Tuesday, August 10, 2010

Gotong-Royong Mega : Pelestarian Kampus...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pelestarian Kampus merupakan satu perkara yang dianggap menjadi suatu kewajipan kepada seluruh warga kampus. Yang dimaksudkan dengan perkataan “Pelestarian” ialah perlindungan daripada kemusnahan atau kerosakan. Manakala kata dasarnya pula iaitu Lestari membawa maksud tidak berubah-ubah, kekal dan tetap.

Pada 7 Ogos 2010 yang lalu, terbukunya satu sejarah baru kepada seluruh warga kampus Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur dengan adanya Program Gotong-Royong Mega Bersempena Pelestarian Kampus yang bertempat di Lot 28137, Mukim Setapak. Program gotong-royong ini merupakan antara yang terbesar yang pernah diadakan di UTM IC dengan melibatkan seluruh jabatan yang terdapat di UTM IC termasuk juga seluruh mahasiswa UTM IC.

Program yang melibatkan kerjasama dengan Ahli Parlimen Setiawangsa, YB. Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Pengarah Kampus, Y.Bhg. Prof.Hamdani Saidi juga merupakan salah satu langkah dan transformasi yang ingin dilakukan iaitu berbentuk pelestarian kampus. Program gotong-royong ini dipecahkan kepada 6 kumpulan kecil yang diketuai oleh ketua-ketua jabatan.

Saya yang berkesempatan untuk sertai program ini walaupun bertembung dengan satu lagi program iaitu Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA di Esset, Bangi juga amatlah berpuas hati dengan program yang diadakan ini. Saya ditempatkan di kumpulan Kuning yang diketuai oleh Prof.Madya Durishah amatlah gembira walaupun penat dan letih, tetapi masih boleh berganding bahu dalam menerapkan budaya baru dalam masyarakat kampus pada hari ini.

Antara aktiviti gotong-royong yang dilakukan adalah menanam pokok di sekitar pintu masuk belakang, membersihkan kawasan belakang, membersihkan sekitar kawasan tasik dan sebagainya lagi. Apa yang dapat saya lihat adalah hubungan erat antara mahasiswa dengan pihak pentadbiran universiti mula terjalin antara satu sama lain. ALHAMDULILLAH…

Diharapkan agar aktiviti seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan melibatkan lebih ramai pihak pentadbiran universiti dan mahasiswa untuk mengambil bahagian dalam melakukan aktiviti amal seperti ini. INSYAALLAH…

Wallahua’lam…

“Pelestarian Kampus, Budaya Mahasiswa”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: