Sunday, May 6, 2012

Anak Derhaka Guna Kayu, Pisau Ugut Bunuh Bapa...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

KUALA TERENGGANU – “Aku bunuh mu!” Demikian kata seorang anak derhaka mengugut bapanya hanya kerana tidak berpuas hati dengan orang tuanya itu, dalam satu kejadian di Kampung Petaling, Tepoh, di sini, petang kelmarin. 

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.15 petang dan suspek berusia 20-an, dikatakan sanggup mengugut bapa malang itu yang berusia 50-an dengan sebatang kayu dan sebilah pisau. 

Difahamkan, suspek yang tidak bekerja itu ingin membalas dendam terhadap bapanya kerana tidak berpuas hati dimarahi selepas berlaku sedikit perselisihan faham antara dua beranak itu sebelum ini. 

Suspek yang masih bengang dengan teguran bapanya terus menerkam belakang mangsa sambil mengacukan kedua-dua senjata ke muka mangsa dengan mengeluarkan kata-biadab itu . 

Dalam kejadian itu, berlaku pergelutan antara dua beranak terbabit selepas mangsa cuba menyelamatkan diri daripada terus diapa-apakan oleh suspek. Walaupun tidak dicederakan, namun bimbang berlaku perkara tidak diingini, mangsa mengambil keputu-san membuat laporan di Balai Polis Gong Badak pada hari kejadian. 

Susulan laporan dibuat, suspek ditahan di rumahnya dan hasil ujian saringan urin turut mendapati suspek positif methamphetamine. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian dan menjelaskan kes kini disiasat di bawah Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah. 

Sumber : Sinar Harian 

*Dunia akhir zaman, ibu ayah pun dah dianggap seperti musuh… Huhuhu Moga-moga dijauhi dengan sifat anak derhaka… Amin… dan mendoakan juga agar 'suspek' ini kembali taat kepada ibu ayah dia... Insyaallah... 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: