Tuesday, May 31, 2011

Aku Rindu Sama Sahabatku...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Aku rindu sahabat-sahabatku! Itulah luahan kata yang dapat aku lontarkan bagi melepaskan perasaan akrab aku dengan sahabat-sahabatku. Banyak pengalaman pahit dan manis sepanjang 3 tahun aku berada di Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur.



3 tahun kehidupan aku di UTM IC terasa begitu cepat ianya berlalu, dengan kawan yang silih berganti, dengan pengalaman yang kian menggunung tinggi, cukup membuatkan diriku berat untuk melepaskan semua ini. Tapi apakan daya, mungkin corak kehidupan ini berlaku dengan penuh hikmah di sebaliknya. Siapa tahu, mungkin kawan-kawan kita itu akan menjadi lebih rapat dengan kita pada suatu hari nanti.

Sedih? Memang sukar untuk aku menidakkan perasan sedih ini apabila terpaksa membuat keputusan bagi melepaskan segala keindahan yang sedang aku rasai. Mungkin, inilah dia yang dinamakan liku-liku kehidupan yang aku sendiri nyatakan. Betul atau tidak, sedikit demi sedikit perasaan sedih ini meresap jauh di sudut hatiku.

Benar! Sangat perit pabila berhadapan dengan situasi perpisahan ini tapi aku nekad untuk terus menjalani kehidupan aku bagi membuktikan bahawa sahabat-sahabat akan terus berkekalan sekiranya sahabat-sahabat itu sentiasa membawa aku ke arah kebaikkan. Insyaallah… Terimalah, Doa Perpisahan dari aku…

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

Dikesempatan ini, aku nak menyusun sepuluh jari aku, jika ada salah dan silap yang aku lakukan sepanjang perkenalan aku dengan anda semua. Dan aku berharap, agar korang semua doakan ‘KEJAYAAN’ untuk diri aku. Insyaallah… Terimalah dari aku 4 rangkap pantun khas untuk korang semua. =)

Berhempus bayu angin mengilir,
Sejuknya sampai kehujung pohon,
Sambutlah salam pesan terakhir,
Kusampaikan lewat untaian pantun.

Hendak menebang nibung berduri,
Dibuat pagar tepi perigi,
Pantun dikarang melepas diri,
Entahkan bila berjumpa lagi.

Bunga kemboja putih berseri,
Putihnya melur dihujung dahan,
Atas kerjasama dan bantuan yang diberi
Puji, syukur dan terima kasih saya ucapkan.

Kalau menjemur papan panjang,
Baik disusun tegak berdiri,
Kalau lah ada umur panjang,
Insyaallah kita akan berjumpa lagi…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Kenangan USR-YPM-UTM@Tangga Batu 2011 (1)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Jom tengok beberapa keping gambar program USR-YPM-UTM@Tangga Batu 2011... Heheheh... =)

Aku bersama Y.Bhg Prof. Datuk Dr. Tajuddin (TNC UTM), Y.B Datuk Hj Tahir Hassan (ADUN Paya Rumput) & Encik Sharil Abdullah (Penolong Pendaftar Kanan)

Aku bersama AJK dan Peserta USR-YPM-UTM@Tangga Batu 2011... =)

Aku bersama peserta program bagi Aktiviti "Mahasiswa Prihatin"...


Aku bersama dengan Barisan Fasilitator Khidmat Pendidikan... =)


Ketika aktiviti Gotong-Royong... =)




Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program USR-YPM-UTM@Tangga Batu 2011,
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Monday, May 30, 2011

Program USR-UTM@Kubang Pasu 11 (2)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Bersama Menuju Ke Puncak” itulah tema bagi program terakhir saya di Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur iaitu Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior, Kubang Pasu, Kedah 2011 (USR-UTM@Kubang Pasu 2011).

Dengan barisan fasilitator seramai 20 orang termasuk saya bagi merealisasikan tanggungjawab sosial dan khidmat pendidikan kepada hampir 200 pelajar sekolah cukup memberi kepuasan kepada saya untuk terus berkhidmat kepada anak bangsa dan masyarakat di sekeliling.

Memang benar! Cabaran untuk saya dalam merealisasikan program ini cukup besar. Walaupun kelihatan mudah, tetapi sebenarnya banyak kepahitan yang perlu aku selaku Pengarah Program serta Barisan Majli Tertinggi Program dan AJK Program yang lain lalui. TAHNIAH ! Saya ucapkan kepada korang semua kerana masih mampu bertahan bersama saya dalam melaksanakan program berbentuk khidmat sosial seperti ini.

Secara jujur saya katakan di sini, korang semua memang TERBAIK. Tanpa korang semua, tidak mampu saya dapat bertahan. Korang semua ibarat sebuah keluarga USR yang begitu berkomitmen dan begitu hebat.

Antara aktiviti yang dapat kami jalankan selama 3 hari 2 malam di sana adalah Ice Breaking, Program Mentor-Mentee, Qiamullail, Munajat Perdana, Senaman Pagi, Ceramah Kemasukan Ke UTM, Perkongsian Pengalaman di Universiti, Ceramah Potensi Diri, Latihan Dalam Kumpulan, Perlawanan Persahabatan Bola Sepak UTM vs SMKPN, Kuliah Subuh dan Majlis Penutupan.

Kepada Cikgu Nurhayati dan Cikgu Rahimah yang banyak membantu kami di pihak penganjur, cukup menggambarkan betapa kuatnya sokongan cikgu terhadap program yang tak seberapa ini. Dan saya percaya, jika masih ada cikgu seperti cikgu berdua, makin bertambah anak muda yang akan turun bersama-sama dengan pelajar sekolah untuk memberi sumbangan bakti termasuk pendidikan dan motivasi.

Kepada adik-adik Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior, abang berharap korang semua dapat sedikit sebanyak kebaikan atau input yang boleh digunakan pada masa hadapan korang. Dan ingatlah, jika korang mahu melangkah ke Menara Gading, teruskanlah berusaha, bertawakkal dan berdoa… Insyaallah.

Akhir kata, saya ucapkan berbanyak ‘Terima Kasih’ kepada seluruh pihak secara langsung atau tidak langsung yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dan team saya untuk terus berbakti menjelajahi seluruh pelusuk Malaysia. Insyaallah…jika diberi peluang sekali lagi, saya akan cuba satukan kembali team saya ini untuk terus berbakti…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Wednesday, May 18, 2011

Program USR-YPM-UTM@Tangga Batu, Melaka 2011...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Setelah penat lelah selama hampir 3 bulan dalam merealisasikan Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Kampung Krubong Tengah, Tangga Batu, Melaka 2011 (USR-YPM-UTM@TANGGA BATU 2011), maka tibalah masanya iaitu bermula pagi ini semuanya akan menjadi realiti. Insyaallah…



Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ‘PENGHARGAAN’ kepada 11 orang AJK saya yang bertungkus-lumus bergandingan dengan saya dalam menerajui sebuah kumpulan yang akan ‘menyapa’ masyarakat di Kampung Krubong Tengah, Melaka iaitu :
• Mohd Irfan Shah (Timbalan Pengarah 1)
• Muhamad Faiznur Muatarudin (Timbalan Pengarah 2)
• Nazriah Rasul (Setiausaha)
• Muhammad Anis Safwan Ahmad (Unit Protokol & Upacara)
• Wan Ayzam Zulhelmey (Unit Kem Pendidikan & English For Fun)
• Mohd Hasri Al-Azmi (Unit Komuniti, Pengangkutan & Tugas-Tugas Khas)
• Mohamad Bukhari Mohamad Shukor (Unit Riadah, Sukan & Kebudayaan)
• Wan Ainun Bahirah (Unit Media, Liputan & Dokumentasi)
• Mohd Asyraf Yusof (Unit Multimedia)
• Mohd Hafiz Idris (Unit Logistik & Kemudahan)
• Mohd Haidil Zainal Abidin (Unit Makanan)
Tanpa mereka ini, tidak mungkin gerak kerja dapat dilakukan sepertimana yang diharapkan.

Saya juga ingin mengucapkan kepada semua peserta seramai 50 orang yang begitu komited untuk menyertai program ini. Saya amatlah berharap agar anda semua dapat memberi kerjasama kepada saya dan seluruh AJK saya. Insyaallah.

Berbalik kepada Program USR-YPM-UTM@TANGGA BATU 2011 ini, apa yang dapat saya katakan bagi gerak kerjanya adalah begitu mencabar. Pelbagai situasi yang tidak pernah saya jangkakan berlaku dan kadang-kalanya membuatkan saya begitu berdebar menunggu reaksi pelbagai pihak.

Tapi disebabkan dengan kekuatan tenaga kerja yang begitu hebat, saya masih dapat meneruskan gerak kerjanya sehinggalah hari ini yang merupakan hari akan bermulanya program yang dinanti-nantikan ini. Insyaallah.

Di kesempatan ini, saya amatlah berharap agar seluruh sahabat-sahabat, kawan-kawan dan rakan-rakan yang mengenali diri saya atau tidak, dapat mendoakan agar semuanya akan berjalan lancar. Insyaallah.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan ‘TERIMA KASIH’ kepada PENAJA UTAMA Program ini iaitu :
• Yayasan Pelajaran MARA (YPM)
• Kerajaan Negeri Melaka
• Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Melaka
• Pejabat Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka
• Jawatankuasa Setempat & Seluruh Penduduk Kampung Krubong Tengah, Melaka


Dan kepada
PENAJA BERSAMA iaitu :
• Jabatan Penerangan Malaysia
• Sukses Media (M) Sdn. Bhd.
• Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
• PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
• Excellent Pictures Sdn. Bhd.
• Inteam Records Sdn. Bhd.
• Puan Zakiah Abd Ghafar (Buku Prima Kids)
• Perniagaan Waman (Kolej Kedua UTM IC)
kerana dapat menaja program ini.

Jika tiada aral melintang, Program USR-YPM-UTM @ TANGGA BATU 2011 ini akan dirasmikan oleh Datuk Tahir bin Hj Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Rumput, Melaka. Saya juga ingin menjemput sahabat-sahabat yang berada di sekitar Melaka dapat memberi sokongan moral terhadap program ini.

Akhir kata, saya selaku Pengarah Program USR-YPM-UTM @ TANGGA BATU 2011 saya ingin memohon maaf sekiranya ada salah silap, cacat-cela dan sebagainya sepanjang gerak kerja yang dilakukan ini. Dan saya harap agar anda semua dapat terus menyokong saya dalam menjayakan program kemasyarakat seperti ini. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah,
Program USR-YPM-UTM@TANGGA BATU 2011
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Selamat Hari Guru 2011 - Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



“Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” merupakan tema yang dipilih oleh kerajaan bagi mengangkat martabat seorang guru atau pendidik dalam melakukan transformasi pendidikan negara sempena Sambutan Hari Guru 2011.

Guru sememangnya merupakan seorang insan yang begitu tekal dalam melahirkan generasi pewaris bangsa dan pemimpin yang berjaya. Tanggungjawab itu bukannya mudah jika diperhatikan tetapi dengan pengorbanan yang tinggi, guru itu sanggup berdepan dengan apa jua sekalipun bagi menyampaikan ilmu yang manfaat kepada muridnya.

Saya selaku seorang pelajar begitu menghargai pengorbanan yang diberikan itu, kerana tanpa mereka tidak mungkin dapat saya mengenal dan memahami ilmu-ilmu yang diberikan sehingga saya dapat menjejakkan kaki ke Menara Gading ini.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan “SELAMAT HARI GURU – Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” kepada guru-guru saya iaitu di =
•Taski ABIM Alor Star
•Sekolah Rendah Islam Alor Star
•Maahad Mahmud Alor Star
•Sekolah Menengah Teknik Langkawi
•Pusat Latihan Khidmat Negara
•Politeknik Tunku Sultanah Bahiyyah
•Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur

Dengan rasa sukacitanya, ingin saya utuskan sepucuk “Warkah Buatmu Guru”. Terimalah dari saya,

Warkah buatmu guru
Insan yang sering mengajarku
Permulaan kejayaan pasti kegagalan mendahului
Walau aku buta segala-segalanya
Engkau tetap bersama denganku

Terdampar seketika daku di dasar kehidupan
Pabila aku berduka engkaulah penawarnya
Kebijaksanaanmu memastikan aku sentiasa berilmu
Melayari kehidupan yang penuh dengan dusta
Benci dan sabar sering bergandingan ketika engkau
Di pentas ilmu yang bernama kelas tika mengajarku

Tutur bicaramu wahai guru
Penawar yang harus ku semat di kalbu
Sememangnya engkaulah permula
Tanpa penamat untukku mengingati segala-galanya

Doakan aku wahai guru budiman
Doa untukku dan seluruh anak didikmu
Maafkan kendati kekhilafan kami
Sezarah di hati,segunung melangit, seluas hamparan biru
Maafkanlah akan kami yang bertatih
Menggapai impian harapan bangsa dan negara

Untukmu warga insan bernama guru
Terimalah warkah ini dengan seadanya
Tataplah ia sebagai pengubat di hati
Saat mu mendidik dan mengajar
Penuh keikhlasan tanpa sezarah kekhilafan….


Ikhlas dari muridmu,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Saturday, May 14, 2011

Salam Perpisahan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan – seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran

Perpisahan merupakan satu detik yang amat tidak menyenangkan dan memberi kesan yang begitu mendalam bagi setiap ikatan persahabatan yang terjalin. Perpisahan cukup memilukan hati kerana begitu banyak pengalaman dan kenangan yang terlukis pada sebuah gambar kehidupan kita.

Perkara itu turut berlaku kepada diri saya untuk merasai detik-detik perpisahan bersama-sama rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada diri saya untuk terus ke depan. Walaupun terpaksa berdepan dengan situasi ini, tetapi di benak hati ini masih ada kesedihan untuk melalui detik-detik perpisahan bersama dengan sahabat sekeliling.

Selama hampir 3 tahun saya menuntut ilmu di Universiti Teknologi Malaysia International Campus yang penuh 1001 kenangan, ada yang manis dan ada juga yang pahit. Pelbagai gelagat dan ragam sahabat-sahabat yang kadang-kala cukup mencuit hati saya. Tapi apakan daya, semua itu hanya menjadi sebuah kenangan terunggul untuk sebuah ikatan persahabatan yang sementara ini di sini.

Kepada Kelas DDF (Batch 2008 - 2011)

Saya seronok berkawan dengan korang. Banyak perkara yang kadang-kala membuatkan saya tertekan tetapi saya masih boleh menerimanya dengan keadaan yang terbuka. Dan saya cukup gembira berkawan dengan anda semua kerana setiap daripada anda cukup ‘Best’ dan ‘Terbaik’. Dan yang paling best apabila korang semua sentiasa menyokong dan mempercayai diri saya untuk terus ke depan.

Pengalaman yang paling saya tak boleh lupakan apabila berada dalam kelas Encik Harith ketikamana semua ‘assignment’ kita kena ‘baling’ dan tak diterima. Habis diam kita semua. Hahahaha… Mungkin itulah pengajaran untuk kita semua bagi terus mencapai cita-cita. Insyaallah… Saya doakan agar persahabatan kita semua terus berkekalan dan saya di sini ingin mohon maaf sekiranya sepanjang hampir 3 tahun kita semua bersama, saya ada melakukan salah silap kepada korang semua sama ada secara lisan, perlakuan dan sebagainya. Insyaallah, jika umur panjang, kita semua dapat berkumpul kembali. =)

Kepada Rakan Sebaya (Batch 2008 - 2011)

Alhamdulillah, saya diterima menjadi kawan, sahabat dan rakan anda semua, walaupun kita semua berlainan kursus dan sebagainya. Saat pertemuan antara kita sama ada, dalam aktiviti persatuan, majlis-majlis, di kampus, di kolej dan sebagainya lagi cukup membuatkan diri saya ini gembira. Banyak pengalaman dapat dikongsikan daripada bermulanya program PERSADA sehinggalah sekarang, cukup memberi kesan pada persahabatan kita semua.

Dari saya seorang diri di UTM IC sehinggalah saya mempunyai begitu ramai kawan di sini, korang semua memang terbaik. Di sini saya ingin memohon maaf kepada korang, sekiranya ada salah silap sepanjang perkenalan kita semua bermula diri saya sebagai JKM-KSJ sehinggalah MPM UTM IC selama hampir setahun lebih, ada perkara-perkara yang membuatkan korang terasa dengan saya. Saya mohon maaf dan saya harap kita dapat bertemu kembali pada suatu hari nanti. Insyaallah… =)

Kepada Junior (Batch 2009 – 2012 & 2010 - 2013)

Adik-adikku sekalian, terima kasih kepada korang semua kerana menerima diri saya ini seadanya. Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkawan dengan saya. Terima kasih juga kerana sudi menyertai aktiviti-aktiviti yang saya jalankan sepanjang korang semua berada di UTM IC. Insyaallah, saya harap korang pula dapat teruskan aktiviti-aktiviti sedemikian kepada generasi mahasiswa yang seterusnya.

Di sini juga, saya ingin mohon maaf sekiranya sepanjang saya berkhidmat sebagai perwakilan korang, masih ada perkara-perkara yang tidak memuaskan diri anda semua. Tapi apakan daya, saya sudah buat yang terbaik. Dan saya juga amat berharap agar korang semua terus doakan kejayaan kepada saya. Insyaallah.


Akhir kata sebelum saya berundur diri, ingin saya ungkapkan beberapa rangkap pantun kepada anda semua, terimalah,

Berhempus bayu angin mengilir,
Sejuknya sampai kehujung pohon,
Sambutlah salam pesan terakhir,
Kusampaikan lewat untaian pantun.

Hendak menebang nibung berduri,
Dibuat pagar tepi perigi,
Pantun dikarang melepas diri,
Entahkan bila berjumpa lagi.

Bunga kemboja putih berseri,
Putihnya melur dihujung dahan,
Atas kerjasama dan bantuan yang diberi
Puji, syukur dan terima kasih saya ucapkan.

Kalau menjemur papan panjang,
Baik disusun tegak berdiri,
Kalau lah ada umur panjang,
Insyaallah kita akan berjumpa lagi…


Salam ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Saturday, May 7, 2011

Kekecewaan MPG Kian Terluka...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Kekecewaan MPG Kian Terluka” itulah ungkapan yang dapat saya luahkan buat penulisan kali ini. Ianya berkait-rapat dengan kekecewaan saya terhadap segelintir sikap penganjur yang diibaratkan semakin ‘melepaskan tangan’ terhadap mangsa-mangsa keadaan termasuk diri saya sendiri, Saudara Hariz Zakwan, Saudara Lukmanul Hakim dan Saudari Jenny Nginggang.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah hanya masalah kecil tetapi pihak penganjur terutamanya kelihatan seakan melepaskan diri dari tanggungjawab asalnya untuk menyelesaikan masalah yang kecil ini. Tetapi apakan daya, rasa hormat dan kepercayaan yang saya berikan terhadapnya seakan dipermainkan dan di’boneka’kan hanya dalam sekelip mata.

Pihak penganjur terutamanya Pengarah Program sepatutnya ‘alert’ dengan situasi yang berlaku kerana menjadi tanggungjawab beliau (yang juga merangkap TIMBALAN PRESIDEN PERWAKILAN MAHASISWA UTM 10/11) untuk suarakannya ke peringkat atas. Siapakah lagi yang dapat saya (yang hanya mahasiswa biasa) untuk bangkitkan kalau bukan kepada Pengarah Program MPG 2011 tersebut?

Tidak pernah dalam sejarah berpersatuan atau program yang saya sertai, Pengarah Program mengarahkan saya yang tidak terlibat sebagai AJK MPG tersebut untuk minta sendiri sijil tersebut kepada pihak ALUMNI UTM. Di mana hak saya sebagai ‘Tetamu’ atau ‘Penerima Anugerah’ untuk suarakan masalah tersebut melainkan kepada Pengarah Program tersebut? Dari seminggu yang dijanjikan dan sekarang hampir 2 bulan telah berlalu.

Saya tak nak perkara ini menjadi lebih keruh, tetapi apakan daya, saya seakan ‘ditipu’ dan ‘diperbodohkan’ sedemikian rupa. Kalau yang dijanjikan semasa kempen PILIHANRAYA KAMPUS untuk perjuangkan suara-suara dari Mahasiswa UTM IC, tapi sekarang? Di manakah kata-kata tersebut? Di mana? Inilah TAMPARAN HEBAT yang terkena di muka saya yang turut serta berkempen untuk beliau semata-mata mahu menangkan beliau pada Pilihanraya Kampus baru-baru ini.

Perkara ini cukup membuatkan diri saya KECEWA. Keadilan dan Perjuangan yang diwar-warkan sekarang hanya dapat saya katakan sebagai RETORIK semata-mata. Jika isu atau permasalahan yang kecil seperti ini tidak dapat diselesaikan, di mana kredibiliti anda sebagai PEMIMPIN MAHASISWA? Dua kali saya ‘terkena’ dan ianya cukup mengecewakan saya. Dan kedua-dua itu, adalah berkaitan dengan MPG 2011.

Saya di sini ingin menyeru kepada seluruh mahasiswa UTM IC agar berhati-hati dalam memilih perwakilan-perwakilan akan datang kerana hanya mendengar syarahan atau melihat manifesto semata-mata tidak cukup dan hanya sekadar mengaburi mata kita saja sebagai pengundi. Jika benar seorang pemimpin itu mahu bangkitkan suara Mahasiswa UTM IC, beliau akan terus membantu di UTM IC. Tapi jika masalah sekecil ini tidak dapat ditangani secara waras, saya cadangkan kepada Mahasiswa UTM IC agar kita bersama-sama kita beralih kepimpinan Perwakilan untuk masa akan datang sebagai pengajaran buat kita semua.

Sekiranya ada perkara yang diluar pengetahuan saya, saya mohon jasa baik penganjur untuk maklumkan kepada saya. Kerana sehingga sekarang saya yang ‘terhegeh-hegeh’ SMS kepada penganjur semata-mata mahukan sijil saya, tapi tiada sebarang maklumkan yang diberitahu kepada saya melainkan saya sendiri yang berbuat demikian.

Sebelum berundur diri, saya ingin memohon maaf kepada Pengarah MPG 2011 sekiranya ‘terasa’ dengan penulisan ini dan ‘tertekan’ dengan desakan saya yang tidak jemu-jemu menghantar ‘SMS’ semata-mata untuk mendapatkan kembali Sijil Anugerah Mahasiswa Berpotensi (untuk saya, Hariz, Lukman dan Jenny). Dan diharapkan persahabatan kita akan terus berkekalan. Tapi, saya ingin tegaskan di sini, bahawa saya akan tuntut HAK saya sehingga perkara ini dapat diselesaikan. Saya ulang sekali lagi, SAYA AKAN TUNTU HAK SAYA SEHINGGA PERKARA INI DAPAT DISELESAIKAN.

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Tuesday, May 3, 2011

Kenangan Di Rumah Kelahiran Tun Mahathir...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pagi ini saya ingin kongsikan beberapa keping gambar yang telah dirakamkan pada 17 April 2011 di Rumah Kelahiran Tun Mahathir, Mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Jom tengok gambar tue…. =)











Sumber : Wan Muhammad Hazem Bin Mohd Yusoh

Monday, May 2, 2011

Biar Nampak Bodoh Tapi Tak Bodoh, Jangan Nampak Pandai Tapi Bodoh...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Biar Nampak Bodoh Tapi Tak Bodoh, Jangan Nampak Pandai Tapi Bodoh” itulah ungkapan yang sesuai untuk saya tujukan kepada segelintir Kepimpinan Mahasiswa sekarang. Adakah perlu untuk kita menyanjungi atau mengagungkan kepimpinan yang lagaknya saja seperti seorang pahlawan tetapi keris yang di tangan hanya keris mainan?

Satu persoalan yang saya tinggalkan di perenggan pertama tadi cukup memberi gambaran mudah yang menyatakan sedikit kekecewaan saya terhadap segelintir Kepimpinan Mahasiswa sekarang. Memang menyedihkan apabila melihat kembali kredibiliti dan struktur organisasi kepimpinan yang sepatutnya berteraskan keadilan dan kesaksamaan tetapi ketamakan dan mementingkan diri yang menjadi sandaran utama dalam kepimpinan tersebut.

No Komen! Malas untuk berbicara dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Berbalik kepada penulisan asal bagi kali ini, iaitu “Biar Nampak Bodoh Tapi Tak Bodoh, Jangan Nampak Pandai Tapi Bodoh”. Memang keterlaluan jika difikirkan kembali mengenai ungkapan ini tetapi memang sepatutnya ungkapan ini wujud. Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin!

Pernahkah anda semua melihat, jika seseorang kepimpinan teratas apabila ditegur oleh anak buahnya, beliau memarahi anak buah tersebut, beliau meninggikan suara kepada anak buah tersebut. Adakah ini yang dinamakan sebagai seorang Pemimpin Mahasiswa masa kini?

Setinggi mana pun jawatan anda! Sehebat mana pun jawatan anda! Itu semua hanyalah sementara, bukannya kekal sehingga boleh dibawa mati. Sebagai seorang Pemimpin Mahasiswa, emosi dalam konteks tindakan masih tidak releven untuk diguna pakai kerana kepimpinan yang berteraskan emosi adalah lebih ke arah keburukan.

Kepimpinan Mahasiswa sepatutnya menjadi lebih kreatif dan perlu banyak berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan atau keputusan. ‘Junior’ tidak sepatutnya dijadikan tempat untuk melepaskan tekanan anda itu, wahai Pemimpin yang kononnya hebat! Agak hairan bagaimana perkara ini boleh timbul?

Seterusnya, saya ingin membawa satu lagi perkara untuk dibincangkan dengan anda semua berkenaan satu permasalahan yang dikongsikan oleh seorang ‘Pengarah Program’ yang tinggal beberapa bulan lagi sahaja programnya akan dijalankan. Sekiranya anda (Sahabat-sahabat & Pembaca Blog) ingin menjalankan satu aktiviti/program ‘Besar’ siapakah yang akan anda lantik untuk menjawat jawatan tertinggi dalam organisasi anda tersebut?

Agak hairan apabila melihat kebijaksanaan seorang pengarah itu tertunduk dengan ‘MT’nya sendiri dan si pengarah ini pula mengadu ‘berkongsi’ dengan saya, pegawai Universiti dan sebagainya lagi bahawa salah seorang dari MT nya itu bermasalah atau maksud lain, ‘Pengarah perlu ikut kata MT nya’.

Ada juga anak buah si pengarah ini memberitahu kepada saya bahawa Pengarah itu selesa dengan MT nya itu. Memang pelik! Mana satu betul? Mana satu yang salah? Inilah yang dikatakan bahawa ragam Kepimpinan Mahasiswa sekarang. Agak hairan apabila ada salah seorang anak buah si pengarah nie menegur pengarah tersebut, ramai pula yang tidak berpuas hati dengan si penegur tadi? Oleh itu, di manakah keadilan yang diberikan kepada si penegur tadi?

Noktah! Berbalik kepada diri saya, saya masih tercari-cari apa sebenarnya yang ingin ditonjolkan oleh segelintir kepimpinan mahasiswa hari ini? Penulisan ini bukannya untuk menambahkan lagi kekusutan yang berlaku, tetapi sekadar perkongsian untuk kita sama-sama berfikir dan meneliti apa sebenarnya yang ingin kita lakukan / tegakkan.

Akhir kata, saya ingin menegaskan di sini sekali lagi, bahawa penulisan ini bukan ditujukan kepada mana-mana individu tetapi sekadar perkongsian secara terbuka untuk kita sama-sama berfikir dan menilai apa sebenarnya yang perlu kita lakukan bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang kembali. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Sunday, May 1, 2011

Program USR-UTM@Kubang Pasu 11 (1)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Menuju Ke Menara Gading” merupakan satu tema yang diangkat bagi menyahut seruan kerajaan dalam mengajak ramai pelajar cerdik pandai di luar sana untuk menjejakkan kaki ke Menara Gading terutamanya ke Universiti Penyelidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).



Program berbentuk kemasyarakatan yang mengangkat aktiviti ‘Khidmat Pendidikan’ sebagai aktiviti utama yang dijalankan ini diberi nama sebagai Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior, Kubang Pasu (USR-UTM@Kubang Pasu 11) yang melibatkan 25 orang Mahasiswa UTM IC akan diadakan pada 26 hingga 28 Mei 2011.

Program yang diterajui oleh saya sendiri selaku Pengarah Program dengan gandingan 2 orang Timbalan Pengarah Program iaitu Saudara Mohd Irfan Bin Mohd Shah (Mahasiswa Tahun 3) dan Saudara Muhamad Faiznur Bin Muataruddin (Mahasiswa Tahun 1) melibatkan pelbagai jenis aktiviti ini menekankan 4 aspek yang digariskan iaitu Keilmuan/Pengetahuan, Kerohanian/Keperibadian, Psikologi/Pemikiran dan Sosiologi juga sepertimana Program USR-YPM-UTM@Bachang ‘11.

4 aspek ini diilhamkan ketikamana saya menerajui kumpulan saya dalam merealisasikan program pertama saya berbentuk kebajikan/kemasyarakatan iaitu Program USR-UTM@Melaka 2010 pada tahun lalu. Kejayaan yang diperolehi dalam penghasilan 4 aspek tersebut menunjukkan 4 aspek ini wajar digunapakai dan diselaraskan bagi memberikan kekuatan maksima terhadap program-program berbentuk kemasyarakatan ini.

Apa-apa pun pertamanya saya ingin mengucapkan kepada semua AJK yang terlibat iaitu Faiznur, Irfan Shah, Nazriah, Anis Safwan, Mohd Hasri, Bukhari, Muhammad Salman, Asyraf Yusof dan semuanya lagi di atas kerjasama yang diberikan terhadap gerak kerja USR-UTM@Kubang Pasu 11 ini. Tanpa kalian semua, tak mungkin gerak kerja sebaik ini dapat dilakukan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior yang memberi kerjasama terhadap program sedemikian untuk dilakukan di situ dan Pihak Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kubang Pasu yang memberi sokongan terhadap program yang sedemikian.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah Ceramah Kemasukan Ke UTM, LDK, English For Fun, Riadah, Munajat Perdana dan sebagainya lagi bagi melahirkan sebuah masyarakat belia / pelajar yang berkualiti dari segi sahsiah dan akademik. Insyaallah.

Kepada semua peserta yang terpilih sebagai Fasilitator bagi program USR-UTM@Kubang Pasu 11 ini, saya mengharapkan kerjasama anda untuk melakukan yang terbaik bagi menaikkan semangat adik-adik kita ini untuk menjejakkan kaki mereka ke menara gading bagi mencapai cita-cita dan impian mereka. Insyaallah. Dan semua peserta yang terpilih, anda semua perlu berada di Kediaman Siswa Jaya mulai 25 Mei 2011.

Saya amatlah berharap agar sahabat-sahabat, rakan-rakan, pembaca blog dan sebagainya lagi mendoakan agar program ke-4 berbentuk kebajikan yang diterajui oleh saya ini setelah (Program USR-UTM@Melaka 2010, Program USR-UTM@Panching Pahang 2010 dan masih dalam proses iaitu Program USR-YPM-UTM@Bachang ‘11) ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah digariskan.

Dengan aktiviti berbentuk ‘Kebajikan/Kemasyarakatan’ ini, saya berharap agar seluruh mahasiswa dapat bersama-sama meneruskan secretariat ini dan seterusnya membantu masyarakat luar Bandar sana untuk terus bersama-sama menggapai impian dan mengecapi bintang. Insyaallah…

Akhir kata, kerjasama yang diberikan oleh semua pihak setakat ini cukup memberi semangat dan kekuatan kepada diri saya dan AJK yang lain untuk terus bersama-sama dengan masyarakat luar sana dan saya dahului dengan ucapan Jutaan TERIMA KASIH. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program
USR-UTM@Kubang Pasu 11
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Program USR-YPM-UTM@Bachang '11 (1)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Mahasiswa Prihatin Peneraju Aspirasi Negara” merupakan satu tema yang diangkat bagi menampakkan kesungguhan di kalangan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus untuk ‘turun padang’ menjengah masyarakat luar Bandar di perkampunga ‘Bumi Hijau’ yang terletak di Kampung Baroh, Bachang, Melaka.



Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Kampung Baroh, Bachang, Negeri Melaka (USR-YPM-UTM@Bachang ‘11) ini akan diadakan bermula 18 hingga 23 Mei 2011. Dengan komitmen mahasiswa seramai hampir 50 orang akan bersama-sama menyemarakkan lagi aktiviti kemasyarakatan yang akan dilakukan tidak lama lagi ini.

Program yang diterajui oleh saya sendiri selaku Pengarah Program dengan gandingan 2 orang Timbalan Pengarah Program iaitu Saudara Mohd Irfan Bin Mohd Shah (Mahasiswa Tahun 3) dan Saudara Muhamad Faiznur Bin Muataruddin (Mahasiswa Tahun 1) melibatkan pelbagai jenis aktiviti ini menekankan 4 aspek yang digariskan iaitu Keilmuan/Pengetahuan, Kerohanian/Keperibadian, Psikologi/Pemikiran dan Sosiologi.

Sebanyak 10 orang (termasuk saya, Irfan & Faiz) bertindak sebagai tunjang utama bagi aktiviti kemasyarakatan ini cukup memberi kekuatan dan satu persatu masalah yang berlaku dapat diselesaikan secara lebih sistematik dan teratur. Insyaallah..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak ucapan ‘TERIMA KASIH’ kepada semua AJK PELAKSANA (Irfan Shah, Faiznur, Nazriah, Anis Safwan, Asyraf Yusof, Mohd Hasri, Bukhari, Wan Ayzam dan Hafiz) bagi USR-YPM-UTM@Bachang 11 ini. Tanpa kalian semua, tak mungkin gerak kerja kita di tahap ini. Semoga ukhuwah kita semua terus terjalin.

Kepada semua peserta yang terpilih, saya amatlah berharap agar anda semua memberi kerjasama yang tinggi bagi mempermudahkan segala urusan yang berkaitan dengan kelancaran program. Dan saya ingin memaklumkan di sini bahawa semua peserta perlu ada di Kediaman Siswa Jaya mulai 16Mei2011(selewat-lewatnya MALAM) untuk taklimat dari pihak Penganjur dan pengkelasan tugas masing-masing.

Saya percaya sekiranya semua pihak memberi kerjasama dan sokongan yang kuat, Insyaallah, semuanya akan berjalan lancar sepertimana yang kita harapkan dan yang kita rancang. Di pihak penganjur, kita mengalu-alukan kesungguhan yang ditunjukkan dari peserta semua bagi merancakkan lagi semangat ‘Mahasiswa Prihatin’ yang sememangnya perlu ditingkatkan dalam diri mahasiswa di seluruh negara.

Semester ini kelihatan kurang kerancakkan yang ditunjukkan oleh Kepimpinan Mahasiswa sekarang terhadap program-program sedemikian. Tapi diharapkan dengan kalobarasi yang ditampilkan kali antara “Senior & Junior” dalam perkongsian program sedemikian dapat terus memperjuangkan program-program sedemikian untuk meningkatkan lagi input-input yang sepatutnya dipelajari dan dimiliki oleh mahasiswa terutamanya dalam berdepan dengan masyarakat sekitar, pelajar sekolah dan kepimpinan masyarakat sekitar.

Saya amatlah berharap agar sahabat-sahabat, rakan-rakan, pembaca blog dan sebagainya lagi mendoakan agar program Ke-3 berbentuk kebajikan yang diterajui oleh saya setelah (Program USR-UTM@Melaka 2010 dan Program USR-UTM@Panching, Pahang 2010) berjlan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah digariskan. Dengan kewujudan program seperti ini, saya berharap agar seluruh mahasiswa akan lebih peka dengan masyarakat sekeliling dan akan bersama-sama dengan saya untuk ‘turun padang’ bersama masyarakat luar. Insyaallah…

Dan kepada mana-mana syarikat-syarikat swasta atau mana-mana individu yang prihatin untuk memberi sebarang penajaan berbentuk wang ringgit atau produk atau barangan, bolehlah menghubungi saya di Talian, 013-3114305 selewat-lewatnya sebelum 15 Mei 2011 bagi mempermudahkan segala urusan. Insyaallah…

Akhir kata, kerjasama yang diberikan oleh semua pihak setakat ini cukup memberi semangat untuk saya dan AJK yang lain untuk teruskan aktiviti yang sedemikian dan didahului dengan ucapan TERIMA KASIH. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program
USR-YPM-UTM@Bachang ‘11
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Selamat Hari Pekerja 2011...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



“Pekerja Merealisasi Transformasi Negara” merupakan tema Hari Pekerja bagi tahun 2011 kali ini. Tanggal 1 Mei setiap tahun, merupakan satu tarikh / hari yang cukup paling bermakna bagi seluruh pekerja sama ada di sektor awam mahupun swasta apabila kerah keringat pekerja ini dihargai oleh semua pihak sehingga diisytiharkan sebagai cuti umum di Malaysia.

Idea sambutan Hari Pekerja ini sebenarnya mula tercetus di Australia pada tahun 1856. Ia adalah merupakan salah satu cara para proletariat pada masa itu untuk mencapai hari bekerja lapan jam sehari. Pada asalnya, mereka menetapkan perayaan itu pada 21 April 1856 dengan mengadakan demonstrasi bagi mencapai tujuan mereka. Perayaan pertama itu telah memberi kesan yang positif di kalangan proletariat Australia yang membawa kesedaran kepada mereka sehingga tercetusnya pemberontakan baru menyebabkan keputusan diambil untuk meraikan perayaan itu setiap tahun.

Idea perayaan Hari Pekerja ini diterima di seluruh Australia dengan cepat, malah mula tersebar ke negara-negara lain di seluruh dunia. Kejayaan para pekerja Australia mencapai matlamat bekerja lapan jam sehari mendorong para pekerja di negara lain tampil dengan berani untuk menuntut hak yang sama. Golongan pertama yang mencontohi langkah pekerja Australia ini adalah pekerja Amerika. Bermula pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa setiap 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari tersebut, lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat bekerja mereka dan menuntut masa bekerja hanya lapan jam sehari.

Pengisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia hanya bermula pada tahun 1972. Pengisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan. (sumber : Selected Political Writings of Rosa Luxemburg, Dick Howard ).

Hal ini bermakna, sumbangan yang diberikan oleh setiap mereka yang bergelar pekerja itu cukup tinggi. Fikirkanlah,
Tanpa Pekerja, Lahirkah Negara yang maju?
Tanpa Pekerja, Lahirkah Mesin-mesin yang berkualiti tinggi?
Tanpa Pekerja, Wujudkah kereta-kereta sekarang?
Tanpa Pekerja, Wujudkah rumah-rumah yang kita duduki?
Tanpa Pekerja, Adakah sektor ekonomi akan berjalan lancar?

Itulah yang dinamakan, betapa kuatnya semangat seorang pekerja untuk melahirkan sebuah negara yang maju dan bertaraf dunia.

Dikesempatan ini, saya ingin mengambil sedikit peluang untuk mengucapkan “Selamat Hari Pekerja 2011 : Pekerja Merealisasikan Transformasi Negara” khas kepada seluruh pekerja-pekerja di seluruh Malaysia. Jasamu dikenang… Insyaallah.. =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com