Wednesday, April 20, 2011

Persahabatan Perlu Diteruskan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Setiap orang pasti inginkan seorang sahabat yang memahami, mengerti dan menerima dirinya dengan seadanya. Ada sahabat yang mampu membawa ke arah kebaikan dan ada juga yang mampu membawa ke arah kecelakaan.



Memang berat untuk saya kongsikan perkara sebegini tetapi saya abaikan juga kesangsian itu sebagai teladan dan perkongsian kepada seluruh pembaca blog yang sentiasa mengikuti perkembangan dan perkongsian di blog saya ini.

Niat saya dalam sebuah persahabatan adalah kerana Allah dan untuk membimbing dan dibimbing untuk ke arah yang lebih baik tanpa mengira umur, jantina, kedudukan dan sebagainya lagi. Banyak perkara yang berlaku termasuk berdepan dengan ‘Kawan Makan Kawan’ ini sehingga membuatkan diri saya ini serba salah jika saya tidak berkawan dengannya.

Siapa yang tidak sakit jika dipergunakan dan diperdayakan sesuka hati semata-mata untuk memastikan diri kita ini teraniaya dan ditertawakan oleh orang sekeliling. Alhamdulillah, saya menerima dugaan sebegini dan terpaksa mengharunginya untuk terus saya ke hadapan meraih kejayaan.

Keikhlasan yang cuba saya sampaikan untuk membimbing ke arah melahirkan seorang kawan yang berkualiti walaupun berlainan umur tetapi itulah tanggungjawab saya sebagai seorang ‘Senior’. Tapi disebabkan berlakunya perkara sedemikian membuatkan diri saya sungguh terkilan dengan orang sedemikian. Allah Maha Adil,

“KADANG-KADANG ALLAH HILANGKAN MATAHARI DAN DATANGKAN PETIR DAN KILAT, KITA TERTANYA-TANYA KEMANA HILANGNYA MATAHARI, RUPA-RUPANYA ALLAH MEMBERI KITA PELANGI”

Walaupun saya belum bersedia untuk berdepan dengan semua perkara ini tapi saya akan cuba sedaya yang mungkin untuk berdepan dengan situasi ini untuk mempertahankan sebuah persahabatan yang akan terus berkekalan hingga ke akhirnya. Insyaallah, persahabatan itu lebih perlu untuk dikekalkan walaupun terpaksa berdepan dengan liku-liku jalan di sebuah persimpangan kehidupan.

PERJUANGAN INI SAMUDERA KEHIDUPAN,
DI TANAH GERSANG MANGATUR PENGEMBARAAN,
PENUH LIKUAN, CABARAN, JUA HALANGAN,
BERTARUNG TENAGA DI SEPANJANG PERJALANAN,
ANDAI BENAR PAHITNYA PERJUANGAN,
HARUS DIFIKIRKAN MANISNYA KEJAYAAN…

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: