Wednesday, July 4, 2012

Sukan Malaysia XV Pahang 2012...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

‘Sukan Menjana Perpaduan’ itulah Tema yang diangkat bagi Sukan Malaysia XV Pahang 2012 (SUKMA PAHANG 2012) yang akan berlangsung di Negeri Pahang Darul Makmur iaitu Kuantan, Pekan dan Temerloh. 3 lokasi yang akan dipenuhi dengan hampir 15 kontinjen yang melibatkan semua negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan dan Brunei. 

Pertamanya, saya ingin kongsikan mengenai Logo Sukan Malaysia XV Pahang 2012 kali ini sepertimana di bawah. 


Maskotnya pula kali ini mengangkat haiwan ‘Gajah’ sebagai maskot bagi SUKMA XV PAHANG 2012 kali ini iaitu Tahan, Puteh, Rajah dan Teku sepertimana di bawah. 


Acara kali ini mempertandingkan 24 jenis sukan dan menawarkan hampir 377 pingat emas bagi keseluruhan sukan dan 1207 pingat ditawarkan bagi keseluruhan jenis pingat. Dan sukan Akuatik dan Olahraga menawarkan pingat emas yang paling banyak iaitu masing-masingdengan 48 dan 45 pingat emas. Acara sukan yang dipertandingkan adalah seperti berikut : 


Dan yang lebih menyeronokkan saya adalah ramai juga kenalan dan rakan-rakan saya mewakili negeri masing-masing dalam SUKMA XV PAHANG 2012 ini, antaranya untuk sukan Sepak Takraw, Ragbi, Kayak dan sebagainya lagi. Saya mendoakan agar anda semua Berjaya. INSYAALLAH… 

‘Pulun Kedah Pulun’ 

Apa-apa pun, saya menyokong penuh kontinjen negeri Kedah iaitu negeri Kelahiran saya. Selamat Berjaya untuk Kontinjen Negeri Kedah Darul Aman. Selain itu, yang akan menjadi lebih hangat ialah penyertaan dari Juara Bertahan sebanyak 3 kali berturut-turut (Hatrik) iaitu Kontinjen Negeri Terengganu Darul Iman. Mampukah ianya bertahan? Heheheh… 

‘Selamat Berjaya’ untuk kesemua Kontinjen. Nantikan siapakah yang akan menjuarai SUKMA XV PAHANG 2012 kali ini… hehehe =) SUKMA XV PAHANG 2012 secara rasminya akan bermula 7 Julai sehingga 16 Julai 2012… 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: