Sunday, May 1, 2011

Program USR-YPM-UTM@Bachang '11 (1)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Mahasiswa Prihatin Peneraju Aspirasi Negara” merupakan satu tema yang diangkat bagi menampakkan kesungguhan di kalangan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus untuk ‘turun padang’ menjengah masyarakat luar Bandar di perkampunga ‘Bumi Hijau’ yang terletak di Kampung Baroh, Bachang, Melaka.



Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Kampung Baroh, Bachang, Negeri Melaka (USR-YPM-UTM@Bachang ‘11) ini akan diadakan bermula 18 hingga 23 Mei 2011. Dengan komitmen mahasiswa seramai hampir 50 orang akan bersama-sama menyemarakkan lagi aktiviti kemasyarakatan yang akan dilakukan tidak lama lagi ini.

Program yang diterajui oleh saya sendiri selaku Pengarah Program dengan gandingan 2 orang Timbalan Pengarah Program iaitu Saudara Mohd Irfan Bin Mohd Shah (Mahasiswa Tahun 3) dan Saudara Muhamad Faiznur Bin Muataruddin (Mahasiswa Tahun 1) melibatkan pelbagai jenis aktiviti ini menekankan 4 aspek yang digariskan iaitu Keilmuan/Pengetahuan, Kerohanian/Keperibadian, Psikologi/Pemikiran dan Sosiologi.

Sebanyak 10 orang (termasuk saya, Irfan & Faiz) bertindak sebagai tunjang utama bagi aktiviti kemasyarakatan ini cukup memberi kekuatan dan satu persatu masalah yang berlaku dapat diselesaikan secara lebih sistematik dan teratur. Insyaallah..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak ucapan ‘TERIMA KASIH’ kepada semua AJK PELAKSANA (Irfan Shah, Faiznur, Nazriah, Anis Safwan, Asyraf Yusof, Mohd Hasri, Bukhari, Wan Ayzam dan Hafiz) bagi USR-YPM-UTM@Bachang 11 ini. Tanpa kalian semua, tak mungkin gerak kerja kita di tahap ini. Semoga ukhuwah kita semua terus terjalin.

Kepada semua peserta yang terpilih, saya amatlah berharap agar anda semua memberi kerjasama yang tinggi bagi mempermudahkan segala urusan yang berkaitan dengan kelancaran program. Dan saya ingin memaklumkan di sini bahawa semua peserta perlu ada di Kediaman Siswa Jaya mulai 16Mei2011(selewat-lewatnya MALAM) untuk taklimat dari pihak Penganjur dan pengkelasan tugas masing-masing.

Saya percaya sekiranya semua pihak memberi kerjasama dan sokongan yang kuat, Insyaallah, semuanya akan berjalan lancar sepertimana yang kita harapkan dan yang kita rancang. Di pihak penganjur, kita mengalu-alukan kesungguhan yang ditunjukkan dari peserta semua bagi merancakkan lagi semangat ‘Mahasiswa Prihatin’ yang sememangnya perlu ditingkatkan dalam diri mahasiswa di seluruh negara.

Semester ini kelihatan kurang kerancakkan yang ditunjukkan oleh Kepimpinan Mahasiswa sekarang terhadap program-program sedemikian. Tapi diharapkan dengan kalobarasi yang ditampilkan kali antara “Senior & Junior” dalam perkongsian program sedemikian dapat terus memperjuangkan program-program sedemikian untuk meningkatkan lagi input-input yang sepatutnya dipelajari dan dimiliki oleh mahasiswa terutamanya dalam berdepan dengan masyarakat sekitar, pelajar sekolah dan kepimpinan masyarakat sekitar.

Saya amatlah berharap agar sahabat-sahabat, rakan-rakan, pembaca blog dan sebagainya lagi mendoakan agar program Ke-3 berbentuk kebajikan yang diterajui oleh saya setelah (Program USR-UTM@Melaka 2010 dan Program USR-UTM@Panching, Pahang 2010) berjlan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah digariskan. Dengan kewujudan program seperti ini, saya berharap agar seluruh mahasiswa akan lebih peka dengan masyarakat sekeliling dan akan bersama-sama dengan saya untuk ‘turun padang’ bersama masyarakat luar. Insyaallah…

Dan kepada mana-mana syarikat-syarikat swasta atau mana-mana individu yang prihatin untuk memberi sebarang penajaan berbentuk wang ringgit atau produk atau barangan, bolehlah menghubungi saya di Talian, 013-3114305 selewat-lewatnya sebelum 15 Mei 2011 bagi mempermudahkan segala urusan. Insyaallah…

Akhir kata, kerjasama yang diberikan oleh semua pihak setakat ini cukup memberi semangat untuk saya dan AJK yang lain untuk teruskan aktiviti yang sedemikian dan didahului dengan ucapan TERIMA KASIH. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program
USR-YPM-UTM@Bachang ‘11
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: