Wednesday, April 18, 2012

Program Khidmat Insan Dinamik (PROKID) Di SMK Semenchu...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH… Pertamanya sekali, saya amatlah bersyukur kerana diberi peluang dan berkesempatan untuk bersama-sama dengan barisan AJK, Urusetia, Fasilitator, Guru-Guru SMK Semenchu dan Waris Pelajar dalam meraikan Para Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu bagi Program Khidmat Insan Dinamik (PROKID) IV Siri V 2012 yang julung kalinya diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu pada 13 hingga 15 April 2012. 

“Bersama Menuju Kejayaan” 

Itulah ungkapan pertama saya ketikamana dipilih menjadi salah seorang barisan Fasilitator merangkap Ketua Unit Tugas-Tugas Khas. Niat saya yang paling utama adalah untuk membimbing para pelajar Tingkatan 5 SMK Semenchu yang saya anggap seperti adik-adik saya ini menuju kejayaan. Insyaallah… 


Ketikamana menjejakkan kaki di SMK Semenchu, perasaan dan semangat saya begitu berkobar-kobar menyatakan yang adik-adik saya ini adalah para pelajar yang hebat dan mempunyai impian yang tinggi. Satu persatu saya melihat wajah bersih adik-adik saya ini ketika sesi pendaftaran dan terdetik di hati saya untuk terus membimbing mereka menuju kejayaan. Insyaallah… 

Melihat kerjasama yang diberikan oleh para waris pelajar dan guru-guru dalam menyediakan makan minum selama 3 hari 2 malam di situ, hati saya cukup tersentuh melihat sokongan moral dan harapan yang tinggi diberikan untuk bersama-sama dengan para pelajar. 

Banyak aktiviti yang dibuat seperti Explorace, Ice-Breaking, Kopi O Kopi, Mengapa Aku Di Sini, Masih Ada Sayang, Marah-Marah Sayang, Ingat-Ingat Semut dan sebagainya lagi di samping beberapa refreshment dan break diajar kepada semua pelajar untuk memberi semangat dan mengajar diri untuk lebih berani ketika berhadapan dengan orang ramai. 

Perkara yang menyentuh hati saya adalah ketikamana kami (barisan Fasilitator) didenda oleh Abang K.O (Ketua Operasi) di tengah-tengah dataran sekolah, semua adik-adik kami menangis dan memeluk barisan Fasilitator sehinggakan ada yang sanggup memeluk erat, dan bersama-sama melakukan denda tersebut dengan barisan Fasilitator. Tanpa diduga, air mata saya satu persatu menitis dan perasaan di hati cukup terharu. 

Alhamdulillah, dalam Prokid ini, saya disatukan dengan 2 orang Fasilitator Siswi iaitu Akak Munirah dan Akak Zamani dalam kumpulan 10 (Zain Echo) bersama-sama dengan 6 orang adik SMK Semenchu iaitu Adik Hamzah, Adik Anwar, Adik E-Jaan, Adik Ayien, Adik Dillah dan Adik Sue yang cukup spoting dan happy go lucky. 

Program Khidmat Insan Dinamik @ Semenchu ini telah disempurnakan penutupan rasminya oleh Yang Berhormat Puan Hamimah Bt Mansor, Ahli Dewan Undangan Negeri Penawar pada 15 April 2012. Program ini sendiri mendapat pujian dan penghargaan dari pihak YB Penawar. 

Insyaallah… Apa yang paling penting yang dapat saya lihat adalah Adik-Adik SMK Semenchu ini semuanya boleh pergi jauh dengan keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Tiada mustahil sekiranya mereka ini semua akan memperolehi kejayaan dalam SPM 2012 ini. Insyaallah… 

Saya sentiasa mendoakan agar adik-adik Tingkatan 5 SMK Semenchu ini Berjaya dan memperolehi keberkatan dalam kehidupan mereka. Dan saya juga akan sentiasa menyokong mereka ini. Insyaallah… Saya harap, suatu hari nanti, mereka ini pula yang akan turun membimbing generasi akan datang pula. Insyaallah… =) 

Sebelum itu, saya nak ucapkan sekali lagi 'TAHNIAH' pada Pengarah Program, Saudara Muhammad Iylia Islam Zamsari dan seluruh AJK, Urusetia dan Fasilitator yang banyak membantu saya. Dan saya mohon maaf segala kekurangan yang saya lakukan sepanjang gerak kerja dilakukan sehinggalah berakhirnya program ini.

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: