Friday, April 8, 2011

"2 ALAM" penuh pengajaran...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



Semalam saya berkesempatan menonton filem “2 ALAM” arahan Hairie Othman & Ed Zarith Lokman bersama rakan seperjuangan saya, Darren Lai dan beberapa orang lagi. File mini dapat saya katakan antara filem yang sarat dengan pengajaran dan teladan.

Jika dilihat dari segi plot penceritaannya, cerita ini sungguh baik tetapi penggunaan konsep ‘Flash-Back’ menyebabkan filem ini tampak kurang menarik. Anda semua boleh menilai sendiri penceritaan filem ini, nilai-nilai moralnya dan sebagainya lagi.

Filem sebegini ‘berat’ untuk menarik penonton semua sepertimana filem-filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad. Walaupun mendapat kritikan yang hebat, file mini sendiri mampu berdiri sebagai sebuah filem yang cukup memberi kesan kepada penontonnya.

Jika ditanya berapa bintang yang ingin saya berikan kepada filem ini, 3.5bintang yang akan saya berikan. Walaupun banyak kecacatan yang berlaku tetapi filem ini masih releven untuk anda semua menontonnya kembali.

Apa-apa pun, saya sentiasa menyokong filem-filem Melayu yang penuh pengajaran dan teladan yang sememangnya perlu untuk diadaptasikan ke sebuah naskah layar perak sebagai perkongsian kepada seluruh masyarakat umum supaya kita tidak terlambat dan sentiasa berhati-hati dengan hari yang mendatang. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

2 comments:

Muhammad Salman said...

2 alam ni dr.rozmey punya filem. filem genre seram. belum tengok tapi tak rasa berminat. kerana sudah tersedia banyak filem seram di negara ini seolah-olah pengarah di malaysia ni kesempitan idea. asal nak untung sahaja buat filem seram. bila pengarah lain tgk filem itu menguntungkan, semua pengarah skrg buat filem seram. itu sekadar pendapat ikhlas. abg wan lepas ni nk dtg bilik salman bwk la filem2 yasmin ahmad tu. cite muallaf ke, belum penah tgk lagi tu.

junainah said...

benar cerita ini ad pengajaran terutama kpd yg bergelar "2 alam". namun sy rasa cerita ini lebih kpd cerita LUCAH MODEN yg tiada tapisan yg tidak boleh dilihat oleh golongan berumur bawah 18 tahun kerana kita pon tahu pemegang watak Amy dlm cerita ini adalah seorang perempuan