Thursday, August 5, 2010

Mesyuarat Kebajikan MPM UTM IC dengan Pengarah Kampus UTM IC...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Kebelakangan ini isu-isu berbangkit mengenai Kampus Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur dan Kediaman Siswa Jaya sering menjadi bualan mahasiswa. Hal ini menyebabkan ketidakpuasan hati sebahagian besar mahasiswa yang menginap di Kediaman Siswa Jaya terutamanya apabila berlakunya kenaikan kadar sewa bilik iaitu dari RM3.00 sehari kepada RM4.00 sehari. Lantaran itu, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur (MPM) mengambil inisiatif untuk mengenengahkan isu ini ke pihak yang berwajib, dengan harapan akan ada suatu perubahan positif ke atas setiap masalah yang telah diusulkan sekaligus kebajikan mahasiswa dapat dijaga dengan sebaiknya.

Antara isu yang dibangkitkan oleh Pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur kepada Yg,Berbahagia Pengarah Kampus ialah :

  1. Ketidaksamarataan Peraturan Antara Mahasiswa Antarabangsa Dengan Mahasiswa Tempatan
    Ketidaksamarataan peraturan antara mahasiswa antarabangsa dengan mahasiswa tempatan terutamanya berkaitan dengan etika pemakaian mahasiswa. Apa yang berlaku adalah sesetengah mahasiswa tempatan dikenakan saman atau tindakan terhadap etika pemakaian sedangkan etika pemakaian mahasiswa antarabangsa.
  2. Tempat Letak Kereta Mahasiswa di Kawasan Kampus
    Tempat letak kereta mahasiswa di kawasan kampus sekarang ini menjadi satu perbualan hangat antara mahasiswa yang membawa kenderaan terutamanya kereta kerana ada sesetengah mahasiswa melaporkan kepada pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa tidak dibenarkan membawa masuk kereta yang dibawa itu ke kampus.
  3. Pengekalan Tempat Tinggal Mahasiswa di Blok C Kediaman Siswa Semarak
    Dengan adanya penghuni mahasiswa di Blok C kediaman Siswa Semarak ianya secara tidak langsung akan memberi sokongan terhadap sebarang aktiviti masjid dan aktiviti kolej kediaman. Seperti sebelum ini, para pelajar Blok C Kediaman Siswa Semarak antara pengerak terhadap sebarang aktiviti yang dianjurkan terutamannya pihak masjid disamping mengimarahkan masjid UTM International Campus Kuala Lumpur.
  4. Kekurangan Bahan Rujukan di PSZ
    Kekurangan bahan rujukan di PSZ menimbulkan masalah kepada mahasiswa terutamanya dalam mencari sumber rujukan berkaitan pembelajaran di dalam dewan kuliah. Dan ada kala juga, sumber rujukan tersebut hanya terdapat di Skudai, Johor. Oleh itu, mahasiswa tidak dapat menggunakan kemudahan di PSZ sebaiknya.
  5. Modul Pembelajaran Kuliah Yang Tidak Bertepatan Dengan Penggunaannya Pada Masa Kini
    Sepertimana yang telah diadukan oleh mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur, penggunaan modul pembelajaran kuliah yang digunakan oleh pensyarah adalah tidak bertetapan dengan penggunaannya pada masa kini dan ia sekaligus menyukarkan mahasiswa untuk mencari bahan rujukan berkaitan topik yang dibincangkan.
  6. Perkhidmatan Bas Bagi Aktiviti Persatuan Mahasiswa pada Hujung Minggu Yang Tidak Mencukupi
    Persatuan Mahasiswa yang terdapat di UTM IC merupakan langkah dan inisiatif bagi mahasiswa menambahkan daya pemikiran kreatif dan inovatif sama ada di dalam mahupun luar kampus Tetapi yang menjadi sedikit masalah adalah perkhidmatan bas bagi aktiviti persatuan mahasiswa pada hujung minggu yang tidak mencukupi dan sering mengalami masalah. Ianya adalah menjadi penghalang bagi meneruskan aktiviti tersebut sehinggakan sesetengah aktiviti dibatalkan sedangkan ia telah dirancang sebulan awal.
  7. Kemudahan Yang Disediakan di Kolej Kediaman Siswa Jaya Tidak Selari Dengan Kenaikan Kadar Sewa Bilik

  8. a. Kemudahan Kelengkapan di Bilik Pantri Blok A, B dan C, Kediaman Siswa Jaya
    Kemudahan kelengkapan di bilik pantri Blok Kediaman Siswa Jaya merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Pihak Kediaman Siswa Jaya kepada mahasiswa UTM IC. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah kehilangan alat seperti pembakar roti di Blok A dan C. Selain itu, mesin basuh yang disediakan juga perlu dibayar sebanyak RM2.00 untuk satu penggunaannya dan ianya adalah terhad iaitu 9 unit bagi setiap blok. Kenaikan harga sewa menyebabkan ianya menjadi tidak releven untuk diteruskan dengan bayaran sebegitu dan perlu dikurangkan harga kerana penyenggaraan terhadap unit mesin basuh adalah kurang dan ia menguntungkan pihak pengeluaran dan menjadi satu kerugian terhadap pihak mahasiswa.

    b. Kemudahan Kelengkapan di Bilik Televisyen Blok A, B dan C, Kediaman Siswa Jaya
    Kemudahan kelengkapan di Bilik Televisyen Blok Kediaman Siswa Jaya juga merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Pihak Kediaman Siswa Jaya kepada mahasiswa UTM IC. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah bilik televisyen tersebut tidak dilengkapi dengan Astro sedangkan ianya menjadi satu infrastruktur yang disediakan oleh pihak kediaman. Ada juga sesetengah bilik televisyen yang mempunyai televisyen yang agak nazak.

    c. Kemudahan Kelengkapan di Bilik Sumber/Bacaan Blok A, B, dan C, Kediaman Siswa Jaya
    Kemudahan kelengkapan di Bilik Sumber Blok Kediaman Siswa Jaya juga antara kemudahan lain yang disediakan oleh Pihak Kediaman Siswa Jaya kepada mahasiswa UTM IC. Tetapi ia menjadi satu masalah disebabkan ketiadaan kerusi dan buku serta akhbar yang disediakan. Sepatutnya pihak Universiti dan Kediaman Siswa Jaya memenuhkan bahan bacaan dalam bilik tersebut sebagai menyokong tindakan Naib Canselor dalam mempertingkatkan bacaan mahasiswa.

    d. Bilik Komputer di Kediaman Siswa Jaya
    Bilik komputer di Kediaman Siswa Jaya masih belum dibuka dan akan dibuka tetapi akan dikenakan bayaran RM1 untuk 3 jam sebagai ganjaran kepada mahasiswa yang menjaganya. Bayaran yang dikenakan adalah sangat tidak releven disebabkan sepatutnya pihak Universiti atau pihak Pentadbiran yang mengambil inisiatif lain dan bukannya mahasiswa yang perlu bayar.

    e. Bilik Sukan dan Padang di Kediaman Siswa Jaya
    Bilik sukan dan Padang di Kediaman Siswa Jaya juga agak kurang berhubung dengan infrastruktur yang berkaitan dengan sukan. Apabila dikaji semula berhubung dengan masalah ini, ia berlaku secara bertahun yang lalu. Peralatan untuk senaman (gym) juga agak kurang dan ada yang tidak boleh digunakan.

    f. Wireless di Kediaman Siswa Jaya
    Wireless di Kediaman Siswa Jaya merupakan masalah yang lapok dan sentiasa menjadi ketidakpuasan hati bagi hampir seluruh mahasiswa yang menginap di Kediaman Siswa Jaya. Di tambah pula dengan kuota baru terhadap mahasiswa iaitu sebanyak 5G. Banyak mahasiswa mengeluh kerana kemudahan yang utama ini tidak dapat digunakan secara baik terutamanya apabila sebahagian besar pensyarah memasukkan nota ke E-Learning UTMIC tetapi ia tidak dapat dimuat turunkan disebabkan wireless tidak dapat digunakan.

    g. Layanan dan Sikap Sesetengah Staf di Kaunter Blok Kolej Kediaman Siswa Jaya Agak Kurang Bersopan terhadap Mahasiswa
    Layanan dan sikap sesetengah staf di kaunter blok Kolej Kediaman Siswa Jaya agak kurang bersopan terhadap mahasiswa ketika berada di pejabat semasa menyelesaikan beberapa permasalahan di kaunter pejabat.
    Berikut pula merupakan cadangan penyelesaian yang dikemukan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC terhadap masalah yang dibangkitkan, iaitu :

    1.1 Menambah-baikan infrastruktur yang terdapat di Kolej Kediaman Siswa Jaya berhubung dengan kemudahan seperti kemudahan di bilik pantri, bilik sukan (gym), bilik sumber/bacaan dan bilik televisyen.

    1.2 Berkenaan dengan bilik komputer, adalah tidak sepatutnya dikenakan bayaran kepada mahasiswa untuk dibayar kepada mahasiswa yang menjaga tetapi pihak Universiti yang sepatutnya mengambil langkah lain dengan membayar petugas (mahasiswa) yang menjaganya.

    1.3 Menambahkan dan menaiktaraf router wireless atau menambahkan Gigabit(GB) terhadap penggunaan wireless untuk seluruh kawasan di Kolej Kediaman Siswa Jaya.


    1.4 Pihak Universiti sepatutnya mengambil tindakan yang sama rata terhadap mana-mana mahasiswa yang melakukan kesalahan disiplin terutamanya berkenaan dengan etika pemakaian tidak kira sama ada mahasiswa tempatan mahupun mahasiswa antarabangsa.

    1.5 Meminta jasa baik Universiti dengan menambahkan bahan rujukan seperti bahan bacaan, majalah ilmiah dan sebagainya sebagai tindakan menyokong seruan kerajaan setelah Universiti Teknologi Malaysia dinaiktarafkan sebagai Universiti Penyelidikan.

    1.6 Pihak Universiti sepatutnya menyelaraskan semula modul yang digunakan oleh seluruh pensyarah selaras dengan kehendak pasaran dan semasa.

    1.7 Mengharapkan penambahan jumlah bas bagi aktiviti luar mahasiswa pada hujung minggu dan unit bilangannya juga adalah tidak terhad serta mampu untuk menampung permintaan persatuan mahasiswa yang ingin menjalankan aktiviti pada hujung minggu tertentu.

    Berikut pula adalah usul yang dicadangkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC kepada Pengarah Kampus UTM IC, iaitu :-

    1.1 Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2009/2010 ingin memberi beberapa cadangan untuk meningkatkan lagi kemudahan Kediaman Siswa Jaya iaitu pertamanya, diwujudkan Student Centre di Kafeteria (bersebalahan dengan Gelanggang Bola Keranjang Blok B). Ia patut diwujudkan sebagai kemudahan kepada seluruh persatuan mahasiswa yang terdapat di UTM IC untuk mereka jalankan aktiviti mempromosikan aktiviti mahupun persatuan masing-masing serta kewujudan “Sudut Pidato”. Sudut Pidato ini bertujuan untuk menggalakkan mahasiswa berpidato di khalayak mahasiswa dan melahirkan mahasiswa yang bercirikan seorang pemimpin serta bersesuaian dengan moto universiti iaitu “Inspiring Creative and Innovative Minds”.

    1.2 Keduanya, tempat letak motor berbumbung untuk mahasiswa di Kediaman Siswa Jaya. Ianya dilihat ada beberapa kebaikan dengan pembinaannya iaitu tempat letak motor berbumbung itu boleh dijadikan bangsal untuk apa-apa bentuk program yang akan dijalankan di sekitar Kediaman Siswa Jaya termasuk gerai jualan untuk pesta hari terbuka.



    “DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA”

    Yang Benar,
    WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
    Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam
    Majlis Perwakilan Mahasiswa
    Universiti Teknologi Malaysia International Campus
    wan_hazem90@yahoo.com

    1 comments:

    MUHAMMAD SALMAN ABDUL RAHMAN said...

    Salam 1 malaysia

    sudah menjadi tanggungjawab mpm sebagai orang tengah dalam inisiatif untuk menjaga kebajikan mahasiswa utm ic. maka sgala usaha mpm ke arah itu, sentiasalah kami warga utm ic akan sokong dan sokong, malah sanggup bangkit bersama membantu untuk mendapat hak2 yang sepatutnya.

    dalam hal ini nampaknya mpm lebih mengetahui akan hak2 yang belum diketenghkan dan diperjuangkan untuk mahasiswa kerana ahli mpm sendiri adalah mahasiswa yang tidak putus2 memikirkan tentang amanah dan tanggungjawab kepada rakan2 dari segi kebajikan.

    sebagai mahasiswa biasa kami tiada daya dan kekuatan untuk berundin dengan pihak atasan. oleh itu orang yang kami percaya dapat membantu kami dalam hal ini ialah mpm, maka teruskanlah berjuang sebagai mpm dan sentiasalah pelihara kepercayaan kami kepada mpm. bekerjalah dengan penuh keikhlasan dan jangan sedikitpun mengharapkan ganjaran.

    nasihat saya usaha anda perlulah berterusan, konsisten dan istiqamah. kami tak dapat membalas apa2 tapi ingatlah ganjaran yang bakal diberi oleh Allah.

    tq