Saturday, December 31, 2011

Temubual Adam Adli - Suara Keadilan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Adam Adli, 22 Tahun adalah aktivis mahasiswa yang sedang menamatkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.

Nama beliau mula mencuri tumpuan ramai apabila bertindak berani menaikkan bendera ‘Kebebasan Akademik’ dan menurunkan bendera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC, 17 Disember lalu sewaktu berarak membantah pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 (AUKU).

Tindakannya itu menerima pelbagai reaksi dari banyak pihak. Ada yang bersetuju dan memuji keberaniannya dan ada juga yang membantah sehingga mengugut untuk memukul dan meludah beliau.

Ikuti temubual ikon baru perjuangan mahasiswa ini dengan Wartawan Suara Keadilan, Ahmad Fadli KC.



Apa pandangan saudara tentang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ?
Datuk Seri Najib Razak saya anggap sebagai pemimpin yang suka berdolak-balik. Banyak kenyataan beliau buat akhirnya tidak dipenuhi. Contohnya seperti ISA, apa yang terjadi kepada 13 orang yang ditangkap di Sabah di bawah ISA? Tangkapan itu dibuat selepas pengumuman Najib. Bagaimana pula dengan AUKU 15? Dahulu kata hendak mansuh selepas itu pinda dan sebagainya.

Adakah menurunkan bendera muka Najib pelakuan spontan atau dirancang lebih awal? Adakah tindakan itu diketahui secretariat SMM?
Menurunkan bendera adalah simbolik kepada kemuncak ketidakpuasan hati mahasiswa. 4 kali AUKU dipinda! Sampai bila lagi ia perlu dipinda? Setiap pindaan itu seolah-olah satu penipuan untuk menggula-gulakan mahasiswa. Tindakan menurunkan bendera itu spontan. Sekretariat SMM tidak tahu, tapi mereka bersetuju.

Pada pandangan saudara, adakah tindakan menurunkan bendera muka Najib suatu perbuatan menghina?
Bagi saya ia tidak menghina. Kalau saya turunkan gambar Yang Di Pertuan Agong ; itu barulah menghina. Perdana Menteri hanyalah penjawat awam yang dilantik kami, iaitu rakyat. Banyak lagi penghinaan lain, kenapa tidak jadi isu? Kek berupa najis di Pulau Pinang lebih hina. Mahu ludah mahasiswa lebih hina. Itu bagaimana pula?

UMNO PJ mahu meludah saudara kerana menurunkan bendera muka Najib. Komen saudara?
Saya serahkan perkara ini kepada polis. Berikutan peristiwa ugutan dari puak-puak ini juga, nama dan imej UMNO pasti tercalar. Mengugut dan mengancam ahli politik perkara biasa, namun mengugut mahasiswa dan rakyat biasa itu tindakan yang silap.

Boleh saudara huraikan apa yang dimaksudkan dengan ‘ruang lingkup kebebasan mahasiswa’ yang saudara pernah sebut sebelum ini?
Kebebasan mahasiswa adalah penglibatan bukan sahaja dalam politik sebaliknya dalam system masyarakat. Pertama adalah kebebasan akademik. Apabila dunia akademik bebas, mahasiswa mampu belajar dengan lebih baik dan mereka mampu mencabar ilmu mereka. Kemudian bebaskan mahasiswa bersuara dengan menghapuskan akta-akta mengarut yang mengongkong mahasiswa. Bila mahasiswa bebas bersuara, berpartipasi dan sebagainya, mahasiswa akan mampu menyumbang kepada Negara ini. Bukannya sekadar menjadi pengampu kepada pemimpin atau pun menjadi penonton kepada mana-mana perhimpunan agung atau majlis-majlis bersama pemimpin. Mahasiswa adalah agen kepada masyarakat. Mereka akan turun bertemu dengan masyarakat, membantu masyarakat. Kita mengharapkan satu masa kelak, mahasiswa akan melupakan sentiment yang mengatakan mereka ini adalah pelajar yang tak boleh ambil tahu tentang dunia luar. Ini adalah salah dan mahasiswa harus insaf dengan pemikiran sebegini dan sedar ini silap.

Selain isu memperjuang hak mahasiswa, mengapakah saudara berdiam diri dalam isu lain? Tidak mahu terlibat dalam perjuangan lain dalam membela rakyat?
(Gelak) itu silap. Ramai yang tidak perasan, demontrasi air untuk rakyat Selangor; saya pernah diheret oleh perundangan Universiti dan hampir dipecat dari Universiti kerana berkeras dengan pendirian saya. Saya juga aktif berjumpa masyarakat Melayu di Kampung Baru untuk memahami isu tanah mereka yang satu hari nanti akan dirampas taukeh-taukeh besar. Ini saya lakukan seorang diri secara santai kerana saya sering lepak di sana. Namun, keutamaan besarnya adalah membebaskan mahasiswa dahulu.

Apa komen Adam tentang perjuangan Pakatan Rakyat?
Setakat ini Pakatan Rakyat belum pernah memerintah Negara di peringkat Persekutuan. Jadi kita belum mampu lagi menilai kebolehan Pakatan Rakyat dalam erti kata sebenar. Cukuplah kalau saya katakan, empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat setakat ini ada yang positif, ada yang negatif. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki, masih banyak lagi janji yang perlu ditunaikan.

Selepas insiden ditumbuk polis berpakaian preman di luar balai polis, bagaimana pandangan saudara tentang kredibiliti polis?
Kita tak boleh cakap semua polis jahat. Itu salah. Ada polis yang jujur. Ada polis yang betul-betul komited dengan tugasnya, ada yang serius dengan tanggungjawab yang diberi kepada mereka. Tapi kita harus ingat, mana-mana yang merosakkan nama baik polis dengan amalan rasuah, penyelewengan kuasa, salah guna kuasa, ini kita perlu tolak. Saya harap pihak polis akan teruskan lagi usaha membersihkan institusi Polis kerana polis adalah Polis Di Raja Malaysia, bukan untuk menteri – mereka adalah penjaga kepada rakyat. Kita tidak mahu lagi selepas ini rakyat Nampak polis rakyat takut. Rakyat harus mesra dengan polis dan polis harus bersihkan institusi mereka.

Ada kata mahasiswa ini cukai pun belum bayar tapi sibuk berpolitik. Apa pandangan saudara?
Cukai kami belum bayar tapi kami sudah berhutang. Itu bagaimana? Kami ada berhutang dengan kerajaan tapi pernahkah orang kata hutang kami ini dianggap sebagai satu bentuk sumbangan besar kepada Negara? Tidak ! Hutang ini satu beban kepada mahasiswa. Kerajaan harus komited memperbaiki sistem biasiswa pendidikan atau beri sahaja pendidikan percuma. Usahakan ke arah itu.

Ada yang kata mahasiswa berpolitik ini pencapaian akademiknya tak berapa bagus. Komen?
(Ketawa) Itu benda yang sangat silaplah. Saya sendiri CGPA saya tak pernah jatuh. CGPA saya antara 3.2 ke 3.4. Saya kira masih ok.

Saudara pernah sebut tentang ‘mahasiswa menyertai politik tanpa menyertai parti politik’. Boleh huraikan lebih lanjut?
Politik adalah satu kumpulan manusia yang memperjuangkan satu-satu isu. Jadi, tak semestinya dengan menjadi ahli politik barulah kita boleh berpolitik (memperjuangkan sesuatu isu). Maksudnya, kita perjuangkan isu. Kita boleh buat macam-macam benda sebenarnya.

Pada dekad 1970-an, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara pemimpin mahasiswa yang lantang memperjuangkan hak rakyat. Sejauh manakah, mahasiswa masa kini mencontohi perjuangannya?
Mahasiswa hari ini menjadikan generasi dahulu sebagai teladan. Apa-apa kelemahan mereka kita kaji dan perbaiki. Saya sudah tekankan ketika berdemo dulu, mahasiswa hari ini perlu pilih – cipta sejarah sendiri atau hanya mampu terus bangga dengan sejarah lampau. Alhamdulillah, nampaknya mahasiswa sudah bangkit menyahut cabaran. Selesai kebebasan akademik, kita akan lebih agresif memperjuangkan hak rakyat. Itu pasti ! Bebaskan mahasiswa dahulu dan lihat bagaimana mahasiswa ubah Negara demi rakyat.

Sumber : Suara Keadilan.

*Bangkitlah Bersama Mahasiswa…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, December 28, 2011

Tapisan Filem-Filem Malaysia Adalah Perlu...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Agak mengejutkan apabila kita membaca pengumuman Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam bahawa berkuat kuasa tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan itu akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri. Keputusan itu juga dikatakan meliputi filem luar Negara.

Mengikut Tan Sri Mahmood, keputusan ini diambil selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang menjayakan industri perfileman Negara dan demi memenuhi kehendak rakyat yang mahukan kebebasan dalam industri perfileman.



Pada pendapat saya pula, Lembaga Penapis Filem (LPF) masih releven untuk diteruskan dalam menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan kerana ianya melibatkan soal sensitiviti masyarakat. Kerana apa hujah saya adalah melibatkan sensitiviti masyarakat ? Ianya adalah melibatkan daya pemikiran ‘orang’ filem dengan masyarakat setempat.

Banyak adegan dan aksi yang akan melibatkan sensitiviti masyarakat seperti adegan seksual, tahyul dan sebagainya. Ini adalah penting kerana rata-rata penontonnya adalah remaja dan anak muda. Dan ianya dianggap tidak sesuai sekiranya penapisan tidak dilakukan kerana segelintir penerbit filem hanya akan memastikan filemnya Berjaya dari segi kutipan berbanding mesej atau teladan yang ingin disampaikan.

Seterusnya anda semua boleh melihat, rata-rata pelakon baru hari ini agak seksi terutamanya ketika beraksi dalam sesebuah filem, drama dan sebagainya. Cuba anda semua perhatikan filem-filem Negara di sekeliling tanah air kita, kebanyakkannya sudah semakin terbuka walaupun menyimpang dari adat dan budaya masyarakat timur terutamanya dari aspek pemakaian dan sebagainya.

Berfikirlah secara waras, adegan yang diluluskan juga kadang-kala sudah dianggap keterlaluan dengan wanitanya yang hanya ‘berkemban’ dan aksi ‘berahi’. Apakah pula keadaannya sekiranya tiada tapisan yang dilakukan oleh pihak bertanggungjawab terhadap filem-filem yang akan datang?

Memang benar, saya merupakan antara salah seorang dari jutaan peminat filem Melayu tetapi pendirian dan pendapat adalah sama sahaja sepertimana apa yang telah diungkapkan di atas. Saya mengharapkan agar dunia perfileman Melayu lebih hebat dengan menjunjung tinggi adat budaya kita.

Sedih sebenarnya apabila melihat dunia hiburan terutamanya dunia perfileman Malaysia hari ini yang rata-ratanya menggunakan unsur seks dan berahi sehinggakan dianggap jelik oleh sesetengah masyarakat yang tidak dapat menerima aksi-aksi berkenaan. Tetapi apa yang akan berlaku sekiranya tiada penapisan yang dilakukan?

Kesimpulannya, saya masih mengharapkan agar pihak yang bertanggungjawab sepatutnya meneruskan usaha dalam menapis filem-filem yang dikeluarkan di Negara kita agar penerbit dan pengarah filem tidak hanyut dengan pemikiran dan karya yang berkait rapat dengan unsur-unsur yang boleh melanggar sensitiviti masyarakat timur.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Tuesday, December 27, 2011

Sedarlah Diri !!!

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

SEDARLAH DIRI !!!



Mencari kegembiraan itu pasti
Mencari kebahagiaan itu juga mesti

Tapi apa akan terjadi
Jika pemimpin yang aku kagumi
Mencabuli taraf dan hormatnya sendiri

Ingat ! Aku bukan lidi
Yang mudah untuk kau kecapi
Yang mudah untuk kau genggami
Mengekormu ke mana ke mari

Sedarlah diri !
Sebelum egomu terus membakari
Dirimu yang goyah tatkala dibasahi
Peluh dan air liurmu yang basi

Dunia hari ini
Takkan tunduk dengan perilaku sebegini
Tiada hormat dari diriku sendiri

Sedarlah dari lamunan yang tinggi
Kuasa dan harta bukan mudah dijual beli
Dan sesekali tidak termakan dek kebodohan sendiri

Aku sendiri akan menentang orang sebegini
Tak patut untuk aku tunduk dan ikuti
Melainkan engkau merendah diri
Dan terus sujud mengadap Ilahi
Memuhasabahkan diri
Lalu tersedar dari mimpi…

*Kepada semua pembaca blog saya, puisi ini ditujukan khas buat mana-mana pemimpin yang masih tidak ‘Sedarkan Diri’. Dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak atau sebagainya. Oleh itu, fahamilah dan hayatilah rintihan hatiku ini… Kita sama-sama doakan agar mereka ini berubah dan kembali ke pangkal jalan… Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Ceroboh Rumah, Kemudian Berkhalwat...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…

Terkejut saya tatkala membaca berita mengenai perkara ini. Boleh dikatakan ada sahaja kes yang melibatkan penzinaan berlaku di Negara kita yang bernama Malaysia. Itu antara yang dilaporkan, cuba anda semua fikir mengenai penziaan yang tidak dapat dikesan oleh wartawan… Wallahua’lam…

Sayang seribu kali sayang, maruah diri yang sepatutnya dijaga oleh seseorang tetapi digunakan sebagai pemuas nafsu serakah masing-masing. Apa-apa pun, saya kongsikan berita ini di sini bertujuan agar anda semua fikir dan lihat, dengan situasi semasa masyarakat kita hari ini…

ALOR GAJAH: Seorang wanita yang juga isteri orang ditemui dalam keadaan mengaibkan apabila berpelukan dalam telanjang bulat dengan teman lelakinya dalam bilik di sebuah rumah Kampung Baru Lendu, Alor Gajah, pagi kelmarin.

Lebih memalukan apabila kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu disedari pemilik rumah berkenaan, Sutini Hamzah, 61, bersama anak lelakinya, Ainol Adnan, 38, yang datang ke rumah itu selepas dimaklumkan jiran mengenai tindakan sepasang kekasih tidak dikenali menginap di rumah mereka tanpa kebenaran.

Ainol ketika ditemui berkata, sebaik dia dan ibunya tiba di rumah itu, mereka mendapati pintu pagar depan, tingkap dan pintu utama rumah terbuka luas seperti sudah lama ditinggalkan.

Katanya, dia memberi salam sebanyak tiga kali, namun tidak bersahut sebelum masuk ke dalam rumah yang mempunyai empat bilik itu untuk melakukan pemeriksaan, namun mendapati tiada sebarang kesan rumah itu diceroboh.

“Bagaimanapun, apabila saya dan ibu masuk ke bilik terakhir, kami terkejut apabila terserempak sepasang kekasih bertelanjang bulat dalam keadaan berpelukan nyenyak tidur seperti orang kepenatan.

“Gelagat mereka sedang berpelukan intim di atas katil amat mengaibkan, malah mereka tidak sedar kehadiran kami,” katanya

Sumber : My Metro

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Monday, December 26, 2011

Kebangkitan Mahasiswa 1960-an...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pagi ini saya tertarik untuk kongsikan satu artikel yang cukup baik dan perlu diketahui oleh mahasiswa mengenai kebangkitan mahasiswa di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an. Dan kaitannya dengan kewujudan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971… Jom ikuti, baca dan hayati bersama… Insyaallah… =)

Isu Akta Univerisiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kembali 'panas' selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk meminda Seksyen 15 bagi membenarkan mahasiswa universiti awam menjadi ahli parti politik. Bagaimanapun, cadangan itu mendapat tentangan daripada beberapa persatuan pelajar yang meminta agar Auku dimansuhkan, bukan dipinda.

Sebelum isu ini dibincangkan dengan lebih mendalam, eloklah jika kita imbau kembali detik-detik bagaimana kehidupan mahasiswa sebelum Auku diwujudkan.

Ikuti temubual Wartawan Sinar Harian Online, Zulaikha Zulkifli bersama bekas Setiausaha Umum Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UMSU) yang paling lama berkhidmat, iaitu Syed Hamid Ali.



Syed Hamid kini merupakan Ketua Cabang PKR Batu Pahat, Johor dan menetap di sana. Beliau yang kini berusia 67 tahun memiliki dua orang cahaya mata masih lagi bergiat aktif di arena politik.

Menceritakan detik-detik kebangkitan mahasiswa sebelum wujudnya Auku, menurutnya, mahasiswa khususnya di Universiti Malaya (UM) sebelum ini mentadbir dan menguruskan 100 peratus persatuan mereka sendiri tanpa campur tangan pihak universiti.

UMSU

Syed menceritakan, UMSU pada masa itu berperanan untuk menjaga kebajikan dan hal ehwal mahasiswa. Persatuan itu pada mulanya lebih menjurus kepada kebajikan pelajar seperti membantu pelajar yang tidak mempunyai rumah dan sebagainya. Bagaimanapun, dengan adanya isu-isu yang melanda luar negara pada masa itu, ia meningkatkan kesedaran mahasiswa untuk lebih aktif berbanding hanya menjaga kebajikan pelajar.

"Antara peristiwa yang terjadi pada masa itu ialah perang Vietnam. Itu antara isu pokok. Kami sangat memihak kepada perjuangan yang membebaskan negara dan Amerika Syarikat (US) yang sepatutnya tidak melakukan perkara itu bahkan mahasiswa sedunia turut bangkit menentang tindakan US," katanya.

Selain itu, Syed berkata, pada tahun 1966, UMSU yang diketuai oleh Khong Kim Hoong telah menyedarkan mahasiswa mengenai kepentingan isu rakyat pada masa itu. Beliau berkata, mahasiswa pada zaman itu tiada bezanya dengan rakyat biasa dan jika rakyat ada perananya, begitu juga dengan mahasiswa.

"Ada satu persamaan di antara mahasiswa dengan rakyat iaitu bertangunggjawab dan harus menyumbang kepada negara," katanya.

Mengimbau kenangan lalu, beliau berkata, antara perkara yang dibuat oleh UMSU pada masa itu ialah mereka menyediakan perkhidmatan bas, memiliki bagunan sendiri dan turut memberi gaji kepada kerani.

Mungkin nampak pelik dan sukar bagaimana persatuan mahasiswa dapat melakukan semua perkara ini sendirian tanpa bantuan pihak universiti.Justeru, Syed berkata, tiada yang mustahil kerana mereka mewajibkan semua pelajar UM membayar yuran persatuan UMSU.

"Dari situlah kami dapat duit untuk membeli dan membayar semua benda. Pihak universiti pula langsung tidak dibenarkan untuk mengambil tahu apa yang UMSU lakukan pada masa itu," katanya.
Menurut Syed, walaupun tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak, tetapi hasil yuran yang dibayar pelajar sebanyak RM10 setahun itu mampu membeli bas untuk kegunaan pelajar, mengupah kerani, pemandu bas dan memiliki kantin.

Selain itu, Syed menceritakan, dengan memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengurustadbir persatuan mereka 100 peratus, ia dapat menjadikan seseorang mahasiswa itu mempunyai daya fikir yang tinggi dan mampu berdikari.

"Bukan hanya menjadi mahasiswa 'pak angguk' yang mana hanya tahu menerima arahan sahaja," katanya.

Beliau berkata, universiti pada ketika itu mempunyai autonomi dan kebebasan serta tidak dikawal oleh menteri. Malahan mempunyai majlisnya yang tersendiri yang terdiri daripada bekas pelajar dan pensyarah.

"Pada masa itu universiti dan menteri langsung tidak mengganggu. Dulu, UM terkenal dan antara ranking tertinggi dunia, tetapi sekarang UM sudah jatuh. Mengapa UM jatuh? kerana universiti telah dipolitikan," katanya.

Student Manifesto

Menceritakan detik-detik kebangkitan mahasiswa, beliau memberitahu, pada tahun 1969, ketika musim pilihan raya, UMSU mengadakan perbincangan untuk meletakkan calon dalam pilihan raya.

"Mula-mula kita ingat nak letakkan calon. Tapi lepas itu bila difikirkan balik tidak jadi letakan calon tetapi kami hasilkan dengan satu manifesto yang diberi nama 'Manifesto Mahasiswa' yang mempunyai tujuh perkara penting yang kita fokuskan," katanya.

Syed menambah, antara perkara yang dituntut oleh mahasiswa pada ketika itu ialah untuk menuntut hak-hak kebesasan dan asasi kemanusiaan seperti menentang ISA, hal-hal pendidikan dan kemiskinan.
Beliau berkata, timbulnya idea untuk membuat manifesto ini juga kerana bagi UMSU, sudah tiba masanya mahasiswa untuk mengambil tindakan positif bagi menentukan masa depan negara.

Syed Hamid berkata, dengan membawa tujuh tuntutan itu, UMSU telah mengelilingi 13 bandar di semenanjung untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang tuntutan mereka.

"Kami telah pergi ke bandar-bandar di semenanjung Malaysia seperti Batu Pahat, Bandar Melaka, Kuala Lumpur, Kuala Pilah untuk membuat rapat umum dan beritahu pada masyarakat apa yang telah kami tuntutkan. Semakin lama, orang yang hadir ke rapat umum itu semakin ramai, tetapi apabila kami hendak pergi ke pantai timur, polis sudah menghalang.”

“Hasil daripada rapat umum yang mahasiswa lakukan di 13 bandar itu, sembilan calon Barisan Nasional (pada masa itu Perikatan) telah kalah dan ini yang membimbangkan kerajaan pada masa itu. Pengaruh kita pada masa itu sangat ramai," katanya.

Jelasnya, sambutan yang menggalakan daripada penduduk setempat sangat memberangsangkan sehingga mereka diberi duit untuk mencetak puluhan ribu manifesto untuk diberi kepada orang ramai.
"Kita tak mewakili mana-mana parti pada masa itu. Caranya senang sahaja. Apa yang kita hendak ialah jika ada parti yang boleh terima manifesto ini, sokong parti itu," katanya.

Beliau menambah, sambutan yang diterima oleh penduduk setempat sangat positif sehingga ada yang membandingkan rapat umum UMSU dengan kehadiran Lim Kuan Yew ke Pulau Pinang pada masa itu.
Syed berkata, selain daripada manifesto yang dituntut oleh mahasiswa, mahasiswa pada zaman itu juga telah ke depan.

"Pada tahun 1967 atau 1968, ada beberapa isu negara seperti isu tanah, peristiwa Baling dan sebagainya telah mahasiswa perjuangkan. Mahasiswa tidak lagi hanya tertumpu pada isu kebajikan mahasiswa tetapi turut terlibat dengan isu yang menuntut keadilan dan ini yang membimbangkan kerajaan pada masa itu dan diatas sebab ini jugalah, ramai mahasiswa dan pensyarah telah ditangkap dan dimasukan dalam ISA," katanya.

Beliau menambah, kemungkinan besar Auku telah diwartakan pada 1971 adalah disebabkan kebangkitan mahasiswa pada masa itu.

Auku tidak relevan

Ketika ditanya samada kewujudan Auku relevan ataupun tidak kepada mahasiswa, Syed berkata, Auku merupakan satu akta yang tidak relevan kerana menekan hak asasi manusia. Katanya, apa sahaja tindakan yang menekan masyarakat tidak kira sektor apa, tidak relevan.

“Sebab itu kita tentang ISA pada zaman 1960-an kerana ISA itu zalim. Tangkap tanpa bukti. Bermula daripada tahun 1960-an lagi saya telah nampak undang-undang ini zalim dan tidak relevan," katanya.
Tambahnya, dengan adanya Auku, ia telah memberi bebanan kepada mahasiswa kerana mahasiswa telah dibebankan dengan ISA dan juga Auku.

"Mahasiswa sekarang lebih teruk daripada masyarakat biasa. Masyarakat biasa perlu berdepan ISA, tetapi mereka perlu berdepan dengan ISA dan Auku. Auku tidak pernah relevan malah Auku ini tambahan daripada ISA.”

“Auku juga tidak perlu dipinda. Kalau sebuah pokok, akarnya sudah busuk, cabut sahaja. Tidak perlu dicantas, atau ditabur baja. Buang masa," katanya.

Sumber : Sinar Harian

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Sunday, December 25, 2011

Konsert Jelajah Desa Kampus - Digi Live,,,

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Baru-baru ini, saya berpeluang untuk menyertai dan menghadiri satu program iaitu ‘Konsert Jelajah Desa Kampus’ yang diadakan pada 23 Disember 2011 bertempat di Dewan Sri Resak, Kolej Tun Dr. Ismail, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru.

Sebelum itu, saya ucapkan ‘Terima Kasih’ kepada abang Digi yang mengajak saya dan rakan baik saya, Gary ketikamana kitorang sedang berpusing-pusing di booth-booth yang terdapat di Dewan Sultan Iskandar sempena ‘Green Generatioan G2 – Go Green Go Campus’.

Antara artis yang dibawa sempena Konsert Jelajah Desa Kampus ini adalah Kumpulan 6ixth Sense dan Aizat Amdan. Mereka turut mempersembahkan beberapa buah lagu bagi memeriahkan hadirin yang hadir petang itu yang dianggarkan penuh hampir 200 orang atau lebih.

Apa-apa pun saya ingin kongsikan apa yang menariknya mengenai konsert ini iaitu saya berpeluang untuk beramah mesra dengan para artis jemputan. Pertamanya adalah ketikamana saya terserempak dengan Adi (Vokalis 6ixth Sense) di Surau KTDI.

Ketika saya menaiki anak tangga ke tempat wuduk, saya ternampak dan sempat bertegur sapa dengan beliau. Dan apa yang lebih menariknya adalah, beliau mengajak untuk bersolat bersamanya. Rasanya ini kali pertama saya bertemu dengan artis yang mengajak untuk bersolat bersama.

Keduanya, inilah satu-satunya kumpulan atau band yang pertama kali saya lihat mengajak hadirin yang ada di dewan itu untuk berselawat. Allahuakbar… Sehinggakan hadirin yang ada di situ boleh bersama-sama mereka untuk berselawat melalui lagunya yang bertajuk ‘Selawat’.

Mengenai persembahan mereka pula, Saudara Aizat Amdan menggunakan pendekatan yang agak santai dan lagu-lagu yang dipersembahkan juga agak menghiburkan dan bersesuaian dengan eleman ‘Hijau’.

Persembahan Kumpulan 6ixth Sense pula cukup bertenaga dan ditambah pula dengan sinaran lampu yang pelbagai menampakkan lagi semangat untuk menghiburkan mahasiswa/i di UTM ini. Dan keadaan serta suasana pada petang itu masih terkawal.

Cuma nasihat saya untuk masa akan datang adalah kedudukan lelaki dan perempuan seeloknya dipisahkan dan suasana ketikamana mendekati waktu ‘Maghrib’ dijaga dan dihormati. Insyaallah… Rasanya kurang sesuai apabila melihat terutamanya mahasiswi apabila masih lagi di situ sedangkan surau hanya berada berselahan tempat tersebut.

Apa-apa pun, ini adalah hanya pendapat peribadi saya sahaja. Saya mengharapkan ada pihak yang berani tampilkan artis-artis seperti Wardina Saffiyah, Sham Kamikaze, Waheeda, Ust. Akhil Hayy untuk menarik minat mahasiswa/i untuk mendekati hiburan berbentuk Islamik terutamanya perkongsian mereka ini dalam melakukan perubahan dalam kehidupan mereka. Insyaallah… =)






Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Saturday, December 24, 2011

234,674 Anak Tidak Sah Taraf Sejak 2006...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sedih seribu kali sedih, apabila melihat kepada jumlah sijil kelahiran yang dikeluarkan yang statusnya adalah anak tidak sah taraf. Apa nak jadi semua ini? Jom ikuti berita mengenai perkara ini…

KUALA LUMPUR: Sebanyak 234,674 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari 2006 hingga tahun lalu tidak mencatatkan nama bapa yang bermaksud anak tidak sah taraf.

Statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu menunjukkan secara purata, 3,911 kes anak tidak sah taraf direkodkan setiap bulan atau hampir 130 kes dicatat setiap hari.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, perkara itu berlaku akibat kegagalan institusi keluarga yang dipandang remeh sesetengah pihak.

“Dalam menangani isu ini, RM3.2 juta dana diagihkan kepada 38 agensi bukan kerajaan (NGO) seluruh negara bagi program Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita (Sekata) untuk membendung jenayah membabitkan keluarga yang dilaksanakan mulai Januari hingga Jun tahun depan.

“Pada tahun ini saja, 145 NGO dilantik untuk menangani isu ini di seluruh negara dan 95 daripadanya mendapat dana bagi mengatasi jenayah daripada akar umbi,” katanya di majlis penyerahan cek bantuan kewangan sekata, semalam.

Beliau berkata, program pencegahan jenayah berkaitan seksual dan keganasan rumah tangga secara menyeluruh dapat dicapai menerusi dana ini yang menyentuh mengenai pendekatan secara komuniti serta pengukuhan sistem sokongan sosial termasuk menyentuh aspek ekonomi keluarga.

Aminah berkata, NGO terbabit dipilih berdasarkan tahap kekerapan jenayah yang berlaku di lokasi tertentu dan pemantauan berterusan dilakukan supaya tahap jenayah berkaitan keluarga dapat diatasi.

Sumber : My Metro
Link
*Tepuk dada Tanya iman anda !

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Thursday, December 22, 2011

Sesi Wawancara Bersama Adam Adli...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini saya ingin berkongsikan wawancara antara Saudara Adam Adli dengan wartawan Akhbar Sinar Harian berhubung isu yang hangat diperkatakan hari ini.

SESI WAWANCARA ANTARA SAUDARA ADAM ADLI DENGAN WARTAWAN SINAR HARIAN



Apa niat dan motif sebenar Adam menurunkan bendera Perdana Menteri?

Adam: Pada hari itu, matlamat kami berkumpul adalah untuk mengembalikan kebebasan berakademik kepada pelajar universiti dan seluruh dunia akademia. Bagi saya isunya bukan terletak kepada bendera itu diturunkan tetapi apakah bendera yang dinaikkan, iaitu bendera ‘Kebebasan Akademik’. Media tidak fokus kepada bendera ini.

Jadi mesej yang saya cuba sampaikan adalah kami tuntut kebebasan akademik untuk semua mahasiswa. Kenapa bendera Datuk Seri Najib Tun Razak yang saya pilih, ia kerana bendera Najib terletak di tiang yang paling tepi sekali dan paling mudah untuk dicapai.
Usaha untuk kebebasan akademik ini sudah berlanjutan sejak lama dahulu. Seperti diumumkan Najib baru-baru ini yang mahu meminda Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) Perkara 15, dengan harapan selepas itu pelajar boleh menyertai gerakan politik tetapi tidak boleh bergerak aktif dengan memegang jawatan-jawatan. Jadi untuk apa pindaan ini dilakukan? Adakah mahasiswa ini hanyalah kuli kepada parti-parti politik? Bagi saya itu satu penghinaan kepada pelajar.

Bukan maksud saya mahu semua pelajar menyertai parti politik dengan pindaan ini, pemimpin atas tidak nampak apa yang pelajar mahukan sebenarnya. Apa yang pelajar mahukan adalah berpolitik dengan tidak semestinya menyertai parti politik. Ia mestilah haluan mahasiswa sendiri dengan boleh mengkritik mana-mana kepimpinan dan dasar serta menerangkan kepada orang ramai tentang isu-isu yang mahasiswa bawakan. Jadi itulah dinamakan berpolitik tanpa perlu berpartisipasi.


Adakah tindakan Adam ini secara individual atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak?

ADAM: Pada waktu itu, keadaan mahasiswa yang hadir menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di PWTC sebenarnya muram. Ia kerana keadaan terlalu terkawal tanpa ada kekecohan. Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) lagi, kami berada di situ dalam tempoh yang agak lama, jadi kami bosan kerana tidak nampak kesan dari memorandum yang kami serahkan.

Setibanya di PWTC, kami harapkan ada pegawai yang menunggu, tapi tiada. Cuma Saifuddin sahaja bersetuju berjumpa dengan kami. Bila kami menyerahkan memorandum, semua pelajar mendengar ucapan daripada Saifuddin. Bagi saya ia tidak boleh jadi. Sebelum itu pelajar bersungguh-sungguh melaungkan kebebasan akademik tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar, bagi saya ini bukan cara sebenarnya. Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik.

Apabila pelajar lain nampak apa yang saya lakukan, barulah mereka merasakan ‘kemenangan’ bukan hanya jumpa menteri sudah rasa menang. Saya mahu perasaan kemenangan ini boleh dirasai oleh semua pelajar yang hadir pada hari itu.


Ramai yang mempertikaikan tindakan Adam ini sebagai provokasi kepada Umno kerana melakukannya di PWTC, adakah tindakan itu matang bagi Adam?

ADAM: Bagi saya ia matang bagi orang yang memahami isu dan menerima keadaan bahawa mahasiswa sekarang ditekan. Malah bagi saya, banyak lagi tindakan yang jauh lebih tidak matang yang dilakukan pihak-pihak lain seperti menyerahkan kek berupa tahi dan sebagainya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini. Adakah bagi mereka tindakan ini matang?


Bagaimana pula dengan kehadiran seorang ahli politik ketika kamu menyerahkan memorandum ini?

ADAM: Mengenai kehadiran ahli politik itu, saya tidak tahu kerana kami tidak pernah menjemput mana-mana ahli politik. Malah dalam Twitter, kami dengan keras menghalau dan memberi amaran supaya mana-mana ahli politik tidak hadir dalam demonstrasi kami pada hari itu. Kami bertegas program ini adalah milik mahasiswa seratus peratus, tiada pengaruh parti politik.

Kami mahu serius, kami turun berdemonstrasi ini bukan kerana terpengaruh dengan mana-mana parti politik, kami datang dengan matlamat yang jelas, iaitu membebaskan dunia akademik.


Adakah Adam sedar mengenai kesan yang bakal dihadapi dari tindakan menurunkan bendera ini?

ADAM: Saya sudah fikir semasak-masaknya, saya bukan orang bodoh. Dalam blog, Facebook dan Twitter ramai yang mengatakan tindakan saya ini bodoh, bangang dan sebagainya tapi saya ingin tanya semula, siapa yang bangang? Siapa yang bodoh?

Adakah mereka sedar tindakan turun naik bendera ini tidak pernah menjadi kesalahan mana-mana tempat dalam dunia ini? jadi saya tahu perkara yang salah dan betul. Jika tindakan itu dikira jenayah, sudah tentu saya teragak-agak untuk melakukannya. Ini adalah satu bentuk ekspresi saya. Sebab itu saya percaya mereka yang mengugut saya ini tidak tahu apa-apa langsung mengenai diri saya.

Kenapa pemimpin-pemimpin parti mengeluarkan ugutan kepada saya? Bagi saya sebabnya adalah kerana undang-undang menetapkan saya tidak bersalah. Mereka tahu tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap saya, sebab itu mereka keluarkan ugutan.


Adakah Adam risau dengan sebarang tindakan yang mungkin Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) kenakan selepas ini?

ADAM: Memang sebelum buat saya risau, tetapi selepas melakukannya saya tidak lagi risau. Apa yang saya risau selepas tindakan menurunkan bendera hanyalah mengenai keselamatan saya. Saya tahu jika saya mahu belajar, saya boleh belajar di mana-mana sahaja. Bagi saya tidak perlu duduk dalam kampus untuk belajar. Saya tidak risau jika dibuang oleh universiti kerana ini jalan yang saya pilih.


Bagaimana pula penerimaan mak dan ayah Adam dengan apa yang telah berlaku?

ADAM: Ayah adalah orang pertama tahu perkara ini. Ayah bertanya tentang keadaan saya. Saya beritahu ayah, saya selamat dan berterima kasih dengan kawan-kawan yang membantu saya, tanpa mereka saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada diri saya. Apabila saya bercakap dengan mak, mak kata jangan risau dan merestui perjuangan saya.

Sehingga hari ini saya masih berterusan berkomunikasi dengan keluarga saya dan memberitahu keadaan saya masih selamat. Saya pernah bertanya mak dan ayah tentang tindakan yang saya lakukan, adakah ia betul atau salah? Ayah kata, “sejak dari dulu lagi ayah yakin dengan apa yang kamu buat dan jangan patah balik, teruskan.”

Mak pula kata, “mak sokong kamu.” Saya amat kagum dengan ayah dan mak saya.

Mereka kata, jika mahu berjuang, maka berjuanglah menuntut kebenaran. Ayah dan mak saya bukanlah orang politik, dakwaan-dakwaan yang mengatakan mak saya penyokong kuat pembangkang adalah tidak benar sama sekali. Mak saya hanyalah seorang suri rumah. Sebagai mak dia tahu apa yang saya buat ini betul atau salah. Mak saya juga kata jangan takut kepada manusia, takut hanya pada ALLAH. Tiada patah balik bagi saya.

Apa yang saya tidak boleh terima apabila imej keluarga saya difitnah dengan pelbagai dakwaan. Orang yang membuat fitnah ini patut malu pada diri sendiri, mungkin mereka ini dengki kerana tidak mempunyai mak ayah yang menyokong seperti saya.


Apa tindakan Adam selepas ini sekiranya dikenakan tindakan oleh pihak Upsi?

ADAM: Untuk menggantung saya, pihak universiti perlu bicarakan saya. Untuk memanggil saya, perlu pastikan dulu keselamatan saya terjamin. Rakan-rakan Upsi saya ada hubungi, mereka berkata pihak Upsi ada mencari saya, mereka menyarankan saya jangan balik dahulu ke Upsi kerana ada pihak lain mencari saya. Saya juga difahamkan hotel-hotel sekitar Upsi tiba-tiba penuh ketika ini.


Apa yang Adam harapkan daripada tindakan turun bendera ini?

ADAM: Apa yang saya harapkan adalah sedikit perhatian daripada isyarat kepada orang yang masih belum sedar bahawa kepincangan yang berlaku dalam negara sudah teramat teruk. Cukuplah saya mahu menunjuk ekspresi saya dan tidak menyangka ia menjadi mainan media.

Selepas mendapat perhatian media, saya mula berfikir untuk pertahan atau mahu selamat. Untuk keselamatan saya bertawakal.


Adakah Adam mengharapkan tindakan ini bakal menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain yang mungkin bertindak lebih agresif?

ADAM: Ini mesej jelas daripada saya, sekarang masanya mahasiswa tidak perlu gentar lagi kerana sebagai mahasiswa kami boleh melihat sendiri penindasan yang berlaku. Kenapa mahasiswa harus gentar bila berhadapan dengan orang-orang yang diundi oleh kita sendiri? Orang-orang ini harus bekerja untuk kita. Jangan sesekali takut, jika tidak betul kami akan tegur, tidak kira dari sebelah manapun.

Saya tidak menggalakkan mahasiswa lain bertindak agresif tetapi apa yang saya harap supaya mahasiswa lain jadi lebih kreatif.


Apa pandangan Adam tentang Auku?

ADAM: Sebelum adanya Auku, universiti-universiti kita hebat dengan mahasiswa yang cukup baik. Contohnya seperti Universiti Malaya (UM) yang diiktiraf sebagai antara universiti terbaik dunia pada ketika itu. Malah mereka boleh capai pencapaian ini ketika pelajar tiada apa yang kita ada pada hari ini, mereka sudah buktikan.

Jadi soalnya kenapa perlu Auku? Adakah kebebasan undang-undang sedia ada masih tidak cukup? Bagi saya dan majoriti mahasiswa lain, dengan pemansuhan Auku, maka fungsi autonomi universiti dan pelajar akan dikembalikan ke tempat asal. Dunia akademia adalah tunjang kepada negara, mereka ini adalah kuasa ketiga. Kita tidak boleh halang kuasa ini.

Dahulu, pelajar mengadakan demonstrasi demi kepentingan rakyat, contohnya seperti isu Baling pada tahun 70an dulu, tetapi sekarang pelajar berdemonstrasi menuntut hak pelajar sendiri kerana kami tidak boleh membantu diri sendiri, bagaimana mahu tolong masyarakat lain? Ia menghalang fungsi sebenar mahasiswa.


Siapa idola Adam?

ADAM: Antara idola saya adalah John Lennon dan Cornelia Sorabji.


Apakah mesej Adam kepada yang memberi ugutan?

ADAM: Saya ingin memberitahu kepada mereka ini, bukan semua perkara seperti yang kita sangkakan. Ingin saya tegaskan di sini, bukan semua orang yang tidak berpuas hati kepada kerajaan mesti menjadi alat pembangkang, perlu jadi pencacai Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak sama sekali.

Tindakan saya itu tidak biadab, saya tidak pernah ancam keselamatan sesiapa pun, malah keselamatan saya yang terancam. Jika ada yang mengatakan tindakan saya turunkan bendera ini salah, maka dakwalah saya di mahkamah. Saya bersedia menghadapinya, tapi bukan dengan cara ugutan begini.


Jadi adakah Adam tetap dengan pendirian untuk tidak minta maaf kepada Perdana Menteri?

ADAM: Saya tidak akan minta maaf. Selepas perkara ini berlarutan sehingga ke tahap ini, tiba-tiba pula saya didesak untuk minta maaf. Bagaimana pula dengan rakan-rakan saya? Saya tidak mahu rakan-rakan saya jatuh semangat sekiranya saya minta maaf.
Bukan maksud saya selama-lamanya tidak meminta maaf, tidak. Pada satu tahap nanti saya perlu juga minta maaf kepada beberapa orang berikutan tindakan saya ini.

Sumber : Sinar Harian

*Saya sendiri akan sentiasa doakan Kejayaan, Kebahagiaan dan Keselamatan untuk Saudara Adam Adli. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Saturday, December 17, 2011

Cekik : Hidangan Pascamoden Yang Memeranjatkan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Minggu lepas, aku berpeluang menghabiskan masaku dengan sebuah novel yang baru diperolehi iaitu ‘CEKIK’ karya Saudara Ridhwan Saidi keluaran FIXI. Buku cetakan kedua yang diperolehi terus-menerus dari FIXI sendiri.


Novel yang berlatarkan Malaysia di era tahun 2020 ini cukup sinis dan menarik. Permainan isu yang dibangkitkan dalam novel ini cukup membimbangkan saya kerana plot dan penceritaan yang dipaparkan seolah-olah sedang berlaku di depan mata saya. Benar !

Gaya penulisan yang bersahaja dengan bahasa pasar membuatkan ianya lagi menampakkan lebih dekat dengan alam realiti kita hari ini. Banyak pengajaran yang boleh diambil dalam novel ini antaranya mengenai keterlanjuran seorang ibu dengan anak ‘luar nikahnya’ dan sebagainya lagi.

Apa yang saya ketahui mengenai novel ini adalah novel ini merupakan antara dua novel keluaran FIXI yang sudah diulang cetak setelah ‘panas’ di pasaran.

Setelah dibaca, apa yang boleh saya berikan adalah 4 bintang untuk novel ini. 1 Bintang lagi saya simpan adalah disebabkan pengakhirannya yang saya rasa kurang menjadi dan kurang saya faham sebenarnya.

Apa-apa pun, saya masih menanti keluaran novel seterusnya oleh Saudara Ridhwan Saidi yang baru saya kenali beliau tadi. Apa-apa ‘TAHNIAH’ untuk penghasilan novel seperti ini yang menampakkan lebih realistik.

Sebelum itu, saya ingin kongsikan sinopsis novel ‘CEKIK’ ini. Jom ikuti bersama,

Tahun 2020, di Bandar. Warith, pemuda berusia 16 tahun, menerima berita pembunuhan bapanya di Kampung melalui telefon. Imbas kembali Warith sewaktu kecil menonton video porno milik bapanya.

Warith kini bersekedudukan dengan teman wanitanya Suria, yang berusia 32 tahun. Dari jendela apartment mereka, Menara Warisan Merdeka kelihatan agam.

Warith pulang ke Kampung dengan Suria. Di kawasan perkuburan, mereka didatangi Detektif Anthony, yang pernah mengenali Suria sewaktu bersama-sama gila-gila remaja. Mereka kemudian ke tempat pembunuhan, di mana beberapa rahsia lain akan terbongkar.

CEKIK ialah hidangan pascamoden yang memeranjatkan. Ia mengajak kita merasai apa itu nafsu, apa itu kota, apa itu Maggi, McDonalds, khutbah, tudung dan juga liwat.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Family Day Kelab Kemasyarakatan Kolej 11 UTM JB...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Semalam (16/12/2012), saya berpeluang untuk menghadiri satu program santai yang cukup meriah dan bermakna iaitu ‘Family Day – Kelab Kemasyarakatan Kolej11 UTM JB’ yang diadakan di sekitar Arked 11 dan gelanggang futsal.

Yang jauh kita dekatkan
Yang dekat kita rapatkan
Ukhuwah terjalin kita kekalkan
Agar persahabatan terus-terusan…

Sebelum itu saya ingin mengucapkan sekalung ‘TAHNIAH’ dan ‘TERIMA KASIH’ kepada Saudara Nazrin Yusof dan Saudari Nadhilah Anuar serta barisan AJK yang terlibat dalam melaksanakan program seperti ini dan kesudian untuk mengajak saya bagi memeriahkannya bersama.

Pertama kali semasa pertemuan untuk membincangkan mengenai program ini saya rasa sedikit ‘malu’ sebabnya ketika itu saya orang sahaja lelaki ketika itu sehinggalah Ahmad Sabri, Kyrel Nizam dan Nazrin Yusof hadir barulah saya sedikit selesa. Hahahaha….

Bercakap mengenai program ‘Family Day’ ini, apa yang dapat saya katakan adalah suatu program yang santai dan cukup bermakna kepada sesiapa yang hadir. Aktiviti yang diadakan juga cukup menghiburkan hati serta dapat menghilangkan stress saya. =)

Ahli-ahlinya juga cukup spoting dan ‘gila-gila’ membuatkan suasana menjadi cukup meriah dan menghiburkan. Terutamanya gelagat-gelagat dari Jahidi, Faiz Man, Badrul Shahray, Muiz, Farah, Syazwan dan sebagainya lagi.

Apa-apa pun, saya ucapkan ‘TAHNIAH’ dan ‘TERIMA KASIH’ buat semua dalam menjayakan secara langsung atau tidak langsung bagi program seperti ini. Insyaallah, saya sendiri bersedia untuk berkerjasama dengan kalian semua sekiranya diperlukan…hehehehe

Kredit to Adlin untuk gambar yang dipaparkan di bawah ini… =)

















Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, December 14, 2011

Masyaallah, Budak Bawah Umur Dah Pandai Berasmara...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

LUNAS - Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) menahan sepasang kekasih berusia 14 dan 16 tahun dalam lubang relung air yang ditinggalkan di belakang premis memproses getah beku di Paya Besar kira-kira jam 2 petang semalam.

Pengurus kilang yang enggan identitinya didedahkan berkata, dia ternampak beberapa pekerjanya memanjat tebing kilang dan mengintai ke luar premis, manakala salah seorang daripadanya memaklumkan kepadanya berhubung perbuatan pasangan terbabit yang sedang berasmara.

“Ini bukan kali pertama pasangan ini melakukan perbuatan sumbang di sini. Sehingga kini pekerja di kilang saya telah menemui mereka sebanyak tiga kali.

“Saya terkejut apabila pekerja saya memaklumkan pasangan itu sedang berbaring sambil berasmara. Saya kemudian memaklumkan kepada unit MPV untuk mengambil tindakan lanjut terhadap pasangan itu,” katanya.

Dalam pada itu, pengurus terbabit berharap pihak terlibat melihat permasalahan perlakuan seks kalangan remaja bawah umur terutama pelajar sekolah dengan lebih serius, bagi mengelakkan berlakunya kes buang anak, rogol dan lain-lain melibatkan mereka.

Difahamkan pihak PPKM menyerahkan kes kepada anggota unit MPV untuk tindakan lanjut sejurus penahanan itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini tidak ada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak terlibat.

Menurutnya polis akan menjalankan siasatan jika ada laporan dibuat terhadap mangsa terlibat.

“Perlakuan seks remaja bawah umur sama ada pasangan perempuan rela ataupun tidak, ia akan diklasifikasikan sebagai rogol dan ini merupakan kesalahan jenayah serius.

“Bagaimanapun waris harus membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dijalankan. Sehingga kini kebanyakan kes rogol melibatkan pasangan kekasih bawah umur berlaku kerana suka sama suka,” katanya.

Katanya, gejala ini mula menular ke pelajar sekolah rendah dan ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang sempurna supaya mereka tidak mudah terlibat dalam sebarang perlakuan berunsurkan maksiat dalam usia muda.

Sumber : Sinar Harian

Sedih melihat berita di atas apabila melihat budak-budak bawah umur yang sudah mula dikuasai dengan nafsu. Di mana sebenarnya maruah diri budak-budak seperti ini diletakkan? Di mana didikan ibu ayah budak-budak ini?

Pelbagai langkah dilakukan untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku tetapi masih lagi berlaku. Usia budak-budak ini sepatutnya bertungkus-lumus dalam pembelajaran tetapi menggadaikan masa depan dan maruah diri demi melempiaskan nafsu semata-mata.

Di mana silapnya ? Itulah persoalan tunggal yang dapat dikemukan. Tapi saya nasihatkan agar nasihatlah adik-beradik kita, saudara-mara kita, sahabat-sahabat kita dan semuanya agar ianya tidak terus menular di Negara kita. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Budak 14 Tahun Diumpan Ke Hotel Jadi Habuan Seks 2 Lelaki...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

GOMBAK: Kawan makan kawan. Itu perumpamaan sesuai apabila seorang remaja perempuan diumpan rakannya ke sebuah hotel di Batu Caves, di sini, sebelum dijadikan habuan seks dua lelaki, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, remaja berusia 14 tahun itu bersama rakan perempuannya berusia 20-an, dihubungi seorang lelaki yang mengajak mereka berjumpa di hotel itu untuk melepak bersama.

Menurut sumber, mangsa tidak mengesyaki rancangan jahat rakannya yang ingin melacurkan dirinya kepada dua lelaki berusia 20-an terbabit bersetuju mengikutinya dengan menaiki kereta rakannya.

“Bagaimanapun sebaik tiba di tempat kejadian, rakannya mengadu kononnya pening dan ingin berehat sebentar di dalam kereta.
Link
“Dia menyuruh mangsa berjumpa lelaki terbabit yang sedang menunggu mereka di tingkat satu hotel berkenaan,” katanya.

Sumber : My Metro
Masyaallah, terlalu mudah untuk anak muda ‘perempuan’ keluar pagi-pagi buta tanpa memikirkan soal pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Akhirnya diperbodohkan sedemikian rupa.

Pada pandangan saya, jika batas pergaulan tidak dititikberatkan… Inilah akibatnya iaitu mudah terpedaya dengan kawan baik sendiri…

*Berdoa agar adik-beradikku, saudara-maraku, sahabat2ku dilindungi Allah Taala… AMIN…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Monday, December 12, 2011

Tuanku Mizan Catat Pelbagai Pencapaian Cemerlang...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



TUANKU MIZAN CATAT PELBAGAI PENCAPAIAN CEMERLANG

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Tuanku Mizan Zainal Abidin yang menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada Isnin mencatat pelbagai pencapaian cemerlang sepanjang menjadi ketua negara sejak lima tahun lepas, antaranya menjejak kaki ke Antartika.

Lawatan Seri Paduka Baginda dari 20 hingga 24 Nov lepas ke benua itu adalah sempena langkah Malaysia menandatangani Triti Antartik 1959 pada 31 Okt lepas, yang antara lain membolehkan saintis negara ini terlibat secara langsung dalam semua penyelidikan yang dijalankan di benua Antartika.

Malaysia adalah negara pertama dari Asia Tenggara dan negara Islam pertama menyertai perjanjian itu.

Tuanku Mizan, merupakan antara Raja Melayu termuda menaiki takhta sebagai Sultan Terengganu pada usia 36 tahun pada 1988, dan menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda pada usia 44 tahun selepas Almarhum Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail yang menjadi Yang di-Pertuan Agong pada usia 41 pada 1961.

Tuanku Mizan, 49, juga menjadi Yang di-Pertuan Agong yang pertama menaiki jet pejuang Sukhoi SU-30MKM yang dipandu pada kelajuan supersonik, iaitu melebihi kelajuan bunyi, selama 45 minit mengelilingi ruang udara Pulau Langkawi, Kedah dan Pulau Pinang pada 7 Feb lepas.

Pada 10 Mac lepas pula, Seri Paduka Baginda menaiki KD Tunku Abdul Rahman, kapal selam negara yang pertama, dan menyelam pada kedalaman maksimum operasi di Laut China Selatan, serta melakukan simulasi tembakan terhadap sasaran dari kapal selam jenis Scorpene itu.

Tuanku Mizan yang terkenal dengan sikap rendah diri turut meluangkan masa seharian bersama anak-anak kapal bagi merasai kehidupan mereka di dalam kapal selam itu.

Sepanjang pemerintahan baginda, Tuanku Mizan turut membantu mempereratkan hubungan antara Malaysia dan negara luar. Selain menerima kunjungan pemimpin asing, baginda turut mengadakan lawatan ke beberapa negara asing.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata secara peribadi beliau menghargai keserasian berurusan dengan Tuanku Mizan dalam semua hal.

"Sesungguhnya di bawah pemerintahan Tuanku, urusan berjalan dengan licin dan lancar. Hakikat ini amat dihargai oleh anggota jemaah menteri, yang berasa amat senang dengan peranan Tuanku sebagai ketua negara," katanya pada Sabtu lepas dalam ucapan pada majlis santapan menjunjung kasih sempena tamat tempoh pemerintahan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pula dalam ucapannya pada majlis itu berkata selama lima tahun pemerintahan Seri Paduka Baginda, Malaysia terus maju dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi

"Sesungguhnya, pelbagai dasar dan amalan di bawah gagasan 1Malaysia membuktikan bahawa putik sudah menjadi buah, cita-cita sudah menjadi kenyataan dan didoakan, berkat sentuhan dan naungan Tuanku sebagai payung kedaulatan negara, keadaan ini terus berkekalan jua hendaknya," kata Rais.

Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Awang Kechik Abdul Rahman, yang telah berkhidmat lebih dua tahun dengan Tuanku Mizan, berkata kegigihan yang ditunjukkan oleh baginda perlu diteladani oleh setiap rakyat di negara ini.

"Peringatan berulang kali kepada rakyat agar sentiasa menjaga hubungan baik sesama kaum, hormat menghormati dan bantu-membantu perlu dijadikan amalan bagi menjamin keharmonian negara," katanya ketika ditemui Bernama.

Awang Kechik berkata Tuanku Mizan sering memberi perhatian penuh kepada rakyat apabila setiap jemputan bagi acara-acara melibatkan rakyat sentiasa dipenuhi.

Tuanku Mizan yang mendirikan rumahtangga dengan Permaisuri Raja Nur Zahirah pada 1996, dikurniakan dua orang putera dan dua orang puteri iaitu Tengku Nadhirah Zahrah, 15, Tengku Mohammad Ismail, 13, Tengku Muhammad Mua'az, 11 dan Tengku Fatimatuz Zahra', 9.

Tuanku Mizan juga aktif dalam bidang sukan terutama sukan kuda lasak dan telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan termasuk di luar negara.

Sumber : BERNAMA

Terima Kasih Tuanku Sultan Mizan… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Penghijrahan Abby Fana Selepas Mengerjakan Haji...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



KUALA LUMPUR – Ramai pihak yang memuji perubahan imej oleh pengacara terkenal, Abby Fana, yang kini mengenakan pakaian busana muslimah sekembalinya dari menunaikan haji di Mekah pada bulan lalu.

Sebuah blog hiburan yang diminati ramai, Izyan.com, perubahan yang dilakukan oleh Abby Fana amat tepat dan wajahnya dilihat semakin berseri-seri sejak mengenakan tudung litup dikepala.

“Wah selepas balik dari menenunaikan ibadah haji beberapa bulan yang lalu, Abby Fana kini kelihatan berseri-seri. Almaklumlah dia dah tunaikan ibadah haji, dan kini dah boleh digelar hajjah. Perubahan yang Abby lakukan amatlah berpatutan, kini dia dah bertudung,” kata pemilik blog tersebut.

Selain itu, Izyan.com turut mengharapkan agar ramai lagi selebriti dan personaliti industri hiburan tanahair mengikut jejak langkah Abby Fana itu.

Pengacara terkenal di stesen radio no.1 tanahair Sinar FM ini muncul dengan imej bertudung menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 baru-baru ini.

Alhamdulillah! Ramai pelakon, selebriti, personaliti televisyen dan ikon di dalam industri hiburan tanahair yang melakukan perubahan terhadap penampilan diri masing-masing ke arah yang lebih Islamik.

Mynewshub.my turut berkongsi kegembiraan tersebut dan mengharapkan agar ramai lagi yang akan sama-sama ‘berhijrah’ dengan Abby Fana, Sham Kamikaze, Catriana Ross, Jojie (kakak Ella), Lah VE, dan ramai lagi.

Sumber : My News Hub

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah… Itulah ungkapan yang dapat saya katakan apabila melihat satu persatu selebriti tanah air yang membuat perubahan diri dengan meletakkan perkara wajib sebagai keutamaan terutamanya apabila melibatkan soal aurat terutamanya wanita.

Saya juga mengharapkan lebih ramai lagi selebriti-selebriti wanita tanah air melakukan perubahan seperti ini dan saya juga mendoakan agar perubahan-perubahan seperti ini turut dilakukan oleh rakan-rakan seperjuangan saya terutamanya mahasiswi di tanah air ini… Insyaallah… =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com