Wednesday, July 20, 2011

Debaran Sesi Temuduga Sebagai Penulis Skrip Filem...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Agak terkejut apabila menerima emel dari Metrowealth Movies Production untuk ditemuduga sebagai seorang Penulis Skrip Filem. Seperti sedang bermimpi ! Seperti sedang berkhayal ! Setelah berkali-kali melihat ianya memang kenyataan.



Alhamdulillah, syukur kepada Allah memberi saya satu lagi peluang untuk mencuba berbakti atau memberi pengajaran dari hasil penulisan skrip bagi diangkat sebagai sebuah filem. Tetapi saya masih perlukan masa untuk mengembangkan lagi idea kreatif saya ini supaya ianya benar-benar diterima oleh pihak produksi.

Saya menganggap sekiranya saya dipilih setelah ditemuduga pada 29 Julai 2011 ini sebagai bonus dan peluang saya untuk terus berkarya dalam dunia hiburan ini dan sekiranya saya ditolak, saya menganggap ianya sebagai ujian dari Allah Taala.

Kenapa saya begitu tertarik untuk pergi sesi temuduga ini?

Ianya kerana ini merupakan peluang saya untuk mengecapi impian saya untuk berkarya dalam membangkitkan isu yang berkaitan dengan mahasiswa dan remaja di Malaysia. Peluang yang diberikan ini akan saya gunakan sebaiknya untuk mengenengahkan idea seorang mahasiswa ke peringkat yang lebih luas sekiranya ianya benar-benar dapat direalisasikan sebagai sebuah filem.

Peluang ini sedikit sebanyak memberi saya kekuatan untuk saya terus berkarya dalam bentuk penulisan. Jika tahun sebelum ini banyak saya menulis artikel atau isu-isu yang berkaitan dengan mahasiswa dan belia di blog saya ini, mungkin inilah peluang saya untuk melebarkan sayap penulisan saya ke peringkat yang lebih tinggi. Insyaallah.

Dan sekarang saya amatlah mengharapkan doa-doa kalian supaya impian saya ini tercapai dan mendapat hasil yang bermanfaat kepada semua. Sekiranya ianya menjadi realiti, Insyaallah…saya akan teruskan berkarya bagi mengangkat pemikiran / idea kreatif di kalangan mahasiswa kini.

Akhir kata, saya amatlah berharap sekali lagi, agar sahabat-sahabat saya menyokong dan berdoa dengan keputusan saya untuk menghadiri sesi temuduga untuk penulisan skrip ini bagi mencapai impian saya untuk bergelar seorang penulis pada suatu hari nanti.

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

3 comments:

azie5ouh!8 said...

whoaa..good for you..
XD

Adda said...

wahh .best nyee . good luck ! :)

wan muhammad hazem said...

Thanks kepada yg support saya... Doakan untuk saya k... =)