Tuesday, August 31, 2010

Kenangan Ke Kedutaan Besar Republik Indonesia...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Hari ini juga saya berkesempatan untuk berkongsi beberapa keping gambar ketika berkunjung ke Kedutaan Besar Republik Indonesia. Kunjungan itu adalah untuk penyerahan Kad Raya dan Kuih Raya, ikhlas dari Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM. Dengan penglibatan 3 orang MPM dari Skudai iaitu Abg Zaki Omar (Presiden), Abg Aimran (Setiausaha Agong), Chew (MPM Skudai) dan 5 orang MPM UTM IC iaitu Saya, Hariz Zakwan, Hazrai, Irfan dan Hidayu.



Ketika berada di hadapan Kedutaan...

Bersama-sama dengan mahasiswa yang terlibat...


Juga bersama-sama mahasiswa UTM IC...


Bersama-sama dengan Pegawai dan Mahasiswa UTM...


Bersama dengan mahasiswa UTM IC di hadapan Kedutaan...


Bersama dengan 7 bekas Kuih Raya yang diberikan oleh MPM UTM kepada barisan Kepimpinan negara Indonesia...

Bersama dengan MPM UTM yang terlibat...


Sumber : WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Mahasiswa Malaysia Peringati Kemerdekaan di KBRI...

JAKARTA - Puluhan mahasiswa Universitas Teknologi Malaysia (UTM) merayakan peringatan kemerdekaan Malaysia ke-53 dengan menggelar aksi damai. Senin (30/8) kemarin, mereka mengirimkan tujuh kartu ucapan dan parcel melalui Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur. Salah satunya ditujukan untuk Presiden RI Susilo Bambang Yudhoyono (SBY).

Selain SBY, mahasiswa itu juga memberikan kado istimewa kepada Menteri Luar Negeri (Menlu) Marty Natalegawa, Menteri Pendidikan Nasional (Mendiknas) M Nuh, Duta Besar RI di Malaysia Da'i Bachtiar. Juga, ada kiriman untuk Forum Betawi Rempug (FBR), serta Forum Kebangsaan Indonesia (FKI).

Masing-masing akan mendapatkan kartu ucapan selamat hari raya Idul Fitri, serta sebuah parcel berisi kue raya tradisional yang dibungkus dalam toples. Tidak hanya itu, LSM Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang pernah melemparkan kotoran manusia di halaman Kedutaan Besar (Kedubes) Malaysia beberapa waktu lalu, juga diberikan sebuah parsel dan kartu ucapan dari mahasiswa UTM.

Aksi damai tersebut diikuti oleh 70 mahasiswa Malaysia dan Indonesia yang menuntut ilmu di Malaysia. Mereka terdiri atas 40 mahasiswa dari UTM Kuala Lumpur, serta 30 mahasiswa lainnya dari UTM Johor Bahru. Kehadiran mahasiswa di KBRI itu langsung diterima oleh Atase Pendidikan KBRI Kuala Lumpur Imron Hanafi.

Presiden Majelis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UTM, M Zaky Omar mengatakan, sebagai akademisi pihaknya tak ingin memperkeruh suasana di kedua negara. "Untuk itu, kami ingin semua damai. Tak ada lagi konflik," ujarnya saat dihubungi Jawa Pos, kemarin.

Dikatakan Zaky, beberapa aksi yang sempat memacu emosi penduduk di Malaysia tidak akan mempengaruhi mahasiswa Malaysia untuk turut berlaku anarkis. "Kami tidak patut membalas perlakuan Indonesia. Karena kami harus belajar saling menghargai," ucapnya.

Untuk itu, kata dia, MPM UTM meminta agar pemerintah Indonesia juga melakukan hal serupa. Yakni menjaga hubungan baik di antara dua negara. "Semoga setelah ini silahturahmi kami tidak terbelah," tutur mahasiswa semester tujuh itu.

Ketua Persatuan Pelajar Indonesia Malaysia (PPIM) UTM Johor Bahru, Ahmad Haya, mengaku sangat mendukung tindakan rekan-rekannya di UTM. Kata Ahmad, banyaknya pemberitaan yang tidak seimbang, terkadang menimbulkan salah paham terhadap masyarakat. "Rasa cinta kami pada bangsa Indonesia lebih dari segalanya. Tapi kami sebagai akademisi tidak boleh terprovokasi dengan isu-isu yang ada," katanya.

Ahmad menghimbau tindakan mahasiswa di Malaysia juga diikuti oleh mahasiswa Indonesia yang menuntut ilmu di tanah air. Dengan tidak melakukan tindakan anarki, itu sudah dianggap membantu Indonesia untuk menunjukkan cermin kepribadian bangsa. "Kita perlu menunjukkan bahwa kita ini bangsa yang ramah, demokratis, dan cinta damai," terang mahasiswa asal Makassar itu. (nuq)

http://www.jpnn.com/read/2010/08/31/71361/Mahasiswa-Malaysia-Peringati-Kemerdekaan-di-KBRI

(Sumber: Jawa Poss National Network, JPNN .com | Selasa | 31 Ogos 2010)

Kenangan Sesi Fotografi 3 DDF...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa keping gambar ketika sesi fotografi yang melibatkan kelas 3 DDF. Oleh itu, sama-samalah kita "Bernafas di Era 1 Peharta..."
he3...

Bersama dengan semua budak kelas aku...


Bersama dengan budak lelaki kelas aku...

Ini pun sama jugak...

Ini saja jew posing lebih2...


Kawan-kawan rapat saya dalam kelas...



Sumber : WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Apa Erti Kemerdekaan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Sempena tanggal 31 Ogos 2010 ini, saya ingin berkongsi satu lirik lagu yang agak menyentuh hati dan membuatkan sesiapa saja untuk berfikir mengenai erti kemerdekaan sebenar. Lirik lagu ini juga sesuai untuk meneliti bait-bait loghat kelate yang diangkat sebagai kreativiti hasil penciptanya. Diharapkan pembaca semua dapat menghayati apa erti kemerdekaan...

APA ERTI KEMERDEKAAN...

Apa erti kemerdekaan
Bagi umat melayu kita
Tokse terima perubahan
Anak cucu menjadi mangsa

Orang lain dok rebut peluang
Takkan kita nak tengok saja
Masa tetap berjalan
Sesaat tak tunggu kita

Dilema..dilema.. dilema melayu kita..

Orang lain hidup bersatu
Kita balah sama sekampung
Bangsa lain hidup maju
Bangsa kita masih mundur

Orang kecek caya selalu
Hangguk palo macam jepun
Ikut stail dulu dulu
Jadi katok bawah tempurung

Dilema..dilema.. dilema melayu kita

Anak orang nak kapal terbang
Anak kita naik teksi
Anak orang makan kat hotel
Anak kita kedai kopi

Anak orang jual barang
Anak kita la jong beli
Tadok pitih rela berhutang
Tanah pusaka jual lagi

Dilema..dilema.. dilema melayu kita..

Keta orang keta mercedes
Keta kita moresmino
Keto orang asap nipis
Keta kita asap bunga

Keta orang hidup dengan suis
Keta kita mapuh tolak sokmo
Beli baru takdan pitih
Beli beras pun berhutang sokmo

Dilema..dilema.. dilema melayu kita..

Anok orang baca buku
Anak kita dok ralit berderat
Anak orang masuk ke U
Anak kita masuk lokap

Anak orang minum susu
Anak kita dok togok ubat
Macamana kita nak maju
Kalu tokse ubah sikap

Dilema..dilema.. dilema melayu kita

Anak orang g masjid
Anak kita tepi jalan
Anak orang duduk mengatik
Anak kita duduk begewe

Anak orang perangai baik
Anak kita supo jembalang
Nya dok cari bala penyakit
Tokse pikir masa depan

Dilema..dilema.. dilema melayu kita

Apa erti kemerdekaan
Bagi umat melayu kita
Takse terima perubahan
Anak cucu menjadi mangsa

Orang lain dok rebut peluang
Takkan kita nak tengok saja
Masa tetap berjalan
Sesaat tak tunggu kita

Dilema..dilema.. dilema melayu kita..

Monday, August 30, 2010

Kenangan Kembara Ramadhan Anak Merdeka...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia hari ini, saya ingin berkongsi beberapa keping gambar ketika melakukan aktiviti Kembara Ramadhan Anak Merdeka di Perkampungan Orang Asli, Kampung Sungai Tementong, Kuala Lipis, Pahang. Selamat bergembira...



Bersama dengan anak-anak Orang Asli...

Ketika selesai melakukan aktiviti Khidmat Pendidikan...

Selepas selesai membasuh ayam...


Ketika nak masuk dalam perkampungan Orang Asli...
Nantikan beberapa gambar lain dari saya lagi...
Sumber :
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia ke-53...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Kemerdekaan merupakan satu kebebasan sesebuah negara dari belenggu penjajah durjana. Kemerdekaan juga boleh diertikan sebagai pelepasan sesebuah negara dari terikat dengan mana-mana pihak. Kemerdekaan juga dirasai di negara kita yang bernama Malaysia.

Pelbagai lagi maksud yang boleh difokuskan sebagai membawa erti kemerdekaan untuk semua. Begitu juga dengan saya, banyak yang boleh diperkatakan oleh saya berkenaan dengan kemerdekaan kita yang ke-53 ini. Bagi saya sejujurnya, kemerdekaan yang sebenar-benarnya belum dapat digambarkan sepenuhnya di negara kita yang bernama Malaysia.

Ya, kita memang MERDEKA dari segi fizikalnya TETAPI adakah seluruh belia remaja kita MERDEKA? Pemikiran, sikap dan adab anak bangsa kita hari ini MERDEKA? Saya sebenarnya suka mengaitkan antara MERDEKA dengan ANAK REMAJA KITA kerana kita perlu sedar dengan hal semasa yang berlaku di Malaysia pada hari ini.

Kita melihat seluruh negara sudah bersiap sedia dengan pelbagai acara untuk sambutan negara yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Malaysia lebih-lebih lagi Malam Kemerdekaan. TETAPI adakah ia sebenarnya menunjukkan erti KEMERDEKAAN sebenar negara MALAYSIA..?? Atau hanya sekadar untuk meraikannya tanpa memikirkan apa sebenarnya yang patut dilakukan terutamanya apabila melibatkan BELIA REMAJA Malaysia.

Kebebasan dalam kehidupan bukan sebenarnya menunjukkan erti kemerdekaan yang sebenar selagi pemikiran BELIA REMAJA masih disuntik dengan semangat HEDONISME dalam setiap perkara yang dilakukan. Betul atau Tidak, lihatlah disekeliling anda semua. Adakah dengan Nyanyian dan Konsert yang diadakan dalam menunggu detik 12.00malam merupakan tindakan yang bijak dalam menyambut hari kemerdekaan yang ke-53?

Saya mewakili Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC ingin mengucapkan “SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA yang ke-53”. Semoga dengan kemerdekaan kali ini, dapat membuatkan seluruh mahasiswa UTM IC dan pembaca blog saya menambahkan lagi keyakinan untuk terus MAJU JAYA dalam memperjuangkan AGAMA, BANGSA & NEGARA.

Akhir kata, semoga anda semua menjadikan KEMERDEKAAN ini sebagai langkah untuk terus mengejar cita-cita anda dan bukannya untuk berhibur sehingga terjerumus ke lembah maksiat yang sering kali menjadi kebimbangan para ibu ayah anda semua.

Sekian, Wallahua’lam…


“1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Kunjungan Hormat ke Kedutaan Besar Republik Indonesia...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini mencatat sejarah baru dalam diari Universiti Teknologi Malaysia, apabila Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM yang diketuai oleh Saudara Muhammad Zaki Omar bersama dengan 71 mahasiswa UTM Skudai dan UTM IC telah berkunjung ke Kedutaan Besar Republik Indonesia untuk menyerahkan Kad Raya dan Kuih Raya kepada Kumpulan Mahasiswa Indonesia yang berdemontrasi di Kedutaan Malaysia di Indonesia.

Ini jelas menunjukkan bahawa tindakan ini wajar diteruskan sebagai menampakkan kematangan oleh mahasiswa dalam sesuatu isu yang tercetus di peringkat antarabangsa yang melibatkan negara jiran iaitu Indonesia. Langkah yang dibuat oleh Barisan MPM UTM kali ini, menampakkan barisan kepimpinan kali ini bukan hanya menumpukan sesuatu isu di kampus malah melibatkan peringkat antarabangsa.

Alhamdulillah, perjalanannya kali ini lancar tanpa sebarang kekacauan. Saya mewakili Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC sekali lagi mengutuk tindakan segelintir mahasiswa Indonesia yang memijak serta membakar bendera Malaysia terutamanya dalam bulan yang penuh barakah ini serta bulan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-53.

Mahasiswa UTM IC sendiri menunjukkan betapa pentingnya ikatan silaturrahim antara dua negara yang serumpun iaiti Malaysia dan Indonesia ini. Oleh itu, sebagai membalas perbuatan dan tindakan segelintir mahasiswa Indonesia itu, di peringkat mahasiswa UTM IC kita menyerahkan Kad Raya dan Kuih Raya kepada kumpulan mahasiswa tersebut dan Kepimpinan Negara Indonesia.

Saya sekali lagi ingin mengucapkan berbanyak ungkapan TERIMA KASIH kepada mahasiswa yang terlibat kerana kitalah penggerak kepada masyarakat Malaysia dan simbolik serta kematangan mahasiswa dari Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Penyelidikan.

Akhir kata, dengan harapan yang besar semoga hubungan dua hala ini dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan dan kekacauan oleh kumpulan yang kurang cerdik dalam membuat sesuatu keputusan.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam,
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Kembara Ramadhan Anak Merdeka 2010...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pada 29 Ogos 2010 (Ahad) yang lepas, Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC ada menganjurkan satu program berbentuk Khidmat Masyarakat iaitu Program KEMBARA RAMADHAN ANAK MERDEKA yang bertempat di Perkampungan Orang Asli, Kampung Sementong, Kuala Lipis, Pahang. Program ini melibatkan barisan MPM UTM IC dan 30 Mahasiswa lain termasuk 7 orang Rakan Exco MPM UTM IC.

Program ini diwujudkan dengan beberapa objektif yang telah disetkan, antaranya sebagai membentuk jati diri kepada mahasiswa (anak merdeka) untuk bersama-sama dengan masyarakat Orang Asli dengan memberi khidmat bakti untuk proses gotong-royong, penyerahan sumbangan serta khidmat pendidikan kepada anak-anak Orang Asli.

Apa yang menarik untuk diceritakan di sini adalah kesemua mahasiswa yang terlibat telah diberi peluang untuk berinteraksi bersama masyarakat Orang Asli, bergotong-royong bersama-sama serta mandi sungai bersama anak-anak Orang Asli. Mahasiswa juga diberi pendedahan serba-sedikit mengenai rutin harian yang diceritakan oleh beberapa orang Asli yang terlibat.

Saya sendiri begitu teruja dengan program seperti ini kerana ini merupakan kali pertama dalam sejarah UTM IC, barisan MPM UTM IC mengadakan program seperti ini yang digabungkan temanya iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Bulan Kemerdekaan. Program seperti ini juga memecah tradisi mahasiswa iaitu berbuka puasa bersama-sama dengan Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Penduduk Orang Asli yang dianggarkan dengan kehadiran seramai 300 orang.

Semua mahasiswa berpuas hati walaupun begitu penat dan letih melayan karenah anak-anak Orang Asli yang begitu “Hyperactive” dan gotong-royong masak-memasak serta mencari kayu api. Program yang diketuai oleh Saudara Hariz Zakwan ini juga sebagai inisiatif dari Pihak MPM UTM IC dalam membawa mahasiswa UTM IC menghayati suasana Berbuka Puasa bersama Orang Asli yang jarang-jarang diadakan oleh mana-mana Universiti di Malaysia ini.

Akhir kata, semoga program seperti ini mendapat sokongan oleh semua pihak terutamanya pihak pentadbiran universiti serta mahasiswa sendiri dalam menyemarakkan semangat 1 Malaysia di kalangan seluruh generasi muda zaman era globalisasi ini.

Sekian…Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam,
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Sunday, August 29, 2010

Ungkapan Perdana...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Lagi 4 hari kita menanti detik tanggal 31 Ogos iaitu sambutan Kemerdekaan yang ke-53 di Negara kita ini. Dengan bertemakan “1 Malaysia Menjana Transformasi” menunjukkan betapa jelasnya konsep Perpaduan 1 Malaysia ini amat perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai Ungkapan Perdana iaitu ungkapan dari keenam-enam Perdana Menteri mengenai Perpaduan antara kaum yang terpetik dari majalah INFO : Penggerak Minda Rakyat.

“Orang Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum yang hendak menumpukan taat setia dan tinggal bersama serta menumpu dan menumpahkan darah serta bekerja membanting tulang di negeri ini, tinggallah dengan baik antara satu sama lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini.”
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
(Perdana Menteri Malaysia Pertama)
Lapangan Terbang Sg. Besi, Kuala Lumpur
3 Jun 1957


“Rakyat negara yang berbilang kaum yang sebahagian besarnya golongan belia merupakan kekayaan tenaga manusia yang mana kalau digembleng dalam satu barisan yang bersatu padu membolehkan kita mencapai cita-cita nasional dengan sepenuhnya.”
Tun Abdul Razak Dato’ Hussein
(Perdana Menteri Malaysia Kedua)
Petikan ucapan di Institut Teknologi MARA, Petaling Jaya
10 Januari 1972

“Adalah tidak mustahil pendapat dan fahaman kita sentiasa tidak berbeza. Apa yang penting ialah pendapat dan fahaman yang berbeza itu tidak diperbesar-besarkan sehingga membawa pecah belah di kalangan rakyat berbilang keturunan.”
Tun Hussein Dato’ Onn
(Perdana Menteri Malaysia Ketiga)
Perhimpunan Agung MCA
1 November 1980


“Persefahaman dan hubungan baik ini hanya dapat dicapai jika kita semua iaitu semua kaum di Malaysia bersifat sederhana dan sanggup bercampur gaul semasa bekerja, bermain dan dalam aktiviti social kita.”
Tun Dr. Mahathir Mohamad
(Perdana Menteri Malaysia Keempat)
Perhimpunan Agung MCA ke-49
27 Julai 2002


“Amatlah rugi kepada negara bangsa jika kita terlalu taksub untuk berselisih. Bangsa perlu satu kekuatan sejati. Orang Melayu begitu juga warga Malaysia keseluruhannya telah berada di pelantar yang lebih tinggi dari dahulu.”
Tun Abdullah Ahmad Badawi
(Perdana Menteri Malaysia Kelima)
Perhimpunan Agung UMNO ke-57
15 November 2006

“Saya yakin dengan semangat bersatu, kita mampu berpendapat dengan persekitaran yang sukar dan mencabar ini, seperti yang pernah kita lalui bersama dalam beberapa krisis terdahulu.”
Dato’ Sri Mohd Najib Haji Tun Abdul Razak
(Perdana Menteri Malaysia Keenam)
Pembentangan Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan 2009
10 Mac 2009


Semoga kita berfikir dan hayati semula kata-kata di atas, apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh keenam-enam Perdana Menteri Malaysia.

Sekian…Wallahua’lam…

“1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI”

Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Thursday, August 26, 2010

Kutukan Terhadap Tindakan Yang Kurang Cerdik...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sanggupkah anda melihat “JALUR GEMILANG” yang gah berkibaran di Malaysia tetapi dipijak dan dihina oleh sekumpulan mahasiswa Indonesia yang berdomentrasi di Kedutaan Malaysia di Indonesia. Lebih menyedihkan lagi, najis kotor turut dilontarkan di Kedutaan Malaysia dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah dan bulan Kemerdekaan yang ke-53.

Itulah realiti yang berlaku di Negara jiran kita iaitu Indonesia. Saya bukannya bertindak untuk menghasut atau mengapi-apikan mana-mana pihak tetapi itulah hakikat yang berlaku di Negara jiran baru-baru ini. Ianya umpama Kedaulatan Negara kita tercalar disebabkan tindakan kurang cerdik oleh mahasiswa Indonesia di sana.

Saya mewakili Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC dan Barisan Presiden Persatuan Mahasiswa UTM IC, mengutuk tindakan tersebut yang dianggap sedikit sebanyak mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat.

Apabila difikirkan semula, layanan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia terhadap rakyat Indonesia yang berada di Malaysia untuk mencari sumber rezeki di sini begitu baik sekali. Dengan jumlahnya yang semakin hari semakin meningkat terutamanya di Bandaraya Metropolitan, Kuala Lumpur, tetapi di Negara mereka, Kedaulatan Negara kita dipijak. Apakah semua ini? Apa tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan Malaysia?

Saya ingin membawa sebentar perhatian pembaca dengan apa yang berlaku di Malaysia apabila tindakan segelintir rakyat Malaysia yang bertindak sedemikian rupa digempar-gempurkan di dada-dada akhbar disebabkan tindakan oleh segelintir penyokong Pihak Pembangkang.

Saya di sini bukannya ingin mencetuskan kontroversi dengan menyokong mana-mana pihak, tetapi supaya kita berfikir sejenak dan menghayati erti kemerdekaan sebenar yang ke-53 di Malaysia sebuah Negara yang berdaulat. Saya di sini sekali lagi menegaskan bahawa saya mengutuk tindakan tersebut.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Selamat Hari Wanita 2010...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

"1 Azam - Wanita 1 Malaysia", merupakan tema yang diangkat sempena Sambutan Hari Wanita 2010 pada kali ini. Dengan tema baru yang diketengahkan ini membawa seribu erti dan penghayatan tentang keazaman dan semangat wanita-wanita dalam era 1 Malaysia hari ini.

Wanita hari ini dianggap setaraf dengan lelaki dalam pelbagai bidang tidak kira bidang perguruan mahupun kejuruteraan. Semangat kerajinan dan kematangan berfikir merupakan antara kelebihan yang terdapat oleh para wanita yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

Pelbagai kejayaan yang dapat dijadikan contoh yang ditonjolkan oleh wanita Malaysia hari ini yang dapat dibanggakan oleh kita semua sebagai rakyat Malaysia. Antaranya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang merupakan Gabenor Wanita Pertama Malaysia, Datuk Nicol Ann David yang merupakan pemain no.1 Dunia sukan skuasy.

Dalam Islam sendiri kita dapat lihat pelbagai tokoh yang diangkat dalam perjuangan Islam. Antaranya, Sumayyah Binti Khayyat yang nekad memperjuangkan Islam walaupun diberi pelbagai dugaan dan cabaran yang kuat untuk meninggalkan Islam.

Di sini juga, saya mewakili Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus ingin mengucapkan "SELAMAT HARI WANITA 2010" kepada seluruh Mahasiswi UTM IC dan pembaca-pembaca blog wanita. Semoga anda diberikan kekuatan dalam menjaga maruah diri dan ciri-ciri seorang Muslimah yang dikagumi oleh kedua ibu ayah anda.

Ingatlah, Wanita mudah masuk Syurga tetapi Wanita juga antara teramai di Neraka. Dan jagalah aurat dan kesucian anda sebagai kekuatan anda dalam memartabatkan Islam dan kewajipan kepada diri anda selaku hamba Allah di muka bumi ini.

Wallahua'lam...Sekian...

"1 AZAM - WANITA 1 MALAYSIA"

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Wednesday, August 25, 2010

Sejarah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 ini, saya akan cuba semarakkan Semangat Patriotik dan Perwira dengan perkongsian secara ringkas mengenai beberapa tokoh Negara dan Pahlawan Negara, Insyaallah…bersama para pembaca blog saya ini. Kita jadikan ia sebagai sejarah dan ilmu pengetahuan mengenai beberapa latar belakang tokoh yang terlibat. SELAMAT MEMBACA…

PERDANA MENTERI PERTAMA

NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
TARIKH LAHIR: 8 Februari 1903
GELARAN: Bapa Kemerdekaan
TEMPOH BERKHIDMAT:
31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970

Jasa Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh dilupakan apabila beliau berjaya membawa kemerdekaan kepada negara tanpa sebarang pertumpahan darah. Beliau menjadi pemimpin Umno Malaya Pertama.

Tunku menyarankan tilawah al-Quran dijadikan acara utama negara dan Pertandingan Musabaqah al- Quran peringkat antarabangsa pertama berlangsung pada 9 Mac 1961.

Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67) yang menandakan beliau mementingkan pendidikan anak bangsanya.

Nama Tunku terus dikenang sebagai pemimpin berwibawa apabila berjaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963 yang awalnya merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura.

Ada pengkritik sejarah mengatakan tindakan Tunku menyingkir Singapura daripada Malaysia selepas penyertaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum 1964 sehingga menimbulkan ketegangan kaum Melayu dan Cina, adalah satu kesilapan besar kerana ia menyebabkan Singapura nekad berpisah dari Malaysia pada 1965.

Tunku juga terkenal sebagai pemimpin yang mementingkan perpaduan, malah sanggup berkorban apa saja demi kesejahteraan rakyat. Namun, usahanya tidak berjaya apabila rusuhan kaum tercetus pada 13 Mei 1969.

Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Star.

Wallahua’lam… Sekian…

“1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sudah genap 14 hari kita berpuasa dan hari ini merupakan hari ke 15 kita menyambut Ramadhan Al-Mubarak ini. Alhamdulillah, walaupun pelbagai dugaan melanda tetapi semuanya dapat diteruskan dengan keadaan tenang dan damai.

Pagi ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang bertempat di Hotel Pan Pacific, KLIA. Majlis ini melibatkan seluruh Majlis Perwakilan Mahasiswa dan Pemimpin Mahasiswa di seluruh IPTA & IPTS di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Dan saya bersama 12 orang lagi mewakili Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur.

Pelbagai juadah menarik disediakan oleh pihak penganjur hampir 30 Jenis juadah dan pelbagai jenis kuih-muih berbuka dan dikatakan RM90 untuk setiap kepala yang datang. Inilah yang dikatakan bahawa rezeki yang mendatang sempena bulan yang mulia ini.

Majlis dimulakan dengan berbuka puasa dengan menjamah pelbagai kuih-muih yang disediakan dan kemudiaannya diadakan Solat Maghrib berjemaah di surau yang disediakan khas untuk semua tetamu jemputan. Kemudiaannya, majlis berbuka diteruskan dengan pelbagai juadah yang disediakan.

Ketika menjamah makanan, meja kami diceriakan lagi dengan Ayahanda Habib yang datang untuk bermesra dengan kami seuniversiti. Alhamdulillah, banyak juga perkongsian ilmu dan pengelaman yang diceritakan sebelum kami beramai-ramai bermesra dan bergambar bersama YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Alhamdulillah, saya amat berpuas hati dengan majlis berbuka puasa ini setelah menarik diri untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Putrajaya baru-baru ini disebabkan masalah-masalah tertentu. Dan selepas ini, sekiranya pihak MPM dan Universiti masih menerima jemputan, Insyaallah kami akan hadirinya kerana dapat membuat penjimatan di bulan mulia ini. He3…


"TERIMA KASIH DAUN KELADI"

Sekian,

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Tuesday, August 24, 2010

Sahabat Teristimewa...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Sejak kebelakangan ini, pelbagai masalah berkaitan dengan kawan, rakan serta sahabat. Memang boleh dikatakan bahawa rakan dan sahabat itu menjadi tempat yang paling hampir untuk kita berkongsi masalah. Tempat untuk kita mencari keriangan dan kegembiraan. Tempat untuk kita meluahkan perasaan.

TETAPI, kita mestilah setia BERINGAT bahawa tidak semua kawan dan rakan boleh dijadikan sebagai sahabat. Kerana pelbagai gelagat dan ragam dapat saya jadikan sebagai pengajaran untuk diri saya dan sebagai renungan semua pembaca blog. Tidak kira kawan sekuliah mahupun sepermainan. Saya tidak akan cakap sebegitu sekiranya saya tidak alaminya. Saya bukannya untuk tujukan pada mana-mana pihak tapi sekadar ingat mengingat-ingati antara saya dan seluruh kawan-kawan sempena Bulan yang mulia dan penuh barakah ini.

Sebagai menghayati maksud kawan, rakan mahupun sahabat, saya telah mengilhamkan satu puisi yang berkaitan dengannya. Maka, terimalah dari saya,

SAHABAT TERISTIMEWA...

Dalam persahabatan ini…
Aku tercari-cari pengertian
Pertakrufan dan makna sahabat

Adakah peneman
Di saat keriangan dan kegemilangan?
Atau pendamping
Di saat kekecewaan menguasai diri?

Ikatan persahabatan ini…
Ku tatapi wajah saudaraku
Ku renungi wajah temanku

Ku tenungi wajah rakanku

Kejernihan apa yang terpancar?
Kilauan apa yang memancar?
Pancaran apa bakal ku terima?

Adakah kawan makan kawan?
Atau sahabat sehidup semati?

Simpulan persahabatan ini…
Rakan persis samudera
Kawan persis ombak gelora
Teman persis mutiara
Sahabat persis insan teristimewa…



Nukilan,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Monday, August 23, 2010

Mahasiswa Perantau...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sungguh indah sekiranya dapat berbuka puasa bersama ahli keluarga terutamanya ibu ayah yang melahirkan kita, bersama ahli keluarga yang lain. Indah juga sekiranya dapat berbuka bersama sahabat-sahabat seperjuangan sama ada sahabat dari SRIAS, MMAS, SMTL, PTSB mahu pun UTM IC.

Teringat semula saya ketika mana masih belajar di Sekolah Menengah Teknik Langkawi iaitu boleh dikatakan itulah pertama kali saya berbuka puasa tanpa ahli keluarga di sisi. Sungguh menyedihkan hidup sebagai perantauan di Langkawi kerana juadah berbuka pun hampir setiap hari kurang menyelerakan. Tapi, apa boleh buat, hidup mesti diteruskan. He3…

Hari ini saya tak mahu terlalu formal dalam penulisan saya untuk kali ini kerana sekadar ingin meng-up-date blog saya dengan perkongsian pengalaman berbuka puasa pertama kali tanpa keluarga di sisi. Berbuka puasa tanpa ahli keluarga sebenarnya membawa seribu erti betapa indahnya disebalik apa yang berlaku itu.

Pertamanya, ianya mengajar untuk kita hidup secara berdikari tanpa bantuan ahli keluarga. Memang untuk pertama kalinya agak memeritkan tetapi setelah kelamaan ianya menjadi kebiasaan untuk diri kita sendiri. Itulah hikmah di sebaliknya.

Keduanya, ianya mengajar kita supaya tidak membazir kerana jika kita berbuka bersama keluarga, kita sendiri akan menjadi rambang mata untuk membeli juadah di bazaar Ramadhan kerana masing-masing mempunyai cita rasa yang berlainan terutamanya sesama adik-beradik.

Dan yang ketiganya ialah menjadi satu kegembiraan pabila tibanya Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri kerana kita menjadi insan perantau yang merantau di perantauan lalu pulang ke pangkuan keluarga untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga masing-masing. Wow…Sungguh indah…

Oleh itu, anggaplah kita sebagai mahasiswa yang merantau di perantauan ini sebagai satu kelebihan yang kita ada kerana pengalaman seperti kita ini tidak dapat dijual beli atau ditukar ganti. INSYAALLAH…


Sampai Jumpa,

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Sunday, August 22, 2010

Kisah Lawak Jenaka (4)...

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Pagi ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai Kisah Lawak Jenaka (4) iaitu "Sakit Jiwa". Diharapkan kisah ini dapat mencuit hati pembaca-pembaca blog saya. INSYAALLAH... Selamat Berjenaka...he3...

SAKIT JIWA

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : “??$$??”


Friday, August 20, 2010

Cakap Tak Serupa Bikin...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sudah hampir 2 minggu kita menyambut Ramadhan al-Mubarak ini dengan penuh barakah. Pelbagai ragam dapat disaksikan sesama sahabat-sahabat, rakan-rakan seperjuangan dan junior-junior yang masih baru di Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur ini ketika membeli juadah berbuka sama ada di Bazar Selera Semarak, Kafeteria KSJ mahupun Bazar yang berdekatan dengan KSJ.

TETAPI, apa yang ingin saya kongsikan bersama pembaca blog saya pada kali ini adalah berkenaan dengan “BERCAKAP TAK SERUPA BIKIN”. Penulisan kali ini membuatkan saya begitu tertarik dengan tajuk saya katakan tadi kerana situasi ini amat begitu jelas berlaku di persekitaran kita termasuklah di UTM IC sendiri.

Saya bukannya bermaksud untuk mempengaruhi mana-mana individu di UTM IC ini, tetapi sekadar untuk nasihat-menasihati kepada diri saya sendiri dan seluruh sahabat-sahabat yang membaca. Peribahasa ada mengatakan “Kerana Pulut, Santan Binasa, Kerana Mulut, Badan Binasa” dan Simpulan Bahasa, “Mulut Tempayan”, “Mulut Murai” dan sebagainya lagi begitu berupaya untuk memberi gambaran betapa besarnya kesan jika kita menggunakan mulut untuk perkara-perkara yang akan merugikan kita pada suatu hari nanti.

Pertamanya saya ingin berkongsi sedikit cerita berkaitan dengan mahasiswa yang seperti yang digambarkan sebagai pengajaran dan teladan kepada kita semua supaya tiada perspektif dan tanggapan orang lain terhadap diri kita itu adalah negatif. Kenapa saya berani untuk berkata sedemikian? Jawapannya kerana kita sendiri tidak berfikir sebelum bertindak. Kita hanya mahu untuk memberikan pencapaian yang dapat melonjakkan diri kita ke satu tahap yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dan menerima pujian dari orang sekeliling.

TETAPI Sedarkah kita di sebalik kata-kata yang dikeluarkan dan tindakan kita itu ibarat “CAKAP TAK SERUPA BIKIN”. Kenapa? Kerana kita hanya mampu memberikan idea-idea yang bernas dan bagus tetapi kita sendiri tidak menggunakan idea-idea untuk menampakkan kebaikan ke atas idea-idea tersebut. Saya bukannya untuk memperkatakan kepada mana-mana pihak tetapi sebagai pengajaran dan teladan untuk diri saya sendiri, sahabat-sahabat dan junior-junior yang akan mewarisi tampuk kepimpinan mahasiswa di UTM IC pada masa akan datang.

Seterusnya, kita sekarang perlu berfikir selangkah ke hadapan dan dalam masa yang sama, kita sudah mempunyai perancangan dan strategi untuk memastikan apa yang diperkatakan itu menjadi realiti. Mesti ada sesetengah pihak mengatakan bahawa ia sudah menjadi ketentuan Ilahi. Dan pernahkah pula kita terfikir untuk terus berusaha untuk mencapainya dan bukannya hanya menunggu masa-masa tertentu untuk memastikan idea-idea yang “BOOM -BASTIK” yang akan terus mengatakan bahawa kita adalah seorang yang layak untuk terus mara ke hadapan tanpa sebarang gambaran realiti yang betul-betul menunjukkan bahawa kita adalah seorang mahasiswa dan pemimpin akan datang.

Oleh itu, di Bulan yang penuh BARAKAH ini, saya berharap agar kita semua dapat memuhasabahkan diri dan kembali berdoa agar kita dijauhkan dengan sifat dan sikap seperti itu. INSYAALLAH… Semoga kita semua terus menggunakan akal fikiran yang diberikan tuhan agar ianya tidak menjerat kita ke perangkap yang akan menenggelamkan kita hanya kerana MULUT.

Wallahua’lam…

“DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Suara Hatiku...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Pagi ini, saya ingin berkongsi sebuah puisi berkenaan dengan Suara Hati atau Luahan Hati... Semoga puisi ini dapat menyelami hati diriku...INSYAALLAH....

SUARA HATIKU....

Setelah hampir 3 tahun aku menuntut di sini
Mencari ilmu, mengejar cita-citaku
Tetapi ketika inilah waktu yang begitu perit
Untuk aku alami seorang diri
Melayari liku-liku sebuah kehidupan
Untuk menjadi insan yang berguna...

Sabar...Sabar...Sabar...
Hanya itulah yang mampu aku katakan
Perkataan itulah yang sering bersamaku
Untuk aku dekati, untuk aku hayati...
TAPI..???
Sampai bila aku perlu redahi semua ini?
Perlu aku hadapi? Perlu aku renangi?
Aku hanyalah seorang insan kerdil
Insan kerdil lagi hina
Yang diberikan nyawa dan harga diri
Oleh Pencipta Yang Maha Esa...

Aku selalu melihat kegembiraan
Keriangan dan kejernihan pada raut wajah
Sahabat-sahabat di sekelilingku
Tapi...aku juga mengimpikan kehidupan sebegitu...
Hilai tawa kedengaran di sana-sini...

Aku selalu mendengar isi hati orang sekeliling aku...
Tapi...siapa yang mendengar rintihan hatiku?
Siapa yang selami diri aku..???

Ya Allah...

Aku tahu...begitu berat
Dugaan dan cabaran yang engaku berikan padaku
Tapi...aku perlu tempuhi semua ini
Hanya aku mampu berserah padamu, Ya Allah
Kau permudahkanlah semua urusanku
Kau permudahkanlah semua urusanku

Amin...
Ya Rabbal'alamin...


Nukilan :
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Saturday, August 14, 2010

Kenangan Bersama Karakter Anime...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Keriangan...

Hehehehe...


















Sumber : WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Friday, August 13, 2010

Kenangan Program Gotong-Royong Mega Sempena Pelestarian Kampus...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa gambar ketika terlaksananya Program Gotong-Royong Mega Sempena Pelestarian Kampus. Jom pakat-pakat tengok gambar nie...he3...


Banting Program....


Saya dan Irfan bersama Prof.Duri dan Encik Noh...

Kumpulan saya iaitu Kumpulan Kuning....


Semasa melakukan gotong-royong....


Sangat tekun dalam bekerja...he4...

Sumber : WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH





7 Wasiat Raja-Raja Melayu...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Hari ini dengan berlatarkan bulan Kemerdekaan dan Ramadhan Al-Mubarak ini, saya terpanggil untuk berkongsi dengan semua para pembaca blog saya iaitu berkenaan dengan satu "pamplet" yang diperolehi dari Jabatan Penerangan Malaysia berhubung dengan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu. Diharapkan ianya dapat dijadikan panduan dan maklumat penting untuk korang semua. INSYAALLAH...

7 Wasiat Yang Diterjemahkan Dalam Perlembagaan Persekutuan - Secara Ringkas :-

  1. MALAYSIA - Perkara 1 (Nama, Negeri-negeri dan Wilayah-Wilayah Persekutuan)
    Persekutuan dinamai Malaysia pada 16 September 1963. Negeri-negerinya terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
  2. TANAH SIMAPANAN MELAYU - Perkara 89 (Tanah Rizab Orang Melayu)
    Mana-mana tanah di sesuatu negeri yang menjadi tanah rizab orang Melayu sebelum hari merdeka mengikut undang-undang yang ada, maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi tanah rizab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri dengan suatu Enakmen.
  3. REJIMEN ASKAR MELAYU - Seksyen 16 (1) Akta Angkatan Bersenjata 1972
    Seksyen tersebut menyatakan : "Mana-mana orang boleh diambil masuk ke dalam angkatan tetap ; dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh diambil masuk ke dalam Askar Melayu Diraja". Askar Melayu Diraja diilhamkan pada tahun 1902 dan ditubuhkan pada tahun 1932 di bawah Malay Regiment Ordinance. Pasukan pertama Askar Melayu Diraja terdiri daripada 23 orang dan meningkat kepada 2 batalion pada tahun 1941. Askar Melayu Diraja pernah berperang dengan tentera Jepun di Pengkalan Chepa, Kelantan dan di Singapura dalam Perang Dunia Kedua. Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada tiga perkhidmatan iaitu udara, darat dan laut yang semuanya terbuka kepada semua kaum. Askar Melayu Diraja hanya satu komponen dalam pelbagai bidang ketenteraan dan berperanan mempertahankan negara dari ancaman dan pencerobohan dari luar negara tetapi tidak terlibat dalam ketenteraan awam dan keselamatan dalam negara.
  4. RAJA-RAJA MELAYU - Perkara 32 (Kepala Utama Negara Bagi Persekutuan dan Permaisurinya)
    Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang di-Pertuan Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. Raja Permaisuri Agong mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima tahun.
  5. ISLAM - Perkara 3 (Agama Bagi Persekutuan)
    Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja/Sultan di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam bagi negerinya dan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja/Sultan, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam negeri itu termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
  6. BAHASA MELAYU - Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan)
    Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam. Pindaan kepada Perkara ini tidak boleh diluluskan dengan tiada perkenan Majlis Raja-Raja.
  7. KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN - Perkara 153 (Perizaban Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit dan Sebagainya Untuk Orang Melayu)
    Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan rizab kuota orang Melayu dan bumiputera dalam perkhidmatan awam, kemudahan pelajaran , permit dan lesen perniagaan.

Sekarang, korang semua boleh meniliti apa sebenarnya Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-Pemimpin yang diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.

Sekian, Wallahua'lam...

Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

Dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Kenangan di Astro Awani...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Hari ini, saya nak berkongsi gambar dengan semua sahabat-sahabat, rakan-rakan dan seterusnya pembaca blog saya. Gambar yang saya pamerkan ini adalah diambil pada minggu lepas semasa Rakaman Astro Awani dan semua yang terlibat adalah terdiri daripada 5 Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC dan 3 orang lagi mahasiswa yang terlibat.



Semasa Permulaan rakaman...


Di sudut Arena Rakyat....



Hehehe....


Kenangan di Astro Awani...

Sumber : WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH


Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...


Di sini, saya ingin mengambil kesempatan sedikit untuk mewakili Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur bagi mengucapkan "SELAMAT BERPUASA & SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK" kepada seluruh warga kampus UTM IC dan mahasiswa UTM IC.


Berbicara mengenai bulan yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya sendiri dan seluruh mahasiswa UTM IC agar kita semua memperbanyakkan amal ibadah dan perbanyakkan ilmu untuk dipenuhkan di dada kita semua. INSYAALLAH... Bulan yang mulia dan penuh barakah ini, amat sesuai untuk kita semua selaku penuntut ilmu bagi memperbanyakkan ilmu untuk dibawa dan diamalkan.


Bulan yang mulia ini juga, saya berharap agar kita semua dapat menjadikan bulan ini sebagai medan untuk kita semua memperbanyakkan amal soleh dan nahi mungkar. INSYAALLAH... Jika kita semua mahu, ALLAH akan sentiasa membantu hamba-Nya yang hina ini.

Akhir kata, semoga kita semua berjaya di medan Ramadhan ini dengan puasa dan solat pun cukup dan sebaiknya. INSYAALLAH...



Wallahua'lam...




"SALAM RAMADHAN..."



Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Tuesday, August 10, 2010

Gotong-Royong Mega : Pelestarian Kampus...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pelestarian Kampus merupakan satu perkara yang dianggap menjadi suatu kewajipan kepada seluruh warga kampus. Yang dimaksudkan dengan perkataan “Pelestarian” ialah perlindungan daripada kemusnahan atau kerosakan. Manakala kata dasarnya pula iaitu Lestari membawa maksud tidak berubah-ubah, kekal dan tetap.

Pada 7 Ogos 2010 yang lalu, terbukunya satu sejarah baru kepada seluruh warga kampus Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur dengan adanya Program Gotong-Royong Mega Bersempena Pelestarian Kampus yang bertempat di Lot 28137, Mukim Setapak. Program gotong-royong ini merupakan antara yang terbesar yang pernah diadakan di UTM IC dengan melibatkan seluruh jabatan yang terdapat di UTM IC termasuk juga seluruh mahasiswa UTM IC.

Program yang melibatkan kerjasama dengan Ahli Parlimen Setiawangsa, YB. Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Pengarah Kampus, Y.Bhg. Prof.Hamdani Saidi juga merupakan salah satu langkah dan transformasi yang ingin dilakukan iaitu berbentuk pelestarian kampus. Program gotong-royong ini dipecahkan kepada 6 kumpulan kecil yang diketuai oleh ketua-ketua jabatan.

Saya yang berkesempatan untuk sertai program ini walaupun bertembung dengan satu lagi program iaitu Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA di Esset, Bangi juga amatlah berpuas hati dengan program yang diadakan ini. Saya ditempatkan di kumpulan Kuning yang diketuai oleh Prof.Madya Durishah amatlah gembira walaupun penat dan letih, tetapi masih boleh berganding bahu dalam menerapkan budaya baru dalam masyarakat kampus pada hari ini.

Antara aktiviti gotong-royong yang dilakukan adalah menanam pokok di sekitar pintu masuk belakang, membersihkan kawasan belakang, membersihkan sekitar kawasan tasik dan sebagainya lagi. Apa yang dapat saya lihat adalah hubungan erat antara mahasiswa dengan pihak pentadbiran universiti mula terjalin antara satu sama lain. ALHAMDULILLAH…

Diharapkan agar aktiviti seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan melibatkan lebih ramai pihak pentadbiran universiti dan mahasiswa untuk mengambil bahagian dalam melakukan aktiviti amal seperti ini. INSYAALLAH…

Wallahua’lam…

“Pelestarian Kampus, Budaya Mahasiswa”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Monday, August 9, 2010

TEMMASYA '10 : Integrasi Siswa dan Masyarakat...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Bak kata Albert Camus, “Integriti tidak memerlukan peraturan”. Memang benar, integriti sememangnya tidak memerlukan peraturan tetapi peraturan sebenarnya yang memerlukan integriti. Kenapa? Kerana dengan disiplin yang ditonjolkan oleh seseorang individu itu sebenarnya yang melambangkan integriti dirinya sendiri.

Pelbagai program yang dijalankan oleh mahasiswa bagi memupuk semangat integriti, antaranya yang menjadi perhatian saya ialah Hari Terbuka Kolej Kediaman Siswa Jaya. Pelbagai tema telah diangkat sebagai slogan tarikan bagi program tersebut, antaranya ialah Perpaduan Satu Daya Ukhuwah (PERSADA ‘08), Mari Hadir Bersama Bergembira (MAHABBAH ‘09) dan yang terkini ialah Terjalin Erat Mahasiswa dan Masyarakat (TEMMASYA ‘10).

Bila dilihat ketiga-tiga Pesta Hari Terbuka tersebut, ia jelas menunjukkan betapa kreatifnya pemikiran mahasiswa yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang dengan limpahan idea yang berobjektifkan semangat perpaduan dan seterusnya semangat integriti yang sering digempar-gempurkan. Apa yang menariknya untuk saya kupas bagi penulisan kali ini adalah hubungkait antara Pesta Hari Terbuka tersebut, mahasiswa dan masyarakat sekitar dengan berfokuskan pada Pesta Hari Terbuka Kolej Kediaman kali ini iaitu TEMMASYA ’10.

Pertama sekali ingin saya ucapkan sekalung PENGHARGAAN dan ungkapan “TAHNIAH & SYABAS” kepada tunjang utama TEMMASYA ’10 kali ini iaitu Saudara Muhammad Afiq bin Baharin dan Crew-crew TEMMASYA ’10 yang bertungkus-lumus memastikan objektif sebenar hari terbuka kali ini tercapai. Saya di Pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC amat bangga dengan mahasiswa UTM IC yang sering kali mencetuskan fenomena baru dalam merealisasikan slogan universiti iaitu “Inspiring Creative and Innovative Minds”.

Memang benar, mahasiswa amat berperanan dalam merealisasikan Konsep 1 Malaysia dan Integriti ke peringkat yang lebih tinggi. Jika dilihat secara mendalam apa sebenarnya yang terkandung dalam TEMMASYA ’10 pada kali ini bagi menzahirkan konsep 1 Malaysia melalui semangat perpaduan dan semangat sinergi yang utuh demi melahirkan mahasiswa berminda kelas pertama ialah Wayang Kulit, Ceramah “Di Manakah Silapnya Kita?”, TEMMASYA Kids, Extreme Games dan sebagainya lagi.

Antara yang menjadi perhatian saya pada kali ini ialah Legasi Kemerdekaan yang sebenarnya membuka minda kita dalam berperanan sebagai ejen untuk merealisasikan 1 Malaysia ke tahap yang seterusnya. Dengan pameran yang diadakan serta pertandingan-pertandingan yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia seperti pertandingan Mewarna dan Bintang Patriotik. Di sini kita dapat lihat, betapa berkesannya TEMMASYA ’10 dalam menzahirkan konsep 1 Malaysia yang wajar untuk digunapakai oleh seluruh universiti yang terdapat di Malaysia ini.

TEMMASYA ’10 juga sebenarnya membuahkan pelbagai inspirasi baru sebagai laluan untuk diteruskan oleh mahasiswa selain UNIVERSITY SOCIAL RESPONSIBILITY (USR) bagi penerapan peranan mahasiswa dalam masyarakat. Pemikiran kreatif dan inovatif oleh mahasiswa wajar diberi perhatian oleh pihak Kerajaan sebagai ejen yang membantu semangat perpaduan dan integriti di seluruh Malaysia dan bukannya menjadi para ARTIS sebagai IKON PERPADUAN dan IDOLA RAKYAT.

Akhir kata, semangat Integriti dapat diteruskan lagi sekiranya semua pihak termasuk Badan NGO dan Pihak Kerajaan sendiri memberi sokongan moral dan sedikit peruntukan sebagai meneruskan agenda utama negara iaitu menzahirkan Konsep 1 Malaysia di seluruh peringkat masyarakat terutamanya golognan Belia Remaja.

Sekian, Wallahua’lam…

“TERJALIN ERAT MAHASISWA DAN MASYARAKAT”


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2010...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Mahasiswa Berinovasi Negara Lestari merupakan satu tema baru yang diangkat bagi Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam 2010 yang diadakan pada 6 hingga 8 Ogos yang bertempat di Institut Latihan & Keselamatan KWSP (ESSET) Bangi, Selangor. Konvensyen yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Pahang dan Majlis Kepimpinan & Latihan Universiti Malaysia (MAKLUM), melibatkan 20 buah universiti di seluruh negara.

Konvensyen seperti ini yang julung kalinya diadakan bagi mempertemukan seluruh Majlis Perwakilan Pelajar di seluruh Malaysia berkumpul dalam satu majlis dan medan bagi menyuarakan pendapat masing-masing dalam berperanan membangunkan negara Malaysia dalam seluruh aspek.

Antara aktiviti yang diadakan ialah Majlis Perasmian oleh YB.Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Makan Malam bersama YAB. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Majlis Penutupan oleh YB. Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan persidangan lain.

Pelbagai isu yang telah dibahaskan, diusulkan dan dibangkitkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar IPTA Malaysia yang dirasakan dapat membantu dalam merealisasikan Model Ekonomi Baru, Konsep 1 Malaysia dan pelbagai lagi. Apa yang menariknya adalah di sini, saya dapat lihat betapa semangatnya para Perwakilan Pelajar dalam memperjuangkan hak rakyat termasuk masyarakat kampus dalam isu Global dan Antarabangsa.

Dewan bertambah hangat apabila ada beberapa idea yang menimbulkan sedikit perbahasan antara perwakilan yang membabitkan isu Konsep 1 Malaysia yang bersifat polemik. Di sini, pelbagai hujah yang dapat dijadikan panduan oleh pihak penganjur dan kerajaan dalam memperdalamkan lagi kajian sebenar dan melibatkan exco-exco Perwakilan Pelajar sebagai bahan kajian dalam menzahirkan kekuatan sebenar dalam melahirkan masyarakat yang memahami Konsep 1 Malaysia.

Tidak kurang hebatnya dari beberapa exco Perwakilan Pelajar dari Sabah dan Sarawak dalam menyuarakan betapa terpinggirnya masyarakat di Sabah dan Sarawak yang melibatkan tuntutan hak saksama seperti bekalan elektrik dan air. Saya amat menyokong tindakan barisan Majlis Perwakilan Pelajar yang terbang jauhnya nun di Sabah dan Sarawak dalam menyuarakan keluhan rakyat di Sabah dan Sarawak. Inilah yang dinamakan Barisan Pemimpin Mahasiswa yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang.

Selain itu, di Konvensyen ini juga dapat merapatkan lagi ukhuwah antara saya dan beberapa Majlis Perwakilan lain dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan beberapa lagi universiti lain yang sebelum ini hanya berhubung melalui telefon dan Facebook. Di sini juga jelas menunjukkan salah satu jalan memupuk semangat Integriti dan sebagainya lagi.

Akhir kata, semoga kita semua dapat bertemu lagi bersama idea-idea baru dan bernas yang berperanan membentuk mentaliti baru dalam mempertingkatkan ekonomi negara serta merealisasikan wawasan 2020 yang tinggal hanya 9 tahun lebih sahaja lagi. INSYAALLAH…

Sekian, Wallahua’lam…

“Mahasiswa Berinovasi Negara Lestari”


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Ekonomi Dan Siswa...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Ekonomi merupakan aspek terpenting dalam membangunkan sesebuah organisasi, syarikat, negeri mahupun negara. Maka tidak hairanlah pelbagai masalah berbangkit satu persatu dari tingginya nilai sesuatu mata wang sehingga jatuh merundum dan merugikan sesebuah negara.

Dari lahirnya Dasar Ekonomi Baru sehingga tercetusnya pula Model Ekonomi Baru, satu persatu terungkainya penyebab antara berlakunya kemelut ekonomi negara. TETAPI yang menjadi kehairanan adalah kenapa masih berlaku persoalan berkaitan dengan “Yang Kaya terus Kaya, Yang Miskin Terus Miskin”? Adakah ianya sekadar polemik semata-mata? Atau sekadar pembaharuan yang diketengahkan oleh sesebuah organisasi kepimpinan negara?

Berbalik kepada permasalahan ini, saya berpendapat Dasar Ekonomi Baru mahupun Model Ekonomi Baru ini perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat terutamanya golongan pelajar sekolah dan mahasiswa khususnya, yang akan mewarisi kepimpinan negara yang akan datang.

Jika dilihat pelaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan berkaitan dengan permasalahan ini, ianya sangat sistematik dan tiada inisiatif yang diambil dalam memastikan semua golongan sasaran mencapai apa yang telah digariskan dalam pelaksanaan Model Ekonomi Baru ini.

Dilihat dari sudut mahasiswa yang berlatar belakangkan sebuah universiti iaitu sesuatu tempat ilmu yang akan melahirkan pelbagai siswazah dan graduan mengikut bidang masing-masing, apa sebenarnya yang dilakukan oleh pihak universiti dalam memastikan sokongan untuk Model Ekonomi Baru ini untuk diterapkan kepada mahasiswa-mahasiswi.

Hujung minggu ini saja, saya terlibat dalam dua program yang melibatkan ekonomi sebagai subjeknya iaitu Rakaman Meja Bulat di Astro Awani dan Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2010 di Institut Latihan & Keselamatan KWSP(ESSET), Bangi, Selangor.Tapi sehingga sekarang masih belum terjawab persoalan yang cuba saya bangkitkan ini. Adakah mahasiswa di UTM IC ada jawapannya..???

Akhir kata, semoga kita terus mengkaji sesuatu perubahan baru yang dilakukan sama ada ianya berguna untuk kita yang akan mewarisi tampuk kepimpinan negara akan datang. TEPUK DADA, TANYALAH SELERA.

Wallahua’lam…

“Mahasiswa Berminda Kreatif dan Inovatif…”


Ikhlas Dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Kembara Siswa Ke Sungai Chongkak...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sudah hampir seminggu program “Kembara Siswa Ke Sungai Chongkak” anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC dengan kerjasama Mahasiswa Utara telah berlalu dengan jayanya. Alhamdulillah di atas sokongan mahasiswa terhadap program yang dijalankan ini.

Pertama sekali, saya ingin ucapkan sekalung ungkapan “TAHNIAH dan SYABAS” kepada Mohammad Azhar Mat Daut selaku Pengarah Program dan Ahmad Firdaus Bin Zulkifli selaku Timbalan Pengarah kerana berani menyahut cabaran ini dalam menjayakan misi Mahasiswa Utara Bergerak Selangkah Ke Hadapan. Alhamdulillah dan Bersyukur juga kepada para AJK yang bersengkang mata dalam merealisasikan program yang julung kali diadanya ini.

Apa yang ingin saya ulaskan bagi sesi penulisan kali ini adalah mengenai Semangat Berkumpulan atau “teamwork” yang merupakan antara penyumbang terbesar dalam melakukan apa-apa yang berkaitan dengan penglibatan individu secara berkumpulan. Kali ini kita boleh lihat sejarah baru dalam merealisasikan model “Pembangunan Modal Insan” iaitu penglibatan mahasiswa Tahun 1 yang berani tampil ke hadapan menyahut cabaran tugas sebagai Timbalan Pengarah Program.

Walaupun program seperti ini dikatakan “The Simple Activities” tetapi ia sebenarnya memerlukan semangat yang kental dan pemikiran yang kreatif dan inovatif. Kenapa saya berkata sedemikian? Kerana dengan peruntukan sebanyak RM350.00 tanpa sebarang peruntukan dari university, pihak urusetia dapat merealisasikannya dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan berserta dengan jamuan makan yang berbagai-bagai.

Antara aktiviti yang kita jalankan adalah kita bermula dengan “Ice-Breaking” dan pembahagian kumpulan iaitu sebanyak 6 kumpulan. “Explorace@Sungai Chongkak” iaitu merupakan aktiviti utama yang kita jalankan dengan menggabungkan 6 aspek utama sebagai garis panduan bagi menyahut seruan “Inspiring Creative and Innovative Minds” iaitu melibatkan semangat berkumpulan, pemikiran kreatif dan inovatif, ketahanan fizikal dan mental, semangat kepimpinan, penguasaan bahasa Inggeris dan hiburan sebagai paksi sampingan.

Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti Beg Beracun dan Mumia Siswa. Alhamdulillah, kesemua 35 peserta kelihatan sangat gembira dan bersemangat walaupun adakalanya kelihatan agak keletihan. Berkaitan dengan jamuan pula, peserta diberi makan pagi iaitu air kotak dan sebiji roti Jagung kemudiannya pada Tengahari pula, peserta diberi Nasi Goreng dan Bihun Goreng berserta air sirap. Seterusnya, BBQ yang melibatkan sosej dan burger berserta air kotak.

Aktiviti sampingan yang diadakan pula adalah aktiviti mandi-manda di sekitar Sungai Chongkak. Semua perjalanan aktiviti berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa masalah yang berkaitan dengan bas pada mulanya. Tapi Alhamdulillah, semua peserta bersabar tanpa sebarang keluhan yang berkumandang.

Akhir kata, walaupun masalah yang terjadi hanya para AJK sahaja yang tahu bertapa peritnya bebanan yang dipikul tapi ALHAMDULILLAH, ramai yang menyokong di belakang kami berlapan. Semoga sokongan itu berterusan sehingga ke akhirnya kepada kami. INSYAALLAH.


“Kasih Dipupuk Ukhuwah Terjalin…”


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Thursday, August 5, 2010

Buffet Ramadan di Food Court KSJ UTM IC...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur Mengambil Inisiatif Bagi Mengadakan Buffet Ramadan Yang Berkonsepkan Kupon. Ia Diadakan Sebagai Langkah Memastikan Kebajikan Mahasiswa Terjamin Dalam Perbelanjaan Berbuka Puasa Dan Lebih Sistematik.

• Harga Yang Ditawarkan Adalah Seperti Berikut :
Menu Contoh Harga Biasa
Nasi Putih Rm 0.80
Ayam / Ikan/ Daging Rm 2.30
Sayur Rm 0.50
Sambal Tumis / Kentang Rm 0.50

Jumlah Rm 4.10


• Untuk Buffet Ramadan Ini, Harga Yang Ditawarkan Adalah Seperti Berikut :
Harga Sehari Rm 4.00 X 6 Hari = Rm 24.00 + Rm 1.00 = Rm 25.00
Juadah Berbuka Diberi Sehingga 7 Hari


• Cara Pembayaran Adalah Menggunakan Borang Pesanan Serta Kupon, Di Mana Seorang Mahasiswa Akan Diberi Kupon Untuk 7 Keping Bagi Setiap Rm25.00 Iaitu Untuk Pesanan Selama 7 Hari

• Setiap Mahasiswa Juga Boleh Memberikan Cadangan Menu Di Dalam Borang Menu Cadangan

• Buffet Ramadan Tersebut Akan Disediakan Di Food Court Kediaman Siswa Jaya Utm Ic Bermula Dari Jam 6.00 Petang Hingga Waktu Berbuka

Kepada Mahasiswa Yang Berminat Untuk Membuat Tempahan, Boleh Hubungi Mana-Mana Majlis Perwakilan Mahasiswa Dan Presiden-Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur. Tawaran Untuk Minggu Pertama Ramadan Akan Dibuka Bermula 5 Ogos 2010 Sehingga 10 Ogos 2010.


“Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa Utm Ic Dan Barisan Presiden Persatuan Mahasiswa Utm Ic Ingin Mengucapkan Selamat Berpuasa Dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Barakah Kepada Seluruh Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur”


Dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC
wan_hazem90@yahoo.com

Mesyuarat Kebajikan MPM UTM IC dengan Pengarah Kampus UTM IC...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Kebelakangan ini isu-isu berbangkit mengenai Kampus Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur dan Kediaman Siswa Jaya sering menjadi bualan mahasiswa. Hal ini menyebabkan ketidakpuasan hati sebahagian besar mahasiswa yang menginap di Kediaman Siswa Jaya terutamanya apabila berlakunya kenaikan kadar sewa bilik iaitu dari RM3.00 sehari kepada RM4.00 sehari. Lantaran itu, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur (MPM) mengambil inisiatif untuk mengenengahkan isu ini ke pihak yang berwajib, dengan harapan akan ada suatu perubahan positif ke atas setiap masalah yang telah diusulkan sekaligus kebajikan mahasiswa dapat dijaga dengan sebaiknya.

Antara isu yang dibangkitkan oleh Pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur kepada Yg,Berbahagia Pengarah Kampus ialah :

  1. Ketidaksamarataan Peraturan Antara Mahasiswa Antarabangsa Dengan Mahasiswa Tempatan
    Ketidaksamarataan peraturan antara mahasiswa antarabangsa dengan mahasiswa tempatan terutamanya berkaitan dengan etika pemakaian mahasiswa. Apa yang berlaku adalah sesetengah mahasiswa tempatan dikenakan saman atau tindakan terhadap etika pemakaian sedangkan etika pemakaian mahasiswa antarabangsa.
  2. Tempat Letak Kereta Mahasiswa di Kawasan Kampus
    Tempat letak kereta mahasiswa di kawasan kampus sekarang ini menjadi satu perbualan hangat antara mahasiswa yang membawa kenderaan terutamanya kereta kerana ada sesetengah mahasiswa melaporkan kepada pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa tidak dibenarkan membawa masuk kereta yang dibawa itu ke kampus.
  3. Pengekalan Tempat Tinggal Mahasiswa di Blok C Kediaman Siswa Semarak
    Dengan adanya penghuni mahasiswa di Blok C kediaman Siswa Semarak ianya secara tidak langsung akan memberi sokongan terhadap sebarang aktiviti masjid dan aktiviti kolej kediaman. Seperti sebelum ini, para pelajar Blok C Kediaman Siswa Semarak antara pengerak terhadap sebarang aktiviti yang dianjurkan terutamannya pihak masjid disamping mengimarahkan masjid UTM International Campus Kuala Lumpur.
  4. Kekurangan Bahan Rujukan di PSZ
    Kekurangan bahan rujukan di PSZ menimbulkan masalah kepada mahasiswa terutamanya dalam mencari sumber rujukan berkaitan pembelajaran di dalam dewan kuliah. Dan ada kala juga, sumber rujukan tersebut hanya terdapat di Skudai, Johor. Oleh itu, mahasiswa tidak dapat menggunakan kemudahan di PSZ sebaiknya.
  5. Modul Pembelajaran Kuliah Yang Tidak Bertepatan Dengan Penggunaannya Pada Masa Kini
    Sepertimana yang telah diadukan oleh mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur, penggunaan modul pembelajaran kuliah yang digunakan oleh pensyarah adalah tidak bertetapan dengan penggunaannya pada masa kini dan ia sekaligus menyukarkan mahasiswa untuk mencari bahan rujukan berkaitan topik yang dibincangkan.
  6. Perkhidmatan Bas Bagi Aktiviti Persatuan Mahasiswa pada Hujung Minggu Yang Tidak Mencukupi
    Persatuan Mahasiswa yang terdapat di UTM IC merupakan langkah dan inisiatif bagi mahasiswa menambahkan daya pemikiran kreatif dan inovatif sama ada di dalam mahupun luar kampus Tetapi yang menjadi sedikit masalah adalah perkhidmatan bas bagi aktiviti persatuan mahasiswa pada hujung minggu yang tidak mencukupi dan sering mengalami masalah. Ianya adalah menjadi penghalang bagi meneruskan aktiviti tersebut sehinggakan sesetengah aktiviti dibatalkan sedangkan ia telah dirancang sebulan awal.
  7. Kemudahan Yang Disediakan di Kolej Kediaman Siswa Jaya Tidak Selari Dengan Kenaikan Kadar Sewa Bilik

  8. a. Kemudahan Kelengkapan di Bilik Pantri Blok A, B dan C, Kediaman Siswa Jaya
    Kemudahan kelengkapan di bilik pantri Blok Kediaman Siswa Jaya merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Pihak Kediaman Siswa Jaya kepada mahasiswa UTM IC. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah kehilangan alat seperti pembakar roti di Blok A dan C. Selain itu, mesin basuh yang disediakan juga perlu dibayar sebanyak RM2.00 untuk satu penggunaannya dan ianya adalah terhad iaitu 9 unit bagi setiap blok. Kenaikan harga sewa menyebabkan ianya menjadi tidak releven untuk diteruskan dengan bayaran sebegitu dan perlu dikurangkan harga kerana penyenggaraan terhadap unit mesin basuh adalah kurang dan ia menguntungkan pihak pengeluaran dan menjadi satu kerugian terhadap pihak mahasiswa.

    b. Kemudahan Kelengkapan di Bilik Televisyen Blok A, B dan C, Kediaman Siswa Jaya
    Kemudahan kelengkapan di Bilik Televisyen Blok Kediaman Siswa Jaya juga merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Pihak Kediaman Siswa Jaya kepada mahasiswa UTM IC. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah bilik televisyen tersebut tidak dilengkapi dengan Astro sedangkan ianya menjadi satu infrastruktur yang disediakan oleh pihak kediaman. Ada juga sesetengah bilik televisyen yang mempunyai televisyen yang agak nazak.

    c. Kemudahan Kelengkapan di Bilik Sumber/Bacaan Blok A, B, dan C, Kediaman Siswa Jaya
    Kemudahan kelengkapan di Bilik Sumber Blok Kediaman Siswa Jaya juga antara kemudahan lain yang disediakan oleh Pihak Kediaman Siswa Jaya kepada mahasiswa UTM IC. Tetapi ia menjadi satu masalah disebabkan ketiadaan kerusi dan buku serta akhbar yang disediakan. Sepatutnya pihak Universiti dan Kediaman Siswa Jaya memenuhkan bahan bacaan dalam bilik tersebut sebagai menyokong tindakan Naib Canselor dalam mempertingkatkan bacaan mahasiswa.

    d. Bilik Komputer di Kediaman Siswa Jaya
    Bilik komputer di Kediaman Siswa Jaya masih belum dibuka dan akan dibuka tetapi akan dikenakan bayaran RM1 untuk 3 jam sebagai ganjaran kepada mahasiswa yang menjaganya. Bayaran yang dikenakan adalah sangat tidak releven disebabkan sepatutnya pihak Universiti atau pihak Pentadbiran yang mengambil inisiatif lain dan bukannya mahasiswa yang perlu bayar.

    e. Bilik Sukan dan Padang di Kediaman Siswa Jaya
    Bilik sukan dan Padang di Kediaman Siswa Jaya juga agak kurang berhubung dengan infrastruktur yang berkaitan dengan sukan. Apabila dikaji semula berhubung dengan masalah ini, ia berlaku secara bertahun yang lalu. Peralatan untuk senaman (gym) juga agak kurang dan ada yang tidak boleh digunakan.

    f. Wireless di Kediaman Siswa Jaya
    Wireless di Kediaman Siswa Jaya merupakan masalah yang lapok dan sentiasa menjadi ketidakpuasan hati bagi hampir seluruh mahasiswa yang menginap di Kediaman Siswa Jaya. Di tambah pula dengan kuota baru terhadap mahasiswa iaitu sebanyak 5G. Banyak mahasiswa mengeluh kerana kemudahan yang utama ini tidak dapat digunakan secara baik terutamanya apabila sebahagian besar pensyarah memasukkan nota ke E-Learning UTMIC tetapi ia tidak dapat dimuat turunkan disebabkan wireless tidak dapat digunakan.

    g. Layanan dan Sikap Sesetengah Staf di Kaunter Blok Kolej Kediaman Siswa Jaya Agak Kurang Bersopan terhadap Mahasiswa
    Layanan dan sikap sesetengah staf di kaunter blok Kolej Kediaman Siswa Jaya agak kurang bersopan terhadap mahasiswa ketika berada di pejabat semasa menyelesaikan beberapa permasalahan di kaunter pejabat.
    Berikut pula merupakan cadangan penyelesaian yang dikemukan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC terhadap masalah yang dibangkitkan, iaitu :

    1.1 Menambah-baikan infrastruktur yang terdapat di Kolej Kediaman Siswa Jaya berhubung dengan kemudahan seperti kemudahan di bilik pantri, bilik sukan (gym), bilik sumber/bacaan dan bilik televisyen.

    1.2 Berkenaan dengan bilik komputer, adalah tidak sepatutnya dikenakan bayaran kepada mahasiswa untuk dibayar kepada mahasiswa yang menjaga tetapi pihak Universiti yang sepatutnya mengambil langkah lain dengan membayar petugas (mahasiswa) yang menjaganya.

    1.3 Menambahkan dan menaiktaraf router wireless atau menambahkan Gigabit(GB) terhadap penggunaan wireless untuk seluruh kawasan di Kolej Kediaman Siswa Jaya.


    1.4 Pihak Universiti sepatutnya mengambil tindakan yang sama rata terhadap mana-mana mahasiswa yang melakukan kesalahan disiplin terutamanya berkenaan dengan etika pemakaian tidak kira sama ada mahasiswa tempatan mahupun mahasiswa antarabangsa.

    1.5 Meminta jasa baik Universiti dengan menambahkan bahan rujukan seperti bahan bacaan, majalah ilmiah dan sebagainya sebagai tindakan menyokong seruan kerajaan setelah Universiti Teknologi Malaysia dinaiktarafkan sebagai Universiti Penyelidikan.

    1.6 Pihak Universiti sepatutnya menyelaraskan semula modul yang digunakan oleh seluruh pensyarah selaras dengan kehendak pasaran dan semasa.

    1.7 Mengharapkan penambahan jumlah bas bagi aktiviti luar mahasiswa pada hujung minggu dan unit bilangannya juga adalah tidak terhad serta mampu untuk menampung permintaan persatuan mahasiswa yang ingin menjalankan aktiviti pada hujung minggu tertentu.

    Berikut pula adalah usul yang dicadangkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC kepada Pengarah Kampus UTM IC, iaitu :-

    1.1 Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2009/2010 ingin memberi beberapa cadangan untuk meningkatkan lagi kemudahan Kediaman Siswa Jaya iaitu pertamanya, diwujudkan Student Centre di Kafeteria (bersebalahan dengan Gelanggang Bola Keranjang Blok B). Ia patut diwujudkan sebagai kemudahan kepada seluruh persatuan mahasiswa yang terdapat di UTM IC untuk mereka jalankan aktiviti mempromosikan aktiviti mahupun persatuan masing-masing serta kewujudan “Sudut Pidato”. Sudut Pidato ini bertujuan untuk menggalakkan mahasiswa berpidato di khalayak mahasiswa dan melahirkan mahasiswa yang bercirikan seorang pemimpin serta bersesuaian dengan moto universiti iaitu “Inspiring Creative and Innovative Minds”.

    1.2 Keduanya, tempat letak motor berbumbung untuk mahasiswa di Kediaman Siswa Jaya. Ianya dilihat ada beberapa kebaikan dengan pembinaannya iaitu tempat letak motor berbumbung itu boleh dijadikan bangsal untuk apa-apa bentuk program yang akan dijalankan di sekitar Kediaman Siswa Jaya termasuk gerai jualan untuk pesta hari terbuka.



    “DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA”

    Yang Benar,
    WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
    Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam
    Majlis Perwakilan Mahasiswa
    Universiti Teknologi Malaysia International Campus
    wan_hazem90@yahoo.com