Tuesday, July 5, 2011

... Dalam Botol, Cukup Memualkan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Semalam juga aku berpeluang untuk menonton sebuah filem yang cukup ‘kontroversi’ iaitu filem “… Dalam Botol”. Filem arahan Saudara Khir Rahman ini dapat saya katakan sebuah filem yang cuba mengenengahkan isu ‘homoseksual’ atau lebih dikenali sebagai ‘gay’ !



Filem ini amat perlahan dari segi plotnya dan dapat saya katakan bahawa cerita ini tidak digarapkan atau tidak diteliti akan isu sebenar yang sedang melanda umat akhir zaman. Lakonan yang bersahaja oleh pelakonnya iaitu Arja Lee, Diana Danielle dan sebagainya lagi masih tidak mampu memberi jiwa untuk difahami oleh penonton seperti saya.

Berkenaan dengan filem ini, saya sendiri agak sedih apabila menonton filem ini kerana dapat saya ibaratkan zaman Kaum Nabi Luth A.S berputar kembali ke zaman teknologi moden ini. Allah Taala ada menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap Kaum Nabi Luth yang mengamalkan seks sejenis ini.

Firman Allah yang bermaksud,
“(demikian juga) kaum Nabi Luth telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul-Nya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin rebut yang menghujani mereka dengan batu kecuali keluarga Nabi Luth, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan demi sesungguhnya! Nabi Luth telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.”
(Surah Al-Qamar : 33-36)

Filem ini seharusnya diberi penekanan dari segi punca berlakunya gejala ini dan bagaimana masyarakat sekitar membimbing mengembalikan keyakinan sebenar bagi melahirkan sebuah masyarakat yang ‘normal’. Perwatakan yang digambarkan oleh Ruby iaitu seorang pengamal hidup songsang ini jelas menunjukkan bahawa isu ini benar-benar berlaku di Malaysia.

Teringat semula saya ketikamana mula-mula menjejaki kaki di Universiti Teknologi Malaysia International Campus ini apabila berhadapan dengan senior-senior yang ‘gay’ yang cuba menarik saya ke sebuah bilik di tingkat 3 (tak salah sayalah) dan Alhamdulillah, kuasa Allah, saya sempat larikan diri terus dan menceritakan kepada rakan-rakan saya di aras 5 sehinggalah terbukti ada di kalangan kawan saya ini juga terlihat perlakuan songsang di hadapan mata. Noktah ! Saya tak nak aibkan mana-mana rakan saya !

Kembali kepada filem ini, jika ditanya berapa bintang yang ingin diberikan oleh saya terhadap filem ini, saya hanya mampu memberikan 3 daripada 5 bintang. 2 bintang lagi adalah berkenaan dengan kritikan saya terhadap filem ini. Apa-apa pun, saya harap semua kawan-kawan saya ‘straight’ dan tiada yang bengkang-bengkok ok…hahahaha =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

3 comments:

nadia fatihah said...

sy dh tengok. tak best pon. huhu

-peace- said...

filem kat malaysia nih nak untung jer...kualiti xder...filem pon menggalakkan maksiat..pengajarannya sedikit....dunia akhir zaman....

wan muhammad hazem said...

nadia : tahu xpe...hahaha
peace : hahahaha...setuju jugak dgn statement tue.. =)