Sunday, December 4, 2011

Lawatan Ilmiah 2SGT Ke Putrajaya...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH, itulah ungkapan yang dapat saya ungkapkan ketikamana berakhirnya program pertama saya melibatkan Kelas saya, 2SGT iaitu Program Lawatan Ilmiah 2SGT Ke Putrajaya (LI-2SGT). Program yang diketuai oleh saya ini sebagai Pengarah Program telah diadakan pada 30 November hingga 2 Disember 2011.

Antara tempat yang telah Berjaya kami lawati dan berkongsi pandangan serta bertambah pengetahuan secara langsung ialah Jabatan Perumahan : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek : Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Bahagian Tanah : Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. dan Perbadanan Putrajaya.

Sebelum itu, saya nak ucapkan berbanyak ucapan ‘TERIMA KASIH’ kepada pensyarah saya yang banyak membantu saya iaitu Tuan Haji Wan Ibrisam Fikry dan sahabat-sahabat saya yang banyak membantu aku secara langsung dan tidak langsung dalam program ini iaitu Saudari Hidayu Ahmad, Saudara Asyraq Ismail, Saudara Sobi Mansur, Saudari Ain Raihan, Saudara Wan Muhammad Yusuf, Saudara Farid Zulkipli, Saudari Nurfarhana Malek, Saudari Nabila Fadzil dan sebagainya lagi.

Sebenarnya cukup tertekan dan stress dalam menguruskan program pertama ini tetapi saya terpaksa kuatkan juga semangat untuk memastikan manfaat dapat diperolehi oleh rakan-rakan sekuliah saya. Banyak perkara yang tidak diduga berlaku sepanjang saya mengetuai program ini. Dari permulaan meluluskan program sehinggalah program Berjaya direalisasikan.

Cukup banyak jika saya ingin kongsikan di sini tetapi banyak mengaibkan pelbagai pihak sekiranya saya kongsikan semua perkara ini kepada umum. Tapi, biarlah saya pendam dan hanya kongsikan kepada Allah kerana Dialah lebih memahami dan mengerti dengan semua apa yang berlaku.

Tapi Alhamdulillah, saya sendiri dah bertekad untuk tidak melibatkan diri lagi sebagai ajk atau sebagainya dalam sesebuah aktiviti kecuali dalam aktiviti yang mempunyai jawatankuasa yang saya percayai. Insyaallah…selagi kepercayaan yang diberikan itu terhadap saya, akan saya gunakan sebaik mungkin. Insyaallah…

Apa yang menarik yang dapat saya katakan mengenai program ini ialah kami berkesempatan untuk memasuki dewan taklimat yang bertaraf menteri di Putrajaya iaitu ketikamana melawat ke Perbadanan Putrajaya. Sesi pembentangannya cukup menarik minat mahasiswa 2SGT. Rata-rata mahasiswa yang terlibat cukup tertarik dengan lawatan di Perbadanan Putrajaya. Cukup eksklusif.

Walaupun terpaksa melepaskan sesi pertunangan adik aku, Wan Mohd Aizzat dan lawatan saya ke Bandung, Indonesia bersama sahabat-sahabat rapat saya di UTM KL, saya tetap meneruskan program Lawatan ini kerana tanggungjawab dan amanah saya terhadap rakan-rakan sekuliah saya. Cukup berat sebenarnya untuk melepaskan semua ini. Sehinggakan saya sendiri hampir putus asa untuk meneruskan semua ini, dan terima kasih segalanya kepada Saudara Asyraq yang banyak mendengar kata hati aku. THANKS Asyraq…

Apa-apa pun, semuanya dah selesai. Sebelum itu, saya ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki saya kepada rakan-rakan sekuliah saya akan kesilapan dan kelemahan yang berlaku dalam program ini. Saya mohon maaf. Yang baik itu datang dari Allah Taala dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: