Sunday, December 10, 2023

Premiere Screening Filem Gampang Cuan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...

Alhamdulillah...kita bertemu lagi dalam blog aku yang tak seberapa ini. Sebenarnya aku excited untuk meneruskan impian aku menjelajah dunia menerusi backpackers dan Insyaallah, Tahun 2024 akan membawa aku ke beberapa buah negara yang pastinya menjadi negara ke-19 untuk aku explore secara backpackers.

Negara apakah itu? Insyaallah, awal Februari 2024 nanti aku akan ke Negara India. Ada beberapa daerah / tempat yang aku akan masukkan dalam itinerary aku iaitu Kashmir, New Delhi, Agra, Jaipur dan Amritsar. Doa-doakanlah agar semuanya berjalan dengan lancar. Insyaallah...

PREMIERE SCREENING FILEM GAMPANG CUAN

Gampang Cuan? Apakah itu? Mulanya aku sendiri pun tak pasti filem ini mengenai apa, tapi secara kebetulan, aku terpandang poster filem ini dan aku pun berkata, aku on untuk ke Premiere Screening filem Gampang Cuan ini pada 08 Disember 2023 bertempat di TGV Sunway Pyramid.

Bagi aku, filem ini membawa aku untuk selami realiti kehidupan yang sedang berlaku dan kadang-kadang aku terfikir macam watak Sultan lakonan Vino G Bastian. Sultan ini seorang anak / abang yang sangat mementingkan keluarga tetapi dia terpaksa menipu kepada keluarganya di kampung bahawa dia sudah berjaya di bandar Jakarta.

Konflik mula timbul bilamana satu persatu adiknya mula datang ke Jakarta iaitu Bilqis (lakonan Anya Geraldine) dan Aji (lakonan Alzi Markers). Banyak babak-babak yang melucukan bilamana Sultan dan Bilqis mula terjebak dengan saham untuk mendapatkan wang secara cepat.

Keadaaan bertambah genting bilamana ibu mereka pula datang ke Jakarta. Semua pelakon memberikan penghayatan yang sangat baik dalam menghidupkan suasana cerita yang begitu banyak pengajaran yang boleh kita ambil terutamanya berkaitan ukhuwah kekeluargaan. 

Ada beberapa babak yang membuatkan aku sendiri tersentuh dan mengalirkan air mata. Sangat dekat rasanya babak tersebut dengan aku dan aku terbayang mama abah aku. 😭😭😭

Secara keseluruhan aku sangat-sangat berpuas hati dengan filem ini dan aku ucapkan berbanyak ucapan terima kasih kepada Zhafvlog kerana sudi beri pass untuk aku menonton filem ini. Aku bagi 4/5 bintang untuk filem ini.

Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan ketika bersama-sama dengan para pelakon filem ini.

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari, 
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
09 Disember 2023
Setapak, Kuala Lumpur 

0 comments: