Tuesday, July 10, 2012

Allahyarhamah Azah Aziz Dalam Kenangan (1928 - 2012)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

TAKZIAH diucapkan kepada keluarga Prof Diraja Ungku Abdul Aziz di atas pemergian seorang tokoh budaya yang juga isterinya iaitu Sharifah Azah Mohamed Alsagoff atau lebih dikenali sebagai Azah Aziz yang baru sahaja meninggalkan kita pagi tadi kira-kira jam 10 pagi akibat serangan angin ahmar.


Di sini saya ingin kongsikan serba sedikit mengenai biodata Allahyarhamah Azah Aziz. Jom ikuti bersama…


SHARIFAH Azah Mohamed Alsagoff atau lebih dikenali sebagai Azah Aziz yang dilahirkan di Singapura, pada 21 Ogos 1928 dan dibesarkan di negara ini, mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Convent Inggeris di Johor Bahru, tetapi pengajiannya terganggu akibat perang. 

Allahyarhamah mengambil kursus kesetiausahaan, sempat berkhidmat sebagai Setiausaha di Jabatan Pengajian Sosial, Universiti Malaya (UM), Singapura dan Setiausaha Ketua Pengarang New Straits Times, Tan Sri Leslie Hoffman, yang memperkenalkannya kepada dunia kewartawanan, sebelum dilantik sebagai Pengarang Wanita Berita Harian serta Pengarang (Rencana) Utusan Melayu. 

Allahyarhamah berkahwin dengan Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dan dikurniakan seorang anak, Tan Sri Dr Zeti Akhtar. Allahyarhamah menghasilkan buku berkaitan sastera tradisional dan kekeluargaan seperti Ibu, Kenangan Budi, Keluarga Kita, Pantun-pantun Melayu, Pantun Kanak-kanak, Adik Sayang, Bangau Kurus serta Di Taman Seni. 

Pada 2006, Allahyarhamah menghasilkan buku Rupa dan Gaya: Busana Melayu hasil daripada pelantikannya sebagai Karyawan Tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

Allahyarhamah bergiat aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) apabila turut mengasaskan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) dan Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama), selain pernah dilantik sebagai Presiden Pertama. 

*AL-FATIHAH… Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insyaallah… 

 Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: