Wednesday, April 13, 2011

Keindahan Dalam Kehidupan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



Keindahan dalam kehidupan dapat dirasai sekiranya kita melakukan apa yang diimpikan oleh kita sendiri yang mampu untuk memberi kebaikan atau manfaat kepada orang / masyarakat sekeliling. Pelbagai cara dapat kita lakukan untuk memastikan perkara ini berlaku di dunia hari ini.

Buka saja akhbar harian pasti akan ada kebaikan yang ditonjolkan oleh kepimpinan Negara hari ini terutamanya kawasan yang sedang hangat untuk sesi Pilihanraya Kecil (PRK) atau Pilihanraya Umum (PRU). Pasti akan ada peruntukkan yang diluluskan untuk sesuatu kawasan bagi memancing undi oleh rakyat yang bijaksana ini.

“Jika kawasan kamu mahu maju, kita doakan YB kawasan tersebut meninggal kerana bila-bila saja peruntukkan wang ringgit akan dilaburkan untuk tujuan pembangunan meraih undi” itulah ungkapan yang disifatkan sesuai dengan situasi hari ini. Memang ‘Benar’ sekiranya kita mengkaji perkara ini dan ‘ambil tahu’ situasi sekeliling kita hari ini.

Mahasiswa hari ini perlu sedar dan perlu untuk bersama-sama memerhati, mengkaji dan menyedari lakonan dan drama yang sedang dimainkan untuk mengaburi kita terutamanya golongan mahasiswa yang sedang bertarung dalam bidang akademik.

Kepekaan / ketelitian dalam mencorakkan kehidupan kita sendiri adalah langkah terbaik supaya kehidupan kita tidak terbabas atau tergelincir dari landasan sebenar sebagai hamba-Nya yang sementara di persinggahan ini. Ingatlah ALLAH sebelum membuat sesuatu keputusan kerana setiap tindakan yang kita lakukan ada baik dan buruknya.

Perjalanan hidup dalam mencari keindahan yang diimpikan amat penuh dengan cabangnya. Ada madu yang perlu diisi kadang kala hempedu yang berhasil. Dan inilah yang dinamakan ketentuan Ilahi atau Qada’ dan Qadar. Setiap yang berusaha pasti aka nada hasilnya. Tak kiralah berapa lama sekalipun. Pendakian anak tangga satu persatu akan terhasilnya kesabaran yang menggunung dan akhirnya menjadi mercu tanda sebuah kejayaan.

Perkongsian ilmu hari ini membawa erti satu yang diimpikan iaitu mencari kebahagiaan dalam sebuah kehidupan yang hakiki. Saya percaya jika setiap antara kita mempunyai jati diri yang tinggi, keberanian/ kepercayaan kepada diri sendiri, Insyaallah… Anda adalah Sang Juara.

Keindahan dalam sebuah kehidupan ini sudah menjadi resmi untuk kita semua menggapai impian dan membawa obor-obor kejayaan untuk dipersembahkan kepada ibu ayah anda. Percayalah, jika kita tidak mengerti atau mencari kejayaan tersebut, kitalah antara orang rugi.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: