Saturday, May 19, 2012

Go Green Back To Nature - Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH…baru sahaja selesai Program Go Green Back To Nature sempena Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012 – IM YOUTH yang bertempat di Hutan Bandar Mutiara Rini, Johor Bahru anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bahagian Kerajaan Tempatan), Jabatan Landskap Negeri Johor dan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. 

Antara objektif program ini adalah mewujudkan suasana persekitaran yang hijau, menarik dan menawan serta mewujudkan keseimbangan antara pembangunan fizikal dan keperluan. Seterusnya memupuk kesedaran masyarakat bahawa menghijaukan bumi khususnya di Negeri Johor adalah tanggungjawab kita bersama. 

Selain itu, program ini juga memupuk semangat perpaduan, keprihatinan serta komitmen yang pada sesame kita dan meningkatkan semangat menyayangi, melindungi, memelihara dan memulihara alam sekitar yang merupakan khazanah berharga warisan Negara. 

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Md. Jais Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Mahkota. Turut hadir adalah Yang Berhormat Datuk Haji Aziz Sapian, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Nusajaya. 

UTM berkesempatan untuk menghantar hampir 20 orang mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai kolej untuk bersama-sama memeriahkan program tersebut termasuk saya. TERIMA KASIH saya ucapkan kepada pihak penganjur. 

Saya berkesempatan untuk menanam sebatang anak pokok hutan ketika program berlangsung. Cukup meriah dengan kerjasama beberapa orang dari Persatuan Bulan Sabit Merah serta beberapa orang wakil NGO turut bersama-sama menanam dengan saya. Sekurang-kurangnya semangat ‘Kehijauan’ masih wujud di kalangan anak muda dan belia remaja. 

Program yang berlangsung hampir 2 jam ini turut dimeriahkan dengan pameran haiwan exotic dan burung-burung yang cukup comel serta pameran ilmu dari pihak Iskandar Regional Development Authority (IRDA). Seterusnya, saya juga berkesempatan untuk beramah-mesra bersama-sama dengan tetamu VIP. Hehehe… 

Jom tengok beberapa keping gambar yang sempat saya ambil ketika program berlangsung. Heheheh… =) 



Mahasiswa/i UTM bersama dengan YB Mahkota dan YB Nusajaya...

Aku bersama dengan YB Tuan Haji Md Jais Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor merangkap Ahli Dewang Undangan Negeri Kawasan Mahkota... 
 
Aku dan Aliff Haikal bersama dengan YB Datuk Haji Aziz Sapian, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Nusajaya...
 


Credit to Aliff Haikal untuk gambar-gambar di atas... =) 

*Go Green ! Go Green ! 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: