Monday, February 28, 2011

Kehangatan Materialistik...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Kehangatan Materialistik” merupakan satu sifat yang kian meresap dalam diri kita di era millennium ini. Ianya kian bergelora ketika diri meningkat dewasa. Materialistik dari sudut bahasa membawa maksud sifat yang mementingkan kebendaan. Ada yang sanggup berbuat apa saja bagi memuaskan nafsu dan keinginan kebendaan ini.



Kita dapat lihat terutamanya ketika menuntut di mana-mana sahaja IPTA, IPTS dan sebagainya, mereka yang tergolong dalam kategori ini akan sentiasa dilihat mewah sedangkan pada hakikatnya tidak. Mereka ini juga sanggup lakukan apa sahaja untuk memenuhi keinginan mereka itu walaupun terpaksa menggadaikan maruah diri.

Secara umumnya, semua manusia di muka bumi ini dipengaruhi dengan sifat “Materialistik” masing-masing. Ada yang Berjaya mengawal diri dan ada juga yang tewas dengan desakan nafsu. Tapi percayalah menjadi lumrah bagi setiap manusia ini terhadap sifat kematerialistikan itu. Cuma atas kebijaksanaan masing-masing mengawalnya.

Petang ini saya ingin berkongsi satu lirik lagu yang bertajuk, “Materialistik” yang sebenarnya member gambaran dan maksud yang cukup tersirat dan akan membuatkan diri kita berfikir sejenak. Insyaallah… Bersamalah kita menghayati,

“Kehangatan Materialistik”


Masa silih berganti dunia semakin laju
Fikiran lebih terbuka mengikut peredaran masa
Adakah kita perlu mengekorinya
Apa yang berlaku di pelusuk dunia
Keikhlasan diri yang harus waspada
Diserapi nilai jenama

Semakin hangat materialistik menggoda jiwa
Semakin hari materialistik mengaburi jiwa
Semakin gagah materialistik menggoda dunia

Lihat pada si dia apa yang dipakainya
Dari rambut hingga ke kaki semuanya harga lumayan
Si nafsu pun mula memaksa jiwa
Cepat cepat dapatkan ia segera
Nanti apa pula dikata orang
Kita kan orang yang berada

Tell me why you wanna aunt what ya wearing now
Got a reputation can't appear in a
Simple and affordable gearing huh
Playing with my mind got me branded up
Sporting tommy hilfigers
And baby on the really there be something wrong with us
Be acting real silly wasting all them good dollars
On apparels with the brand cause
That be the one and only reason why you wear them
Thinking about what other people think
And without a doubt
You go materialistik run your money out
So don't become a slave to fashion
This here i be saying ums with a passion what !

p/s : Semuanya kita sentiasa berfikiran waras dalam mengawal hawa nafsu kita terhadap kebendaan. Insyaallah…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

2 comments:

Siti Nurasmaq Binti Mat Daud said...

kehangatan materialistik..sifat yang biasa didoktrinkan pada anak-anak sejak kecil lagi.contoh mudah,bagi ibu bapa yang mengatakan(kononnya)ingin menjaga dan terlalu sayangkan anak-anak maka dibelikan anak-anaknya pakaian dan barang-barang yang mahal dan dapat menunjuk2 pada kawan2(padahal anak-anak tak perlukan benda2 tu semua)yang diperlukan adalah ajaran dan didikan agama untuk masa hadapan.tetapi diutamakan benda lain.bila dah remaja dan dewasa,mereka dah terbiasa dan tak dapat terima jika dibelikan barang-barang yang murah atau berharga sederhana. Katanya malu dengan kawan2.Akan tetapi masa tu ibu bapanya dah kurang income tuk menampung anak yang bertambah bilangannya. Maka apabila dah remaja dan dewasa mereka sanggup berbuat apa saja untuk dapatkan sesuatu yang mahal dan dapat jadi lebih dari orang lain++if takde guide dari ibu bapa dan kawan2.

wan muhammad hazem said...

Setuju dengan pendapat awak, Nurasmaq... hehehe thanks coz kongsi idea... =)