Monday, December 24, 2012

Lawatan Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Pulau Pinang Ke UTM...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH saya masih berpeluang untuk menulis bagi entry yang terbaru dan sebagai perkongsian untuk para pembaca setia blog saya. Walaupun lama saya menghilang dari menulis artikel dan berkongsi perkongsian menarik di sini, tapi ALHAMDULILLAH, masih ramai yang menyokong untuk saya terus menulis. 

ALHAMDULILLAH, semalam pada 23 Disember, saya dari Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM menerima kunjungan dari Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Pulau Pinang seramai hampir 70 orang. Di pihak MPM UTM kita sentiasa mengalu-alukan kedatangan dari para pelajar universiti lain ke Universiti Teknologi Malaysia. 

Program Lawatan Ke UTM dan Ramah-Mesra Bersama MPM UTM ini merupakan salah satu program dari ‘Journey To The Southern City’ yang dianjurkan oleh JPK UiTM Pulau Pinang. Banyak perkara yang dikongsikan antara kedua-dua pihak dalam memperolehi perkongsian ilmu ini. 

Antara beberapa slot yang sempat dibuat oleh Barisan MPM UTM selama hampir 8 jam bermula jam 9pagi sehingga 5pm ini adalah Sesi Dialog/Soal-Jawab Antara MPM UTM dengan JPK UiTM Pulau Pinang, Simulasi Parlimen Mahasiswa UTM, Jamuan Tengahari, Sesi Perbahasan Parlimen Mahasiswa, Lawatan Ke Stadium UTM, Kolam Renang UTM, Bangunan Canselori, Perpustakaan Sultanah Zanariah, Masjid Sultan Iskandar, Sudut Pidato UTM, Balai Cerap dan sebagainya lagi. 

Saya dan Saudari Faezah Fazal yang mengetuai untuk sesi Lawatan Sekitar Kampus UTM ini sebab berkongsi beberapa pengetahuan dan sejarah yang melibatkan UTM ini. Dan sedikit sebanyak dapat berkongsi dengan para peserta sebagai ilmu dan Insyaallah dapat digunakan di masa hadapan. Insyaallah… 

Saya juga sempat berkenalan dengan beberapa orang pelajar UiTM Pulau Pinang dan Insyaallah saya yakin dan dapat melihat bakal-bakal pelapis muda dalam kepimpinan di masa akan datang. Percayalah, banyak pemimpin hari ini belajar dan memperolehi kejayaan dengan cara berkongsi ilmu dan sentiasa membuat pemerhatian dengan pelbagai pihak dalam membuat perubahan di masa hadapan. 

Saya sekali lagi mengucapkan jutaan ‘TERIMA KASIH’ kepada pihak JPK UiTM Pulau Pinang terutamanya Saudara Khalieff kerana memilih Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai salah satu tempat yang ditujui dalam lawatan mereka ke Selatan Malaysia ini. Semoga ukhuwah dan persahabatan antara kita akan terus berkekalan ke akhirnya. Dan saya mohon maaf di atas kekurangan yang berlaku sepanjang lawatan diadakan. Insyaallah… =) 


"Kalau Ada Sumur Di Ladang, 
Izinkan Kami Menumpang Mandi, 
Kalau Ada Umur Yang Panjang, 
Insyaallah, Suatu Hari Nanti Bertemu Lagi" 

Sekian, Wallahua’lam… =) 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
Setiausaha Kerja 
Majlis Perwakilan Mahasiswa 
Universiti Teknologi Malaysia 
wan_hazem19@yahoo.com

7 comments:

azwie ziera said...

Bila dorg datang ni ajem?

wan muhammad hazem said...

semalam... =)

farah comei :p said...

uitm permatang pauh ke?

wan muhammad hazem said...

Yup... =)

farah comei :p said...

so, i can say that they are all my junior :)

wan muhammad hazem said...

waahhhh... =) saya pun, Alhamdulillah, dapat kenal dengan ramai orang... =)

Admin said...

:) saya seronok berada di UTM. Abang2 dan Kakak2 kat sana memang best. Paling best masa sesi Simulasi Parlimen Mahasiswa UTM.
Terima kasih melayan kami . :)
Maaf jikalau ada salah dan silap dari kami.