Wednesday, January 4, 2012

Rumah Keluarga Jadi Lokasi Maksiat...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

AMPANG - Seorang penghantar barang dan seorang model sambilan dicekup berkhalwat di sebuah rumah di Taman Seraya, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 21 tahun dan pasangannya berusia 19 tahun itu ditahan sepasukan pe¬nguat kuasa dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Masjid Al-Azim, Pandan Indah, jam 1 pagi, berdasarkan maklumat dan aduan orang awam.

Rumah itu didiami keluarga gadis berkenaan, namun keluarganya pulang ke kampung di Perak sejak Jumaat lalu kerana melawat saudara yang terlantar sakit dan kesempatan itu digunakan pasa¬ngan terbabit untuk memadu kasih.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, pihaknya terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum pintu rumah itu dibuka dan gadis terbabit membenarkan anggota penguat kuasa masuk membuat pemeriksaan.

“Kami mendapati seorang lelaki berpakaian lengkap keluar dari bilik air dan terkejut dengan kehadiran kami. Gadis itu memakai baju tidur dan menutup tubuhnya dengan tuala,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati pasangan itu telah terlanjur dan ibu bapa gadis berkenaan tidak tahu anak mereka membawa teman lelaki balik ke rumah dan melakukan perbuatan jijik itu.

“Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995. Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, berdasarkan rekod, pihaknya pernah menahan pasangan terbabit di Bukit Langat mengikut Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995.

“Pasangan itu juga telah hadir ke Masjid Al-Azim untuk sesi kaunseling baru-baru ini,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Sejak akhir-akhir ini, kejadian sumbang mahram dan tangkap khalwat sering dilaporkan di dada akhbar, di manakah tahap kesedaran anak muda kita hari ini terhadap isu yang lebih kritikal ini? Rata-ratanya melihatkan anak gadis kita yang muda hanyut dengan pujukan dan kepercayaan terhadap sang arjunanya.

Sedih melihat situasi seperti ini di mana ianya sedikit sebanyak menampakkan suasana kehidupan masyarakat hari ini di masa hadapan. Saya sendiri akan cuba sedaya upaya untuk memfokuskan mengenai isu yang melibatkan belia remaja.

Saya mencadangkan agar di Malaysia ini mewujudkan satu formula baru bagi menangani masalah seksual di kalangan belia remaja hari ini. Oleh itu, kita harus berfikir sejenak mencari satu formula asas bagi menangani isu seperti ini. Dan apa yang pastinya adalah pengetahuan dan pemahaman terhadap agama yang perlu kita kuasai sebenarnya.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: