Thursday, July 12, 2012

Keputusan Masuk IPTA sesi 2012/2013 Keluar Jumaat Ni...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Detik bagi menyemak kemasukan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah telah saya lalui setahun yang lalu. Dan ini juga cukup mendebar-debarkan saya apabila akan menyaksikan kumpulan junior saya pula untuk melihat nasib mereka bagi meneruskan pengajian mereka di peringkat yang seterusnya. 

Saya mendoakan agar kalian semua (Junior-junior saya) dapat meneruskan pengajian anda sepertimana yang dimohon. Insyaallah… saya percaya dengan azam yang kuat dan doa yang berterusan, Insyaallah…rezeki ada dimana-mana sahaja… Insyaallah… =) 

KUALA LUMPUR - Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2012/2013 akan diumumkan Jumaat ini. 

Pemangku Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Ismail Nor Hassan Basri berkata calon yang memohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai pukul 12 tengah hari. 

"Pemohon boleh menyemak permohonan mereka menerusi tiga saluran utama iaitu laman sesawang KPT; talian bantuan (Helpline), talian hotline; dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi. 

Calon boleh menyemak menerusi laman web http:upu.mohe.gov.my atau di talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777 dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS); UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888. 

Menurut laman sesawang KPT, keputusan kemasukan permohonan akan dikeluarkan pada minggu kedua bulan Julai tetapi tiada sebarang tarikh dinyatakan. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa menafikan berlakunya kelewatan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA. 

"Keputusan bukan lambat. Memang 13 Julai telah ditetapkan. Keputusan belum boleh disemak, belum dimasukkan ke dalam sistem. Pemilihan akhir oleh universiti sedang berlangsung," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama. – Bernama 

Sumber : Sinar Harian 

*GOODLUCK untuk semua… n SELAMAT DATANG ke UTM JB...heheheh =) 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

2 comments:

Ismi Iman said...

UTM tmpat angan2 saya cz 2 bez engineering..doakan saya

wan muhammad hazem said...

Insyaallah... Ada rezeki ada la tue... nanti kalu dpt gtaw saya... sebab saya nanti jaga kemasukan student utk minggu transformasi mahasiswa... =)