Sunday, May 20, 2012

Terkejut Lihat Aksi Seks Adik...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

KAMPUNG RAJA – Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun, Hulu Besut pada 25 April lalu. 

 Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian. 

 Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit. 

“Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun,” katanya. 

Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian di halaman rumah. 

 Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut. 

Sementara itu, keluarga remaja perempuan itu membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, kelmarin selepas mengetahui kejadian yang menimpa anaknya. 

“Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan yang intim dan suspek dipercayai mengambil kesempatan merogol mangsa,” katanya. 

Kamaruddin berkata, polis berjaya menahan suspek seorang iaitu seorang penganggur berumur 18 tahun berhubung kes itu. 

Dia kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun 20 tahun dan sebatan. 

Sumber : Sinar Harian 

*Siapakah yang harus dipersalahkan? Lelaki atau perempuan? Semuanya mestilah kembali kepada agama dan berfikirlah secara waras sebelum melakukan apa-apa tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Wallahua’lam… Jangan Hampiri Zina ! Jangan Berzina ! Jauhi Zina ! 


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

2 comments:

EtySalbiah Abdurrasik said...

Hye..nice entry..hot issue.~ney aa bbudak zmn skrng..tlalu bebas..pengaruh budaya baratkan..apepon thanks for the entry..sy pon nak m'igtkan diri sndiri jgkla..jauhi zina!!=)

wan muhammad hazem said...

Insyaallah, sentiasalah menutup aurat dan menjauhi zina... n mohon perlindungan dari-Nya... Insyaallah... =)