Sunday, April 8, 2012

Lawatan Sehari Ke Parlimen Malaysia...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pada 5 April 2012 (Khamis) saya diberi peluang untuk menjadi salah seorang mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke Lawatan Sehari Ke Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur. Peluang yang diberi itu digunapakai sebaik mungkin bagi melihat lebih dekat perbahasan di Dewan Rakyat.

Alhamdulillah, Lawatan Sehari Ke Parlimen Malaysia disambut baik oleh Setiausaha Sulit Kanan Yang di Pertua Dewan Negara, Datuk Shamsul Bahri Shamsudin. Kami diberi taklimat awal oleh beliau di Dewan Negara. Dan saya juga diberi kesempatan untuk duduk di kerusi Perdana Menteri dan juga Barisan Pembangkang. Satu penghormatan yang sangat baik diberikan kepada saya selaku seorang mahasiswa biasa.

Kami diberi kesempatan masuk 10minit lebih awal sebelum Persidangan Dewan Rakyat bermula. Dan perasaan yang begitu teruja dapat dilihat oleh setiap para peserta. Dan yang paling saya harapkan adalah untuk melihat secara langsung 2 orang tokoh politik muda yang cukup hebat iaitu YB Nurul Izzah Anwar (MP Lembah Pantai) dan YB Khairy Jamaluddin (MP Rembau) berbahas mengikut isu yang diperbahaskan.

Antara YB-YB yang sempat kelihatan ketika saya di dalam Dewan Rakyat adalah :

• YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (MP Bagan Datok)
• YB Dato’ Noriah Kasnon (MP Sungai Besar)
• YB Dato’ Yong Khoon Seng (MP Stampin)
• YB Dato’ Dr Mashitah Ibrahim (Senator)
• YB Datuk Wira Abu Seman Yusop (MP Masjid Tanah)
• YB Dato’ Razali Ibrahim (MP Muar)
• YB Dr. Mohd Puad Zarkashi (MP Batu Pahat)
• YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (MP Papar)
• YB Datuk Hj Ahmad Maslan (MP Pontian)
• YB Hajah Nancy (MP Batang Sadong)
• YB Dato’ Lillah Yassin (MP Jempol)
• YB Ir Hj Hamim Samuri (MP Ledang)
• YB Dato’ Seri Hj Azmi Khalid (MP Padang Besar)
• YB Dato’ Noraini Ahmad (MP Parit Sulong)
• YB Dato’ Sri Azalina Othman (MP Pengerang)
• YB Datuk Wira Ir Hj Idris Haron (MP Tangga Batu)
• YB Dato’ Hj Taib Azamudden Md Taib (MP Baling)
• YB Mohamed Azmin Ali (MP Gombak)
• YB Dato’ Saifuddin Nasution Ismail (MP Machang)
• YB Nurul Izzah Anwar (MP Lembah Pantai)
• YB Fong Po Kuan (MP Batu Gajah)
• YB Dr Tan Seng Giaw (MP Kepong)
• YB Fong Kui Lun (MP Bukit Bintang)
• YB Haji Nasharuddin Mat Isa (MP Bachok)
• YB Dato’ Kamarudin Jaffar (MP Tumpat)

Selepas itu, lawatan kami diteruskan lagi dengan sesi perkongsian pengalaman dan Q&A bersama Ahli Parlimen Tangga Batu, YB Datuk Wira Ir Hj Idris Haron. Banyak input-input yang diberikan mengenai pentingnya akademik dan sebagainya.

Seterusnya kami diberi kesempatan untuk menjamu selera Jamuan Tengahari yang dibuat di Parlimen Malaysia itu juga dengan kehadiran delegasi Persatuan Peguam Muslim Malaysia serta Yang Di Pertua Dewan Negara, YB Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Petangnya pula, kami diberi kesempatan untuk membuat kunjungan hormat ke bilik Yang Di Pertua Dewan Negara, YB Tan Sri Abu Zahar Ujang serta diberi kesempatan untuk bersoal jawab dengan beliau. Untuk pengetahuan umum, bilik yang dipertemukan kami dengan Yang Di Pertua Dewan Negara itu adalah hanya tempat untuk delegasi Pemimpin Luar Negara. Hehehe… 

Saya juga diberi peluang untuk beramah mesra dengan beberapa orang Ahli Parlimen dan sempat bergambar dengan beberapa orang Ahli Parlimen seperti YB Dato’ Tan Lian Hoe (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merangkap MP Gerik), YB Khairy Jamaluddin (MP Rembau), YB Dato’ Noraini Ahmad (MP Parit Sulong) dan YB Datuk Wira Ir Hj Idris Haron (MP Tangga Batu)

Lawatan Ke Parlimen Malaysia ini boleh diibaratkan sebuah mimpi sebabnya kebanyakannya adalah di luar jangkaan saya sendiri. Contohnya saya diberi peluang untuk duduk di kerusi Perdana Menteri dalam Parlimen Malaysia dan duduk di kerusi Yang Di Pertua Dewan serta duduk di kerusi Pemimpin-Pemimpin Pembangkang Malaysia. Ianya satu penghormatan yang diberikan kepada saya dan kawan-kawan yang lain. 

Tapi saya sedikit kecewa apabila impian saya untuk beramah mesra dengan MP Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar tidak kesampaian. Huhuhu… Dan sebelum itu dengan beraninya saya meminta kebenaran dan meminta diberi peluang untuk beramah mesra dengan dua IKON Politik Muda iaitu MP Lembah Pantai sendiri dan MP Rembau. Tapi apakan daya tiada rezeki untuk bertemu empat mata dengannya. 

Apa yang saya dapat dari Lawatan Ke Parlimen Malaysia ini adalah cukup menarik dan banyak pengetahuan baru yang saya dapat. Dan saya sendiri yang bercita-cita untuk menjadi Ahli Parlimen Alor Star suatu hari nanti akan pasti mencapai impian saya untuk membawa suara rakyat Alor Star terutamanya penduduk Islam Melayu di Parlimen yang akan datang. Insyaallah… 

Walaupun ada berlaku sedikit perkara yang cukup menyedihkan saya iaitu saya kehilangan duit saya ketika dalam sesi lawatan tersebut tetapi lawatan tersebut sememangnya patut diteruskan lagi dan jika diberi peluang lagi saya ingin berada di dewan yang mulia itu ketika sesi perbahasan antara Ketua Kerajaan Malaysia dan Ketua Pembangkang Malaysia. Insyaallah… 

Apa-apa pun, saya cukup berterima kasih kepada semua yang memberi kesempatan untuk sama-sama menyertai Lawatan Sehari Ke Parlimen Malaysia tersebut. Dan yang paling penting, saya cukup berpuas hati dengan program seperti ini. Terima Kasih semua… 

Jom tengok beberapa keping gambar saya dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat dan di sekitar Parlimen Malaysia… =) 

<

Kredit to Suryati Sue, Adlin & Aliff Haikal untuk gambar-gambar nie… =) 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: