Monday, August 30, 2010

Kunjungan Hormat ke Kedutaan Besar Republik Indonesia...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini mencatat sejarah baru dalam diari Universiti Teknologi Malaysia, apabila Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM yang diketuai oleh Saudara Muhammad Zaki Omar bersama dengan 71 mahasiswa UTM Skudai dan UTM IC telah berkunjung ke Kedutaan Besar Republik Indonesia untuk menyerahkan Kad Raya dan Kuih Raya kepada Kumpulan Mahasiswa Indonesia yang berdemontrasi di Kedutaan Malaysia di Indonesia.

Ini jelas menunjukkan bahawa tindakan ini wajar diteruskan sebagai menampakkan kematangan oleh mahasiswa dalam sesuatu isu yang tercetus di peringkat antarabangsa yang melibatkan negara jiran iaitu Indonesia. Langkah yang dibuat oleh Barisan MPM UTM kali ini, menampakkan barisan kepimpinan kali ini bukan hanya menumpukan sesuatu isu di kampus malah melibatkan peringkat antarabangsa.

Alhamdulillah, perjalanannya kali ini lancar tanpa sebarang kekacauan. Saya mewakili Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC sekali lagi mengutuk tindakan segelintir mahasiswa Indonesia yang memijak serta membakar bendera Malaysia terutamanya dalam bulan yang penuh barakah ini serta bulan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-53.

Mahasiswa UTM IC sendiri menunjukkan betapa pentingnya ikatan silaturrahim antara dua negara yang serumpun iaiti Malaysia dan Indonesia ini. Oleh itu, sebagai membalas perbuatan dan tindakan segelintir mahasiswa Indonesia itu, di peringkat mahasiswa UTM IC kita menyerahkan Kad Raya dan Kuih Raya kepada kumpulan mahasiswa tersebut dan Kepimpinan Negara Indonesia.

Saya sekali lagi ingin mengucapkan berbanyak ungkapan TERIMA KASIH kepada mahasiswa yang terlibat kerana kitalah penggerak kepada masyarakat Malaysia dan simbolik serta kematangan mahasiswa dari Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Penyelidikan.

Akhir kata, dengan harapan yang besar semoga hubungan dua hala ini dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan dan kekacauan oleh kumpulan yang kurang cerdik dalam membuat sesuatu keputusan.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam,
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: