Sunday, May 1, 2011

Program USR-UTM@Kubang Pasu 11 (1)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Menuju Ke Menara Gading” merupakan satu tema yang diangkat bagi menyahut seruan kerajaan dalam mengajak ramai pelajar cerdik pandai di luar sana untuk menjejakkan kaki ke Menara Gading terutamanya ke Universiti Penyelidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).



Program berbentuk kemasyarakatan yang mengangkat aktiviti ‘Khidmat Pendidikan’ sebagai aktiviti utama yang dijalankan ini diberi nama sebagai Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior, Kubang Pasu (USR-UTM@Kubang Pasu 11) yang melibatkan 25 orang Mahasiswa UTM IC akan diadakan pada 26 hingga 28 Mei 2011.

Program yang diterajui oleh saya sendiri selaku Pengarah Program dengan gandingan 2 orang Timbalan Pengarah Program iaitu Saudara Mohd Irfan Bin Mohd Shah (Mahasiswa Tahun 3) dan Saudara Muhamad Faiznur Bin Muataruddin (Mahasiswa Tahun 1) melibatkan pelbagai jenis aktiviti ini menekankan 4 aspek yang digariskan iaitu Keilmuan/Pengetahuan, Kerohanian/Keperibadian, Psikologi/Pemikiran dan Sosiologi juga sepertimana Program USR-YPM-UTM@Bachang ‘11.

4 aspek ini diilhamkan ketikamana saya menerajui kumpulan saya dalam merealisasikan program pertama saya berbentuk kebajikan/kemasyarakatan iaitu Program USR-UTM@Melaka 2010 pada tahun lalu. Kejayaan yang diperolehi dalam penghasilan 4 aspek tersebut menunjukkan 4 aspek ini wajar digunapakai dan diselaraskan bagi memberikan kekuatan maksima terhadap program-program berbentuk kemasyarakatan ini.

Apa-apa pun pertamanya saya ingin mengucapkan kepada semua AJK yang terlibat iaitu Faiznur, Irfan Shah, Nazriah, Anis Safwan, Mohd Hasri, Bukhari, Muhammad Salman, Asyraf Yusof dan semuanya lagi di atas kerjasama yang diberikan terhadap gerak kerja USR-UTM@Kubang Pasu 11 ini. Tanpa kalian semua, tak mungkin gerak kerja sebaik ini dapat dilakukan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior yang memberi kerjasama terhadap program sedemikian untuk dilakukan di situ dan Pihak Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kubang Pasu yang memberi sokongan terhadap program yang sedemikian.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah Ceramah Kemasukan Ke UTM, LDK, English For Fun, Riadah, Munajat Perdana dan sebagainya lagi bagi melahirkan sebuah masyarakat belia / pelajar yang berkualiti dari segi sahsiah dan akademik. Insyaallah.

Kepada semua peserta yang terpilih sebagai Fasilitator bagi program USR-UTM@Kubang Pasu 11 ini, saya mengharapkan kerjasama anda untuk melakukan yang terbaik bagi menaikkan semangat adik-adik kita ini untuk menjejakkan kaki mereka ke menara gading bagi mencapai cita-cita dan impian mereka. Insyaallah. Dan semua peserta yang terpilih, anda semua perlu berada di Kediaman Siswa Jaya mulai 25 Mei 2011.

Saya amatlah berharap agar sahabat-sahabat, rakan-rakan, pembaca blog dan sebagainya lagi mendoakan agar program ke-4 berbentuk kebajikan yang diterajui oleh saya ini setelah (Program USR-UTM@Melaka 2010, Program USR-UTM@Panching Pahang 2010 dan masih dalam proses iaitu Program USR-YPM-UTM@Bachang ‘11) ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah digariskan.

Dengan aktiviti berbentuk ‘Kebajikan/Kemasyarakatan’ ini, saya berharap agar seluruh mahasiswa dapat bersama-sama meneruskan secretariat ini dan seterusnya membantu masyarakat luar Bandar sana untuk terus bersama-sama menggapai impian dan mengecapi bintang. Insyaallah…

Akhir kata, kerjasama yang diberikan oleh semua pihak setakat ini cukup memberi semangat dan kekuatan kepada diri saya dan AJK yang lain untuk terus bersama-sama dengan masyarakat luar sana dan saya dahului dengan ucapan Jutaan TERIMA KASIH. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program
USR-UTM@Kubang Pasu 11
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

5 comments:

azie5ouh!8 said...

goodluck.
bagus ada atvt camni..
XD

wan muhammad hazem said...

Ok... TQ... =)

"Mahasiswa Prihatin Peneraju Aspirasi Negara"

HaziqMohammad said...

Gud Luck Wan Hazem n the team...

wan muhammad hazem said...

TQ Haziq....Gudluck jugak utk USR kat Sagil... =)

Cik Sara said...

Dekat dah dengan rumah hamba..
Tapi baru je habaq kat adik, tak payahlah apply UTM..yuran satu sem mahai..USM baru RM1000++ satu sem..UTM nak dekat RM1500++ satu sem.. Rugi-rugi..Ilmu sama ja dapatnya..
Hahaha..walaupun diri sendiri menuntut kat UTM..hahaha..

Pape pun, all the best for the program.