Friday, January 15, 2016

Korean Language & Culture Program di Jeju National University, Jeju Island, South Korea...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
안녕하세요 : Annyeonghaseyo ( Hello ) ...

Setahun lebih aku ambik masa simpan pengalaman aku mengikut ‘2014 Jeju National University Short-Term Korean Language & Culture Program’di Jeju National University, Jeju Island, South Korea dan hari ini aku terdetik untuk berkongsi pengalaman yang cukup manis sepanjang aku berada di sana bersama-sama dengan rakan-rakan aku dari pelbagai negara seperti South Korea, Japan, U.S.A, China, Taiwan, Myammar, Phillipines, Indonesia dan Vietnam.

ALHAMDULILLAH...

Itulah ungkapan yang aku ungkapkan pabila aku dapat panggilan telefon dari Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa UTM yang menyatakan aku mahasiswa pertama yang berjaya terpilih untuk sertai program tersebut yang julung kalinya dibuat di Pulau Jeju itu. So, buat kali keduanya aku akan turun ke South Korea ! Insyaallah, inilah peluang aku untuk rasai suasana sebagai seorang pelajar di kepulauan Jeju itu.

Tiket flight 'Air Busan' & Passport aku... 
Dari Malaysia aku bertolak terus pada hari ketiga raya puasa tahun 2014 ke Busan, South Korea dan aku berada di situ selama seminggu sementara menunggu flight seterusnya dari Busan ke Jeju Island menggunakan Penerbangan Air Busan. Itu rate yang paling murah aku dapat walaupun ada kesilapan aku sikit tak ambik direct dari Air Asia. Bezanya cuma RM200 tak silap aku. Aku tak nak cerita lagi berkaitan dengan Busan tetapi hari ini aku nak kongsikan pengalaman aku sertai program tersebut.

Aku di depan pintu masuk Jeju National University...
 Alhamdulillah, aku selamat tiba di Jeju Island dan seorang pensyarah dari JNU datang tiba untuk ambik aku sekali dgn banting yang tertulis nama aku, 'Wan Muhammad Hazem : 완 무하마드 하젬'. Aku panggil dekat pensyarah ni '선생님 - Seonsengnim'. Aku ditempatkan di asrama lelaki yang aku lihat sangat 'open' dan roomate aku adalah Seongyun-Ko dari Japan.


Aku bersama roomate aku, Seongyun-Ko... 
Kat program ini aku seorang saja yang beragama Islam. So banyak situasi aku terpaksa ambik kira dan kena kuat iman sepanjang tempoh aku berada di sini. Waktu majlis pembukaan dan perasmian, kami dibawa ke satu restoran yang cukup terkemuka dengan hidangan istimewanya iaitu hidangan daging khinzir berwarna hitam. Hahaha... pucat lesu muka aku selepas mengetahui hidangan tue dan aku terpaksa menolak secara elok dan hanya meraikannya bersama mereka dengan makan kepingan sayur dan air mineral.

Aku bersama ahli kumpulan aku, Haruka (Japan) & roomate aku menikmati hidangan istimewa...hahaha... 
Selepas tue, aku diberi kesempatan untuk pusing-pusing / jalan-jalan ke sekitar bandar Jeju Island dengan ahli kumpulan aku yg terdiri dari roomate aku sendiri, Haruka (Japan), Thao Minbi (Vietnam), Moon Sungsik (South Korea), Belle (Filipina) & Chen (China). Best jugak la jalan2 kat area sini.

Masa yang dinanti-nantikan adalah kelas pembelajaran untuk Bahasa Korea. Aku perlu menduduki satu ujian awal dan keputusan aku ditempatkan kelas permulaan atau kat malaysia macam kelas tadika la. Hahaha... Mujurla bukan aku sorang tapi ramai yang dok satu kelas dengan aku. 

Nie la classmate aku sepanjang tempoh di sana...
Nie antara rakan yang aku rapat, Thao (Vietnam), Angelene (Guam, USA) & Shaica (Guam USA + Filipina)...
Buku aku sepanjang belajar Bahasa Korea di sana...
Selain dari belajar bahasa korea setiap pagi setiap hari, aku turut diberi pengalaman untuk ikuti budaya-budaya yang terdapat di South Korea terutamanya berkaitan dengan masyarakat di Jeju Island ni seperti woman diving, horse riding, jungle-trekking dan macam-macam lagi.

Waktu bersiap pakai pakaian renang...
Bersama kawan-kawan aku dalam hutan...
Jungle trekking...
Horse riding...

Aku kena bersihkan kaki kuda...hahah... 
Bersama dengan rakan2 aku dan jurulatih2...
Aku juga diberi peluang untuk berada di homestay perkampungan di salah satu perkampungan di Jeju Island dan merasai kehidupan selama sehari setengah di situ. Tapi part yang aku paling tak suka adalah part mandi dan games yang dibuat sangat mengarut. Hahaha... tempat mandi adalah terbuka dan diasingkan lelaki dan perempuan tetapi time mandi semua kena telanjang...hahaha adoyai ! Nak tengok tempat mandi depa ni?

Nie la tempat mandi yang aku maksudkan...hahah
Katil aku...
Dormate aku di homestay, South Korea + Taiwan + Japan + Malaysia...
Games dia tue aku cakap mengarut sebab sangat bebas dan terbuka. Mmm... aku rasa tak sesuai kot untuk aku kongsikan kat sini...haha sory k !

Then aktiviti lain pulak melibatkan 'Korean Sauna Jimjilbang'. Ni salah satu aktiviti yang cukup aku risau hahaha... sebab setiap orang yang masuk ke sauna tue kena bukak semua tanpa sehelai pakaian pun...dan ikut budaya di sana, kita akan gosok badan kawan kita menggunakan tuala dan berus, manakala kawan kita pula akan gosok badan kita balik. Hahaha....

Seterusnya aku turut berpeluang untuk mengikuti persembahan 'Jeju Nanta Cookin' yang cukup popular di South Korea. 



Aku bersama dengan para pelakon Nanta...
Untuk lulus semua tue aku perlu mengikuti setiap aktiviti yang telah dirancang dan perlu luluskan ujian Bahasa Korea. Dan apa yang paling best adalah aku LULUS ujian Bahasa Korea dan melayakkan aku dapat sijil dan transkrip dari Jeju National University. Yeayyy !

Aku bersama dengan sijil & transkrip aku...
Majlis penutup turut diserikan dengan persembahan aku, hehehe menyanyikan lagu berkonsepkan irama Malaysia dan mendapat tepukan yang paling gemuruh dan memenangi persembahan budaya negara menerusi undian dari semua. Yeaayyyy !

Serius membuat persembahan... sedap ke tak tue belakang cerita...yang penting kita all out...haha
Sambutan hangat dari para pelajar...
Siap ada yang berdiri lagi...hahaha
Apa-apa pun, saya ucapkan berbanyak ucapan 'terima kasih' buat Universiti Teknologi Malaysia & Jeju National University kerana memlih aku untuk menjadi salah seorang peserta untuk program tersebut dan semua yang terlibat. Insyaallah, ada masa, aku akan kongsikan lagi mengenai beberapa tempat menarik di Jeju Island yang sempat aku pergi dan lawati sepanjang tempoh aku berada di sana.

Insyaallah, buat yang masih belajar, ambillah peluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini untuk merasai peluang belajar di luar negara. Dan Alhamdulillah, 2 tempat yang aku hadiri untuk sesi temuduga untuk menghargai transkrip yang diperolehi oleh universiti luar negara dan alhamdulillah kedua-dua tempat itu menerima aku berbanding ratusan lagi saingan aku untuk mengisi kekosongan  jawatan yang ada.

'Jauh Perjalanan, Luas Pandangan'

Tempat-tempat menarik yang pernah aku lawati :-



Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Thursday, January 14, 2016

Langit Cinta (2016) : Layan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

“Cinta... Jadilah saksi kebahagiaan kami berdua”

Perghhh...layan ja tagline filem melayu, ‘Langit Cinta’ lakonan Nur Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Siti Saleha, Nadzmi Adhwa, Dato’ Jalaludin Hassan dan ramai lagi. Movie Melayu pertama yang aku tengok pada Tahun 2016 dan kali terakhir aku layan Filem Melayu adalah Filem Kapsul dan Ombak Rindu.



Pertamanya aku nak ucapkan berbanyak ucapan TERIMA KASIH buat Era.FM sebab sudi hadiahkan 4 keping tiket filem ‘Langit Cinta’ kat aku kali ini di Golden Screen Cinemas, Mid Valley KL. Aku pilih filem ‘Langit Cinta’ walaupun dalam masa yang sama aku terima jemputan untuk tayangan perdana Filem ‘The 5th Waves’ di One Utama KL.

So, aku berbesar hati nak kongsikan sedikit kepuasan aku menonton filem ini terutamanya melibatkan watak Khadeeja lokanan Nur Fazura yang cukup menjadi sebagai gadis kampung dari negeri Kedah. Beliau tunjukkan yang gadis Kedah cukup cantik, beradab dan mempunyai pesona aura yang cukup manis bagi pandangan seorang lelaki.

Nur Fazura merupakan salah seorang pelakon wanita Malaysia yang cukup aku minati dan sebelum terlambat aku nak ucapkan TAHNIAH buat Nur Fazura sebab telah memenangi Pelakon Wanita Terbaek menerusi filem ‘Manisnya Cinta’ menerusi watak Ifti di Festival Filem Malaysia Ke-27 pada tahun lepas dan tak mustahil lakonan bersahaja yang penuh jiwa menerusi watak Khadeeja ini, Nur Fazura bakal meneruskan kegemilangannya sebagai Pelakon Wanita Terbaek di festival-festival filem akan datang. Nak tengok gambar aku dengan Nur Fazura pada tahun 2005 (11 tahun yang lalu)? Hehehe... len kali la aku upload k...hahaha

Filem ‘Langit Cinta’ arahan Saudara Osman Ali ini cukup menyentuh jiwa menerusi perjalanan cerita yang cukup bersahaja dan plot-plot & babak-babak yang sedikit sebanyak menyentuh isu kekeluargaan, ambil kesempatan dan sebagainya lagi. Filem adaptasi dari Novel ini mampu memberi saingan kepada filem Osman Ali yang terdahulu iaitu Ombak Rindu.

Cuma apa yang aku nampak, kesudahan filem ini seperti sudah dijangka dan tidak terlalu suspen untuk kita melihat kebahagiaan yang mendatang buat pasangan suami isteri (Aliff Zulkarnain & Khadeeja).

Apa yang menariknya lagi untuk filem ini adalah latar tempat bagi filem ini dilakukan di negeriku, Negeri Kedah Darul Aman yang cukup terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan pulau-pulau yang indah dan masanya sangat sesuai untuk menyokong penuh produk Kedah sempena Discovery Kedah 2016. Hidup Kedah !

Secara keseluruhan, aku bagi 3 dari 5 bintang untuk filem ‘Langit Cinta’ ini. 2 bintang lagi aku tak nak bagi sebab jalan ceritanya sudah dijangka. Hahaha... Apa-apa pun, kepada yang bakal menonton filem ‘Langit Cinta’ ini, aku ucapkan selamat menonton... ;)

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Friday, January 1, 2016

Selamat Datang 2016 ! Selamat Tinggal 2015 !

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

2015 : PENUH BERLIKU

Bina Kerjaya

Setahun satu jangka masa yang aku perlukan untuk bertapak dalam membina kerjaya aku yang berlatarkan bidang Hartanah. Mulanya aku ditawarkan bekerja dalam bidang politik, tapi aku masih menagih dan mengharapkan diberikan peluang untuk aku masuk dalam bidang yang aku belajar dan habiskan masa selama 6 tahun di Universiti Teknologi Malaysia.

Dari Kuala Lumpur, aku kembali ke Alor Setar mencuba nasib untuk mencari kerja di sini, tempat aku membesar dan dekat dengan ibu ayah aku. Ditakdirkan aku terbaca mengenai kekosongan jawatan di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk jawatan Penolong Pegawai Penilaian (W27) dan Penolong Pegawai Tadbir (N27). Aku mencuba tetapi menghampakan apabila aku dimaklumkan bahawa kekosongan tersebut telah tersedia untuk orang-orang tertentu. Aku frust ! Aku kecewa ! Mana adil untuk aku sebagai orang biasa yang tiada ‘kabel’ untuk mencuba nasib rebut jawatan tue.

Ditakdirkan sekali lagi, aku diberi peluang untuk menghadiri sesi temuduga ke sebuah Syarikat Swasta Penilaian & Hartanah di Bandaraya Alor Setar. Alhamdulillah ! Itulah ungkapan aku pada mulanya ketikamana aku menerima panggilan untuk menghadiri sesi temuduga tue. Aku akan cuba ! Dan akan cuba yang terbaek !

Alhamdulillah ! Sesi temuduga pertama aku berjaya, aku diterima TETAPI aku ditempatkan di Bayan Baru, Pulau Pinang. Perghhhh...beratus kali aku berfikir samada nak terima atau tak tapi aku percaya pada takdir aku dan ikut pada gerak hati aku, aku tolak tawaran tersebut dan aku bersedia berkhidmat sekiranya diberi peluang untuk bertugas di Alor Setar. Dan Alhamdulillah, aku diterima untuk bertugas di Alor Setar sebagai Eksekutif Penilaian Harta.

Bulan pertama aku bertugas di situ, aku menerima panggilan untuk hadiri sesi temuduga sebagai Penolong Jurutera (JA29) di Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Penguasa Bomba (KB41) di Suruhanjaya Perkhidmata Awam Malaysia. Mindset aku lebih ke arah Penolong Jurutera dan aku betul-betul fokus dan membuat persediaan yang cukup rapi untuk menghadiri sesi temuduga tersebut dan aku mengabaikan panggilan temuduga bagi Penguasa Bomba.

Dari Alor Setar aku kembara bersama sahabat aku, Mat Hanif Hafiz Ching ke Pulau Pinang semata-mata menghadiri sesi temuduga tersebut. Nak dijadikan cerita, aku dimalukan oleh panel tersebut disebabkan aku tiada kelayakan untuk jawatan tersebut. WTH ! Aku tak mau cerita panjang mengenai kes ni. Aku kecewa ! Aku terasa gila ! Aku terkilan gila ! Aku pulang dalam keadaan yang cukup memalukan dan menghampakan. Di situ sekali lagi aku dipertontonkan dengan gelagat para kroni bertemu dengan calon-calon tertentu ! Sekali lagi, tiada keadilan untuk aku sebagai orang biasa yang tiada ‘kabel’ untuk mencuba nasih rebut jawatan tue.

Bulan Ogos, aku menerima mesej tentang panggilan sesi temuduga untuk bidang aku dalam sektor awam under Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. Berat hati mulanya untuk aku terima dan menghadirinya di Kuala Lumpur disebabkan aku takut sejarah berulang semula. Aku menghabiskan duit semata-mata untuk hadiri temuduga tetapi kekosongan tue telah tersedia untuk orang-orang tertentu.

Mak ayah aku, nasihatkan aku untuk aku mencuba sesi temuduga tersebut. Aku ikut saja apa yang mak ayah aku katakan itu. Dari Alor Setar, aku kembara seorangan ke Kuala Lumpur untuk hadiri sesi temuduga tersebut. Ketika di luar bilik temuduga tue, aku sempat bersembang dengan calon-calon yang masing2 mempunyai pengalaman 2-3 tahun dalam bidang hartanah ini. Aku berdebar ! Aku tergugat ! Sebab pengalaman aku hanya 5 bulan saja dalam bidang ni.

Berkat kesabaran dan doa ibu ayah aku, Alhamdulillah, aku menerima mesej dan surat tawaran untuk perlantikan aku berkhidmat di sini untuk jawatan tetap. Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Penat usaha aku mencuba tanpa menggunakan ‘tangan-tangan ghaib’ ni berhasil dan dibuktikan dengan kepercayaan aku memohon pada Yang Maha Esa. Syukur pada-Mu Ya Allah ! Kau memakbulkan doaku, doa ibu ayah aku ! 21 September 2015, tarikh keramat aku lapor diri untuk berkhidmat di sektor awam ini ! Aku selesa bekerja di sini sehingga ke hari ini. Harini, aku mampu senyum sebab hampir setahun aku mencuba nasib untuk berkhidmat dalam sektor awam untuk jawatan tetap. Alhamdulillah sekali lagi.

Cinta, Bina Masjid Keluarga

Hahaha...aku belum bersedia lagi la nak bercerita mengenai Cinta Cintun ni secara terbuka kat blog aku ni ! Hahaha... ~

2016 : AKU BERSEDIA

Insyaallah, tahun 2016 ini aku dah bersedia mengharungi kehidupan di Kota Metropolitan ini. Ada beberapa perkara yang aku impikan untuk dicapai pada tahun 2016 ni. Ianya melibatkan banyak benda yang aku fikirkannya pada tahun lepas. Aku masih mencari masa yang sesuai untuk aku mencuba nasib dalam beberapa benda baru yang akan aku cuba ceburi untuk mengisi kekosongan masa.

Tahun 2016 juga aku mengharapkan agar aku terus diberi kepercayaan dalam melaksanakan amanah & tanggungjawab dan aku bersedia untuk memastikan agar aku dapat SAHKAN JAWATAN aku disini. Insyaallah. Yang paling penting, sokongan dari semua pihak terhadap aku untuk aku terus mengorak langkah mencapai impian aku. Insyaallah... J

Jodoh ? Insyaallah... ~

Selamat Datang 2016 ! Selamat Tinggal 2015 !

Apa-apa pun, aku mendoakan agar Tahun 2016 ni, kita semua perolehi keberkatan dalam mencari rezeki yang halal dan diredhai-Nya. Mendoakan juga akan kita semua dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik. Tahun 2016 ni juga, aku mengharapkan agar Malaysia kita terus aman dan makmur. Tutup buku lama, kita bukak buku baru !

Untuk semua pembaca blog, aku mengharapkan semua dapat menyokong penuh dengan produk pelancongan yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman sempena #DiscoveryKedah2016. Mai cek mai ke Negeri Kedah ! Kita ada Langkawi, Masjid Zahir, Gunung Jerai, Pantai Merdeka, dan macam-macam lagi la... ;)

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH