Monday, May 30, 2011

Program USR-UTM@Kubang Pasu 11 (2)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Bersama Menuju Ke Puncak” itulah tema bagi program terakhir saya di Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur iaitu Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior, Kubang Pasu, Kedah 2011 (USR-UTM@Kubang Pasu 2011).

Dengan barisan fasilitator seramai 20 orang termasuk saya bagi merealisasikan tanggungjawab sosial dan khidmat pendidikan kepada hampir 200 pelajar sekolah cukup memberi kepuasan kepada saya untuk terus berkhidmat kepada anak bangsa dan masyarakat di sekeliling.

Memang benar! Cabaran untuk saya dalam merealisasikan program ini cukup besar. Walaupun kelihatan mudah, tetapi sebenarnya banyak kepahitan yang perlu aku selaku Pengarah Program serta Barisan Majli Tertinggi Program dan AJK Program yang lain lalui. TAHNIAH ! Saya ucapkan kepada korang semua kerana masih mampu bertahan bersama saya dalam melaksanakan program berbentuk khidmat sosial seperti ini.

Secara jujur saya katakan di sini, korang semua memang TERBAIK. Tanpa korang semua, tidak mampu saya dapat bertahan. Korang semua ibarat sebuah keluarga USR yang begitu berkomitmen dan begitu hebat.

Antara aktiviti yang dapat kami jalankan selama 3 hari 2 malam di sana adalah Ice Breaking, Program Mentor-Mentee, Qiamullail, Munajat Perdana, Senaman Pagi, Ceramah Kemasukan Ke UTM, Perkongsian Pengalaman di Universiti, Ceramah Potensi Diri, Latihan Dalam Kumpulan, Perlawanan Persahabatan Bola Sepak UTM vs SMKPN, Kuliah Subuh dan Majlis Penutupan.

Kepada Cikgu Nurhayati dan Cikgu Rahimah yang banyak membantu kami di pihak penganjur, cukup menggambarkan betapa kuatnya sokongan cikgu terhadap program yang tak seberapa ini. Dan saya percaya, jika masih ada cikgu seperti cikgu berdua, makin bertambah anak muda yang akan turun bersama-sama dengan pelajar sekolah untuk memberi sumbangan bakti termasuk pendidikan dan motivasi.

Kepada adik-adik Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior, abang berharap korang semua dapat sedikit sebanyak kebaikan atau input yang boleh digunakan pada masa hadapan korang. Dan ingatlah, jika korang mahu melangkah ke Menara Gading, teruskanlah berusaha, bertawakkal dan berdoa… Insyaallah.

Akhir kata, saya ucapkan berbanyak ‘Terima Kasih’ kepada seluruh pihak secara langsung atau tidak langsung yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dan team saya untuk terus berbakti menjelajahi seluruh pelusuk Malaysia. Insyaallah…jika diberi peluang sekali lagi, saya akan cuba satukan kembali team saya ini untuk terus berbakti…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

1 comments:

Anonymous said...

letih la qiam