Thursday, June 22, 2017

Tempat-Tempat Menarik di Kyoto Dan Kobe, Japan...

Assalamualaikum...
Salam Ramadhan...
Salam Sehati Sejiwa...

Yeahhh...bertemu sekali lagi untuk perkongsian mengenai tempat-tempat menarik di Japan dan kali ini aku nak kongsikan pula mengenai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati sekiranya korang bercuti atau melancong di Kyoto dan Kobe.

Pejam celik, pejam celik, sudah seminggu nampaknya kenangan aku melancong secara solo di kawasan Kyoto dan Kobe, Japan. Dua dua kawasan ini memang best dan ada keunikannya yang tersendiri dan yang paling penting, sangat selamat walaupun melancong secara solo di sini. Sesat tue perkara biasa tapi aku akan cuba kongsikan sekali dengan petunjuk jalan bagi memudahkan korang semua merangka 'itenary' sendiri semasa bercuti di sini. Jom aku kongsikan...

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KYOTO, JAPAN...

1. Fushimi Inari Taisha


Fushimi Inari Taisha ini adalah tempat wajib untuk korang datang sebab ini adalah salah satu tempat yang menjadi tumpuan sekiranya korang datang ke Jepun. Di sini terdapat ribuan Torii Gate (tiang-tiang oren) sepanjang laluannya. Aku datang kat sini awal pagi, tapi sudah ramai yang berada di situ. Aku tahu pasal tempat ni adalah ketika menonton The Amazing Race, hati terus teruja nak travel ke sini, last2 tak sangka la pulak ianya menjadi kenyataan.

*Sekiranya korang nak datang ke sini dari Osaka, korang boleh naik di Osaka Station, korang guna JR Line (line warna biru) dan turun di Kyoto Station pastu naik pulak Nara Line (line warna biru) dan turun di Inari Station dan exit kiri. Pastu jalan kaki sikit terus jumpa Fushimi Inari Taisha nie... ;)

Sekiranya korang jenis macam aku suka beli fridge magnet, korang beli di luar kawasan Fushimi Inari Taisha (sebelum sampai kat Inari Station). Aku beli dalam mahal 200 yen. Huhuhu... ;(

2. Bamboo Forest



Bamboo Forest juga merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi sekiranya korang datang travel di Kyoto. Bamboo Forest ini penuh dengan pokok-pokok buluh dan sesuai untuk ambik gambar. Apakan daya, aku datang sorang so gambar yang diambil taklah terlalu menarik. Better datanglah secara berdua apabila ke sini...Hahaha... ;)

*Sekiranya korang nak ke sini, dari Kyoto Station korang boleh naik Sagano Line dan turun di Saga-Arashiyama Station. Pastu korang ke kiri dan turun tangga dan korang akan jumpa Saga Torokko Station dan SL&Piano Museum. Pastu korang kena jalan keluar sikit then belok kiri terus saja sampai jumpa kedai sewa basikal pastu korang jalan terus lagi sampailah jumpa kedai-kedai makan/restoran kecil then belok kiri pastu korang akan nampak signboard Bamboo Forest... ;)




Aku cadangkan agar korang naik Sagano Romantic Train. Sangat-sangatlah berbaloi (tiket dia 620 yen) dan korang kena naik di Saga Torokko Station (bersebelahan dengan Saga-Arashiyama Station). Korang dapat tengok hijaun bukit-bukau, air terjun dan macam-macam lagi keindahan alam. Kalau korang nak tengok videonya, boleh tengok kat Instagram aku... ;)

3. Kyoto Tower



Kyoto Tower merupakan salah satu menara tumpuan yang terdapat di Jepun. Kyoto Tower ini berdiri megah di atas bangunan. Aku taklah naik ke atas tapi hanya tengok dari luar dan ambik gambar di sekitarnya saja. Hahaha...sebab dah banyak menara aku dah naik di Jepun ni. Hahaha...

*Untuk datang ke sini sangatlah mudah kerana Kyoto Tower terletak hanya di luar dari Kyoto Station. So, korang just keluar dari Kyoto Station then nampak terus Kyoto Tower nie... ;)

4. Gion


Gion ini merupakan satu kawasan yang sangat klasik dan tradisional. Di sini terdapat banyak restoran-restoran dan kalau korang bertuah, korang boleh tengok Geisha. Di sini korang juga boleh tengok ramai pengunjung yang menyewa dan pakai kimono.

*Sekiranya mahu datang ke sini, dari Kyoto Station korang naik Sagano Line (line warna biru) dan turun di Nijo Station. Korang keluar dari Nijo Station dan cari subway Tozai Line pastu korang naik di situ dan turun pulak di Sanjo Station dan exit 2. Pastu belok ke kiri sampai jumpa trafic light then belok ke kiri sekali lagi dan korang jalan ja terus dalam 10 minit sampai jumpa kawasan Gion.


Jika korang rajin, korang boleh jalan terus sampailah jumpa Hojo Temple. Temple kat sini agak menarik juga sebenarnya tetapi sangat sunyi di sini dan tidak terlalu ramai pengunjung.

5. Kiyomizu-Dera Temple





Kiyomizu-Dera Temple merupakan salah satu temple yang menjadi tumpuan umum apabila berkunjung ke Kyoto. Sebelum korang sampai ke puncak, korang kena berjalan sikitlah (jalan berbukit) dan agak penat sebenarnya. Tambah-tambah masa ini aku masih berpuasa di bulan Ramadhan. Nak masuk ke Temple ini kena bayar dan agak mendukacita, ketika aku sampai dan masuk ke dalam, bangunan ini sedang dalam ubahsuai. Huhu...

*Kalau mahu datang ke sini, selepas korang ke Gion, dari Gion tue korang boleh naik bas no.207 (180 yen) then korang turun di Shimizumichi Bus Stop. Selepas turun saja dari bas, korang terus belok ke kanan dan jalan ke depan sikit sampai jumpa Shoe Store then belok ke kiri dan terus saja jalan kaki dalam 10-15minit sampailah jumpa Kiyomizu-Dera Temple nie.

6. Nijo Castle

Nijo Castle ini tidaklah begitu menarik sebenarnya dan lebih baik korang cari tempat lain yang lebih menarik. Haha... ~

*Sekiranya korang nak ke sini, korang mesti guna subway Tozai Line dan turun di Nijojo-Mae Station dan exit 2. Terus korang akan jumpa signboard Nijo Castle. Heheh... ;)

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KOBE, JAPAN...

1. Kobe Mosque




Kobe Mosque ini merupakan salah satu tempat bersejarah di Kobe kerana ada kisahnya sebenarnya dan Kobe Mosque satu-satunya bangunan yang masih berdiri megah. Di sini korang dapat lihat orang-orang Jepun yang telah memeluk Islam berkongsi cerita pasal Islam. Jika korang datang ke sini pada bulan Ramadhan seperti aku, korang dapat berbuka / beriftar secara percuma di sini. Hehe... ;)

*Sekiranya korang nak datang ke sini, dari Osaka korang terus ke Osaka Station dan naik JR Line (line warna biru) dan turun di Sannomiya Station. Korang keluar dari bangunan tue sampai korang nampak Mc Donald's Restaurant. Mengadap McD korang belok ke kiri sampai jumpa simpang jalan pertama dan belok ke kanan dan terus saja sampailah ke trafik light yang kedua. Pastu korang gi ke seberang jalan then terus belok ke kiri dan terus jalan sampai trafik light kedua then belok ke kanan sampai jumpa trafik light pertama. Pastu belok sekali lagi ke kiri sampailah korang jumpa Kobe Mosque nie... ;)

2. Kobe Harborland

Kobe Harborland ini terdapat tempat-tempat membeli-belah, ada ferris wheel mengadap laut dan bangunan-bangunan ala inggeris. Jika korang nak datang ke sini, better datang di sebelah malam sebab malam lagi menarik suasana di sini.

*Untuk datang ke sini, dari Sannomiya Station korang kena naik subway Kaigan Line dan turun di Harborland Station. Pastu korang terus cari signboard ke Kobe Harborland. Hehehe... ;)

3. Chinatown


Banyak negara aku sudah pergi dan rata-ratanya pasti wujud adalah Chinatown. So kebetulan semasa aku jalan menghala ke Kobe Port Tower, aku sempat singgah dan pusing-pusing di sekitar Chinatown ini.

*Sorry untuk ke sini aku tak sempat nak catit, tapi if korang jalan kaki dari Kobe Mosque untuk ke Kobe Port Tower, nanti korang akan nampak pintu gerbang Chinatown. Heheh... ;)


Di sekitar kawasan Chinatown, korang boleh singgah ke Kanauta Kobe-Motomachi kerana kedai ini terdapat makanan-makanan yang halal dan muslim friendly. Aku sempat la merasa beberapa kuih di sini. Walaupun mahal sikit tapi agak berbaloi untuk aku merasa beberapa makanan di sini.

4. Kobe Port Tower


Kobe Port Tower ini antara menara yang paling unik di Jepun. Aku cukup-cukup tertarik dengan designnya yang unik dan menarik.


*Sekiranya korang nak ke sini, dari Sannomiya Station korang kena naik subway Kaigan Line dan turun di Minatomotomachi Station dan exit 2. Pastu korang akan nampak terus Kobe Port Tower... ;)



Di sebelah Kobe Port Tower ini terdapat satu bangunan yang agak unik iaitu Kawasaki World. Di sekitar kawasannya juga terdapat tempat rekreasi yang sangat mendamaikan. Waktu aku datang ke sini, suhunya adalah 19 darjah celsius.

Insyaallah, untuk entry seterusnya nanti, aku akan kongsikan pulak beberapa tempat menarik yang sempat aku kunjungi ketika travel di Labuan, Busan & Jeju Island pulak k... Insyaallah... :) Sebelum terlewat, aku nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' buat semua pengunjung dan pembaca blog aku ini ya... ;) Sekiranya ada mana-mana pembaca yang mahukan itenary penuh aku, bolehlah emelkan ke wan_hazem19@yahoo.com . Nanti aku respon di emel k... ;)

Moga semuanya dapat manfaatnya untuk entry kali nie... ;) Di bawah nie link-link tempat-tempat menarik yang lain yang pernah aku kunjungi :-

1. Osaka, Japan
2. Gold Coast, Australia
3. Seoul, South Korea
4. Manila, Phillipines
5. Yogyakarta, Indonesia
6. Hong Kong
7. Singapore

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com

2 comments:

MASHIRNANI said...

Suka btul la dgn post direction mcm ni..mmg sgt2 bguna. Tq wrter.smoga murah rezeki btambah ilmu awk..ameen...banyak2 kan share.. nk share ngn sy je pn blh..eh? Hahahaha

Unknown said...

Terbaik Ajim!