Thursday, February 24, 2011

Dari MPM Beralih Ke Cikgu Tuisyen...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Setelah setahun memegang Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa tibalah pula untuk saya beralih angin mencari pengalaman baru sebagai Cikgu Tuisyen Peribadi (UPSR) bagi subjek Bahasa Melayu (Pemahaman dan Penulisa) dan Matematik bersama junior saya, Izzuddin Nizam yang akan mengajar subjek Bahasa Inggeris dan Sains.


Saya berasa amat bersyukur kerana terpilih untuk berbuat sedemikian setelah hampir 4 bulan menunggu keputusannya. Terima kasih, Encik Radhir Sham kerana memilih saya dan junior saya, Izzuddin Nizam. Jika diperhatikan semula dalam keluarga saya, abang saya adalah seorang Ustaz Bahasa Arab yang mengajar di Kedah dan kakak saya pula adalah Ustazah Pendidikan Islam di Pulau Pinang.

Tercapai juga hasrat saya untuk menimba pengalaman baru ini setelah Berjaya merealisasikan konsep “Mentor - Mentee” di dalam Persatuan Mahasiswa Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) sejak 2 tahun yang lalu. Mentee saya di UTM IC ialah Raja Norfarizal (2 DDF). Hehehe… Pengalaman baru ini tidak akan saya sia-siakan setelah diberi tanggungjawab baru dan saya akan gunakan sebaik mungkin untuk membantu anak bangsa saya dari sudut peningkatan Ilmiah. Insyaallah…

Pengalaman baru ini dijadikan satu sumber inspirasi baru untuk saya buktikan bahawa mahasiswa adalah peneraju aspirasi Negara. Mahasiswa bukan hanya mengadap buku 24 jam tetapi mempunyai pecahan 4 bahagian untuk sama-sama perjuangkan diri sendiri, keluarga, rakan-rakan, masyarakat, bangsa, agama seterusnya Negara tercinta bernama, Malaysia.

Tiada perkara yang mustahil pada zaman ini. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau kita hanya sekadar petah berbicara tetapi tiada satu perubahan yang mampu dilakukan tidak guna kita menimpa ilmu itu hanya untuk diri kita sendiri. Perkongsian ilmu itu merupakan salah satu cara untuk kita terus ke depan mencapai wawasan. Insyaallah…

Percayalah, sekiranya kita tekad untuk melakukan sesuatu yang baru sebagai meraih ilmu-ilmu yang mendatang, Insyaallah, kita mampu lakukannya. Janganlah mudah kita berputus asa, kutiplah ilmu walaupun sehingga ke Negeri China.

AKhir kata, doakan kejayaan saya…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

3 comments:

rizwan's sweetheart said...

cikgu tuition? wahhh... fda tgh mencari cikgu tuition utk perancangan future beberapa bulan akan datang... =))

sudi tak xchnge link utk memudahkan kita berinteraksi?

jom singgah blog fda...

wan muhammad hazem said...

Fda : xde masalah, saya ok jew... apa2 hal contact my no.fon, 013-3114305 or my email, wan_hazem90@yahoo.com... =)

Hazimuddin Nazri Edata said...

Good & nice Keep up!. Lawati juga aiemhebatz.blogspot.com @ http://hazimjournal.co.cc . Dapatkan program pendidikan online (home tuisyen) Dari saya Hazimuddin Nazri : 0173937806