Monday, January 30, 2012

Wacana Sinar Harian : Masih Relevenkah AUKU ?

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Terdetik di hati saya untuk kongsikan wacana yang dianjurkan oleh Sinar Harian berkenaan dengan ‘Masih Relevenkah AUKU?’ Jom ikuti bersama…



Wacana Sinar Harian siri ke-10 membuka tirai tahun baru 2012 dengan membawakan tajuk ‘Masih Relevenkah AUKU?’. Wacana kali ini membawa lima barisan panel iaitu Pakar Undang-Undang dan Perlembagaan, Profesor Abdul Aziz Bari; Pengerusi Jawatankuasa Pindaan AUKU yang juga Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod; Pengerusi Majlis Belia Malaysia, Mohamad Maliki Rapiee; Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr Anuar Ahmad dan Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia, Mohd Shahar Abdullah.
Ikuti wawancara penuh wacana yang dipengerusikan oleh bekas Pemimpin Pelajar yang juga Pengacara TV Al-Hijrah, Amin Idris.

Masih relevenkah AUKU?
SHAHAR : AUKU tidak releven untuk dipinda dan dimansuhkan kerana ini adalah akta yang diwujudkan untuk mengurus tadbir dan menyelaras segala aktiviti di universiti. AUKU juga ditubuhkan sebagai akta melindungi hak majoriti mahasiswa yang matlamat utamanya memberi fokus kepada akademik.
Sebelum pindaan AUKU pada 2009, tidak ada penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), namun setelah dipinda membenarkan mahasiswa terlibat secara aktif dengan NGO yang berdaftar. Di sini wujud ruang lompong yang perlu diperbaiki. Pindaan AUKU 2009 masih belum dikuatkuasakan dan belum diraikan lagi.
Justeru, Aspirasi melihat tidak perlu ia dipinda meskipun menyokong kepimpinan Perdana Menteri, tetapi tidak menyokong dengan cadangan beliau supaya AUKU dipinda.

Sebagai Pengerusi Pindaan AUKU, Apakah perkembangan terkini mengenainya? Adakah pindaan bakal menjadi realiti?
NIK AHMAD : Jawatankuasa Pindaan AUKU dilantik untuk meminda AUKU, bukan untuk memansuhkannya. Kami, seramai 7 ahli panel telah mengadakan pelbagai bentuk maklum balas, secara dalam talian dalam laman web, selain mengadakan 4 konsultasi awam iaitu dua di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak. Kami juga menyeru universiti awam mengadakan maklum balas dalaman.
Jawatankuasa Pindaan AUKU juga menerima pelbagai ulasan dan maklum balas daripada semua pihak. Ia seterusnya dikumpulkan dan akan bentangkan dalam bentuk cadangan untuk dikemukakan kepada Kementerian. Maka ia terpulang kepada kementerian untuk membuat keputusan.

AUKU bukan sahaja melibatkan mahasiswa, tetapi kesannya juga ahli akademik. Cadangan piagam universiti pada Januari 1978 yang dikemukakan ahli akademik untuk menggantikan AUKU. Kesemua mencadangkan AUKU diganti dengan akta yang lebih bebas kepada ahli akademik, ini memberi persoalan, AUKU dilihat tidak releven sejak dahulu lagi?
AZIZ BARI : Kalau kita melihat konteks universiti sebagai pusat ilmu dan perkembangan manusia, AUKU tidak pernah releven. Senario waktu itu, mengapa diwujudkan AUKU harus difahami. Buang masa untuk mengkaji perkara yang tidak releven.
Satu perkara yang jelas menunjukkan masyarakat tidak menerima perkara yang mengekang kebebasan mahasiswa dan akademik juga terkekang. Kita mengandaikan seolah-olah bahawa dengan kewujudan AUKU, mahasiswa dan ahli akademik tidak cerdik, saya fikir ia seperti menghina.
Negara yang sudah mempunyai undang-undang, sudah ada perlembagaan, sudah ada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tidak perlu AUKU. Katakan soal AUKU sebagai garis panduan, adakah yang dilantik sebagai Naib Canselor dan sebagainya tidak melakukan kerja yang telah dipertanggungjawabkan?
Pada saya, kenyataan bahawa Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia sudah lama wujud sebelum AUKU dan kewujudan mereka sudah cukup cantik. Dan bila kita sudah bicara politik sekarang, tak banyak penambahbaikan kualiti selepas AUKU, malah sebaliknya.
Masalah disiplin pelajar, meniru dalam peperiksaan, kualiti universiti dan kedudukan universiti kita di dunia. Justeru, mengapa perlunya AUKU dikekalkan.

Apa komen Maliki?
MALIKI : AUKU dipinda, masih releven untuk terus dikekalkan. Asas ini adalah hakikat, satu perkara atau persekitaran perlu mekanisme untuk urus tadbir. AUKU bukan hanya berkaitan kebebasan bersuara dan ekspresi mahasiswa terhadap sesuatu perkara semata-mata tetapi lebih kepada keseluruhan dunia akademik dan universiti kira tiga kelompok golongan muda sebelum ia dapat dilaksanakan.
Pindaan itu tidak dapat dielakkan bagi memastikan kelompok orang muda berusia bawah 40-an termasuk mahasiswa, tidak duduk dalam dunia yang berbeza.
Tiga kelompok itu, adalah mereka yang tidak melanjutkan pengajian di Universiti; mereka bebas menyertai mana-mana parti politik dan menjadi pemimpin.
Keduanya, yang melanjutkan pengajian ke universiti luar Negara; mereka boleh teruskan menyertai pelbagai aktiviti kepartian seperti Kelab UMNO Luar Negara dan kelompok ketiga; yang melanjutkan pengajian di universiti dalam Negara; namun mereka mendapat halangan dan diasingkan.
Pindaan terhadap AUKU kelak, perlu memberikan hak kepada mahasiswa untuk terlibat dengan pembangunan Negara sekurang-kurangnya menjadi ahli parti politik.

Pandangan Prof, adakah AUKU masih releven?
ANUAR : Pada perkara 15.3 dalam AUKU, adalah perkara yang menyedihkan saya. Ia menyatakan tiada sesiapa apa jua ketika menjadi seorang pelajar universiti boleh berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap persatuan, parti politik, sekerja dan sebagainya.
Ini sangat menggerunkan, sekiranya pelajar memperjuangkan kebenaran seperti rasuah kebetulan parti politik pembangkang. Mereka boleh dituduh menyebelahi pembangkang dan amat berbahaya kepada Negara.
Banyak perkara yang tidak releven, kerana kenyataan begini menimbulkan ketakutan kepada pelajar untuk menyatakan pandangan mereka berhubung soal politik, kita perlu melihat politik dalam definisi sebenarnya, bukan semata-mata untuk memilih pemimpin, tetapi politik sebagai membawa ideologi, satu perjuangan.

Melalui kajian yang dilakukan terhadap pelajar undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), satu tika dahulu, ramai yang masih tidak mengetahui apa itu daftar pemilih, meskipun telah berumur 23 tahun. Di mana silapnya, adakah AUKU, silap pihak universiti atau ibu dan ayah mereka?
NIK AHMAD : Mahasiswa seharusnya tahu, apakah hak dan tanggungjawab mereka. Ia adalah silap pelajar itu sendiri yang sibuk dengan dunia mereka sendiri. Kita juga mungkin salah, kerana tidak memberi kesedaran dan memaklumkan perkara itu.
Tetapi kini sudah berubah, apabila universiti juga memainkan peranan mengambil inisiatif itu membawa pihak terbabit ke dalam universiti untuk mendaftarkan mereka. Ini penting kerana masa depan terletak di tangan mereka, dan kesedaran kini telah bertambah baik.

Senario tadi, yang tidak tahu dan sikap mahasiswa, ketakutan. Jika bersuara, di gelar… apa pandangan Shahar?
SHAHAR : Kesedaran mahasiswa, tidak memikirkan agenda nasional harus digerakkan oleh mahasiswa, kerana agenda universiti harus dipelajari dahulu kerana inilah demokrasi kampus sebagai refleksi kepada demokrasi Negara.
Sekiranya tidak berdaftar, adakah ini salah AUKU? Kita ada parlimen mahasiswa, majlis pimpinan mahasiswa kebangsaan. Ini semua proses melatih mahasiswa menjadi pemimpin. Persoalannya, adakah ia mewakili majoriti mahasiswa atau hanya dikatakan membawa isu nasional dan rentak tarinya mirip kepada pembangkang.
Gerakan ini akhirnya menjamin pemikiran mahasiswa yang tidak tersusun. Kita mahu menjadikan mahasiswa yang mempunyai pandangan beserta dengan kajian. Sebab itu, Aspirasi bangkit menyatakan bahawasanya, AUKU masih releven dengan mengadakan persidangan meja bulat, mendapat pandangan semua pihak yang berkepentingan terhadap AUKU. AUKU adalah undang-undang bagi memastikan matlamat utama ke universiti dapat melahirkan mahasiswa yang Berjaya.

Komen saudara terhadap Seksyen 15 D dalam AUKU menyatakan sekiranya mahasiswa di dakwa di mahkamah, di atas kesalahan jenayah, walaupun belum dibuktikan bersalah, universiti boleh membuang mereka. Tindakan ini jelas bertentangan dengan prinsip keadilan.
SHAHAR : Peraturan dalam universiti , telah dimaklumkan sedari awal. Mereka ada rakan-rakan lain dan pengurusan universiti.
Kalau tiada undang-undang yang dinyatakan tadi, seolah-olah kita tidak perlu ada undang-undang malah Perlembagaan Malaysia tidak perlu ada. Ini persepsi yang sentiasa menyalahkan undang-undang yang niatnya di buat mendasari perjuangan mahasiswa.
Kita seolah-olah menyatakan AUKU akan menyebabkan perkara itu terjadi. Kita juga harus faham, mendepani masa depan di tangan anak muda, dan yakin Negara tidak mendengar pandangan anak muda, Negara akan hancur. Negara juga akan hancur kalau mahasiswa yang dididik tidak berkualiti.

Memetik kata Dr Yusuf Qardawi dalam kitabnya bahawa generasi muda harus berpegang teguh kepada realiti, dan tradisi ilmu, kerja untuk membina masyarakat, bersifat robbaniah dan ikhlas, menghayati Islam, dakwa serta jihad, fleksibel dan sederhana, komen Maliki?
MALIKI : Kepimpinan mahasiswa perlulah berbeza dengan belia marhaen yang lain, iaitu cara pergaulan dan berfikir itu berbeza. Ilmu itu perlulah menyebabkan mahasiswa berkualiti baik, mempunyai adab dan ilmu digabungkan bersama.
Perkara ini perlu difahami, tidak mungkin kepimpinan datang daripada sekelip mata. Ia juga perlukan pakej dan perlu difahami dengan mendalam dan ia adalah suatu proses yang berterusan. Tidak mungkin kepimpinan itu datang sekelip mata dan melihat kemampuan dan keperluan masyarakat hari ini.
Kalau mahasiswa telah hilang nilai idealisme dan perjuangan, tidak kira AUKU pun ia tetap tidak releven kepada masyarakat. Ini penting. Kalau hendak berjuang perlu ada ketabahan. Baru kata tidak boleh sekali, terus menyalahkan AUKU sebagai kambing hitam, itu bukanlah perjuangan yang betul.

Komen berhubung tindakan pihak universiti yang membuang pelajar atas alasan memalukan universiti?
MALIKI : Itu merupakan hak kepada universiti, menentukan pentadbiran dan peraturan yang ada. Lepaskan kepada pihak universiti membuat penilaian tertentu, tentang perkara yang berlaku di dalamnya.
Jika sudah terikat kepada peraturan, haruslah mengikutinya. Undang-undang ada perlu dipatuhi.

Bercakap tentang proses, adakah AUKU dilihat membantu memperkasakan mahasiswa? Dalam AUKU, sekiranya mahasiswa dipanggil ke mahkamah universiti, mereka tiada hak untuk diwakili, sedangkan di mahkamah sebenar kita mempunyai hak untuk diwakili?
ANUAR : Pelajar di universiti ia telah mengalami proses pendidikan yang lama di sekolah. Tahun pertama di universiti, mereka membawa proses pendidikan lama.
Saya agak dukacita melihat pelajar tahun satu di Universiti Selangor (Unisel) yang takut menyuarakan pandangan berbanding pelajar asing. Mengapa perkara ini berlaku dan adakah AUKU menambahkan lagi teruk, ia perlu di fikirkan.
Pelajar ini dididik oleh guru-guru Maktab dan UPSI yang mengalami proses AUKU yang begitu dahsyat, takut mengeluarkan pendapat kerana digantung atau sebagainya.
Pelajar yang telah dididik begitu lama dan disuruh berubah di universiti akan mengambil masa yang cukup sukar. Proses AUKU sepatutnya menjadikan pelajar lebih berani, adil dan bertanggungjawab mengeluarkan pendapat mereka.

SOALAN PENONTON : AUKU digubal untuk mengelak anasir subversif, jadi siapakah yang menentukan tafsiran subversif itu?
NIK AHMAD : Pindaan 2009 membenarkan Naib Canselor yang menentukan persatuan itu subversif. Adil atau tidak keputusan itu, hanya boleh ditentukan mahkamah. Jika tidak puas hati dengan tafsiran diberikan Naib Canselor, cara yang seterusnya boleh dibawa ke mahkamah.
Dalam melihat kepada proses yang berlaku, Naib Canselor akan menimbangkan persatuan itu membawa kebaikan atau keburukan terhadap pelajar dan universiti hanya mahkamah, dan tiada peringkat atasan lain yang boleh dibawa.

SOALAN PENONTON : Adakah politik itu terhad kepada parti politik sahaja?
NIK AHMAD : Saya rasa tidak, kerana ruang lingkupnya luas. Adakah politik perlu kepada parti politik sahaja? Sebab itu pindaan terhadap AUKU dibuat untuk memberi terma rujukan yang lebih luas.

SOALAN PENONTON : Bagaimana menentukan suara majoriti mahasiswa sedangkan ada yang setuju dimansuhkan, setuju dipinda malah tidak bersetuju dipinda dan dimansuhkan?
AZIZ BARI : Setiap perkara ditentukan oleh majoriti seperti mana Negara ini ditentukan oleh majoriti rakyat. Kalau di universiti masih ada yang tidak bersetuju, namun majoriti telah menentukan keputusannya, minoriti tidak ada hak untuk menafikannya.

SOALAN PENONTON : Di manakah bangsa lain dalam menyuarakan AUKU?
MALIKI : Sebenarnya, pihak kami Majlis Belia Malaysia (MBM) mengadakan perbincangan di peringkat dalaman. Kenyataan MBM dibuat oleh MBM adalah menyeluruh yang mengambil kira gabungan 41 termasuk Belia Majlis Orang Asli Malaysia. Berkenaan rakan-rakan kepimpinan kaum Cina dan India, mereka bersama dengan pandangan ini. Kita berbincang secara bersama malah Pertubuhan Human Youth Organization (HYO), Malaysia India Youth Council (MIYC) dan Kelab Belia Tamil Kebangsaan. Bagi kaum Cina pula melibatkan persatuan Young Malaysia Movement, Gerakan Belia Bersatu (GBB) dan lapan pertubuhan belia Cina utama. Mereka bersetuju AUKU tetap releven dan perlu melakukan beberapa pindaan sahaja untuk penyesuaian.

SOALAN PENONTON : Unisel tidak mengamalkan AUKU, tetapi bagaimana dwi standard yang diterima kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung disekat untuk melakukan aktiviti dan bersuara di Unisel?
DR ANUAR : Kenyataan Unisel tidak mengikuti dan mengamalkan AUKU tidak betul kerana semua kolej dan universiti mesti mengikuti AUKU dan di universiti swasta, ia ditambah Akta 55. Mengenai dwi standard dalam Unisel tidak tepat kerana ada pelajar Unisel membuat demontrasi dalam Unisel. Kita benarkan walaupun demontrasi itu menjatuhkan nama Unisel. Pelajar berkenaan dipanggil, saya maklumkan kepada Jawatankuasa Disiplin bagi saya kesalahan itu serius mungkin pelajar digantung dua atau tiga semester. Tetapi oleh kerana kita melaksanakan pendidikan social di mana kita benarkan pelajar mengadakan demontrasi kita hanya memberikan amaran sahaja. Kita terbuka, baru-baru ini Adam Adli datang buat konvensyen dan meminta untuk membuat ‘Speaker Corner’. Buat konvensyen lebih formal dengan adab dan bertanggungjawab. Tidak ada dwi standard. Pelajar Unisel bertuah, GPMS meminta kebenaran, kita benarkan.

SOALAN PENONTON : Pendapat mengenai campur tangan parti politik dalam kampus?
DR ANUAR : Tidak boleh dinafikan adanya parti politik dalam gerakan mahasiswa. Mahasiswa ini adalah warganegara yang lebih sedikit kematangannya berbanding yang tidak belajar di universiti. Adalah menjadi pelik, pelajar tidak masuk universiti boleh daftar dan kempen politik tetapi yang belajar di universiti tidak boleh berbuat demikian. Ada satu tidak boleh diterima oleh pelajar iaitu orang cerdik tidak masuk politik, yang kurang sedikit cerdiknya dibenarkan berpolitik. Itu satu perkara yang perlu difikirkan di mana logiknya.

Semua universiti ada akta mereka sendiri seperti Akta Universiti Malaya (UM), Akta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Apa relevennya AUKU?
MALIKI : Analogi seseorang yang pernah saya temui dahulu ketika memberikan penerangan mengenai AUKU ialah ‘Saya tak suka AUKU ini, macam bawa kereta tiba-tiba ada lampu isyarat, sedang laju kena berhenti saya tak suka. Tapi masalahnya kereta saya bukan satu-satunya di atas jalan raya, ada beberapa lagi kereta lain.’ Penyesuaian perlu ada walaupun Akta Universiti telah ada. Akta menyeluruh di urus tadbir oleh satu sistem, pihak universiti ada kaedah tersendiri mengikut suasana yang ada. Pada saya perlu ada proses kawalan dan mekanisme dalam kehidupan. AUKU sekarang dalam proses pemindaan, transformasi berlaku. Universiti ada kaedah sendiri disesuaikan dengan suasana yang ada.
AZIZ BARI : Saya tak kata free for all, tak perlu undang-undang tapi AUKU sahaja.
DR ANUAR : Burung kalau lama dalam sangkar, kalau kita buka, dia tidak mahu keluar, takut untuk mencari makanan. Saya kecewa kalau kita bandingkan ekonomi Korea dan Jepun maju. Dari segi pendidikan, kebebasan dan sebagainya perlu ada satu badan. Saya cadangkan kerajaan buat penyelidikan pendidikan di Malaysia daripada zaman sekolah tadika sehingga 15 tahun. Jangan buat tergesa-gesa. Perlu ada usaha institusi buat rangka kerja dan penyelidikan.

Kesimpulan mengenai wacana pada hari ini?
SHAHAR : AUKU membebaskan mahasiswa meletakkan pemikiran tidak betul, bebaskan fikiran. Kita tidak boleh buat tafsiran dalam kehendak kepentingan diri sendiri tetapi majoriti mahasiswa. Kita mesti tengok AUKU dilaksanakan, bagaimana pindaan adakah lagi mengetatkan atau terbuka. Jika ketatkan, dahulunya 2009 harmoni, penglibatan NGO masuk universiti, bebas untuk lakukan yang terbaik. Pensyarah tidak bebas, pandangan yang diberikan pensyarah masuk berucap 30 minit, lima minit pasang radio gerakan reformis. Kebebasan akademik, pensyarah masuk daftar mengundi, kuat mengampu. Keadaan macam ini kebebasan dalam kerangka pemikiran kita sendiri, kepentingan sendiri. Pelajar mesti bebas dan kita mahu 100 peratus bebas yang boleh mempengaruhi mahasiswa.
NIK AHMAD KAMAL : Melalui pengalaman, kita dapat maklum baals kumpulan mahasiswa, orang awam, parti politik misalnya adakah kalau masuk politik, terletak dalam kampus. Wakil parti politik pembangkang dan kerajaan mahukan pelajar bebas daripada politik masih kuat. Semangat kuat kalau pelajar berpolitik di luar, kampus jadi tempat dikecualikan kebebasan misalnya dibenarkan berucap mengenai ideology dan isu-isu mahasiswa dan sebagainya.
Kalau kita lihat pandangan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang juga berbeza. Mereka berpendapat politik harus dibenarkan tidak ada halangan tetapi apabila berada dalam kampus, berkecuali dan tidak guna kuasa mereka di luar dan masuk ke dalam. Ini adalah pandangan yang diberikan jadi kita lihat realiti. Jawatankuasa akan lihat perkara ini suatu yang penting. Kita lihat senario pada masa akan datang, pelajar universiti bebas berpolitik di luar, boleh menjadi ahli politik dan pegang jawatan tetapi mereka seharusnya berkecuali di dalam kampus, jadi kebebasan dan berkecuali sangat penting.
Pandangan umum, peraturan perlu ada dan cabaran yang harus dihadapi universiti bagaimana untuk mengekang kebebasan politik berlaku dalam kampus. Kalau pakai lencana dan sebagainya, ia boleh dihalang. Kempen dalam kampus melalui laman maya seperti Facebook, bagaimana kita nak haling? Kebebasan itu ada dan berlaku melibatkan pelajar dalam dan luar kampus.
Saya lihat penting pada dasarnya ialah akan berlaku pindaan (kalau berlaku) kita pulangkan kepada KPT, kita lihat senario berlaku kebebasan. Berlaku kekangan dalam kampus dan kebebasan terpimpin dalam kampus dan tidak terpimpin di luar kampus.
AZIZ BARI : Saya lihat wacana releven atau tidak, ini satu petanda prihatin kepada institusi undang-undang. Mungkin khalayak tentukan, bukan sahaja AUKU tetapi ISA, Akta Polis dan Akta Hasutan sebagainya. Saya rasa Negara maju tidak banyak undang-undang.
Kita terlepas pandang soal lain, soal lebih besar kewujudan universiti tidak dibincangkan. Masalah yang saya lihat AUKU tidak secara hitam putih tetapi menyediakan peluang campur tangan tidak baik kepada kebebasan akademik.
Kita lihat sekarang kegiatan melobi untuk Naib Canselor, Rektor dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, memalukan. Saya rasa kebebasan tak penting, mahasiswa dan Profesor matang dan cerdik untuk menentukan siapa mereka. Wacana diteruskan, pendidikan diteruskan dan jangan salah pandang AUKU. Masyarakat perlu faham kebebasan autonomi.
MALIKI : Saya yakin, kematangan orang muda bukan sahaja dalam dunia mahasiswa tetapi orang muda diluar kerangka universiti untuk kawal diri. Proses kematangan dimulakan dengan mengiktiraf kematangan orang muda sejak sekolah tadika lagi kerana kita mahu pemikiran dan persekitaran berubah.
Saya fikir dalam keadaan kerangka masyarakat Malaysia berbeza. Formula Malaysia berbeza dari tempat lain. Suasana Malaysia diberikan perhatian. Dalam masa yang sama harapan untuk mendengar suara anak muda tidak terhenti. AUKU pindaan 2009, beri ruang mahasiswa menyertai pertubuhan bukan politik sebenarnya itu satu bukaan luas. Mana-mana persatuan saya percaya kalau nak suara pandangan ia lebih kuat kalau ada platform.
AUKU perlu dipinda. Harapan kepada anak muda untuk suarakan pandangan bukan satu-satunya melalui parti politik, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan MBM mewujudkan Parlimen Belia Malaysia di 222 kawasan. Kita berikan ruang anak-anak muda memohon menjadi wakil.
Cabaran dunia universiti ialah menentukan citra dan nilai yang dipegang. Saya tahu mahasiswa tidak suka dilabelkan sebagai orang UMNO, BN dan PKR. Mereka nak dilihat sebagai mahasiswa. Maka perlu ciptakan satu nilai yang diterima secara bersama dan tidak kita apa ideology dalam universiti. Cabaran mahasiswa dan universiti ialah bagaimana menjadi seorang sederhana dan perjuangan diteruskan dengan tegas tetapi tidak merosakkan kehidupan sendiri.
DR ANUAR : Isu ini perlu dikaji dengan mendalam. Saya dalam proses pembentukan insan yang holistik. Kita tidak boleh lari isu penting. Saya memahami politik itu ‘prudential’ iaitu meletakkan satu nilai kepada tempatnya. Pelajar tidak diberi ruang untuk melihat ideologi mana yang tidak, itu perkara sangat berbahaya.
Saya tidak bersetuju pensyarah setengah jam belajar dan setengah jam berpolitik. Sekiranya berlaku Unisel, buat laporan kerana ia tidak betul. Saya setuju isu AUKU dan mengekang rakyat Malaysia menjadi lebih kreatif. Perkara penting ialah isu hutang Negara domestic, hutang pinjaman perumahan, kereta dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Apabila ia dilaporkan di Parlimen sangat tinggi iaitu RM700 bilion yang melibatkan 60 peratus perumahan, 30 peratus kereta dan 10 peratus PTPTN. Orang berhutang menjadi hamba kepada pemberi hutang. Apabila melawan, kereta kena tarik, mereka ketakutan. Ketakutan menjadikan kita kurang kreatif dan inovatif. Kalau tengok Negara maju, pendidikan percuma dari tadika hingga universiti seperti di Thailand dan pendidikan percuma 2009 untuk 15 tahun. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Thailand lebih rendah iaitu 27 peratus untuk pendidikan manakala Malaysia kurang daripada 15 peratus. Bangkok juga memperuntukkan perbelanjaan kepada pendidikan supaya lebih baik tetapi malang kerana banjir baru-baru ini. Itu isu yang penting dan boleh dibahaskan di wacana.

Sumber : Sinar Harian

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Tahniah 'Awan Nano' : Juara Lagu 26...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

TAHNIAH saya ucapkan kepada komposer lagu, Dato’ M. Nasir, penulis lirik – Budi Hekayat dan penyanyi – Hafiz menerusi lagu ‘AWAN NANO’ yang telah dinobatkan sebagai JUARA LAGU ke-26 yang menewaskan 11 buah lagu yang lain.

TAHNIAH juga saya ucapkan kepada Naib Juara iaitu lagu Beribu Sesalan gandingan tiga suara, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah dan Tempat Ketiga, lagu Karma nyanyian Faizal Tahir.

Tapi saya lebih mengandaikan bahawa lagu ‘KISAH HATI’ nyanyian Alyah yang lebih sesuai untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu. Persembahannya yang agak memukau dengan ala-ala patung mainan ‘Barbie’ dan alunan muzik lagu tersebut yang cukup hebat serta penuh dengan irama melankolik yang menarik.

Apa-apa pun, Alyah hanya Berjaya merangkul Anugerah menerusi Persembahan Terbaik sahaja. Keputusan sudah diumumkan dan ianya muktamad. TAHNIAH kepada yang Berjaya dan TAKZIAH kepada yang kecundang.

Di sini saya ingin kongsikan lirik lagu AWAN NANO yang cukup puitis untuk kita sama-sama menghayati dan menyelami bait-bait lirik tersebut.

AWAN NANO – Hafiz



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

*Lama tak update blog, sebab agak busy dengan membaca dan mengembara… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, January 20, 2012

Wanita Diseksa Penjenayah...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

SHAH ALAM – Disamun, diikat mata, dikurung, dirogol dan gambar bogel dirakam, adalah detik hitam dilalui seorang wanita yang merupakan pelatih sebuah bank dalam kejadian 9 Januari lalu.

Mangsa yang berumur 24 tahun sebelum kejadian malang itu memandu kereta bersendirian menuju ke Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter Shah Alam di Seksyen 19, kira-kira jam 6 pagi.

Difahamkan, setiap hari mangsa menaiki komuter untuk ke tempat kerjanya di ibu negara.

Menurut sumber, ketika mangsa baru meletakkan kenderaannya, datang sebuah kenderaan lain dinaiki dua lelaki.

“Suspek menarik keluar mangsa dan terus mengacukan sebilah parang di lehernya. Suspek meminta wang tetapi mangsa mengatakan duit di dalam bank.

“Berang dengan pengakuan tersebut, suspek mencabut tudung mangsa dan mengikat matanya. Mangsa dibawa lari menaiki kereta dengan niat untuk membawanya ke bank,” katanya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun tidak membawa mangsa ke bank, sebaliknya membawa wanita itu ke sebuah rumah yang tidak dikenal pasti.

“Mangsa terus dikurung di dalam sebuah bilik. Kemudian, datang seorang lagi suspek, merogol dan merakam gambar bogel mangsa,” katanya.

Sumber berkata, sebelum didata¬ngi suspek ketiga, mangsa dipaksa meminta wang daripada keluarga atas alasan salah seorang penjenayah itu berhutang dengan ah long, RM2,000.

“Selepas dirogol dan diugut, mangsa menelefon teman lelakinya dan meminta wang RM500,” katanya.

Menurutnya, suspek membawa mangsa untuk mengeluarkan wang tersebut sebelum ditinggalkan di Stesen KTM Komuter Batu 3, dalam keadaan tidak bermaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sumber : Sinar Harian

*Pelbagai kejadian yang melibatkan kaum hawa… Golongan yang sepatutnya dibela, dijaga tetapi diperjudikan sedemikian rupa. Sedih melihatnya… =(

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Thursday, January 12, 2012

Bahana Sebuah Kegembiraan Di Pagi 901 - Ust. Nasrudin Hassan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH, hari ini saya berasa amat gembira dan berpuas hati ketika menjawab Final Exam pagi tadi. Dengan hati yang gembira ini tetiba saya terbaca satu artikel yang agak menarik untuk kita semua meneliti dan melihat berkenaan dengan isu hangat yang diperkatakan hari ini iaitu berhubung satu paparan klip video aksi Muslimat Pas di Himpunan 901 baru-baru ini. Jom ikuti artikel yang telah ditulis oleh Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.



Bahana Sebuah Kegembiraan Di Pagi 901

1. Riuh rendah seluruh negara dengan satu paparan klip video aksi muslimat PAS di himpunan 901 baru - baru ini. Melalui facebook saya juga bertalu - talu diasak pertanyaan dan kritikan yang tidak saya ulas sehinggalah keluarnya artikel ini. Saya ambil sikap tidak mengulasnya kerana menyedari bahawa ini tidak lebih dari game yang digerakkan oleh musuh politik. Lagi pun, saya belum mendapat sebarang penjelasan rasmi dari kepimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat .

2. Kelmarin saya hubungi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Yb. Ustazah Zailah yang lebih selesa saya berbahasa dengan panggilan Kak Lah untuk mendapatkan penjelasan rasmi. Peringkat awal saya gagal menghubunginya kerana beliau difahamkan sedang sibuk mengurus pengebumian jenazah di kawasan beliau. Saya foward satu sms berbentuk kritikan yang saya terima dari seorang pengirim kepada Kak Lah, dimana saya rasakan wajar untuk difoward bagi mendapat penjelasan segera. Beberapa ketika selepas itu, Kak Lah menghubungi saya dan memberikan penjelasan apakah sebenarnya yang berlaku pada hari tersebut.

3. Terus terang saya nyatakan disini, rasa lega dan puas hati dengan penjelasan yang diberi walaupun peringkat awal saya juga agak risau dengan isu yang sedang hangat perbahasannya di alam cyber itu. Apa pun segalanya menjadi iktibar kepada semua termasuk diri saya sendiri yang juga diamanahkan sebagai pemimpin, mengemudi sebuah sayap penting bagi gerakan Islam ini agar melangkah dengan lebih berhati - hati.

4. Saya pernah berpuluh kali menyertai siri demonstrasi rakyat dalam pelbagai isu di Timur Tengah dan Eropah [ Syria, Jordan, Mesir dan Turki ] sepanjang 10 tahun saya berkelana di bumi Anbiya'. Situasi yang saya lihat [aksi muslimat melalui klip video] yang berlaku di himpunan 901 baru - baru ini bukanlah asing kepada saya, kerana suasana dan aksi muslimah yang lebih "girang" pernah saya saksikan dalam himpunan rakyat di Timur Tengah.

5. Secara peribadi saya sendiri tidak selesa dan setuju ianya berlaku dan dilakukan dalam masyarakat kita di Malaysia justeru perbedaan budaya dan sosial yang sangat ketara berbanding negara - negara di Timur Tengah. Namun apa yang berlaku baru - baru ini tidaklah wajar dicemuh dan dinista. Kerana jelas perlakuan itu adalah respon spontan dari sebuah kegembiraan yang tidak terkata apabila pemimpin mereka yang difitnah dan ditohmah sekian lama, pula dihadap kemahkamah berdepan dengan hukuman yang berat dan perit, tiba - tiba didapati tidak bersalah oleh pihak mahkamah dan dibebaskan tanpa syarat.

6. Sungguhpun terdapat perkataan yang tidak wajar dan tidak manis dihamburkan sebagai seorang muslimah, namun berbanding fitnah keji yang dilemparkan sejak sekian lama kepada pemimpin Pakatan Rakyat itu, maka perkataan yang dihamburkan pada himpunan 901 baru - baru ini sangatlah jauh lebih manis berbanding kata nista yang diterima.

7. Perkataan yang dilafazkan itu belum pun setimpal dengan cacian dan kejian yang diterima berasaskan fitnah selama ini. Pun begitu, bukanlah bermakna saya setuju perkataan begitu digunakan oleh seorang muslimah dan mujahidah kerana kita masih ada pilihan perkataan yang lebih baik untuk dilafazkan biarpun kepada lawan politik kita.

8. Itulah bahana sebuah kegembiraan. Saya teringat satu kisah mengenai sebuah kegembiraan dari hadis Nabi saw :

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t amat gembira dengan taubat hambaNya iaitu salah seorang daripada kamu bertaubat kepadaNya semasa dalam perjalanan di kawasan tandus (kering kontang). Semasa berhenti rehat unta berjalan perlahan-perlahan meninggalkannya sambil membawa bersama bekalan makanan dan minuman. Lelaki itu puas mencarinya sehinggalah merasa putus asa lalu berbaring di bawah sepohon pokok. Asyik dalam keadan tersebut tiba-tiba unta yang dicari-cari tadi muncul di sisinya. Dia terus memegang tali kekang unta tersebut. Oleh kerana terlalu gembira dia berkata dalam keadaan tersasul: Ya Allah! Engkau hambaku dan aku tuhanMu.

Riwayat Imam Muslim

[ Perkataan lelaki itu tentu sahaja amat berat apabila mengatakan Ya Allah ! Engkau hambaku dan aku adalah tuhanmu. ... apa lagi perkataan yang lebih berat dari memperhambakan tuhan ? ... tetapi ia dilafazkan tanpa sedar kerana ia dalam keadaan terlalu gembira.]

9. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat menjelaskan kepada saya bahawa mereka pada peringkat awalnya [ sebelum menerima berita pembebasan yang mengembirakan itu ] telah terlebih dahulu membaca Yasin, al Mathurat dan munajat kepada Allah swt. Apa yang dirakam melalui klip video tersebut adalah reaksi spontan dan gembira dengan berita yang mereka terima selepas itu. Jika ia adalah aksi yang menyinggung perasaan umum, kami memohon maaf kepada semua katanya. Lagipun ia bukanlah satu aksi liar bercampur aduk lelaki dan perempuan bagai yang disangka, sebaliknya kedudukan mereka berasingan dalam kelompok mereka sendiri [muslimah]

10. Saya lihat ianya bukanlah suatu yang sukar, melainkan hanya suatu keadaan yang boleh diperbaiki untuk menampakkan keindahan akhlak muslimah dan saya berpandangan bahawa ianya tidak boleh berulang lagi. Dalam masa yang sama, masyarakat umum tidak perlu terpengaruh dengan agenda memburukkan peribadi muslimat PAS melalui pengeksploitasian klip video tersebut dan membuat penafsiran melampau berbanding situasi sebenar yang berlaku.

11. Saya menyebut demikian, bukan kerana mahu membela apa yang salah dan mempertahankan apa yang silap. Telah saya tegaskan bahawa apa yang berlaku adalah suatu yang boleh diperbaiki dan tidak wajar berulang lagi. Namun ia bukanlah satu kesalahan yang disengajakan malah tidak pula kesalahan yang merosakkan hak orang lain seperti jenayah menggelapkan harta negara serta menyalahguna wang zakat. Sebaliknya, Ia hanyalah perbahasan akhlak yang perlu dimurnikan bagi menampilkan sosok muslimah yang lebih baik, wara' dan solehah.

*Diharapkan dengan artikel ini, sedikit sebanyak memberi jawapan kepada persoalan yang bertalu-talu ditujukan kepada PAS. Insyaallah… Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Wanita Diperkosa Kekasih 'SMS'...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pagi ini saya akan menjalani peperiksaan akhir bagi subjek yang keempat iaitu Proses Pembangunan Tanah. Sambil menelaah nota-nota yang ada, saya terbaca di berita yang menyayat hati. Nak tahu? Jom ikuti bersama…

KUALA LUMPUR: Pertemuan indah diimpikan seorang wanita berusia 32 tahun yang mahu bertemu ‘kekasih SMS’ buat pertama kalinya selepas berkenalan melalui telefon sejak lebih sebulan lalu bertukar tragedi apabila dia dirogol lelaki terbabit di sebuah rumah di Jalan Semarak, di sini.

Wanita yang termakan pujukan manis lelaki berusia 20-an itu dilaporkan menempuh perjalanan lebih lima jam dengan menaiki bas dari rumahnya di Dungun, Terengganu untuk bertemu kekasihnya itu di ibu kota pada 8 Januari lalu.

Difahamkan, mangsa keluar dari rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari sebelum tiba di Hentian Putra, di sini, kira-kira jam 5 petang dan dijemput lelaki terbabit.

Menurut sumber, mangsa kemudian dibawa ke rumah kekasihnya itu di Jalan Semarak, di sini, sebelum dirogol lelaki terbabit.

“Selepas kejadian itu, lelaki terbabit berjanji untuk bertanggungjawab atas perbuatannya.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hentian Putra untuk pulang ke rumah. Lelaki itu sekali lagi berjanji akan menghantar rombongan peminangan ke rumah mangsa untuk sebagai tanda kasih,” katanya.

Bagaimanapun, sejam selepas bas meninggalkan hentian berkenaan, lelaki itu menghantar SMS mengatakan tidak mahu bertanggungjawab dan mengarahkan mangsa melupakannya.

Berang dengan perbuatan kekasihnya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Besi di Dungun pada 9 Januari sebelum kes berkenaan dirujuk semula ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sumber : My Metro

*Terlalu mudah seseorang wanita mempercayai hati budi seorang lelaki. Nasihat saya, janganlah terlalu mudah untuk mempercayai seseorang itu sehingga sanggup mengenepikan pertimbangan akal yang waras dan menyebabkan mudah diperguna sesuka hati oleh sang lelaki yang tidak bertanggungjawab seperti itu.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, January 11, 2012

Mengapa Saya Pilih Jalan Raya by Adam Adli...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini saya ingin kongsikan artikel atau pendapat dari Ikon Kebangkitan Mahasiswa Hari ini, Adam Adli mengenai ‘Mengapa Saya Pilih Jalan Raya?’. Jom ikuti dan hayati bersama… =)

MENGAPA SAYA PILIH JALAN RAYA – Adam Adli

Apabila saya dihubungi editorial MerdekaReview untuk menjadi kolumnis jemputan, saya seakan tidak percaya; kerana lebih kurang 10 minit sebelum dihubungi oleh pihak editorial, saya baru sahaja menyatakan hasrat saya untuk menulis di akhbar dan portal agar segala pandangan dan buah fikiran saya dapat dinilai seadilnya. Bukan sekadar di medium Twitter atau Facebook. Tidak lama kemudian, saya mula termenung; apa harus saya tulis? Saya pernah terbaca pesanan seorang penggiat sastera yang mengatakan "pertama, kita harus tulis apa yang orang mahu, kemudian barulah kita tulis apa yang kita mahu,". Saya cuba untuk menuruti pesanan beliau. Puas saya fikirkan, akhirnya saya buat keputusan. Reaksi kepada soalan-soalan yang sering diajukan kepada saya, saya fikir, ramai yang ingin tahu dan baca; mengapa saya pilih jalan raya.

Tahun 1997 dan 1998 tentu sekali tahun penting dalam lipatan sejarah Negara kita kerana pada tahun itulah kita menyaksikan mobilisasi manusia yang disifatkan paling besar pernah berlaku dalam sejarah moden tanah air. Dari situ saya mengenali jalan raya sebagai medium sebenar menyampaikan suara dan isi hati rakyat yang setiap satunya mungkin tidak pernah pun merasai sejuk hawa dingin bangunan Parlimen mahupun Putrajaya. Saya masih ingat, ayah saya juga antara demonstran tegar ketika itu. Setiap pagi Sabtu beliau pasti akan turun ke kota. Dengan hanya berkemeja-t dan berseluar jeans, dengan motosikal buruknya beliau akan ke sana. Pernah saya mohon untuk bersama, tapi dihalang beliau. Katanya bahaya.

Lebih kurang sepuluh tahun kemudian, saya mula kenal jalan raya. Bermula dengan demonstrasi menuntut hak air rakyat Selangor, segala persoalan mengapa ayah saya turun ke tengah kota hampir setiap minggu sepuluh tahun lalu terjawab.

Di tengah-tengah keringat ribuan manusia, saya seorang diri asalnya. Saya tidak kenal langsung siapa yang berada di situ. Usai demonstrasi tersebutlah baru saya kenal beberapa rakan baru yang kini bersama dalam satu barisan bernama Solidariti Mahasiswa Malaysia. Saya masih ingat, ketika itu, berdepan dengan trak FRU, sebagai "first timer", logiknya pasti saya memilih barisan paling ke belakang sekali. Namun entah dari mana saya dapat keberanian untuk menjadi benteng hadapan. Sekali lagi diulangi, saya hadir seorang diri tanpa rakan yang dikenali. Namun aneh, saya tidak pula rasa keseorangan. Dengan bergandingan bahu bersama beberapa anak muda mahasiswa yang lain, kami berdepan dengan tembakan water-cannon. Kami tidak berganjak dari tempat kami. Sehingga akhirnya diserang oleh anggota keselamatan barulah kami mula mangambil langkah berundur. Itu antara kenangan yang masih saya simpan.

Sejak dari itu, saya sering kemaskini diri saya dengan berita-berita mengenai himpunan dan protes jalanan. Protes jalanan bagi saya sudah menjadi pentas mulia, dan juga cara yang mulia untuk memurnikan jalan raya. Akhirnya, jalan raya "disalahgunakan" dengan sebab yang baik, berbanding "disalahguna" dengan tujuan lumba haram, meragut, merompak dan sebagainya. Saya tidak faham dengan orang yang menentang orang yang memartabatkan jalan raya sebagai wadah ekspresi suara sebenar rakyat.

Maka kita datang ke persoalan sebenar; mengapa jalan raya? Tenang rakan-rakan. Jika dikupas satu persatu risalah sejarah, kita akan akhirnya bertemu dengan catatan-catatan mengenai kuasa jalan raya. Dari kurun ke 16 hingga ke Occupy, kita faham bahawa jalan raya telah banyak berjasa kepada rakyat berbanding parlimen! Tidak hairanlah Guy Fawkes suatu masa dahulu pernah ingin meletupkan bangunan Parlimen! Saya sering tekankan kepada rakan-rakan; parlimen hanya untuk 222 orang, sedangkan kita ada jutaan suara yang mahu didengari. Maka jalan raya adalah ruangnya. Ia terbuka, luas, dan pasti mendapat perhatian!

Kempen BEBAS yang menuntut kebebasan akademik misalnya, sering dirujuk sebagai anarki jalan raya yang tidak bertamadun dan hanya untuk membuat kacau. Di sini kita lihat, dan dibuktikan; bahawa hanya bila kempen ini digerakkan di jalan raya baru masyarakat dan pak-pak menteri mahu mengambil tahu tentang kempen ini. Mereka ini pasti tidak tahu bahawa sepanjang setahun kempen BEBAS digerakkan sejak awal 2011, sudah belasan gerak kerja dijalankan; dari siri debat, forum, wacana, pidato awam, termasuklah sidang-sidang video dan proses surat-menyurat. Siapa yang mahu dengar? Tiada siapa pun. Walau antara yang pernah dijemput hadir ke program kami itu termasuk nama-nama besar seperti Anwar Ibrahim, Saifuddin Abdullah, Hisham Rais, Fahmi Reza, dan Aziz Bari, ia tidak mampu mencuri perhatian orang ramai. Realitinya, masyarakat kita adalah masyarakat yang paginya dihidang dengan akhbar tabloid. Kisah-kisah sensasi sahaja yang mampu mencuri tumpuan masyarakat. Dan protes jalanan adalah salah satu dari sensasi yang gemar dibincangkan di kedai kopi.

Saya menemui jawapan terhadap mengapa harus turun ke jalan raya apabila saya sendiri turun ke jalan raya.

Andai kata tiada protes jalanan, mahukah semua pihak; kerajaan, pembangkang, media, akademia,imam surau, tok siak, sami, paderi, nelayan, petani, buruh, tukang masak, suri rumah, malah pelajar sendiri ambil perhatian terhadap isu-isu yang dibawa? Tidak kiralah samada BEBAS, BERSIH, GMA, PPSMI, ISA, Anti-Lynas, HIMPUN, OccupyDataran dan sebagainya. Demonstrasi, protes, himpunan, dan jalan raya kini terbukti sebagai medium terbaik dalam menyampai suara dan keringat masyarakat. Pada yang masih memandang jalan raya sebagai cara tidak bertamadun dan merosakkan ketenteraman awam, anda perlu muhasabah diri. Tanya kepada diri anda, adakah suara anda yang mengutuk demonstran ini didengari? Jika tidak, apa yang anda mahu buat? Mungkin anda harus cuba turun ke jalan raya juga.

*Adam Adli ialah aktivis mahasiswa, bergiat aktif dalam pertubuhan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Sumber : Merdeka Review



*Saya harap penjelasan yang diberikan oleh Saudara Adam Adli ini memberi sedikit sebanyak gambaran kepada pengkritik serta penyokong beliau terhadap mengapa beliau memilih jalan raya. Insyaallah, saya yakin, dengan kebangkitan golongan mahasiswa ini, sedikit sebanyak memberi pemahaman dan gambaran apa sebenarnya yang ingin diperjuangkan oleh mahasiswa berhaluan kiri ini. Insyaallah…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Pelajar IPT 'Kantoi' Mencuri Dikenakan Tindakan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pagi ini, saya terdetik untuk berkongsi satu lagi berita yang berkaitan dengan mahasiswa di Malaysia. Iaitu berkenaan dengan tiga orang pelajar perempuan yang terlibat dengan mencuri barangan di sebuah pasar raya. Jom ikuti berita yang sepenuhnya… =)

AYER KEROH - Tiga pelajar perempuan sebuah pusat pengajian tinggi swasta (IPT) ditegur majistret selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini atas kesalahan mencuri barangan sebuah pasar raya, tahun lalu.

Majistret Syajaratudur Abdul Rahman menegur ketiga-tiga tertuduh, Aina Mardiah Mohd Khairi, 19, Nor Atikah Alem Abd Halim, 19, dan Nur Ira Natasha Abdul Kadir, 19, bahawa mereka sebagai mahasiswa perlu tahu bezakan perlakuan baik atau buruk.

Syajaratudur memutuskan ketiga tertuduh dilepaskan dengan bon berkelakuan baik bercagar RM2,000 serta memerintahkan mereka menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam bagi tempoh dua tahun.

“Asalnya nak berseronok, tapi akhirnya jadi begini. Orang-orang yang dapat peluang masuk universiti adalah golongan bijak dan sepatutnya kamu sebagai pelajar universiti sudah boleh fikir baik dan buruk sesuatu perkara itu sebelum melakukannya," katanya sebelum menjatuhkan hukuman, semalam.

Terdahulu, ketiga-tiga sahabat tersebut yang faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah mengaku bersalah, semalam pada hari sebutan semula bagi mendengar laporan sosial disediakan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berdasarkan pertuduhan, Aina Mardiah didapati dengan niat curang mencuri sehelai baju-T wanita jenama Depi Corp, selain dua baju-T jenama Goggles, sebuah beg alat solek, dan beberapa alat solek kesemuanya bernilai RM291.90 kepunyaan pasaraya Aeon Jusco tanpa kerelaannya.

Nor Atikah Alem juga melakukan kesalahan sama iaitu dengan mencuri sehelai baju-T jenama Dolly dan Ti-Zed, selain pembayang mata jenama Maybelline Newyork kesemuanya bernilai RM146.80 kepunyaan pasaraya yang sama.

Sementara itu, Nur Ira Natasya didapati mencuri sebatang maskara, dua pek topeng muka jenama Nivea Visage, penanggal alat solek jenama Maybelline, tiga produk penjagaan muka, selain dua kameja T Depi Corp dan sehelai seluar jeans Goggles.

Ketiga-tiga tertuduh melakukan kesalahan di bahagian Ladies, tingkat satu dan bahagian Kosmetik tingkat bawah di dalam Pasaraya Aeon Jusco Bandaraya, Jalan Panglima Awang kira-kira 7.45 malam pada 20 September lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Selepas meneliti fakta kes dan laporan sosial serta mendengar hujah dan rayuan oleh kedua-dua belah pihak, Syajaratudur kemudian memutuskan ketiga tertuduh dilepaskan dengan bon berkelakuan baik bercagar RM2,000 dan memerintahkan mereka menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam bagi tempoh dua tahun.

Sumber : Sinar Harian

*Diharapkan agar kejadian dan peristiwa ini dijadikan iktibar dan teladan kepada kita semua agar tidak terlibat dalam kes-kes mencuri seperti ini. Tetapi saya mengharapkan agar anda semua cakna dengan isu semasa kerana kita yang akan mewarisi kepimpinan Negara di masa akan datang. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Tuesday, January 10, 2012

Sengsara 28 Jam...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

GOMBAK: Seorang wanita dikurung lebih 28 jam tanpa diberi makan dan minum selain dibelasah teman lelakinya dalam sebuah rumah di Batu Caves, di sini, hanya kerana berlaku perselisihan faham antara mereka.

Wanita malang berusia 23 tahun itu bagaimanapun berjaya melarikan diri kelmarin, selepas teman lelakinya keluar membeli nasi sebelum dia diselamatkan rakan teman lelakinya yang kebetulan pulang ke rumah sebelum membawanya ke Balai Polis Selayang untuk membuat laporan polis.

Sumber berkata, mangsa yang ingin pulang ke rumah selepas tamat bekerja di sebuah pusat beli-belah di ibu kota kira-kira jam 6.30 petang Sabtu lalu, dihalang teman lelakinya berusia 27 tahun yang datang menjemputnya. Menurutnya, mangsa diajak ke rumah teman lelakinya, tetapi dia enggan menyebabkan lelaki terbabit tidak berpuas hati dan terus mendesaknya. “Mangsa memberi alasan menyebabkan lelaki terbabit naik angin sebelum terus menarik tangan dan memaksanya masuk ke dalam kereta,” katanya.

Sumber : My Metro

*Dinasihatkan kepada sahabat-sahabat wanita saya dan pembaca-pembaca blog saya, agar pilihlan lelaki yang dapat membimbing anda jalan ke syurga ! Hehehe….

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Terpengaruh Hasutan Kawan, Anak Halau Ibu...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

KUALA TERENGGANU- Dek kerana terlalu terpengaruh dengan hasutan rakan, seorang anak sanggup menghalau ibu kandungnya dari rumah dengan mengugut akan menggunakan ‘minyak mati bunuh’ sekiranya enggan.

Zulkefly Muhamad, 22, yang tidak memiliki sebarang pekerjaan itu bertindak sedemikian selepas tidak berpuas hati apabila permintaannya untuk mendapatkan sedikit wang daripada ibunya yang bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan tidak dihiraukan.

Bagaimanapun, dia yang turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Hukuman berkenaan dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah dengan sengaja telah mendatangkan ketakutan terhadap ibunya, Gayah Embong, 50, di kediaman mereka di Kampung Titian Baru, Pengadang Buloh, di sini, pada 20 Disember tahun lalu kira-kira jam 8 malam.

Dengan itu, dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun sama yang memperuntukkan penjara dalam tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, mangsa berada di rumah dan tertuduh telah mengamuk dengan merosakkan harta benda di dalam rumah disebabkan mangsa enggan memberikan wang yang diminta tertuduh.

Susulan kejadian itu dan sehinggalah sekarang, mangsa terpaksa lari dari rumah dan tinggal bersama anak perempuannya di Kampung Batu Rakit kerana bimbang sekiranya tertuduh akan mencederakannya sekeluarga.

Mangsa syak perbuatan tertuduh yang sanggup mengugut akan menggunakan ‘minyak mati bunuh’ terhadap mereka sekeluarga adalah kerana termakan hasutan rakannya dengan panggilan ‘Zali’.

Susulan laporan polis dibuat, tertuduh ditahan di rumahnya pada 5 Januari lalu kira-kira jam 3.30 petang.

Sumber : Sinar Harian

*Itulah padah apabila bertindak menderhakai ibu ayah. Apa-apa pun, saya doakan agar saudara mendapat hidayah dari Allah dan dipertemukan semula dengan ibunya dengan penuh sesalan dan memohon keampunan. Insyaallah… Moga berita ini dijadikan teladan untuk sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca blog semua… =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Monday, January 9, 2012

Anarki Anak Kiri by Adam Adli...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Jom ikuti, hayati dan selami sebuah puisi yang bertemakan perjuangan anak muda karya oleh Saudara Adam Adli, dengan tajuknya ‘Anarki Anak Kiri’.

ANARKI ANAK KIRI – Adam Adli



Tembok itu masih di situ,
Penjara otak anak kiri.
Haruskah anak kiri robohkan saja
Tembok usang penjara rejim?

Tembok itu sudah usang,
Bisik hati anak kiri;
Robohkan saja! Ini masanya!
Mahu tunggu mereka ganti yang baru?

Tembok itu kini kian usang,
Baik kamu robohkan saja anak kiri!
Sebelum mereka datang lagi
Dengan tembok (penjara) yang baru.




*Perjuangan dan kebangkitan anak muda, belia remaja, mahasiswa bukan setakat ini sahaja. Ianya akan terus mekar menjadi satu kebangkitan yang bersejarah di kalangan mereka ini. Insyaallah… Walaupun ramai yang menentang, tetapi kena ingat juga MASIH ramai yang menyokong… Insyaallah…

*Terima kasih juga pada Adam atas nukilan puisi yang cukup bermakna ini… Insyaallah… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Sunday, January 8, 2012

Tahniah Ezani : Juara Masterchef Malaysia Pertama...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

TAHNIAH saya ucapkan kepada Saudari Ezani Farhana Md Monoto, 26 iaitu seorang Doktor Gigi yang menumpaskan 24 perserta dan seterusnya berjaya di gelanggang masakan apabila dinobatkan sebagai JUARA PERTAMA MASTERCHEF MALAYSIA.



Saya juga ingin mengucapkan TAHNIAH kepada finalis yakni pesaing hebat dalam merebut juara Masterchef Malaysia ini iaitu Encik Wahidan Ag Sapain, 42 yang Berjaya melangkah ke Top 2 dalam pertandingan masakan pertama seperti ini.

Insyaallah, saya juga berazam ingin bertemu dan seterusnya merasai keenakan dan kenikmatan masakan 5 peserta Masterchef Malaysia yang sentiasa membuatkan diriku terliur apabila menyaksikan episod demi episod Masterchef Malaysia ini iaitu :
1. Ezani
2. Wahidan
3. Zamir
4. Amitha
5. Emielda

Jom kita saksikan beberapa hidangan air tangan JUARA PERTAMA MASTERCHEF MALAYSIA. Nyamm…Nyamm..Nyamm… =)

• Ayam Gulung dengan Krim Asparagus dan Tart Bawang



• Burger Ayam dengan Relish dan Gegelung Bawang



• French Toast dengan Pic Rendidih dan Curd Lemon Ubi Bit



• Kek Coklat Kelapa dan Anggur



• Krim Puff Ezani



• Medley Beri Summer Puding dan Lapisan Filo Mascarpone Beri



• Mee Ayam Berempah Oriental



• Pasta Tagliatelle berserta Ayam Panggang Sumbat dan Mousse Hati Ayam



*Perghhh…sungguh menyelerakan… =) TAHNIAH sekali lagi pada Ezani ! =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Penjelasan Isu Madrasah Salihiah, Kanchut, Kedah...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

LATARBELAKANG:

PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta ingin memulih dan memajukan Kompeks Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun. Projek yang dinamakan Aman Central bukan sahaja memulihkan bangunan terbengkalai tetapi keseluruhan kawasan di sekitar itu. Pelaburan besar itu bakal memberi peluang ekonomi serta peluang pekerjaan kepada beribu rakyat negeri ini. Isu yang timbul ialah dalam kawasan yang mahu dibangunkan itu terdapat tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dan di atas tanah itu ada bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah. Pemegang amanah harta wakaf itu adalah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Kerana harta wakaf itu terbabit dalam pelan pembangunan maka ia dicadang untuk dirobohkan sementara dan dibangunkan sebuah surau baru di tempat yang sama.

DAKWAAN YANG TIMBUL DAN PENJELASANNYA:

1. Perobohan surau adalah tindakan zalim

Kerajaan negeri tidak lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap tanah wakaf yang libatkan kepentingan Islam. Ia dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad. Majlis Fatwa bermuzakarah dan memutuskan bahawa surau tersebut boleh diroboh berdasarkan kaedah Istibdal iaitu berlaku pindah wakaf kepada manfaat yang lebih besar. Pampasan RM1.48 juta diberi kepada MAIK selaku pemegang amanah surau untuk mendapatkan wakaf yang baharu. Di lokasi yang dirobohkan akan dibina surau baru yang lebih luas boleh mengisi 400 jemaah dalam satu masa berbanding 200 jemaah dalam surau lama. Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baharu diberi lagi. Roboh satu dapat dua dan lebih manfaat!

2. Mufti Kedah dipaksa turut kehendak kerajaan negeri

Yang Berbahagia Dato' Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah berada di bawah KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini adalah Yang DiPertuan Agong, bukannya lantikan oleh Menteri Besar. Justeru tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak berasas. Mufti juga tidak membuat keputusan berseorangan, mereka bermuzakarah secara mendalam dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah yang terdiri dari Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah). Kehebatan ilmu mereka dalam membuat keputusan berkaitan kepentingan Islam tidak boleh dipertikaikan.

3. Surau baru berada dalam kompleks membeli belah, sukar dimasuki

Surau baru yang akan dibina berada di aras bawah kompleks dan boleh dimasuki dari luar pada bila-bila masa walaupun kompleks beli belah ditutup. Ia menampakkan syiar sebuah surau dari luar, ada kubah dan boleh melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Sedangkan Madrasah Salihiah yang ada sekarang hanya di buka waktu Zohor dan Asar. Pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak dimakmurkan sepanjang lima waktu.

4. Surau bernilai 100 tahun, ada nilai sejarah mesti dipertahankan

Sebenarnya bangunan surau yang kononnya bernilai 100 tahun di atas tapak itu sudah diroboh tahun 2007 dan dibina sebuah bangunan yang baharu (yang ada kini). Sebahagian besar bangunan itu adalah ruang pejabat yang disewakan kepada sebuah syarikat insuran, hanya satu ruang digunakan untuk bersolat. Bangunan itu baru berusia 4 tahun dan pampasan yang diberikan dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan tersebut.

5. Seluruh bangunan Madrasah Salihiah yang berusia 4 tahun itu adalah surau atau Rumah Allah

Rumah Allah adalah gelaran untuk bangunan surau atau masjid yang menepati syarat. Antara syaratnya ialah tandas mesti terpisah dari bangunan utama musolla seperti mana hampir kesemua masjid yang terdapat di dunia ini. Madrasah Salihiah tidak boleh dipanggil Rumah Allah kerana tandas, pejabat perniagaan dan surau berada dalam satu bangunan. Hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain juga.

6. Surau itu dimakmurkan oleh kira-kira 200 jamaah pada setiap waktu solat

Tidak benar. Hanya ada beberapa buah rumah orang Islam berhampiran surau itu kerana ramai yang sudah berpindah. Orang Islam yang masih tinggal, lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir. Solat berjemaah di surau itu biasanya hanya waktu Zohor dan Asar, dihadiri beberapa orang yang bekerja di situ. Waktu Maghrib, Isya dan Subuh, pagar pun berkunci. Jika benar surau itu mempunyai 200 anak khariah, mengapa tiada seorang pun yang datang bersolat Subuh? Ramai yang berdemonstrasi membantah bangunan itu dirobohkan tempohari mengaku ahli khariah tetapi sebenarnya mereka adalah penduduk Taman Wira Mergong, bukannya ahli khariah di situ. Bangunan itu lebih berfungsi sebagai pejabat syarikat insuran dari sebuah madrasah atau surau.

7. Sepatutnya ganti wakaf (RM1.48 juta) dibuat di sekitar lokasi tersebut juga

Cadangan itu mungkin baik tetapi persoalannya bagaimana hendak memenuhkan surau ganti wakaf yang dicadangkan itu sedangkan kawasan tersebut bukan perkampungan yang ramai orang Islam. Bukankah lebih baik memikirkan untuk memenuhkan surau baru di kompleks perniagaan yang dibina itu. Dan lebih baik juga RM1.48 juga diguna untuk membina surau di mana-mana kawasan ramai penduduk. Bukan setakat untuk solat tetapi juga untuk pelbagai kegiatan umat Islam yang lain. Pahala yang mengalir kepada pihak yang mewakaf tentulah lebih besar.

8. Di sekitar itu juga terdapat gereja, mengapa gereja tidak dirobohkan sekali

Gereja tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan. Andainya gereja sengaja mahu dimasukkan, maka ganti gereja juga terpaksa dibuat di kompleks membeli belah itu. Adakah umat Islam negeri ini bersedia melihat sebuah gereja di kompleks membeli belah?

9. Pemaju Aman Central adalah orang kafir, mengapa beri peluang orang kafir majukan ekonomi mereka?

Aman Central adalah usahasama antara PKNK dan pemaju tersebut. PKNK adalah milik kerajaan negeri justeru tidak semuanya kafir. Ia akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah (peluang pekerjaan) yang majoritinya terdiri dari orang Islam. Realiti dunia hari ini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat membangunkan iktisad sendiri tanpa orang bukan Islam. Kita tidak boleh bersikap ‘biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya.’ Jika begitu, orang Islam tidak boleh pergi menunaikan haji untuk elak orang kafir yang buat kapal terbang dapat untung.

10. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex

Tidak benar. Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant). Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah. Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli. Sekarang isu Salihiah menjadi ‘panas’ kerana pihak pembangkang kini merasa ‘terlebih pandai’ dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah.

sumber : Warta Darul Aman

*Saya mengharapkan agar seluruh pembaca dapat menilai sendiri mengenai persoalan dan penjelasan yang telah diberikan ini mengenai isu ini. Apa-apa pun, saya sentiasa mendoakan yang terbaik kepada Kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah untuk KEDAH SEJAHTERA… =) Insyaallah….

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com