Sunday, July 31, 2011

Zinnirah... Srikandi Islam...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Malam ini ingin saya kongsikan sebuah kisah mengenai seorang Srikandi Islam yang bernama Zinnirah sebagai untuk kita memuhasabahkan diri dan terus kembali kepada Allah. Mungkin kisah ini dapat memberikan kita kekuatan untuk kita terus beramal pada bulan Mulia yang akan mendatang ini iaitu Bulan Ramadhan. Terimalah kisah ini sebagai santapan minda untuk kita semua… Insyaallah…

ZINNIRAH…

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan akidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan akidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah adalah harta yang tiada ternilai bagi setiap individu muslim. Ia merupakan cahaya yang menyinari hidup insan dan menjadi penyelamat dalam mengharungi kesengsaraan kacau-bilau hari pembalasan kelak.

Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan akidah mereka yang telah terpahat kukuh dalam hati sanubari mereka.Keimanan yang jitu dan kesanggupan mereka mengharungi keperitan hidup telah membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam. Hingga ke hari ini Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antaracontoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Dia dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Dia menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dalam lipatan sejarah Islam, golongan yang pertama inilah yang banyak menerima ujian dan dugaan.

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Dia telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya, dia telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan sebagai hamba.Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi dari segi spiritualnya dia mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.

Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara sembunyi-sembunyi kerana takut diketahui oleh tuannya, Umar Al-Khattab yang terkenal dengan sifatnya yang tegas dan berani. Umar sebelum memeluk Islam amat memusuhi Rasulullah dan kaum muslimin. Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semua ini dilakukan dengan penuh hati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah bermula setelah Umar mengetahui keislamannya. Umar dapat menghidu perubahan yang telah berlaku ke atas hambanya itu. Setelah diselidiki, ternyatalah bahawa hambanya itu telah menerima ajaran tauhid yang dibawa oleh Muhammad S.A.W. Zinnirah menjadi mangsa awal kerana kebencian Umar terhadap Islam dan kaum muslimin.

Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadapnya. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik menjadi rutin biasa dalam kehidupan Zinnirah.Semuanya dihadapi dengan penuh kesabaran disamping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila kedua matanya dicucuk dengan besi panas yangmengakibatkannya hilang penglihatannya dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.

“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurgaMu, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”


Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah ketika bermunajat kepadaNya di setiap malam sebagai penawar jiwa diatas segala kesengsaraan yang dihadapi.

Zinnirah akhirnya dibeli oleh Abu Bakar As-Siddiq. Walaupun menerima pelbagai rupa seksaan daripada Umar, Zinnirah tidak mendendami tuannya itu. Malah dia berdoa kepada Allah memohon diberikan hidayah kepada Umar. Penderitaan Zinnirah tidak berakhir di sini, malah dia dicerca oleh kaum musyrikin Mekah. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana mendapat laknat daripada tuhan Latta dan Uzza.

Namun begitu, Zinnirah dengan penuh keberanian mempertahankan dirinya dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, tetapi ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkannya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai ujian, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya.

Zinnirah, seorang wanita biasa, yang mungkin tidak dikenali, yang tidak punya harta atau ijazah tetapi mendapat pujian daripada Allah. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya. Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah.


P/s : Harapan saya agar kita semua dapat terus memuhasabahkan diri kita… Insyaallah…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, July 29, 2011

Fatwa Negeri Selangor Berhubung ASN, ASB...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Malam ini saya ingin kongsikan satu Fatwa yang diperolehi dari Negeri Selangor berkenaan dengan Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan sebagainya. Saya sendiri pun agak terkejut dan saya sendiri akan bertekad untuk tidak melabur lagi dalam pelaburan sedemikian. Insyaallah…

FATWA NEGERI SELANGOR – Seperti yang diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dan dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 (14 Jun 2011m / 8 Jamadil Ula 1432h)

Keputusan tidak perlu diwartakan :

Kertas Kerja Penilaian Semula Hukum Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya :

Keputusan ;

i. Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hokum syarak dengan alasan seperti berikut :-

a. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sector kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud :

Maksudnya : “Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal.”

b. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.

c. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasip dividen.


Sumber : Akhbar Selangor Kini – (22-29 Julain 2011, m/s 13)


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Pasca Selepas Sesi Temuduga...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH… ALHAMDULILLAH…ALHAMDULILLAH… Itulah saja yang mampu saya ungkapkan tatkala satu persatu tawaran untuk menulis saya terima. Tiada apa yang dapat saya banggakan semuanya adalah dari Allah Taala. Dengan kelebihan dan keistimewaan yang diberikan-Nya kepada saya merupakan satu perkara yang cukup berharga.

ALHAMDULILLAH, saya baru sahaja selesai ditemuduga di Wisma Metrowealth sebagai Penulis Skrip Filem/Drama. TERIMA KASIH saya ucapkan kepada Irfan Shah (orang yang bertanggungjawab menemani saya semasa sesi temuduga) dan Amirul Afif (orang yang bertanggungjawab meminjamkan saya motosikal). Terima Kasih !



Pengalaman ditemuduga sebagai penulis skrip ini cukup mendebarkan kerana saya sendiri tiada pengalaman dalam bidang yang saya sendiri pun tak pernah terlintas di fikiran. Tawaran atau peluang yang diberikan oleh Pihak Metrowealth tidak saya sia-siakan, tawaran sebegini saya anggap ianya satu peluang yang perlu untuk saya tampilkan dengan sebuah karya yang berkisarkan tentang ‘kasih sayang’.

Dan apa yang saya pelajari semasa sesi temuduga dalam bidang penulisan skrip ini cukup memberi input-input kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya dalam bidang penulisan. Saya juga disuruh menceritakan sinopsis sebuah cerita seram serta-merta di situ dan Alhamdulillah, idea seram itu berjalan lancar.

Seterusnya saya mendapat lagi satu tawaran dari editor Syarikat Majalah Ana Muslim untuk menyiarkan puisi-puisi saya dalam salah satu ruang di majalah tersebut. Itu pun hasil editor tersebut melawat blog saya yang semakin bertambah pelawatnya. Alhamdulillah… Saya anggap ini semua merupakan rezeki yang diberikan Allah Taala kepada saya.

Kedua-dua tawaran tersebut perlu untuk saya berfikir panjang sama ada untuk berkecimpung secara serius atau tidak dalam bidang penulisan ini. Kerana saya masih kebuntuan untuk meneruskan niat saya ini disebabkan saya sendiri akan menyambung pelajaran saya ke peringkat Ijazah Pertama di UTM JB dalam bidang Pentadbiran dan Pembangunan Tanah.

Saya harap, sahabat-sahabat semua dapat sokong saya dari belakang dalam setiap apa keputusan yang saya buat. Insyaallah… Dengan sokongan itu dapat memberikan saya satu inspirasi untuk terus mencapai kejayaan dan cita-cita saya. Insyaallah… Saya pun doakan yang terbaik untuk semua sahabat-sahabat saya.

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Monday, July 25, 2011

Tahniah SMART, Takziah PEHARTA...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

TAHNIAH kepada Student Management And Resource Technology (SMART) di atas kejuaraan mengungguli Festival Sport and Culture 2011 (FeSC’11) tiga tahun berturut-turut yang sebelum ini menggunakan nama International Campus Games 2009 (ICG’09) dan Culture and Sport Competition 2010 (CSC’10) anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC.



Tahniah juga saya ucapkan kepada Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Elektrik (JURUTEK) dan Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (COMSTAR) di atas peningkatan mereka dalam bidang sukan ini. Masing-masing berada di tempat Kedua dan Ketiga.

Saya sebenarnya terasa sedikit terkilan apabila persatuan saya (ketika di UTM IC) iaitu Persatuan Mahasiswa Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) berlaku penurunan menjunam dari tempat Kedua pada tahun lepas terus kecundang tempat Kedua dari belakang.



Saya bukannya nak salahkan sesiapa tetapi apa yang saya perhatikan dengan maklumat yang saya perolehi ahli-ahli PEHARTA tiada persepakatan dan tiada penyatuan untuk mencapai kejayaan dalam FeSC’11 ini. Masing-masing kelihatan tiada persefahaman antara tahun 1, 2 & 3 serta ahli PEHARTA di KSJ dengan KSS.

Kejujuran saya ini bukannya untuk mengeruhkan lagi keadaan tetapi saya sebenarnya cukup terkilan melihat situasi sedemikian. Selaku Mantan Presiden PEHARTA sesi 09/10, saya bukannya mahukan PEHARTA menjulang piala pusingan tetapi saya mahukan ahli-ahli PEHARTA bersatu dan BERSATU. Biarlah kalah bermaruah.

Apa-apa pun, saya sangat ‘respect’ terhadap beberapa orang ahli PEHARTA termasuk Presiden PEHARTA sekarang yang sentiasa memastikan yang terbaik untuk PEHARTA. Sepatutnya, ahli-ahli PEHARTA ‘alert’ dengan arahan yang diberikan oleh Presiden dan bertindak memberi sokongan terhadap beliau tetapi apa yang saya nampak adalah disebaliknya.

Saya harap teguran saya ini memberi sedikit tamparan kepada semua untuk terus bersatu meraih kejayaan. Kerjasama berkumpulan amat diperlukan oleh anda semua kerana kursus kita ini berkait rapat dengan simbolik kerjasama. Jika medan pertama ini pun kamu GAGAL, bagaimana kamu nak teruskan untuk masa akan datang?

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas darI,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Mantan Presiden PEHARTA 09/10
wan_hazem19@yahoo.com

Setuju Dengan Pendirian Waheeda Wassini...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Saya sedikit tertarik melihat kenyataan bekas penyanyi dan pelakon, Waheeda yang sehingga sekarang mempertahankan pendiriannya untuk tidak terlibat lagi dalam dunia hiburan yang kian bebas dan berlebih-lebihan.

Biarpun Penasihat Pertubuhan Belia Islam Ampang, Ustaz Fazlul Rahimi menyarankan supaya Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab, 32 , terus membabitkan diri dalam dunia hiburan berlandaskan syiar Islam, saranan itu tidak sedikit pun mengubah pendirian Waheeda untuk muncul semula.



Malah, Waheeda terus komited dengan pendiriannya untuk tidak mahu kembali dengan alasan hukum menyanyi pada asalnya adalah harus tetapi ‘sebab-sebab tertentu’ menjadikan karier yang pernah diceburinya adalah haram.

Kata Waheeda, kesukaran menjaga solat dan keadaan persekitaran dalam dunia hiburan yang ‘merimaskan’ memaksanya membuat keputusan meninggalkan kerjaya itu selama-lamanya.

Itu dinyatakan ketika Waheeda menjadi ahli panel satu program bual bicara berjudul Komplikasi Islam dan Iman Membawa Ketenangan anjuran pengurusan masjid al-Azim, Pandan Indah, di sini, Jumaat lalu disaksikan kira-kira 400 jemaah.

Difahamkan, program bual bicara terbabit adalah ceramah pertama berbentuk serius disampaikan bekas selebriti berkenaan mengikuti jejak suaminya, Akhil Hayy. Dalam program itu, antara yang memberikan ceramah adalah pensyarah British Malaysia Institut (BMI) yang juga penceramah, Ustaz Farhan Sudduq dan bekas gitaris, Sham Kamikaze.

Menurut Waheeda, biarpun menerima saranan kembali ke dunia hiburan dengan kemunculan semulanya membawakan watak yang menyampaikan kesenian Islam namun dia bertekad tidak mahu kembali lagi ke dunia itu dengan memberikan alasannya.

“Saya serik dengan dunia hiburan, amat sukar untuk berwuduk dan menjaga solat. Kita tahu artis rindukan Allah SWT namun persekitaran merimaskan membuatkan kita leka menunaikan tanggungjawab sebagai hamba.

“Saya pernah mahu mengekalkan wuduk untuk bersolat lima waktu namun apabila pengarah produksi tahu saya berwuduk dia sewenang-wenangnya memegang tangan saya.

“Malah, dia (pengarah) turut ketawakan saya sesudah wuduk saya terbatal. Siapa dia untuk memainkan agama Allah!” katanya sambil menitiskan air mata.

Menurutnya, walaupun sempurna berwuduk kadang kala wuduknya terbatal sesudah terlanggar rakannya seorang lelaki yang berimej wanita.

“Saya rimas dengan dunia hiburan, saya bertekad meninggalkan dunia itu kerana dunia hiburan tidak menghormati Allah SWT,” katanya. Kata Waheeda, dia juga tidak mahu menyanyi lagi walaupun nasyid dengan alasan haram seorang wanita melunakkan suara di khalayak ramai.

Waheeda ketika diajukan soalan mengenai kehidupannya, berkata dia kini menjadi suri rumah sepenuh masa selain turut menghasilkan lagu untuk suaminya.

“Sepanjang berada di rumah saya menghabiskan masa mengkaji al-Quran dan Bible dan membaca karya pendakwah, Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat,” katanya.

Saya menyeru agar setiap wanita-wanita yang masih menuntut ilmu dan dimana-mana sahaja mereka berada agar sentiasa cekal dan menjaga maruah diri. Ingatlah bahawa Allah akan sentiasa bersama-sama dengan kita jika kita sentiasa mengingat-Nya. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Sumber : Duniacacamarba


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Saturday, July 23, 2011

Selamat Hari Lahir YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

‘SELAMAT HARI LAHIR KEPADA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA’. Saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia mengharapkan yang terbaik dari pihak YAB. Dan saya doakan agar kepimpinan YAB melaksanakan sebuah Negara Islam. Insyaallah. Jom ikuti sedikit sebanyak maklumat berkaitan dengan YAB.



Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Dato’ Sri Najib merupakan putera sulung kepada Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan pasangannya Tun Rahah Mohd. Noah. Dilahirkan dalam keluarga lima beradik, empat yang lain adalah Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohd Nazim dan Mohd Nazir.

Dato’ Seri Najib mendapat pendidikan rendah dan menengahnya di St. John. Institute, Kuala Lumpur. Di zaman persekolahannya, beliau menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain. Beliau gemar bermain bola sepak dan basikal. Apabila menginjak dewasa, beliau mula berjinak-jinak dengan permainan golf, dan soccer.

Pada tahun 1974, dengan menggenggam Ijazah Ekonomi Industri, Dato’ Sri Najib memulakan kariernya sebagai eksekutif dengan Perbadanan Petroleum Nasional (PETRONAS) yang baru ditubuhkan oleh kerajaan pada ketika itu. Biarpun, pada mulanya, Allahyarham ayahandanya, menginginkan beliau menceburi bidang perakaunan, namun minat dan kecenderungannya menjurus ke arah politik.

Pertama kali Dato’ Sri Najib menjejakkan kakinya ke dalam bidang ini ialah selepas ayahandanya Tun Razak meninggal dunia. Sebagai mengenang jasa Tun Razak kepada kepimpinan negeri dan negara, UMNO Pahang kemudiannya sepakat meletakkan Dato’ Sri Najib sebagai ahli Parlimen Pekan. Malah, bukan sahaja Pengerusi Badan UMNO Negeri menyokong cadangan itu, Sultan Pahang turut memperkenankan pelantikan itu.

Mula menceburi bidang politik sewaktu berusia 23 tahun setelah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, kawasan Pekan, Pahang. Kini, setelah 33 tahun beliau berkhidmat bersama-sama UMNO, tanggal 28 Mac 2009, beliau diangkat sebagai peneraju UMNO. Mengikut jejak langkah ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau tekad bangun mempertahankan perjuangan UMNO untuk negara tercinta.

BIODATA

YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK
(SPMK, SPMS, DMK, SSSJ, SPSA, SSAP, SIMP, SPNS, SPDK, DUNM, DP, DPMS, DSAP, PNBS)

Perdana Menteri Malaysia Keenam
3 April 2009 – Kini

Timbalan Perdana Menteri
31 Oktober 2004 – 2 April 2009

Menteri Kewangan
17 September 2008 - Kini

Menteri Pertahanan
1999 – 2008

Menteri Pendidikan
1995-1999

Menteri Pertahanan
1990-1995

Menteri Belia dan Sukan
1987-1990

Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan
1986-1987

Menteri Besar Pahang, Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang
& Pengerusi majlis Perbandaran Kuantan
1982-1986

Timbalan Menteri Kewangan
1981-1982

Timbalan Menteri Pelajaran
1980-1981

Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos
1978-1980

Eksekutif Petronas
1974-1976

Nama: Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
Tempat Kelahiran : Kuala Lipis, Pahang
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Umur: 56 tahun
Nama Isteri: Datin Seri Rosmah Mansor
Anak: Noryana Najwa dan Norashman Razak

Latar Belakang Pendidikan:
• St. John Institution, Kuala Lumpur
• Malvern Boy’s College di Worchestershire, England
• Sarjana Muda Kepujian Ekonomi Industri daripada Notthingham University, United Kingdom

Sumber : Penerangan Malaysia


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, July 22, 2011

Luahan Hati Terhadap Kepimpinan Mahasiswa Hari Ini...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sedih sebenarnya melihat situasi yang berlaku di depan mata. Apa yang diperjuangkan ketika saya menjawat jawatan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC sedikit demi sedikit kembali seperti sedia kala tanpa ada peningkatan yang seharusnya difikirkan oleh setiap pihak yang terlibat. Dan bukannya mengubah ke bentuk yang asal.

Situasi ini dapat diibaratkan oleh saya sebagai membuat istana pasir, apabila ombak datang secara tiba-tiba terus istana itu hancur menjadi pasir semula. Maksudnya tiada guna ketika saya dan mantan perwakilan yang lepas bersuara untuk kebaikan akan datang. Seharusnya kepimpinan sekarang perlu untuk memberi peningkatan terhadap keselesaan dan kemudahan mahasiswa. Dan yang berlaku adalah disebaliknya.



Saya tidak kisah sebenarnya kerana ianya tidak ada kaitan lagi dengan saya. Dan saya anggap ianya sekadar kuasa Allah untuk mengubah kebentuk asal. Apa yang sedih sebenarnya adalah hasil perjuangan saya yang lepas diibaratkan tiada guna.

Untuk pengetahuan semua, keputusan yang dibuat itu melibatkan saya dan Mohamad Hazrai (Mantan MPM UTM IC 09/10) mewakili Mahasiswa dengan beberapa hujah dan berbahas serta berbincang dengan wakil Pihak Universiti iaitu Pegawai Keselamatan dan dipengerusikan oleh Pengarah Kampus berkenaan isu Parking di KSJ.

Pakatan yang dibuat dan persetujuan yang dicapai itu dianggap sementara kerana tiada peningkatan atau kajian lanjut yang dilakukan oleh kepimpinan sekarang sehinggakan ianya kembali ke bentuk asal. Saya tidak menyalahkan kepada mana-mana pihak sama ada di pihak pentadbiran mahupun kepimpinan.

Masing-masing mempunyai agenda yang tersendiri. Masing-masing boleh berfikir untuk kebaikan pada masa akan datang. Saya terpaksa membuat artikel sebegini atas dasar saya berpegang pada perjuangan saya dahulu. Sehinggakan kes kecurian tidak berlaku sepanjang setahun saya menjawat jawatan MPM UTM IC.

Mungkin setiap daripada kita boleh berfikir secara waras dan membuat keputusan yang terbaik untuk mahasiswa hari ini. Kerana setiap kemudahan atau situasi yang berlaku itu, sedikit sebanyak mempengaruhi mahasiswa untuk membuat ulangkaji atau tidak. Kerana setiap mahasiswa itu, ada ‘mood’nya sendiri. Tidak boleh dipaksa, dan tidak boleh memaksa.

Saya bukannya nak membanggakan diri tetapi saya membuat sesuatu keputusan saya atas dasar kajian yang saya buat dan maklumat yang saya dapat. Kerana tidak guna saya berjuang tetapi kajian dan maklumat tidak dibuat dan tidak tepat. Dan bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk mengeruhkan lagi keadaan. Ini hanyalah sekadar pendapat saya sahaja.

Akhir kata, saya hanyalah bercakap atas dasar saya pernah memegang kerusi MPM UTM IC sesi 09/10. Dan saya akan sentiasa menyokong kepada mana-mana yang menampakkan sokongan dan kebaikan kepada mahasiswa akan datang. Saya tidak teragak-agak untuk terus menulis berkaitan dengan perkara yang pernah melibatkan saya. Insyaallah, selagi saya terdaya…

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC 09/10
wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, July 20, 2011

Debaran Sesi Temuduga Sebagai Penulis Skrip Filem...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Agak terkejut apabila menerima emel dari Metrowealth Movies Production untuk ditemuduga sebagai seorang Penulis Skrip Filem. Seperti sedang bermimpi ! Seperti sedang berkhayal ! Setelah berkali-kali melihat ianya memang kenyataan.



Alhamdulillah, syukur kepada Allah memberi saya satu lagi peluang untuk mencuba berbakti atau memberi pengajaran dari hasil penulisan skrip bagi diangkat sebagai sebuah filem. Tetapi saya masih perlukan masa untuk mengembangkan lagi idea kreatif saya ini supaya ianya benar-benar diterima oleh pihak produksi.

Saya menganggap sekiranya saya dipilih setelah ditemuduga pada 29 Julai 2011 ini sebagai bonus dan peluang saya untuk terus berkarya dalam dunia hiburan ini dan sekiranya saya ditolak, saya menganggap ianya sebagai ujian dari Allah Taala.

Kenapa saya begitu tertarik untuk pergi sesi temuduga ini?

Ianya kerana ini merupakan peluang saya untuk mengecapi impian saya untuk berkarya dalam membangkitkan isu yang berkaitan dengan mahasiswa dan remaja di Malaysia. Peluang yang diberikan ini akan saya gunakan sebaiknya untuk mengenengahkan idea seorang mahasiswa ke peringkat yang lebih luas sekiranya ianya benar-benar dapat direalisasikan sebagai sebuah filem.

Peluang ini sedikit sebanyak memberi saya kekuatan untuk saya terus berkarya dalam bentuk penulisan. Jika tahun sebelum ini banyak saya menulis artikel atau isu-isu yang berkaitan dengan mahasiswa dan belia di blog saya ini, mungkin inilah peluang saya untuk melebarkan sayap penulisan saya ke peringkat yang lebih tinggi. Insyaallah.

Dan sekarang saya amatlah mengharapkan doa-doa kalian supaya impian saya ini tercapai dan mendapat hasil yang bermanfaat kepada semua. Sekiranya ianya menjadi realiti, Insyaallah…saya akan teruskan berkarya bagi mengangkat pemikiran / idea kreatif di kalangan mahasiswa kini.

Akhir kata, saya amatlah berharap sekali lagi, agar sahabat-sahabat saya menyokong dan berdoa dengan keputusan saya untuk menghadiri sesi temuduga untuk penulisan skrip ini bagi mencapai impian saya untuk bergelar seorang penulis pada suatu hari nanti.

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

Malam Pratonton Filem 'Senario The Movie Ops Pocot'...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pertamanya, saya ingin ucapkan berbanyak ribuan ‘TERIMA KASIH’ kepada Uncle David Teo dan MIG Online yang sudi menjemput saya untuk bersama-sama memeriahkan Program Malam Pratonton Filem Senario The Movie Ops Pocot di Sunway Pyramid pada malam tadi (19 Julai 2011).

TERIMA KASIH juga saya tujukan kepada Cik Ieda dan Firdaus yang sudi bersama-sama dengan saya pada malam pratonton tersebut. Sungguh kelakar ketika kami bertiga ‘on the way’ ke sana, dengan sesatnya, dengan tersalah masuk jalan dan sebagainya lagi. Hahaha… Apa-apa pun, sungguh enjoy dengan korang berdua.



Apa yang dapat saya katakan berkenaan dengan filem ‘SENARIO THE MOVIE OPS POCOT’ ini adalah sangat kelakar dan mempunyai mesej kenegaraan yang sangat kuat. Kerjasama dengan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang ditonjolkan, cukup memberi kelainan terhadap filem lakonan kumpulan Senario ini.

Tiga perwatakan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga watak utama iaitu Azlee Jaafar dengan ‘lembutnya’, Mazlan Pet Pet dengan ‘penakutnya’, Wahid dengan ‘pendiamnya’, cukup memberi kelainan terhadap file mini di tambah pula lakonan yang bersahaja oleh pelakon lain seperti Diana Amir, Mas Muharni, Sasqiya, Kamal Adli, Hairil dan sebagainya lagi.

Filem Kedua arahan Ismail Hashim atau Bob selepas filem ‘Ngangkung’ cukup menggambarkan betapa kreatifnya sutradara muda zaman ini. Filem yang mengangkat RELA sebagai latar belakangnya cukup menggambarkan kelainan yang ditonjolkan oleh filem-filem tempatan sejak akhir-akhir ini.

Elemen komedi yang ditonjolkan cukup ‘kena’ dengan jalan ceritanya serta para pelakonnya yang cukup memberi kesan terhadap elemen komedi yang ingin ditonjolkan. Jalan ceritanya juga cukup kuat untuk mengatakan bahawa filem lakonan senario kali ini mesti ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Saya juga berasa bertuah kerana mendapat peluang yang dirasakan jarang diberi peluang kepada ‘Mahasiswa’ untuk terlibat bersama-sama memeriahkan dunia perfileman tempatan. Mungkin kesempatan yang diberikan ini menjadi salah satu cara untuk penonton lapisan seperti saya ini terlibat secara tidak langsung dalam dunia filem ini.

Kesempatan yang diberikan untuk beramah mesra dengan barisan pelakon serta penerbitnya juga pada malam itu juga memberi sedikit sebanyak peluang untuk bersama-sama dengan mereka. Air Pepsi dan Pop Corn yang diberikan juga sedikit sebanyak menjimatkan kos kami bertiga yang menjadi antara mereka yang hadir pada malam tersebut.

Apa yang dapat saya berikan bintang terhadap filem ini adalah sebanyak 4.5 bintang disebabkan kepuasan hati saya terhadap jalan ceritanya yang santai dan bermesej. 0.5 bintang lagi saya tidak berikan terhadap filem ini adalah kerana satu babak yang dapat saya katakan cukup tidak logik iaitu Azlee ‘terbang’ ketika sedang mengejar peragut. =)

Akhir kata, saya ingin mengajak semua kawan-kawan saya untuk bersama-sama menonton filem SENARIO THE MOVIE OPS POCOT pada 21 Julai 2011 di pawagam seluruh Malaysia. Jom ikuti beberapa keping gambar saya ketika Malam Pratonton Filem Senario The Movie Ops Pocot, hehehe =)















Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

Monday, July 18, 2011

Penjelasan Isu Hiburan di Negeri Kedah...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Menjadi tanggungjawab saya sebagai rakyat Negeri Kedah bagi membantu menyebarkan maklumat yang sahih dan perlu diketahui oleh semua orang agar tidak tertipu atau termakan dengan kenyataan-kenyataan atau artikel yang bersifat melaga-lagakan antara masyarakat Islam dengan bukan Islam terhadap Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Berikut adalah petikan yang saya ambil dari Saudara Muhammad Sanusi Md Nor selaku Setiausaha Politik Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman dalam blognya terhadap isu Pusat Hiburan sempena Bulan Ramadhan. Banyak yang salah anggap dan tidak mengerti apa yang sebenarnya hendak dibuat dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah dalam memartabatkan Agama Islam sebagai agama yang suci.



Mari kita memahami isunya dulu, baru kita buat kesimpulan.

Posting saya sebelum ini menegaskan MB tak akan berundur. Berundur daripada apa? Berundur daripada menseragamkan penguatkuasaan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat Exco 4 Mei 2011. Ia tetap akan dilaksanakan seperti yang diputuskan.

Siapa yang mendesak?? MCA, Gerakan dan DAP! Apa desakan mereka?…Hapuskan Enekmen itu! Kalau tidak kami saman! Kata Tan Kheng Liang, Ketua Pemuda Gerakan.

Apa yang terkandung dalam Enekmen itu? Bila diluluskan?

Ia adalah tatacara menjalankan aktivit hiburan dan perniagaan berkaitan hiburan,. Apa aktiviti yang termasuk dalam Enekmen ini? Banyak! 13 kategori semuanya… termasuk karaoke, pentomin, panggung wayang, laser disc, MTV, persembahan pentas, sarkas, pancaragam dengan penyanyi, bowling, snuker, billiard, bar, simulator, disko, pub dan lain-lain Ia diluluskan diluluskan pada 1997 dan diwartakan pada 12 Febuari 1998.

Apakah Syarat Am no. 8?

Dalam Jadual C, Enekmen itu muka surat 150 Warta bertarikh 12 Febuari 1998, dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi.

Syarat inilah yang cuba diseragamkan ke seluruh negeri melalui satu kertas Exco yang diluluskan pada 4 Mei 2011, antara lain kelulusan itu menyatakan seperti berikut:

i. Mengeluarkan arahan kepada semua Pegawai Perlesenan Daerah (Pegawai Daerah) untuk menguatkuasakan penutupan pusat-pusat hiburan dengan kerjasama pihak polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

ii. Bersetuju mengecualikan pertunjukkan berkaitan dengan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kacau gangu dan mendapat sokongan daripada Pegawai Perlesenan Daerah untuk dihantar bagi mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

iii. Bersetuju kelulusan Muktamad adalah kuasa Pihak Berkuasa Negeri.

Persetujuan juga termasuk mengklasifikasikan semula jenis hiburan , dengan mengeluarkan aktiviti bowling, billiard, snooker dan sukan-sukan lain daripada takrif hiburan.

Langkah-langkah Penyelesaian

Kerana yang membantah dan menentang ialah masyarakat bukan Islam terutama masyarakat cina, YAB MB memanggil Dewan Perhimpunan Cina Kedah sebagai wakil pengusaha/operator 300 pusat hiburan untuk mendengar pandangan dan keluhan. Dia tidak memanggil Tan Kheng Liang, Chong It Chiew atau Chor Chew Hung! Sekitar 30 orang operator hiburan turut hadir.

Salah sangka – seperti sangkaan MCA, Gerakan dan DAP!

Mereka sangka tentang 13 kategori/jenis hiburan itu diarah tutup semuanya. Mereka sangka tentang jalan keluar dari isu ini hanyalah melalui membatalkan Enekmen 1997 itu. Mereka terlupa syarat no.8 itu ada tercatat pada borang memohon lesen yang mereka tandatangani. Mereka sangka peraturan ini hanya berlaku di daerah tertentu sahaja. Mereka tidak tahu beberapa kategori sukan dikecualikan dari takrif hiburan dalam Enekmen. Semua persepsi ini dibina oleh MCA, DAP dan Gerakan melalui media.

Pendekatan bijak berasaskan agama – bukan perasaan dan sentiment kaum dan politik sempit.

YAB MB memberi penjelasan dan mereka memberi beberapa pandangan dan perakuan dalam memorandum 3 halaman. Secara umum, hiburan tidak dilarang oleh agama selain Islam, dan Ramadhan adalah bulan suci umat Islam sahaja. Di sebalik 300 operator hiburan, ada 6,000 jiwa pekerja mereka yang terpaksa berhenti selama sebulan akibat penutupan itu.

Cadangan mereka ialah (3.1 hingga 3.3) merayu pusat hiburan dizinkan beroperasi mengikut peraturan yang sedia ada. Tidak beroperasi malam Jumaat dan memastikan orang Islam tidak memasuki premis sepanjang Ramadhan. Jika didapati ada pengunjung Islam, mereka bersedia lesen mereka dibatalkan. – Maknanya, operasi sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam. Mereka beri komitmen untuk memastikan hal ini - Jadi apa masalahnya?

Mereka memohon sambutan ‘bulan hantu’ masyarakat cina yang disambut hampir sama dengan Ramadhan dibenarkan diadakan persembahan seperti biasa. Mereka akan pastikan kemuliaan bulan Ramadhan akan terpelihara tanpa sebarang kacau ganggu untuk kepentingan hidup bersama.

Kebijaksanaan Berdasarkan Suasana Semasa

Secara umum, MB bersetuju pusat hiburan dibenarkan sepanjang Ramadhan untuk masyarakat bukan Islam sahaja kerana itu hak mereka, dan kerajaan juga harus memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. Enekmen yang sudah diwartakan harus dikuatkuasakan untuk kepentingan semua pihak. Ini tanggungjawab sebuah kerajaan.

MB menyatakan isu penguatkuasaan Enekmen ini akan diserahkan kepada pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Perlesenan Daerah. Mereka akan timbangkan kelonggaran yang diminta berdasarkan peraturan sedia ada dan cadangan yang dimukakan. Selesailah isu sensasi yang sengaja dipanaskan ‘tak ketahuan punca’ itu. Tidak timbul sama sekali pembatalan larangan atau ‘tarik balik’ kerana takutkan DAP!

Inilah sebahagian kandungan taklimatkan kepada Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa PAS Pusat semalam. Saya juga menjawab dan menjelaskan beberapa persoalan Jawatankuasa PAS Pusat yang kurang jelas dalam beberapa isu di akhbar dan media internet. Daripada beribu komen yang dilontarkan sebaik pengumuman oleh MB pada hari Rabu lalu, hamper tiada yang menentang. Ada sedikit pandangan supaya diberi kelonggaran kepada bukan Islam yang berniaga sesama mereka dalam bulan Ramadhan ini.

Dalam sidang media selepas mesyuarat itu, YB Dato’ Seri Hj Hadi Awang, Presiden PAS menegaskan beliau berpuas hati dengan kebijaksanaan Kedah menyelesaikan isu ini berdasarkan lunas-lunas agama. Memberikan hak kepada bukan Islam mengamalkan cara hidup mereka, dan mengawal umat Islam dari terjerumus dalam amalan yang tidak selari dengan tuntutan Islam - yang menjadi hak dan tanggungjawab kerajaan dan umat Islam.

Beliau kesal dengan manipulasi media yang berniat melagakan parti-parti dalam PR dan mengelirukan masyarakat awam. Beliau mengalu-alukan langkah ke hadapan Kerajaan kedah dalam menguruskan kehidupan masyarakat majmuk dengan penuh kebijakan berasaskan keperluan dan suasana semasa. Tidak ada sepatah pun Presiden PAS menyatakan Kedah menarik balik larangan itu…

Apa makna tarik balik larangan itu? Ia bermakna Kedah membetalkan Enekmen 1997 itu atau menghapuskan syarat am no 8… Adakah kita bergerak ke arah itu? TIDAK! Kita guna Kuasa Pihak Berkuasa Negeri seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang untuk menyelesaikan satu isu yang tak permah selesai di zaman Barisan Nasional. Selamatlah Umat Islam dari gejala yang menjejaskan Ibadah sepanjang Ramadhan tahun ini dan Ramadhan tahun-tahun berikutnya… Kalau boleh, biarlah ia berkekalan hasil tindakan bijak kerajaan dalam Madrasah Ramadhan 1432 ini!

Sumber : Muhammad Sanusi Md Nor
Link
*p/s – Artikel ini bukan untuk menyokong mana-mana parti politik di Malaysia tetapi sekadar ingin memberi penjelasan terhadap isu yang berkaitan dengan negeri kelahiran saya iaitu Negeri Kedah Darul Aman.


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Penghormatan Terakhir Almarhumah YB Dr. Lo' Lo' Ghazali...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Takziah sekali lagi saya ucapkan kepada seluruh keluarga Almarhumah Dr Lo’ Lo’ Ghazali (MP Titiwangsa) yang baru sahaja kehilangan permata srikandi seorang pejuang Islam di Malaysia. Dan saya harap semuanya tabah menempuh dugaan dengan kehilangan Almarhumah ini.

Pagi tadi saya berkesempatan menziarahi jenazah dan pusara Almarhumah di Masjid Al-Akram, Datuk Keramat Kuala Lumpur. Sempat juga saya bersama-sama dengan jemaah lain menunaikan Solat Jenazah yang telah diimamkan oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang (Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, Terengganu).





Hampir 2,000 jemaah hadir memberi penghormatan terakhir terhadap Almarhumah dari pelbagai pelusuk di Malaysia. Ada juga kelihatan sekumpulan yang bukan Islam turut memberi penghormatan terakhir terhadap Almarhumah. Ada juga yang muda, remaja dan dewasa turut serta memberi penghormatan terakhir terhadap tokoh ini.

Saya juga terlihat beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat yang turut sama memberi penghormatan terakhir dan menziarahi pusara Almarhum di Datuk Keramat. Antara yang sempat saya jumpa dan bersalam adalah :
• YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang)
• YB Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh)
• YB Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak)
• YB Dato’ Haji Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena)
• YB Dato’ Seri Mohamamad Nizar Jamaluddin (Ahli Parlimen Bukit Gantang)
• YB Dr. Mohd Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai)
• YB Dr. Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar)
• YB Puan Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff (Ahli Parlimen Rantau Panjang)
• YB Tuan Salahuddin Haji Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian)
• YB Tuan Khalid Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)
• YB Dr. Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Kepong)
• YB Tuan Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Subang)
• YB Tuan Tian Chua (Ahli Parlimen Batu)
• YB Puan Dr. Hajah Halimah Ali (ADUN Selat Klang)
• Dan beberapa orang lagi yang saya pun x ingat nama…

Saya dan keluarga saya mendoakan agar Almarhumah ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh. Insyaallah…Malaysia kita terasa kehilangan seorang srikandi yang cukup tabah dalam mempertahankan Islam dan menegakkan keadilan di Kuala Lumpur terutamanya berkaitan dengan Isu Kampung Baru.

AL-FATIHAH…


Salam Takziah dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
& KELUARGA
wan_hazem19@yahoo.com

Almarhumah Dr Lo' Lo' Ghazali Dalam Kenangan (1957 - 2011)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Semalam (17/7/2011), jam 10.15malam di Hospital Selayang perginya seorang srikandi Pejuang Islam yang begitu komited dalam memperjuangan Islam di Malaysia iaitu Almarhumah YB Dr. Lo’ Lo’ Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa.



Almarhumah meninggal dunia disebabkan penyakit kanser dan sangat kritikal sejak petang semalam. Almarhumah merupakan seorang wakil rakyat Ahli Parlimen Titiwangsa yang dimenanginya pada Pilihanraya Umum 12 mengalahkan saingannya dari Barisan Nasional. Di sini, saya ingin lampirkan sedikit maklumat berkenaan dengan almarhumah.



BIODATA ALMARHUMAH YB DR. LO’ LO’ GHAZALI

Tarikh Lahir : 2 Ogos 1957
Umur : 54 tahun
Tempat Lahir/Asal : Kuala Kangsar, Perak
Pekerjaan : Doktor
Latar Belakang Akademik :
• Sekolah Kebangsaan Jalan Conolly, Ipoh
• Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh
• Kolej Islam Klang
• Universiti Kebangsaan Malaysia – Ijazah Pertama (Kedoktoran)
• Adelaide Alternative Medicine & Surgery – Acupunturist
Kegiatan di Universiti :
• Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM
• Exco PERSIAP UKM
Pertubuhan NGO :
• KHIM
• Yayasan Amal Malaysia
• PPIM
• PAPISMA
• Persatuan Allergy & Aesthetic
• Persatuan Hypertension
• AFMY
• ABIM
• Al Khadeem
• JIM
• Persatuan Alumni FPUKM
• Alumni Alkis
• Alumni Sista
Kegiatan Dalam PAS :
• AJK Dewan Muslimat Pas Pusat
• Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa
• Ketua Pengarah Al-Nisa’
• AJK Kerja Pas Pusat
• Mewakili Parti Sebagai Exco Asian Federation of Muslim Youth.
Jawatan Kini :
• Pengarah Eksekutif di Pusat Perubatan Kohilal
Pengalaman Dalam Pilihanraya :
• Menang di Parlimen P119 Titiwangsa dalam Pilihanraya Umum Ke-12
• Pernah Bertanding di Parlimen P59 Bukit Gantang dalam Pilihanraya Umum Ke-11

Marilah kita sama-sama sedekahkan ‘AL-FATIHAH’ ke atas rohnya agar dicucuri Allah Taala dan ditempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman. Insyaallah. Takziah sekali lagi saya ucapkan kepada seluruh keluarga Almarhumah dan berserahlah kepada Allah. Insyaallah…

Sekian, Wallahu’lam…

Salam Takziah dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
DAN SEKELUAGA
wan_hazem19@yahoo.com

Sunday, July 17, 2011

Diriku Sepanjang 3 Tahun di UTM IC...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sebelum saya mengundur diri untuk membuat persiapan menyambung pelajaran saya ke peringkat Ijazah, ingin saya kongsikan sedikit sebanyak pengalaman saya semasa menjalani kehidupan sebagai mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur selama 3 tahun.

Alhamdulillah, sepanjang 3 tahun saya bergelar mahasiswa di UTM IC ini, banyak peluang dan ruang diberikan terhadap diri saya untuk mengenengahkan bakat dan idea saya dalam bentuk berpersatuan dan keilmuan. Alhamdulillah, dari bergelar sebagai mahasiswa biasa sehinggalah beralih ke Kerusi Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC dan kembali bergelar mahasiswa biasa.



Berikut adalah antara jawatan penting yang pernah dipertanggungjawabkan ke atas bahu saya untuk bersama-sama dengan mahasiswa UTM IC iaitu :
1. Ketua Kokurikulum Pengucapan Awam Universiti Teknologi Malaysia International Campus 2008
2. Ketua Jabatan Keusahawanan, Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa Kediaman Siswa Jaya Universiti Teknologi Malaysia International Campus Sesi 2008/2009 (JKM KSJ UTM IC)
3. Timbalan Setiausaha Persatuan Pengurusan Harta Tanah Universiti Teknologi Malaysia International Campus Sesi 2008/2009 (PEHARTA UTM IC)
4. Rakan Exco Kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia International Campus (MPP UTM IC) 2009
5. Presiden Persatuan Pengurusan Harta Tanah Universiti Teknologi Malaysia International Campus Sesi 2009/2010 (PEHARTA UTM IC) – 3 Bulan
6. Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus Sesi 2009/2010 (MPM UTM IC)

Penglibatan saya yang bergiat aktif dalam kepimpinan dan persatuan yang bermula pada semester 2 sehinggalah semester 6 telah memberikan saya pengajaran dan pembelajaran luar kuliah yang cukup memberangsangkan terhadap diri saya. Alhamdulillah, di atas kepercayaan sahabat-sahabat saya, akhirnya saya telah menyertai hampir 40 aktiviti sepanjang 3 tahun saya berada di UTM IC. Berikut adalah aktiviti yang pernah saya terlibat :
1. Pengarah Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Kampung Krubong Tengah, Tangga Batu, Melaka 2011 (USR-YPM-UTM@Tangga Batu 2011) – Anjuran Sekretariat USR UTM IC
2. Pengarah Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Kampung Bukit Pulau, Melaka 2011 (USR-UTM@Melaka ‘10) – Anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC
3. Pengarah Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Felda Sungai Panching, Pahang 2010 (USR-UTM@Panching ‘10) – Anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC
4. Pengarah Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior, Kubang Pasu 2011 (USR-UTM@Kubang Pasu ‘11) – Anjuran Sekretariat USR UTM IC
5. Pengarah Program Ekspedisi 1 Mahasiswa 1 Suara 1 Wawasan 2010 Kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu bertempat di Gunung Stong, Kelantan (Ekspedisi UTM-UNISZA ‘10) – Anjuran Persatuan Pengurusan Harta Tanah UTM IC
6. Timbalan Pengarah Ekspedisi 1 Mahasiswa 1 UTM 2010 di Gunung Senyum, Pahang (XPDC 1) – Anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC
7. Timbalan Pengarah Persidangan PEHARTA 2010 – Anjuran Persatuan Pengurusan Harta Tanah UTM IC
8. Timbalan Pengarah Pesta Hari Terbuka ‘Mari Hadir Bersama Bergembira’ 2009 Kediaman Siswa Jaya, UTM IC (Mahabbah ‘09) – Anjuran Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa KSJ UTM IC
9. Timbalan Pengarah Program Tangisan Palestin & Kezaliman Zionis 2009 – Anjuran Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa KSJ UTM IC
10. Timbalan Projek Mini Cinema di Kediaman Siswa Jaya UTM IC 2009 – Anjuran Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa KSJ UTM IC
11. Timbalan Pengarah Program Valuation@Ulu Yam 2009 – Anjuran Persatuan Pengurusan Harta Tanah UTM IC
12. Setiausaha Program Kembara Siswa Utara di Sungai Chongkak 2010 – Anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC
13. Setiausaha Program Ceria Bersamamu 2010 – Anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC
14. Ketua Biro Protokol Malam Pra Graduan 2010 (MPG ‘10) – Anjuran Unit Perhubungan ALUMNI UTM
15. AJK Program Rakan Budaya 1 Malaysia 1 UTM di Bengoh, Sarawak 2010 (Rakan Budaya-UTM@Sarawak) – Anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC
16. AJK Program Culture & Sport Competition 2010 (CSC ‘10) – Anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC
17. AJK Minggu Transformasi Mahasiswa Sesi 2010 (MTM ‘10) – Anjuran Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa UTM IC
18. AJK Program Kembara Ramadhan Anak Merdeka 2010 – Anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC
19. AJK Protokol Persidangan PEHARTA ’09 (OGM) – Anjuran Persatuan Pengurusan Harta Tanah UTM IC
20. AJK Publisiti Progam Jalinan Kemesraan 2009 – Anjuran Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa KSJ UTM IC
21. AJK Berita & Laporan Hari Sukan KSJ (Sport Day) 2009 – Anjuran Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa KSJ UTM IC
22. AJK Persembahan Malam Penganugerahan JKM KSJ 2009 – Anjuran Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa KSJ UTM IC
23. AJK Protokol Pesta Hari Terbuka Kediaman Siswa Jaya (PERSADA ‘08) – Anjuran Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa KSJ UTM IC
24. AJK Protokol Program Mimbar Syahadah 2008 – Anjuran Persatuan Mahasiswa Islam
25. Peserta Program Love Valuation 2011 di Ulu Bendul, Negeri Sembilan – Anjuran Persatuan Pengurusan Harta Tanah UTM IC
26. Peserta Kelas Bimbingan Penilaian (V-Tuit ‘10) – Anjuran Persatuan Pengurusan Harta Tanah UTM IC
27. Peserta Program Tautan Hati & Career Talk 2010 di Kolej Shahputra – Anjuran Kolej Shah Putra, Kuantan
28. Peserta Program Valuation In Future 2010 – Anjuran Persatuan Pengurusan Harta Tanah UTM IC
29. Peserta UTM Global Outreach Program to Pulau Batam, Indonesia 2010 – Anjuran Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam UTM IC
30. Peserta Program Sayang PEHARTA ’09 – Anjuran Persatuan Pengurusan Harta Tanah UTM IC
31. Peserta Kursus Asas Keusahawanan Siswa Bil. 1/2009 di D’Village Resort, Ayer Keroh – Anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM JB
32. Peserta Bengkel Pra-Pengurusan Persatuan 2009 – Anjuran Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa UTM IC
33. Peserta Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa Kediaman Siswa Jaya UTM IC 2009 – Anjuran Kediaman Siswa Jaya UTM IC
34. Peserta Kursus Team Building UTM Global Outreach Program 2009 – Anjuran Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa UTM IC
35. Peserta Program Valuation Camping of 3 Institutes 2009 (V-Camp ‘09) – Anjuran Persatuan Pengurusan Harta Tanah UTM IC
36. Fasilitator Program USR-UTM@Melaka 2010 di Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah – Anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC
37. Fasilitator Program Kembali Ke Sekolah 2010 – Anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC
38. Fasilitator Kursus Kepimpinan JKM-KSJ 2010 – Anjuran Kediaman Siswa Jaya
39. Fasilitator Kursus Kepimpinan Pengawas Sesi Petang SMKDIY 2009 – Anjuran Kelab Kaunseling dan Kerjaya UTM IC
40. Pengacara Majlis, Majlis Tautan Ukhuwah Persatuan Mahasiswa Islam 2009 – Anjuran Persatuan Mahasiswa Islam

Alhamdulillah ! Saya juga diberi peluang untuk saya sertai dan hadiri aktiviti atau program peringkat kebangsaan dan nasional di Malaysia. Saya juga dapat berkongsi dan berkenalan dengan ramai mahasiswa yang berlainan universiti. Ini memberikan saya satu keistimewaan untuk saya terus mempamerkan kualiti kepimpinan UTM IC. Berikut adalah beberapa aktiviti yang pernah saya sertai dalam Malaysia :
1. Peserta Konvensyen Belia Negara 2010 – Anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
2. Peserta Simposium Dilema Melayu : Perspektif & Konklusi 2011 – Anjuran Alumni Aspirasi Malaysia
3. Peserta Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2010 – Anjuran Majlis Kepimpinan & Latihan Universiti Malaysia (MAKLUM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
4. Peserta Kursus Bina Negara Asas 2010 – Anjuran Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri
5. Peserta Kongress Integriti Bersama Pemimpin Mahasiswa 2010 – Anjuran Integriti Nasional
6. Peserta Kursus Kepimpinan IPTA 2009 – Anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
7. Peserta Kursus Pembangunan Insan (Seluruh IPTA) 2009 – Anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
8. Peserta Kursus Bina Negara Asas Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur 2009 – Anjuran Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri
9. Peserta Seminar Agenda Melayu – Memperkasa Politik Melayu 2009 – Anjuran UMNO Malaysia
10. Peserta Program Menyelami Minda Muda (3M) 2009 – Program Dialog Bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia – Anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
11. Peserta Program 100 Hari Najib Bersama Rakyat 2009 – Anjuran Jabatan Perdana Menteri

Alhamdulillah jugak ! Saya turut diberi kesempatan untuk meraih beberapa anugerah yang diiktiraf pihak Universiti. Dan kesemua anugerah itu saya anggap sebagai satu hadiah kepada diri saya dan seluruh sahabat-sahabat saya yang sentiasa menyokong saya. Alhamdulillah dan Terima Kasih ! Berikut adalah beberapa Anugerah yang pernah menjadi milik saya :
1. Anugerah Mahasiswa Berpotensi 2011 – Anjuran Unit Perhubungan Alumni UTM JB
2. Anugerah Permata Gemilang (Tokoh Harapan 2009) Malam Penganugerahan JKM KSJ Sesi 2009/2010 – Anjuran Kediaman Siswa Jaya
3. Anugerah Seri Mahligai (Jabatan Keusahawanan Terbaik 2009) Malam Penganugerahan JKM KSJ Sesi 2009/2010 – Anjuran Kediaman Siswa Jaya
4. Naib Johan Debat Ala Parlimen Kolokium Teknologi, UTM 2009 – Anjuran Fakulti Kimia dan Sumber Asli UTM JB
5. Saguhati Pertandingan Mendeklamasi Sajak & Mencipta Sajak Maulidur Rasul 2009 – Anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UTM IC
6. Anugerah Dekan Semester 1, 2008/2009 – GPA : 3.81 – Dekan Kolej Sains dan Teknologi
7. Anugerah Dekan Semester 2, 2008/2009 – GPA : 3.54 – Dekan Kolej Sains dan Teknologi
8. Anugerah Pendidikan 2008/2009 – Anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia

Alhamdulillah, saya anggap kesemua kenangan manis dan pahit saya di UTM IC sedikit sebanyak mengajar saya erti kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan sebagai rakyat Malaysia. Saya juga tetapkan pada diri saya, yang saya akan terus mengejar cita-cita saya sebagai seorang Ahli Parlimen Alor Star pada 2027. Insyaallah… Dengan pengalaman yang saya anggap cukup untuk memberikan saya laluan untuk terus berjuang menegakkan keadilan akan saya gunakan sebaik mungkin. Insyaallah…

Dan nasihat saya pada adik-adik saya yang masih menuntut di UTM IC, gunakanlah sebaik mungkin masa anda dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Tiada kejayaan akan datang sekiranya kita tidak berusaha. Kepimpinan Didahulukan, Akademik Diutamakan… =)

Akhir kata, saya nak ucapkan berbanyak ‘TERIMA KASIH’ kepada Encik Sharil, Encik Shafiq, Encik Noh, Cik Mazlyna, Puan Siti Salamah, Puan Siti Zaiton, Datuk TNC, Pengarah Kampus dan sebagainya lagi yang mewakili pentadbiran UTM IC yang sentiasa memberi peluang dan ruang untuk saya tegakkan apa yang patut untuk mahasiswa. Kepada pensyarah-pensyarah saya, yang sentiasa memberi sokongan kepada diri saya untuk menceburi bidang kepimpinan ini dan memberi ilmu yang tidak henti-henti pada saya. Terima kasih !

Dan kepada sahabat-sahabat saya, kawan-kawan saya, rakan-rakan saya, adik-adik saya, junior-junior saya, saya anggap andalah tulang belakang saya yang membuatkan diri saya kuat untuk berhadapan dengan segala apa macam. Tanpa korang semua, saya mungkin takkan kecapi apa yang saya dapat sekarang. Terima Kasih !

Jumpa saya di Fakulti Geoinformasi & Harta Tanah (FGHT) UTM JB – Kursus Pembangunan dan Pentadbiran Tanah & Kolej 11 UTM JB… =)

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

Sekali Lagi... Cukup Mempesonakan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Semalam saya berkesempatan sekali lagi menonton sebuah filem melayu yang cukup menyentuh hati iaitu ‘SEKALI LAGI’. Filem arahan Saudara Hashim Rejab ini cukup santai dan mempesonakan. Filem ini cukup saya tertarik ketikamana membaca beberapa review yang dibuat oleh wartawan hiburan akhbar harian.



Filem ini agak berlainan dari drama-drama dan filem-filem melayu yang ditayangkan sebelum ini termasuk jalan ceritanya yang santai dan menarik. Filem ini memaparkan mesej dan pengajaran yang amat kuat.

“Saya tak nak kawan dengan awak sebab mama saya tak kasi kawan dengan awak…”

“Jangan… Jangan…” Sambil mempertahankan Arman di tepi warung…

Itulah bait-bait dialog ‘Amy’. Seronok melihat watak ‘Amy’ lakonan pelakon cilik, Mia Sara Nasuha yang begitu comel dengan perwatakannya pula yang cerdik menaikkan lagi seri filem ini. Dan karakter yang dipaparkan oleh Mia Sara cukup membanggakan dan Mia Sara layak untuk menjulang Pelakon Kanak-Kanak Terbaik untuk Festival Filem kali ini.



Begitu jugak lakonan bersahaja oleh Lisa Surihani yang juga menampakkan seri filem ini. ‘Mama Amy @ Sheila’ watak yang dipegang oleh Lisa ini cukup menggambarkan betapa peritnya seorang hati ibu muda apabila bergelar ibu tunggal di usia muda. Luahan hati yang dipaparkan oleh Sheila ini terhadap anaknya Amy cukup menyentuh hati.

Selain itu, kekuatan filem ini mungkin terletak pada lakonan hebat Shaheizy Sam yang memegang watak ‘Arman’ yang mengalami penyakit ‘Automatik’…Opps… Penyakit Autistik la ! Lakonan kebudak-budakan si Arman ini cukup menjadi dan mantap. Dilihat dari sudut mutu lakonannya, saya dapat rasakan ini mungkin antara lakonan hebat pelakon yang pernah bergelar Bintang Paling Popular ini.

Cuma apa yang saya kurang suka terhadap filem ini adalah pengakhirannya. Pengakhirannya cukup membuatkan diri saya dan kekawan yang menonton mempertikaikannya. Bukan menidakkan kredibiliti filem ini tetapi macam pengakhirannya cukup tidak memuaskan hati saya dan kawan-kawan saya.

Sebelum itu, saya nak kasi dulu bintang sebanyak 4 bintang terhadap filem ini. Dan 1 bintang lagi saya simpan disebabkan ketidakpuasan hati saya terhadap pengakhiran filem ini. Hehehehe… Saya mengajak kekawan saya yang masih belum menonton filem ini untuk sama-sama menonton file mini secepat mungkin.

Akhir kata, saya pun nak jadi cerdik @ genius macam ‘Amy’ di UTM JB nanti. Hehehehe… Insyaallah, tiada yang mustahil terhadap kekuasaan Allah Taala. Yang penting berusaha… Betul tak?

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com