Wednesday, April 18, 2012

UTM Bridge Model Competition 2012...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“UTM BRIDGE MODEL COMPETITION 2012” anjuran Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia diadalakan bermula 17 hingga 19 April 2012 yang bertempat di Dewan Sultan Iskandar (DSI) cukup meriah serta mendapat penyertaan yang menggalakkan dari seluruh IPT dan Pelajar Sekolah Menengah. 

Melihat satu persatu model-model yang disediakan oleh para peserta serta mendapat penjelasan dari para peserta cukup membuatkan saya terpesona dengan idea-idea kreatif mereka serta penghujahan yang cukup mantap dan setiap rekaan mereka ini mempunyai kelebihan dan kreativiti yang tersendiri. 

Antara konsep yang menjadi tarikan saya adalah jambatan yang berkonsepkan, ‘Wau Bulan’, ‘Minangkabau’, ‘Sarang Tebuan Madu’, ‘Kuda Laut’, ‘Karipap’, ‘Bintang’, ‘Helang’ dan sebagainya lagi. Setiap rekaan tersebut mempunyai kekuatan yang tersendiri dari segi kekukuhan, ketahanan dan sebagainya lagi. 

Apa yang dapat saya katakan adalah rakyat Malaysia kita cukup kreatif, cuma peluang seperti ini perlu diberikan kepada mereka untuk menunjukkan kreativiti dan idea masing-masing. Dengan aktiviti seperti ini juga, sedikit sebanyak memberi perangsang untuk anak muda, belia remaja dan para pelajar untuk terus memberi persaingan dalam sesuatu bidang tersebut.



Pesanan untuk sahabat-sahabat, rakan-rakan dan pembaca-pembaca blog yang ada di UTM JB atau sekitar dengannya, jemputlah memeriahkan dan melihat sendiri model-model jambatan ciptaan anak muda Malaysia. 

TAHNIAH untuk semua peserta dan pihak penganjur. =) 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

1 comments:

IQ = Iez Qis said...

esok kategori sekolah pulak...

ramai kawan2 yang join~ bangga...dari zaman skolah lagi competition ni ada~