Saturday, July 9, 2011

Pelancaran Filem Untuk Rakyat, KL Festival 2011...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan jutaan ‘Terima Kasih’ kepada mereka yang menjemput saya ke Pelancaran ‘Filem Untuk Rakyat bersempena KL Festival 2011 semalam yang bertempat di Dataran Karyawan FINAS, Hulu Kelang, Selangor.

Terima Kasih juga kepada sahabat-sahabat saya yang sudi bersama-sama saya seperti Ashraf Aero, Mubin Ismail, Raja Farizal, Syamil Slow, Mustapha Shobri, Hafiz SMI, dan Azlan yang ‘enjoy’ dengan program tersebut.

Pada malam itu juga, ditayangkan secara eksklusif iaitu Tayangan Filem Pertama Malaysia yang meraih kutipan box-Office sebanyak 12juta, KL Gangster. Kemeriahan turut diserikan lagi dengan para pelakon yang mewakili setiap filem yang ditayangkan sempena KL Festival 2011.

Antaranya Datuk Yusof Haslam (Penerbit KL Gangster), Adi Putra (KL Gangster), Fizz Fairuz (Nur Kasih The Movie), Jehan Miskin (Cun) dan Delimawati (Hantu Kak Limah Balik Rumah). Mereka ini ada juga melakukan gimik persembahan yang agak kelakar terutamanya bila ‘Hantu Kak Limah’ nyanyikan lagu ‘Enjit-Enjit Semut’, seluruh dataran menyanyikan bersama.


Bersama dengan kawan-kawan UTM... =)


Bersama dengan Datuk Yusof Haslam...


Bersama dengan Datuk Yusof Haslam...


Bersama dengan Fizz Fairuz...


Bersama dengan Adi Putra...


Apa-apa pun, saya ‘enjoy’ dan puas hati dengan aktiviti seperti ini yang jarang dijemput kepada saya. Dan saya ucapkan sekali lagi kepada yang sudi mengajak saya ke majlis tersebut. =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

2 comments:

ShafiqIzwan said...

pergh ajim jadi artis skarang. hahaha.

wan muhammad hazem said...

jangan jeles shafiq...hahahah =)