Tuesday, April 17, 2012

'Adikku Marilah Belajar...' KHAS Untuk Pelajar Tingkatan 5 SMK Semenchu...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia...

Selepas sehari sudah berlalu Program Khidmat Insan Dinamik (PROKID) IV Siri V 2012 yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu, Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor. Banyak pengalaman yang saya dapat. ALHAMDULILLAH…


Melihat kepada kegigihan dan semangat yang tinggi dari para pelajar SMK Semenchu, terfikir saya untuk mencipta sebuah puisi KHAS ditujukan kepada adik-adik Pelajar Tingkatan5 SMK Semenchu yang bertajuk, ‘ADIKKU, MARILAH BELAJAR…’. Jom kita sama-sama hayati… 

Terimalah dari Abang Hazem, 
‘ADIKKU...MARILAH BELAJAR...’ 

Adikku...marilah belajar... 
Belajarlah apa saja ilmu 
Untuk dipenuhkan kekosongan di dadamu... 

Adik harus ingat 
Dunia sekarang penuh dengan dusta 
Kilauan intan dan emas 
Bagai lautan yang akan melemaskan 
Hitam diseru pelapis 
Putih pula ditepis 
Itulah yang merisaukan abang... 

Adikku...marilah belajar... 
Penuhkan ilmu dalam dirimu 
Kerana perjalananmu masih jauh lagi 
Pelbagai onak dan duri 
Harus adik tempuhi... 

Dengan belajar...baik dan buruk dapat diketahui 
Dengan belajar...minda sentiasa berfikir 
Dengan belajar...hidup dapat pergi jauh 
Dengan belajar...adik tidak akan sesekali lemas 

Ingatlah pesan abang...wahai adikku sayang...

Sebentar lagi...abang akan pergi 
Meninggalkan adik menyusuri sendiri 
Lautan luas yang penuh berliku 
Dengan harapan...penuh ilmu di dada 
Yang dapat membentuk peribadi mulia 
Insan soleh yang diimpikan 
Ayah dan Bonda... 

Adikku...marilah belajar 
Mewarisi kemerdekaan 
Nenek moyang kita selama ini 
Memimpin generasi akan datang 
Dengan ilmu penuh di dada... 

Dengan ilmu... 
INSYAALLAH... 
Dapat membentuk generasi berguna... 

*Pesanan Abang, “Fokuslah dan berilah sepenuh perhatian terhadap SPM. Buatlah sebaik mungkin dan sentiasalah berusaha dalam mencapai sebuah impian dan kajayaan yang diimpikan oleh adik-adik. Janganlah sesekali leka ! Abang percaya, adik-adik abang SMK Semenchu semuanya hebat, pandai dan berkualiti ! Insyaallah, buktikanlah pada Abang, yang adik-adik SMK Semenchu mampu untuk lakukan yang terbaik dalam SPM. Insyaallah… Abang2 dan Akak2 UTM sentiasa doakan yang terbaik untuk adik-adik SMK Semenchu semua… =) ”


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

2 comments:

Ahmad Haziq Azlan said...

oh ni la yg sampai tgah malam baru balik tu

wan muhammad hazem said...

yup...heheheh best doe bersama dengan adik-adik SMK Semenchu... =)