Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Semalam aku terlepas untuk ‘booking’ tiket untuk melancong ke Ho Chi
Minh, Vietnam yang pendapat aku ada tarikannya yang tersendiri. Maybe itu bukan
rezeki aku lagi untuk ke sana. Hari ini aku nak kongsikan sedikit mengenai
sebuah negara yang aku kunjungi iaitu Hong Kong yang terkenal dengan tempatnya
yang menarik dan menjadi salah satu destinasi pilihan untuk para pelancong.
Ketika di Hong Kong, aku bersama sahabat-sahabat aku iaitu Shukor &
Nurhanudin sempat berinteraksi dan berkongsi dengan pelajar2 di The University
of Hong Kong mengenai pelestarian kampus. Kami juga sempat melakukan kunjungan
hormat ke Konsulat General Malaysia di Hong Kong untuk mengetahui serba sedikit
mengenai usahama antara Kerajaan Malaysia dan Hong Kong. Di sini, aku nak kongsikan serba sedikit
tempat-tempat menarik di Hong Kong.
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI HONG KONG
1. The Peak
Pemandangan bangunan pencakar langit yang tiada tolak bandingnya,
pelabuhan yang airnya berkilauan dan kehijauan bukit-bukau di New Territories
juga dapat dilihat dari puncak the Peak ini. Tempat ni sesuai untuk bergambar
berlatarkan Hong Kong.
2. Ocean Park Hong Kong
Kalau ikutkan plan asal adalah untuk ke Hong Kong Disneyland. Tetapi
selepas tanya pendapat ramai orang di sana, ramai yang mencadangkan untuk ke
Ocean Park Hong Kong jika bercadang untuk main permainan yang ekstrems. Sangat
puas hati untuk taman tema ini sebab banyak permainan yang kebanyakannya berada
di atas bukit termasuklan roller coasternya.
3. Ladies Market
Tempat ini sesuai untuk membeli barang-barang cenderahati sebab di sini
harganya murah sekiranya pandai tawar-menawar. Di sini pun mudah untuk dapatkan
makanan halal.
4. Temple Street Night Market
Di sini lebih berkonsepkan tokong dengan adanya penilik nasib dan
sebagainya. Di sini pun sesuai untuk membeli barang-barang cenderahati.
5. Hong Kong Convention & Exhibition Centre (Golden Bauhinia
Square)
Merupakan salah satu daripada bangunan yang menjadi latar bagi upacara
yang penting dari segi sejarah di Hong Kong.
6. Menara Jam
Merupakan satu mercu tanda dari zaman Arang Batu dan mengingatkan
tentang Hong Kong sebagai warisan jajahan kolonial.
7. Tsim Sha Tsui Promenade
Ianya sesuai untuk melihat permandangan di sekeliling di sepanjang
tebing sungai & pasti terpukau dengan latar langit bandaraya yang paling
hebat di dunia.
8. The Avenue of Stars
Di sini merupakan tempat untuk melihat ikon-ikon filem Hong Kong dengan
pemandangan menara pelabuhan yang cukup menakjubkan.
9. Madame Tussauds Hong Kong
Di sini anda boleh melihat dengan lebih 100 patung lilin dan di sini
boleh lihat patung lilin dari kalangan selebriti, pemimpin negara dan
sebagainya.
10. A Symphony of Lights
Ianya merupakan satu pertunjukkan multimedia, cahaya dan bunyi yang
menjadikan pelabuhan ini bercahaya setiap malam. Ianya juga dinamakan sebagai ‘World’s
Largest Permanent Lights & Sounds Show’ oleh Guinness World Records.
Apa yang menariknya di sana adalah apabila sampainya di Hong Kong,
seharian kami mencari restoran Halal di celahan bangunan sampai hampir berputus
asa dan akhirnya bertemu juga dengan restoran halal di sana. Sempat juga kami
menonton wayang di sana di malam terakhir berada di Hong Kong. Di sana juga
sempat mencuba ‘Dim Sum’ halal di masjid. Insyaallah, kalau ada peluang aku nak
ke Macau pulak... J
Antara tempat menarik lain yang anda boleh tengok :
1 comments:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [9116] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI SUBALA JATI,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 670 JUTA , wassalam.
Post a Comment