Saturday, December 22, 2012

Lagenda Budak Setan 2 : Katerina , Cukup Bersahaja...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Banyak kali saya cuba untuk luangkan masa bagi mengikuti perkembangan filem-filem melayu yang sejak akhir-akhir ini kurang mendapat sambutan. Limpahan filem yang kadang-kalanya tidak mencapai citarasa penonton menyebabkan ianya kurang mendapat sambutan. 

Semalam saya berpeluang untuk menonton filem yang menjadi salah satu senarai filem melayu yang ingin saya tonton iaitu ‘Lagenda Budak Setan 2 : Katerina’ yang diadaptasikan dari novel hasil karya abang kepada junior saya iaitu Saudara Ahadiat Akasyah. 


Filem ini mendapat sentuhan dari pengarah, Sharad Sharan ini menampilkan beberapa pelakon yang cukup hebat iaitu Farid Kamil, Maya Karin, Bront Palarae, Lisa Surihani dan sebagainya lagi. Filem ini agak meleret dengan plot penceritaan yang cukup sadis lakonan bersahaja dan penuh penghayatan oleh barisan pelakonnya. 

Jika dibandingkan dengan filem terdahulunya iaitu ‘Lagenda Budak Setan’, rasanya kesinambungannya agak tenggelam dan membuatkan saya kurang terhibur berbanding filem ‘Lagenda Budak Setan’. Apa yang dapat saya rasakan, filem ini sedikit Berjaya kerana menampilkan lakonan mantap dari para pelakonnya berbanding penceritaan yang dibawa dalam filem ini. 

Saya dapat katakan, filem ini masih boleh diberi perhatian dan berkemungkinan mampu untuk meraih beberapa anugerah dalam festival filem akan datang melalui penghayatan yang amat baik dari para pelakonnya. 

Saya hanya mampu memberikan 3 bintang sahaja untuk filem ini kerana menyebabkan saya hampir tertidur ketika menonton filem ini. Apa-apa pun, TAHNIAH kepada krew produksi filem ini kerana sedikit sebanyak menghilangkan stress belajar saya yang agak sibuk sebelum menghadapi Peperiksaan Akhir semester. 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: