Tuesday, April 19, 2011

Pembentangan Latihan Industri (LI)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini merupakan hari yang paling membuat saya begitu gembira apabila tugasan terakhir saya dalam semester ini berakhir iaitu menghantar laporan penilaian latihan industri, laporan ringkasan latihan industri, buku log latihan industri dan seterusnya membuat ‘Presentation’ untuk 3 orang ahli panel yang terdiri daripada Pensyarah dari UTM Space.

Gelabah habis sebelum melangkah masuk ke Bilik Presentation, berbekalkan ungkapan ‘Bismilllahirahmanirrahim’ dan ilmu pengetahuan yang ada menguatkan lagi untuk yakin dalam setiap kata-kata yang diungkapkan. Dengan hanya 6 slide yang dipersembahkan dan saya lebih menfokuskan aspek penerangan membuatkan bilik tersebut kelihatan tenang termasuk bagi sesi soal-jawab.

Di kesempatan ini juga saya ingin berkongsi 6 slide yang dipersembahkan oleh saya kepada barisan Panel sebagai perkongsian ilmu ‘bagaimana mahukan persembahan yang baik dan mempunyai fokus’ yang saya pelajari ketika terlibat dalam kursus Kepimpinan Mahasiswa Cemerlang. Bersamalah melihat hasil kerja saya di Firma
Firdaus & Associates Professionals Property Sdn. Bhd.












Saya percaya sekiranya, setiap mahasiswa diberi peluang untuk membuat latihan industri semasa Diploma ini, kemungkinan besar kualiti mahasiswa Diploma akan bertambah kerana aspek Teori dan Praktikal disatukan dalam dunia realiti, dunia pekerjaa.

Pengalaman yang begitu banyak saya tempuhi hampir 4 bulan lebih di firma ini membuatkan diri saya berkobar-kobar untuk menempuh dunia realiti yang semakin mencabar dan banyak persaingan. Tidak kiralah di mana sahaja kita berada.

Akhir kata, saya ucapkan 'Terima Kasih' kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa saya menjalani Latihan Industri ini. Hanya tinggal 1 bulan lagi untuk saya tamatkan latihan industri ini. Insyaallah...

Sekian, Wallahua'lam....

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

4 comments:

WMHMY said...

Tempat-tempat menarik di Seoul, South Korea... =)

http://wanmuhammadhazem.blogspot.com/2013/11/tempat-tempat-menarik-di-seoul-south.html

Unknown said...

ohsem ar bro thanks sesangat

Unknown said...

Hi hazim. I adrina dari course diploma teknologi. Nak tanya. Ini proses ke mcm mana.

panglima jebart said...

hi adrina saya juga dari pengurusan teknologi..tetapt dari perakaunan..untuk tahun kita.. kita kena lebih spesifik dalam pembentangan..dan menunjukkan secara jelas tugasan kita...seperti gambar..syarikat atau kerja yang kita uruskan..thank q.