Saturday, May 5, 2012

KOPI : Sebuah Antologi Cerpen Fixi...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

‘KOPI : Pahit ! Manis ! Hitam ! 
KOPI : Payau ! Pekat ! Sedap ! Likat ! Kelat ! 
KOPI : Mengkhayalkan ! Menginzalkan ! 
KOPI : Panas ! Sejuk ! Berkrim ! Harum ! 
KOPI : Segar ! Semerbak ! Janda ! Jantan !’

Tapi KOPI yang ingin saya kongsikan di sini adalah berkenaan dengan sebuah buku Edisi Terhad berjudul KOPI keluaran FIXI. KOPI ialah antologi cerpen FIXI yang pertama yang menampilkan 19 cerita yang adiktif dari 19 orang penulis yang berbeza. 

Ketika mula-mula melihat dan mengetahui mengenai buku KOPI ini, saya hanya buat endah tak endah saja mengenai terbitan cerpen-cerpen ini kerana saya lebih meminati Novel-novel Keluaran FIXI. Akan tetapi setelah saya memiliki KOPI ini, saya terus jatuh hati dengan cerpen-cerpen yang ada dalam KOPI.

KOPI ini menyingkap 1001 cerita yang begitu pelbagai sepertimana secara realitinya KOPI itu sendiri dapat dipelbagaikan mengikut kehendak pengguna. Dan yang paling saya suka adalah LUWAK DAN KRETEK nukilan Saudara Ridhwan Saidi dan KOPI PERCIK nukilan Amal Hamsan.


Dalam KOPI ini juga, pelakon Redza Minhat (Aktor Filem Pisau Cukur) turut serta menyumbang karya penulisan dalam KOPI ini dengan tajuknya iaitu VENTI. Cukup baik ideanya dalam penulisan ini ! 

Jika ditanya berapa bintang yang ingin saya berikan terhadap KOPI ini, saya akan memberi 4 bintang di atas keberkesanannya melalui beberapa cerpen yang cukup hebat dan memberikan kesan kepada saya sebagai pembaca. Tahniah FIXI dan Penulis KOPI

Kepada yang belum memiliki KOPI ini, dapatkanlah segera kerana cetakannya adalah TERHAD. Dan tak rugi memiliki dan menjadikan KOPI ini sebagai koleksi bahan bacaan anda di rumah, di bilik dan di asrama. Hehehe… =) 

*KOPI : Hebat ! 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

6 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih kerana membaca KOPI.

:)

wan muhammad hazem said...

wow...thanks Zara (salah seorang penulis KOPI) yang sudi singgah ke blog saya... =)

shandye. said...

tahniah kerana menjadi salah seorang daripada 1500 pembaca ohsem yang memiliki buku kopi. hehehe...

wan muhammad hazem said...

Shandye : hehehe .... =)

Xandrace said...

saya baru tahu kewujudan kopi..tp dah tak jual dah..kalau awk nk jual kopi, boleh tak awk contact saya?
yusrimah35@gmail.com
thank u so much dear..

Khairul Muna said...

anyone yg nk jual KOPI ney ada x?