Friday, May 4, 2012

Malam Pengenalan JKM & Malam Pengenalan Kelab KTDI UTM (MAPEK 2012)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Tadi telah berlangsungnya satu program iaitu Malam Pengenalan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) & Malam Pengenalan Kelab 2012 (MAPEK) anjuran JKM Kolej Tun Dr Ismail yang bertempat di Dewan Sri Resak Kolej Tun Dr Ismail UTM. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua KTDI UTM. 

Melihat kesungguhan para pelaksana membuatkan saya cukup memuji dengan gerak kerja serta perlaksanaan sepanjang program tersebut. Dan yang paling menarik perhatian saya adalah Persembahan Kebudayaan (Gamelan) yang cukup memukau dan memberi aura pada malam tersebut. Persembahan Nasyid Ukhwatul Muslimin juga menarik dan menghiburkan… Hehehe… 

Program tersebut adalah sebagai pengenalan organisasi Kepimpinan JKM KTDI bagi sesi kali ini serta pengenalan kepada kelab-kelab yang wujud di bawah JKM KTDI iaitu setelah penggabungan antara dua kolej sebelum ini iaitu Kolej 11 dan Kolej Tun Dr Ismail, maka wujudlah hanya satu nama sahaja iaitu Kolej Tun Dr Ismail. 

Saya berkesempatan untuk meninjau dan mengenali satu persatu kelab yang wujud dan yang paling menarik perhatian saya adalah Kelab Kebudayaan KTDI yang diketuai oleh Saudara Muzhaffar. Insyaallah, jika berkesempatan dan diberi peluang, saya ingin menceburi bidang baru iaitu mengenali dan bermain alatan muzik tradisional. Insyaallah…hehehe… 

Antara kelab-kelab yang wujud di bawah JKM KTDI sekarang ini adalah Kelab Usahawan, KARISMA, Team 5, Ukhwatul Muslimin, Nusa Tropika dan Kelab Kebudayaan KTDI. Setiap kelab tersebut mempunyai keistimewaan, kelebihan dan keunikan masing-masing. 

Insyaallah, saya akan terus memberi sokongan dan akan terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk aktiviti-aktiviti akan datang JKM KTDI di bawah kepimpinan Saudari KPW Siti Aisyah (Ecah) selaku Pengerusi JKM KTDI. Insyaallah… Jom saya kongsikan beberapa keping gambar yang diambil ketika melawat satu persatu kelab yang ada pada malam tersebut… =) 


*Teruskan Mencapai Kegemilangan… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: