelakangan ini semakin terabai dalam aspek ini tetapi sekurang-kurangnya saya dan barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC berani mengambil risiko dalam melaksanakan program berbentuk sukan dan kebudayaan ini.

Program yang dinamakan sebagai Universiti Teknologi Malaysia Culture and Sport Competition 2010 (CSC’10) yang diketuai oleh Mohamad Hazrai Bin Mohd Zahar, selaku Pengarah Program CSC’10 merangkap Exco Sukan dan Kebudayaan, Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM UTM IC) juga telah disempurnakan perasmiannya oleh Encik Mohd Sharil Bin Abdullah, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa UTM IC.

Bertemakan, “Mahasiswa Pro-Aktif Melalui Sukan dan Kebudayaan” juga telah mempertandingkan 3 kategori utama dan 15 acara yang terdiri daripada Indoor Games, Outdoor Games dan Culture.Alhamdulillah, matlamat dan objektif yang kita terapkan dapat direalisasikan seperti membentuk mahasiswa yang mempunyai ketahanan diri yang kuat, semangat yang tinggi, seseorang yang pro-aktif dan menghargai seni dan budaya.

Persatuan yang menjuarai bagi CSC’10 adalah Persatuan Mahasiswa Pengurusan (SMART) dengan merangkul emas sebanyak 5 acara dan diikuti Persatuan Mahasiswa Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) dengan 4 emas dan Civil Engineering Orbit (CEO) dengan 3 emas. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan cuba lagi tahun hadapan bagi persatuan yang tewas.

Pembaharuan yang dilakukan pada kali ini adalah apabila kita naikkan acara berbentuk kebudayaan yang dipertandingkan yang diuruskan oleh saya sendiri selaku Urusetia Kebudayaan CSC’10. TAHNIAH diucapkan kepada Persatuan Mahasiswa Pengurusan (SMART), Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan (QS-BINA) dan Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Mekanikal (MESA) yang berani mengenengahkan ahlinya untuk terlibat dalam acara kebudayaan ini.

Walaupun pada mulanya mendapat penyertaan sebanyak 7 persatuan yang berkomitmen untuk menghantar penyertaan tetapi hanya 3 yang berjaya meneruskannya hingga ke malam penutupan. Manakala persatuan lain hanya sekadar menjadi penonton setia untuk memberi sokongan juga untuk kategori kebudayaan ini walaupun pada mulanya sekadar “HANGAT-HANGAT TAHI AYAM” untuk menghantar penyertaan bagi kategori kebudayaan.

Alhamdulillah dan sangat berterima kasih kepada Puan Raja Aida yang sentiasa memberi sokongan untuk kategori Kebudayaan ini dan juri jemputan iaitu Y.Berbahagia Datuk Mokhzani Bin Ismail, selaku Pengarah Muzik Orkestra RTM dan isteri. Dengan tiga persembahan yang berlainan seperti Pentomen dari QS-BINA, Sajak Berduet dari MESA dan Dikir Barat dari SMART tetapi menampakkan bahawa elemen kebudayaan itu masih kuat di hati mahasiswa.

Saya juga di sini ingin mengucapkan kepada beberapa persatuan yang menampakkan kesungguhan dan sokongan untuk menjayakan program ini seperti Persatuan Mahasiswa Aeronautik (AERO), Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (COMSTAR) dan beberapa lagi persatuan yang bertindak sebagai tulang belakang membantu barisan MPM UTM IC dalam melaksanakan program seperti ini peringkat mahasiswa UTM IC.

Ada juga sedikit terkilan apabila ada segelintir mahasiswa tahun 1 dan tahun 2 mengadu kepada saya menyatakan bahawa mereka ini ingin menyertai beberapa permainan tetapi tidak diberitahu dan tidak dipilih oleh pihak presiden Persatuan Akademik masing-masing sedangkan perkara ini telah diberitahu seawal yang mungkin iaitu sebelum Cuti Raya Aidilfitri lagi. Oleh itu, saya amatlah berharap agar semua pihak perlu memuhasabah diri sendiri bagi melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan dan bukan hanya sekadar “Melepaskan Batuk Di Tangga” atau “Cakap Tak Serupa Bikin”.

Saya di sini juga mewakili pihak Pengarah Program dan Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC yang lain memohon maaf sekiranya ada kesilapan dan kesalahan yang timbul disebabkan kelekaan dari pihak pengurusan program. Kami jadikan kesilapan dan kesalahan yang berlaku ini sebagai sempadan untuk kami terus melakukan suatu program yang dianggap memenuhi semua kehendak mahasiswa.

Saya juga ingin mengucapkan berbanyak ucapan TERIMA KASIH kepada seluruh AJK yang terlibat dan memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan program seperti ini dan bertindak membantu pihak MPM UTM IC bagi menggerakkan semangat kesukanan dan kebudayaan dalam diri mahasiswa di UTM IC. “Tanpa AJK, Bagaimana program seperti ini terlaksana?, Tanpa AJK, Program seperti ini tidak ke mana?”. TERIMA KASIH pada semua…

Akhir kata, saya berharap program seperti dalam memberi impak dalam pembangunan sahsiah diri dari terus leka dengan aktiviti yang tidak berfaedah yang lain. Dan semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan pada generasi mahasiswa akan datang. INSYAALLAH…

Sekian, Wallahua’lam…

“MAHASISWA PRO-AKTIF MELALUI SUKAN DAN KEBUDAYAAN”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com