Friday, August 20, 2010

Cakap Tak Serupa Bikin...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sudah hampir 2 minggu kita menyambut Ramadhan al-Mubarak ini dengan penuh barakah. Pelbagai ragam dapat disaksikan sesama sahabat-sahabat, rakan-rakan seperjuangan dan junior-junior yang masih baru di Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur ini ketika membeli juadah berbuka sama ada di Bazar Selera Semarak, Kafeteria KSJ mahupun Bazar yang berdekatan dengan KSJ.

TETAPI, apa yang ingin saya kongsikan bersama pembaca blog saya pada kali ini adalah berkenaan dengan “BERCAKAP TAK SERUPA BIKIN”. Penulisan kali ini membuatkan saya begitu tertarik dengan tajuk saya katakan tadi kerana situasi ini amat begitu jelas berlaku di persekitaran kita termasuklah di UTM IC sendiri.

Saya bukannya bermaksud untuk mempengaruhi mana-mana individu di UTM IC ini, tetapi sekadar untuk nasihat-menasihati kepada diri saya sendiri dan seluruh sahabat-sahabat yang membaca. Peribahasa ada mengatakan “Kerana Pulut, Santan Binasa, Kerana Mulut, Badan Binasa” dan Simpulan Bahasa, “Mulut Tempayan”, “Mulut Murai” dan sebagainya lagi begitu berupaya untuk memberi gambaran betapa besarnya kesan jika kita menggunakan mulut untuk perkara-perkara yang akan merugikan kita pada suatu hari nanti.

Pertamanya saya ingin berkongsi sedikit cerita berkaitan dengan mahasiswa yang seperti yang digambarkan sebagai pengajaran dan teladan kepada kita semua supaya tiada perspektif dan tanggapan orang lain terhadap diri kita itu adalah negatif. Kenapa saya berani untuk berkata sedemikian? Jawapannya kerana kita sendiri tidak berfikir sebelum bertindak. Kita hanya mahu untuk memberikan pencapaian yang dapat melonjakkan diri kita ke satu tahap yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dan menerima pujian dari orang sekeliling.

TETAPI Sedarkah kita di sebalik kata-kata yang dikeluarkan dan tindakan kita itu ibarat “CAKAP TAK SERUPA BIKIN”. Kenapa? Kerana kita hanya mampu memberikan idea-idea yang bernas dan bagus tetapi kita sendiri tidak menggunakan idea-idea untuk menampakkan kebaikan ke atas idea-idea tersebut. Saya bukannya untuk memperkatakan kepada mana-mana pihak tetapi sebagai pengajaran dan teladan untuk diri saya sendiri, sahabat-sahabat dan junior-junior yang akan mewarisi tampuk kepimpinan mahasiswa di UTM IC pada masa akan datang.

Seterusnya, kita sekarang perlu berfikir selangkah ke hadapan dan dalam masa yang sama, kita sudah mempunyai perancangan dan strategi untuk memastikan apa yang diperkatakan itu menjadi realiti. Mesti ada sesetengah pihak mengatakan bahawa ia sudah menjadi ketentuan Ilahi. Dan pernahkah pula kita terfikir untuk terus berusaha untuk mencapainya dan bukannya hanya menunggu masa-masa tertentu untuk memastikan idea-idea yang “BOOM -BASTIK” yang akan terus mengatakan bahawa kita adalah seorang yang layak untuk terus mara ke hadapan tanpa sebarang gambaran realiti yang betul-betul menunjukkan bahawa kita adalah seorang mahasiswa dan pemimpin akan datang.

Oleh itu, di Bulan yang penuh BARAKAH ini, saya berharap agar kita semua dapat memuhasabahkan diri dan kembali berdoa agar kita dijauhkan dengan sifat dan sikap seperti itu. INSYAALLAH… Semoga kita semua terus menggunakan akal fikiran yang diberikan tuhan agar ianya tidak menjerat kita ke perangkap yang akan menenggelamkan kita hanya kerana MULUT.

Wallahua’lam…

“DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

1 comments:

MUHAMMAD SALMAN ABDUL RAHMAN said...

bercakap lebih senang daripada melakukannya. kalau manusia bercakap belum tentu dia akan berbuat. setiap manusia lemah dan tiada yang sempurna.mereka boleh bercakap, tetapi lemah dalam melaksana. sempena bulan yang mulia ini, maafkanlah semua orang.