Sunday, February 26, 2023

Jom Jumpa First Team - Selangor FC

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan... 
Salam Malaysia Madani...

Perasaan teruja timbul bilamana aku terpandang satu 'iklan' di facebook berkenaan dengan sesi pengenalan semua players Selangor FC musim 2023. Serius aku memang teruja.

JOM JUMPA FIRST TEAM - SELANGOR FC

Setelah sekian lama menanti, akhirnya pihak Selangor FC mengadakan juga sesi meet & greet Selangor FC Full Squad pada 18 Februari 2023 yang lalu. Keterujaan aku membuak-buak sebab terlalu excited.

Sehari sebelum event ni, pihak Selangor FC ada keluarkan satu video bagi memperkenalkan Jersey Away 2023 yang sangat-sangat menarik minat aku untuk turun dan beli jersey tersebut.

Serius, sumpah! Jersey Away Selangor FC 2023 adalah sangat-sangat menarik. Mula-mula aku berbelah bahagi untuk beli sebab portion duit utk beli jersey aku dah terlebih belanja ke tempat lain. 😅 Sampailah aku kira-kira dan cukup pulak duit so aku beli masa pertengahan event iaitu semasa sesi meet & greet bagi Team 2. Alhamdulillah, dapat juga memiliki dan memakai Jersey Away nie pada hari tersebut.

Sesi Meet & Greet bersama Selangor FC ini dipecahkan kepada 5 team dimana setiap team diperuntukkan masa sebanyak 30 minit untuk memberi peluang kepada para penyokong Selangor FC untuk beramah mesra dengan para pemain mereka. 1 team ada 6 pemain, so secara keseluruhan yang hadir untuk sesi meet & greet ini adalah seramai 30 orang pemain termasuklah 3 orang coach.

Aku berpeluang untuk bertemu dengan 24 orang pemain dan 3 orang coach secara bersemuka. Itu pun dah membuatkan aku cukup teruja dan bersyukur ditambah lagi aku diberi poster pemain Selangor FC sebagai tanda kenang-kenangan. 3 pemain yang aku tak berpeluang untuk bertemu dan bergambar adalah Rauf Salifu, Alexander Agyarkwa dan Danial Asri.

Jom aku kongsikan beberapa gambar sebagai tanda kenang-kenangan... Insyaallah... 😀😀😀

Bersama DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharifuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor
Bersama Brendan Gan
Bersama Ruventhiran
Bersama Samuel Somerville
Bersama Coach Tan Cheng Hoe
Bersama Coach Ramon Marcote
Bersama Coach Nidzam Jamil
Bersama Ruventhiran
Bersama Samuel Somerville
Bersama Norhakim Hassan

Okay, sekarang aku nak kongsikan pula gambar aku bersama para pemain Selangor FC dengan memakai Jersey Away Selangor FC 2023... 😀😀😀

Bersama Haiqal Lau
Bersama Ayron Del Valle
Bersama Hein Htet Aung
Bersama Richmond Ankrah
Bersama Harith Haiqal
Bersama Syahir Bashah
Bersama Khairul Azhan Khalid
Bersama Yohandry Orozco
Bersama Mukhairi Ajmal
Bersama Quentin Cheng
Bersama Brendan Gan
Bersama Syahmi Adib
Bersama Fazly Mazlan
Bersama Zahril Zabri
Bersama Zikri Khalili
Bersama Sharul Nazeem
Bersama Faisal Halim
Bersama Khuzaimi Piee
Bersama Izwan Yuslan
Bersama Yazan Al Arab
Bersama Noor Al-Rawabdeh

Pasukan Selangor FC adalah antara 3 pasukan bola sepak yang aku cukup-cukup suka selain Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City FC. Sebagai peminat dan penyokong Selangor FC, event seperti ini adalah satu acara yang sangat baik dan terbaik.

Aku doakan agar Selangor FC memperolehi kejayaan dan merangkul antara pasukan yang terbaik bagi Musim 2023 kali ini. Insyaallah... 😀😀😀

Sekian, Wallahua'lam... ~

Ikhas dari, 
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur
26 Februari 2023

0 comments: