Saturday, January 28, 2023

Meet & Greet @ Hari Jersey Selangor & Pameran Stadium Shah Alam Baharu...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Demi Pertiwi...

Tadi (28 Januari 2023) aku teruja sebenarnya gerak dari rumah aku di Kuala Lumpur ke Shah Alam, Selangor semata-mata untuk sertai 'Sesi Meet & Greet' bersama Pembantu Jurulatih & 3 pemain import Selangor FC sempena Hari Jersey Selangor dan Pameran Stadium Shah Alam Baharu di SACC Mall, Shah Alam, Selangor.

MEET & GREET BERSAMA PEMBANTU JURULATIH DAN 3 PEMAIN IMPORT SELANGOR FC

Jangkaan aku yang event nie sekadar 'biasa' saja tapi bila sampai saja di SACC Mall, penuh giler penyokong Selangor FC dengan rata-ratanya memakai Jersey Selangor FC. Wow! Terbaek!

Klimaks untuk event ini sebenarnya adalah ketikamana sesi memperkenalkan pemain import terbaru untuk pasukan Selangor FC iaitu Ayron Del Valle dari Colombia.

Sesi Meet & Greet ini melibatkan kesemuanya pemain 'import' iaitu Ayron Del Valle, Noor Al-Rawabdeh dan Rauf Salifu termasuk Pembantu Jurulatih Selangor FC iaitu Ramon Marcote.

Selangor FC adalah antara pasukan bola sepak Malaysia yang aku sokong selain Kedah FC dan KL City FC. Bagi aku, Selangor FC antara pasukan yang terbaek dan mampu melangkah ke final sekali lagi untuk tahun 2023, bilamana melihat players dorang yang begitu kuat, hebat dan mempunyai keistimewaan masing-masing.

Jom aku kongsikan beberapa keping gambar semasa event tadi.

Noor Al-Rawabdeh, Ayron Del Valle dan Rauf Salifu
Ayron Del Valle bersama keluarganya
Bersama Ayron Del Valle
Bersama Noor Al-Rawabdeh
Bersama Rauf Salifu
Bersama Ramon Marcote
Aku pakai Jersey Selangor sebagai tanda menyokong Hari Jersey Selangor
Poskad kenang-kenangan yang diberikan oleh pihak penganjur

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Shah Alam, Selangor
28 Januari 2023



Filem EVA : Take Me As I Am...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Demi Pertiwi...

Alhamdulillah... Tadi aku berkesempatan untuk menonton filem tempatan yang terbaru arahan Suhaiza Aziz iaitu EVA.

EVA : TAKE ME AS I AM...

Movie EVA ini diterajui oleh Nadia Aqilah, Nadia Brian dan Shamsul Danish serta dibantu oleh beberapa pelakon terbaik dan popular seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Ako Mustapha, Aleeza Kassim, Norman Hakim, Azrel Ismail, Jay Iswazir, Azri Iskandar, Hasnol Rahmat, Tony Eusoff, Sheera Iskandar, Esma Daniel, Mustaqim Bahadon, Zain Hamid dan lain-lain lagi.

Tiga watak utama yang dilakonkan oleh Nadia Aqilah, Nadia Brian dan Shamsul Danish sangat-sangat baik dan menarik terutamanya Nadia Aqilah dalam membawa suatu watak yg mempunyai beberapa perwatakan atau lebih dikenali dengan istilah 'split'.

Perjalanan cerita ini sangat menarik dan beberapa isu semasa diangkat dalam membawa satu naratif baru terhadap pembelaan / pendakwaan di mahkamah melibatkan isu-isu rogol, penderaan seksual dan sebagainya lagi.

Lebih menarik lagi, konsep movie ini agak 'disturbing' buat sesetengah penonton dimana diselitkan babak-babak penderaan, pembunuhan kejam dan sebagainya lagi dan membuatkan filem ini nampak sangat menarik dan mengujakan.

Bagi aku, movie ini merupakan satu pembawaan baru filem tempatan yang perlu 'diantarabangsakan' terhadap isu yang sangat serius melanda di Malaysia terutamanya melibatkan isu pesakit mental.

Secara keseluruhan, aku bagi 7/10 bintang untuk movie EVA ini. Korang semua disarankan untuk menonton filem ini di pawagam seluruh Malaysia yang telah bermula 26 Januari 2023.

SINOPSIS MOVIE EVA

Kisah Eva, Amy dan Mike adalah orang yang sama tetapi terperangkap dalam satu tubuh. Eva sebagai pemilik tubuh terpaksa berhadapan dengan perubahan yang berbeza-beza akibat daripada trauma yang dialami sejak dia masih kanak-kanak.

Eva mempunyai seorang anak lelaki yang cuba memahami keadaannya dan membantu ibunya. Begitu juga dan kakaknya Elly yang sentiasa berada di sisinya.

Dalam kekeliruan dirinya itu, Eva berjaya menjadi seorang peguam. Namun itu tidak merubah dirinya menjadi manusia normal. Keadaan dirinya terus bertukar-tukar menjadi Amy, seorang pakar forensik dan Mike pula pembunuh.

Apabila Mike menjadi lebih kuat untuk mengambil alih tubuh Eva sebagai watak dominan meletakkan semua orang dalam bahaya.

SESI MEET & GREET BERSAMA CAST MOVIE EVA

Semalam (27 Januari 2023), aku berkesempatan untuk sertai sesi Meet & Greet bersama dengan pelakon utama movie EVA iaitu Nadia Aqilah, Nadia Brian dan Shamsul Danish yang bertempat di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur.

Selain dapat berjumpa dengan para pelakon utamanya, aku turut dapat merchandise movie EVA seperti buku nota, kipas tangan dan poster movie ini sebagai koleksi simpanan aku. Jom aku kongsikan beberapa keping gambar semasa sesi Meet & Greet tadi.

Antara merchandise movie EVA yang aku dapat
Bersama Nadia Aqilah, Nadia Brian dan Shamsul Danish
Bersama Nadia Aqilah
Bersama Nadia Brian
Bersama Shamsul Danish

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari, 
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur
28 Januari 2023






Monday, January 16, 2023

PETRONAS Malaysia Open 2023...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Demi Pertiwi...

Keterujaan muncul di awal Tahun 2023 bilamana event besar iaitu PETRONAS Malaysia Open 2023 berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jali Kuala Lumpur pada 10 hingga 15 Januari 2023.

PETRONAS MALAYSIA OPEN 2023

Aku sendiri teruja bilamana berpeluang untuk hadir sendiri ke Axiata Arena, Bukit Jalil buat kali kedua bagi menyokong pasukan kebangsaan Malaysia untuk Tahun 2023 ini.

Banyak nama-nama besar dalam sukan Badminton hadir untuk memberi saingan bagi event yang level Super 1000. Maka tak hairanlah tiket untuk PETRONAS Malaysia Open 2023 kali ini agak mahal iaitu naik sekali ganda berbanding harga tahun lepas. 😅

Tapi bagi aku, ianya agak berbaloi bagi menyaksikan sendiri perlawanan dan persaingan hebat dari nama-nama besar yang hadir seperti Viktor Axelsen, Akane Yamaguchi, Mohammad Ahsan, An Se Young dan lain-lain lagi.

Malaysia sendiri turut menampilkan bintang-bintang hebat dalam badminton kali ini seperti Lee Zii Jia, Pearly Tan, Thinaah, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Liew Darren, Ng Tze Yong dan lain-lain lagi.

Tapi agak terkilan sebenarnya, banyak pemain-pemain kebangsaan kita tewas di peringkat pusingan pertama dan kedua serta takde yang masuk ke Semi-Final mahupun Final. Aku sendiri kecewa masa hadir ke Axiata Arena bilamana dorang tewas di peringkat pusingan pertama. 😅😅

Tapi tadi 15 Januari 2023, kita dah tahu keputusan penuh bagi PETRONAS Malaysia Open 2023 iaitu :-

Mixed Double 
Zhang Si Wei & Huang Ya Qiong 🇨🇳 menewaskan Yuta Watanabe & Arisa Higashino 🇯🇵 dengan 21-19, 21-11

*Zheng Si Wei & Huang Ya Qiong adalah pemenang utk Mixed Double bagi PETRONAS Malaysia Open 2022..

Women Double
Chen Qing Chen & Jia Yi Fan 🇨🇳 menewaskan Baek Ha Na & Lee Yu Lim 🇰🇷 dengan 21-16, 21-10

Women Single
Akane Yamaguchi 🇯🇵 menewaskan An Se Young 🇰🇷 dengan 12-21, 21-19, 21-11

Men Single
Viktor Axelsen 🇩🇰 menewaskan Kodai Naraoka 🇯🇵 dengan 21-6, 21-15

*Viktor Axelsen juga adalah pemenang bagi Men Single di PETRONAS Malaysia Open 2022... ~

Men Double
Fajar Alfian & Rian Ardianto 🇮🇩 menewaskan Liang Wei Keng & Wang Chang 🇨🇳 dengan 21-18, 18-21, 21-13

*Fajar Alfian & Rian Ardianto adalah pemenang tempat kedua bagi Men Double di PETRONAS Malaysia Open 2022... ~

TAHNIAH buat semua pemenang. Diharapkan event seperti ini diteruskan lagi di masa akan datang. Aku antara peminat sukan Badminton akan terus sokong event-event seperti ini. Insyaallah...

Sebelum tue, aku nak sharekan beberapa keping gambar kenang-kenangan bersama dengan para finalist PETRONAS Malaysia Open 2023.

Bersama Viktor Axelsen 🇩🇰
Bersama Kodai Naraoka 🇯🇵
Bersama Rian Ardianto 🇮🇩
Bersama Fajar Alfian 🇮🇩
Bersama Wang Chang 🇨🇳
Bersama Huang Ya Qiong 🇨🇳


Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari, 
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur
16 Januari 2023

Sunday, January 15, 2023

Gala Premiere Movie SAKRA di Malaysia...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Demi Pertiwi...

Beberapa hari ini, jadual aku sangat padat ditambah pula dengan aku baru ambik dos penggalak ke-2 (Vaksin Pfizer), badan menjadi sedikit letih sehinggalah dapat MC selama dua hari. Pengambilan dos penggalak ke-2 ini sebenarnya adalah sebagai ikhtiar aku untuk mengelak dari dijangkiti Covid-19 buat kali kedua.

Cukuplah aku rasa, seksanya Covid-19 Tahap 3 sehingga aku ditahan dan dikuarantinkan dk Hospital Kuala Lumpur. Perit sangat aku rasa dengan demamnya, sakit kepalanya, keletihan teramat sangat, lesu, sakit dada dan sebagainya lagi. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Allah masih memberikan kesihatan yang sangat baik kepada aku sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah 😀😀😀

GALA PREMIERE MOVIE SAKRA

Alhamdulillah, semalam pada 14hb Januari 2023 (sabtu) aku telah berkesempatan untuk menghadiri satu event yang best iaitu Malam Gala Premiere Movie SAKRA dengan penampilan eksklusifnya pengarah dan pelakon utama movie ini iaitu Donnie Yen.

Ini merupakan kali kedua aku berpeluang untuk bertemu depan-depan dengan Donnie Yen di Kuala Lumpur. Gambar memang confirm la tak dapat ambik , cuma aku berkesempatan untuk ambik video ketika Donnie Yen lalu di depan aku 😅


Gala Premiere Movie SAKRA semalam diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur. Boleh tahan ramai jugak la penonton yang datang untuk menyaksikan Donnie Yen depan-depan.

ULASAN MOVIE SAKRA

Movie SAKRA ini bagi aku adalah suatu movie yang penuh dengan aksi melibatkan pelbagai pertarungan dengan seni mempertahankan diri, Kung-Fu sebagai subjek utama. 

Aksi yang dipertontonkan dalam movie SAKRA ini agak menarik sebenarnya disebabkan diselitkan dengan CGI yang sangat-sangat memuaskan dan menarik. Corak / kostum juga serta set penggambaran yang menarik turut memainkan peranan menjadikan movie SAKRA ini nampak cantik.

CUMA! Cuma aku sangat-sangat konfius dengan jalan ceritanya sebab bagi aku terlalu banyak babak-babak tergantung yang membuatkan aku kurang faham sebenarnya apa yang sedang berlaku 😅.

Cuma main utama dia adalah Qiao Feng (lakonan Donnie Yen) difitnah atau dituduh dengan pelbagai tanggapan yang membuatkan dirinya terbuang sedangkan sebelum ini dia adalah ketua utk kumpulan Sekti Pengemis yang menjadi kelompok utama di kawasan mereka.

Pelbagai konflik timbul bilamana Qiao Feng dituduh membunuh ibu ayahnya, membunuh sahabat baiknya, membunuh tuan gurunya dan macam-macam lagi. Tapi kesinambungan dari babak ke babak agak mengelirukan sebenarnya 😅.

Apa-apa pun, secara keseluruhannya, movie SAKRA ini aku bagi 5/10 bintang sahaja. 😅😅

Aku malas nak ulas panjang untuk movie ini tapi korang bolehlah menonton movie ini di pawagam seluruh Malaysia mulai 16 Januari 2023 (esok).

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
The Ritz Carlton Hotel
15 Januari 2023


Saturday, January 14, 2023

Mitsubishi Electric AFF CUP 2022 - Harimau Malaya...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Demi Pertiwi...

TAHNIAH buat pasukan Kebangsaan, Harimau Malaya walaupun tewas dengan pasukan Thailand tetapi berjaya menjadi 4 pasukan terbaik yang berjaya melangkah ke Separuh Akhir sempena Mitsubishi Electric AFF CUP 2022 bersama dengan Thailand, Vietnam dan Indonesia juga sudah menjadi kebanggaan buat semua rakyat Malaysia.

Aku antara jutaan penyokong dan peminat Harimau Malaya yang sentiasa memberi sokongan dan berdiri teguh dengan pasukan kebangsaan dibawah Kim Pan Gon ini. Cukup-cukup bangga sebenarnya kita berada di kelompok Separuh Akhir kerana cakap-cakap terutamanya 'suara sumbang' dari sesetengah pihak menganggap Malaysia hanya mampu berada di peringkat kumpulan sahaja dan tak mampu untuk ke peringkat seterusnya.

Berkat usaha dari semua para Jurulatih dan Pemain, Kejayaan sudah tercipta sebenarnya dalam menggembirakan para penyokong Harimau Malaya ini dimana latihan yang dibuat dalam tempoh sebulan cukup menampakkan hasil yang sangat baik dan membanggakan.

Kita tewas secara bermaruah dengan Pasukan Thailand baru-baru ini di Thammasat Stadium, Bangkok dengan keputusan Thailand (3) dan Malaysia (0). Thailand ini merupakan antara juara bertahan dan antara pasukan terhebat di ASEAN. Semangat yang ada pada pasukan kita dalam mendepani pasukan Thailand sudah cukup memperlihatkan kesungguhan dalam memperjuangkan semangat Demi Malaysia !

Apa-apa pun, Tahniah buat pasukan THAILAND yang akan berdepan dengan VIETNAM di peringkat akhir Mitsubishi Electric AFF CUP 2022.

Jom aku nak sharekan beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan ketika bersama dengan para pemain Harimau Malaya! 

03 Januari 2023 - Malaysia vs Singapore, Stadium Nasional Bukit Jalil

Bersama Faisal Halim
Bersama Haqimi Azim
Bersama Sharul Nazeem dan Aliff Haiqal
Bersama Darren Lok
Bersama Shamie Iszuan, Syihan Hazmi dan Brendan Gan
Bersama David Rowley, Kalamullah Al Hafiz dan Khuzaimi Piee
Bersama Dominic Tan


07 Januari 2023 - Malaysia vs Thailand, Stadium Nasional Bukit Jalil

Bersama Faisal Halim dan Sharul Nazeem
Bersama Syihan Hazmi
Bersama Khuzaimi Piee
Bersama Lee Tuck
Bersama Ruventhiran
Bersama Brendan Gan
Bersama Mukhairi Ajmal, Sergio Aguero, Quentin Cheng, Shamie Iszuan dan Kalamullah Al Hafiz
Bersama Fazly Mazlan, Rahadiazli Rahalim, Haqimi Azim, David Rowley dan Stuart Wilkin


*Dalam semua pemain Harimau Malaya utk Mitsubishi Electric AFF CUP 2022 ini termasuk yang pernah aku postkan di entry sebelum ni, hanya Azam Azmi dan Nor Hakim Hassan saja yang aku belum berkesempatan untuk bergambar... 😅😅😅

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur
14 Januari 2023

Sunday, January 8, 2023

KKN Di Desa Penari - Luwih Dowo Luwih Medeni...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Demi Pertiwi...

Alhamdulillah... Kita bertemu sekali di awal Tahun 2023 dengan azam baru untuk terus sukses dalam kehidupan terutamanya dalam mengejar impian dan harapan untuk terus dapat berbakti kepada ibu dan ayah kita... Insyaallah...

Jodoh? Jodoh tue aku hanya mampu berserah kepada Yang Maha Esa. Kita cuba usaha ke arah dipertemukan jodoh untuk Tahun 2023 kali ini... Insyaallah, doakan agar aku bertemu dengan jodohku dalam Tahun 2023 ini...

KKN DI DESA PENARI - LUWIH DOWO LUWIH MEDENI...

Alhamdulillah, tadi aku baru sahaja selesai menonton movie 'KKN Di Desa Penari - Luwih Dowo Luwih Medeni' di TGV I-Central, Shah Alam. Ini adalah kali ketiga aku menonton movie nie selepas ditayangkan sebelum nie pawagam Malaysia dan Hotstar Disney.

Untuk kali ini versi 'Luwih Dowo Luwih Medeni' ini adalah tambahan scene 40 minit yang menjadikan keseluruhan durasi movie kali ini adalah sebanyak 172 minit iaitu hampir 3 jam. Bagi aku, ianya ternyata berbaloi !

SESI MEET & GREET BERSAMA PARA PELAKON

Aku sebenarnya sangat teruja apabila dimaklumkan bahawa beberapa orang pelakon dari movie ini akan turun ke Malaysia untuk mempromosikan movie ini. Ianya satu peluang yang aku perlu ambil terutamanya apabila dikhabarkan bahawa Tissa Biani pun ada ! 😍😍😍

Ya, memang betul! 4 orang pelakon utama movie ini hadir untuk sesi meet & greet iaitu Tissa Biani (memegang watak Nur), Calvin Jeremy (Anton), Fajar Nugra (Wahyu) dan Aulia Sarah (penari a.k.a Badarawuhi).

Apa yang best sebenarnya adalah layanan dari dorang yang sangat spoting dan happening. Aku sendiri jadi excited bilamana dorang ada depan aku tadi. Speechless seketika. Dorang juga ada bagi poster beserta tandatangan untuk kenang-kenangan.

Jom aku kongsikan beberapa keping gambar ketika bersama dengan dorang...

Bergambar ramai-ramai
Bergambar ramai-ramai
Bergambar ramai-ramai
Bergambar ramai-ramai
Selfie bersama Tissa Biani
Selfie dengan Aulia Sarah
Selfie bersama Calvin Jeremy
Aku bersama Fajar Nugra
Semua para pelakon KKN Di Desa Penari
Aku bersama Aulia Sarah
Aku bersama Tissa Biani...
Aku bersama Calvin Jeremy...
Aku bersama Fajar Nugra...


REVIEW

Sejujurnya, aku masih teruja menonton movie ini sepertimana kali pertama aku menontonnya di GSC Quill City Mall tahun lepas. Terdapat banyak scene baru yang lebih membuatkan aku faham situasi sebenar perjalanan movie ini.

Banyak juga babak-babak yang lucu menerusi watak Wahyu yang menghidupkan suasana yang agak tenang dan seram. 

Babak awal juga memberi pemahaman penting bilamana ibu kepada Widya tidak memberi keizinan untuk Widya meneruskan KKN tetapi akhirnya mengalah setelah dipujuk oleh anaknya itu.

Watak Nur yang sebenarnya banyak memberi peranan dalam menghidupkan perjalanan cerita disebabkan watak itu sahaja yang memberi penekanan terhadap soal 'Islam' seperti beristiqhfar, bersolat, bertudung dan sebagainya lagi. 

Bima pula seperti biasa masih agak terpesong seketika apabila telah terlanjur dengan jin bernama Badarawuhi yang turut menjadikan Ayu sebagai mangsanya. Badarawuhi memperdaya kedua-dua mereka semata-mata bagi mendapatkan Widya untuk bergerak ke Tapak Tilus.

Aku sebenarnya malas nak bercerita panjang pasal movie ini tapi aku sarankan agar korang semua turun ke pawagam menyaksikan dan menonton sendiri movie ini. Untuk kali ini, aku bagi 9/10 bintang utk movie KKN Di Desa Penari - Luwih Dowo Luwih Medeni!

Ikhlas dari,
WMHMY
Shah Alam, Selangor
08 Januari 2023