Tuesday, February 22, 2011

Kematangan Dalam Mendepani Politik Kampus...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pemerhatian telah dilakukan kepada beberapa universiti awam Malaysia termasuklah Universiti Teknologi Malaysia International Campus berkenaan dengan Proses Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa sehinggalah terfikir untuk saya perkatakan pada hari ini berkenaan dengan “Kematangan Dalam Mendepani Politik Kampus”.

Saya beranggapan bahawa segelintir mahasiswa sekarang kurang minat terhadap dengan politik kampus ini malahan tidak tahu apa sebenarnya politik kampus, apa itu proses Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa. Banyak konflik dan persoalan timbul sebelum, semasa dan selepas proses Pilihanraya Kampus, tidak kiralah di UTM IC mahupun mana-mana universiti yang lain.

Proses pemilihan ini haruslah bersih dari pelbagai pihak (sama ada di pihak mahasiswa mahupun pentadbiran). Ketelusan dan keadilan mestilah dijadikan ramuan utama untuk memastikan segala proses yang dilakukan adalah berlandaskan Islam. Tidak guna sekiranya setiap mahasiswa yang dijadikan calon itu hanya sekadar menjadi BONEKA pihak-pihak tertentu dan terpaksa mengikut telunjuk atas dasar ingin berada di kerusi yang ‘Selesa’ itu.

Melihatkan situasi yang sedikit kencang ketika proses penamaan calon sehinggalah setelah pengumuman dibuat, boleh dikatakan banyak perkara yang secara jujurnya saya kurang bersetuju dan kurang menyokong termasuklah pemilihan bagi kerusi Umum KL dan Umum Skudai. Tapi saya akan lebih banyak menyentuh perkara yang melibatkan atau dikaitkan dengan diri saya.

Secara jujurnya, saya tidak pernah mengisytiharkan saya menyokong ‘totally’ terhadap “Revolusi Mahasiswa”, “Pro Mahasiswa” mahupun “Evolusi Mahasiswa”. Di UTM IC saya lebih ke arah memihak kepada “Revolusi Mahasiswa” disebabkan ada beberapa perkara yang membuatkan ideologi perjuangan saya seiring dengan gerakan mahasiswa tersebut dan saya sendiri masih menyokong dengan ideologi yang dibawa oleh pihak Pro Mahasiswa UTM IC.

Tetapi jika melibatkan UTM Skudai, saya lebih ke arah melihatkan calon-calon yang dipertandingan. Kredibiliti dan kepercayaan saya untuk saya memberi undi pada mereka yang bertuah adalah mereka-mereka yang menampakkan kesungguhan untuk ‘turun padang’ bersama-sama dengan mahasiswa di UTM IC. Sekurang-kurangnya mereka ini berani berdepan dengan mahasiswa di sini berbanding calon-calon lain.

Berbalik kepada perbincangan yang ingin saya sampaikan adalah mahasiswa haruslah sedar dari lamunan dan tidak tertipu seterusnya terikat dengan pihak-pihak yang senantiasa ingin mengambil kesempatan ke atas diri saya. Mahasiswa haruslah bertindak matang dalam membuat pilihan yang masih berlandaskan prinsip-prinsip diri masing-masing.

Kematangan dalam politik kampus yang dimaksudkan adalah bertindak secara berani dalam memastikan konsep “Keadilan dan Ketelusan” menjadi hak utama kepada seluruh masyarakat kampus. Bukannya menjadikan FITNAH dan PROVOKASI sebagai salah satu cara untuk meraih kemenangan mudah dalam pilihanraya kampus ini.

Saya ada banyak bukti berkenaan dengan politik kampus. 3 tahun dalam melayari suasana politik kampus ini cukup memberi kesan kepada diri saya sendiri. Banyak perkara yang tidak dijangka pernah singgah sebentar dalam hidup saya setelah saya bergiat aktif dalam bidang ini. Memang tidak dinafikan, saya pernah difitnah, diugut, diganggu oleh beberapa orang yang tidak dikenali tetapi saya masih kuat berdiri kerana saya yakin pada diri saya, sekiranya kita ingin menuntut keadilan percayalah halangan dan cabaran ini sentiasa silih berganti dalam hidup kita.

Pernah sekali seorang mahasiswa yang begitu ‘Alim’ cuba menyuruh saya membuat ‘PEMBOHONGAN’ semata-mata untuk memastikan kemenangan kepada pihak yang diinginkan beliau, tetapi saya bersama 2 orang bekas MPM dan 1 orang bekas Presiden PMI menegaskan bahawa menidakkan hak orang lain bukanlah cara yang berlandaskan ISLAM.

Jika difikirkan kembali, banyak perkara-perkara yang menampakkan ”KEBODOHAN” sendiri tetapi saya berdoa agar kalian yang terlibat itu diberikan petunjuk dan memohon maaf kepada mahasiswa-mahasiswa yang lain supaya persahabatan dan persaudaraan yang menjadi tunjang kekuatan umat Islam dan Bangsa Melayu it uterus berkekalan.

Mendepani politik kampus ini, setiap mahasiswa perlulah sentiasa berfikiran terbuka dan seterusnya berfikir apa baik dan buruknya. Bukan mendengar hanya dari sebelah pihak tertentu sahaja. Mahasiswa juga perlulah bijak memilih pemimpin yang berkredibiliti, pemimpin yang mesra rakyat, pemimpin yang memegang dasar prinsip Islam yang tinggi, pemimpin yang mampu membawa kita ke arah kebaikkan.

Akhir kata, saya tujukan kepada junior-junior saya, fikirkanlah sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan konsep Islam semata-mata mengikut telunjuk senior-senior yang dianggap hebat itu, keluarkanlah diri anda itu dari terikat dengan mereka ini supaya anda tidak menyesal di kemudian hari. Percayalah, apa yang saya perkatakan ini adalah berdasarkan perkongsian rakan-rakan seperjuangan dan pengalaman yang saya sendiri alami.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

5 comments:

azie5ouh!8 said...

thx 4 sharing the info..sy pun masih bertatih dalam bidang politik kampus nih..dalam masa kurang dari sebulan, sy da dpt taw serba sedikit ttg politik UTM..XD

MiZ Rayy said...

Like... xmau komen apa sbb xarif bidang nie... tp mmg bgus entry nie...

peace said...

LIKE....SETUJU....TERBEST....TERBAIK.... :)

CECOMEL said...

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=200841359941955&set=a.124239970935428.20133.100000482778575&ref=notif&notif_t=photo_comment&theater

wan muhammad hazem said...

sekadar perkongsian ilmu dan pendapat...hehehe =)