Friday, November 27, 2015

Penerima 'Pingat Jasa Pulai - Anugerah Khas Pemimpin Masa Hadapan'...

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia...

Pertamanya sekali aku nak ucapkan sekalung ‘TAHNIAH’ buat kakak kesayangan aku a.k.a Along yang telah selamat melahirkan anak keduanya – ‘Baby Girl’. Waahhhh tak sabar nak balik ke Ipoh untuk tengok anak buah yang keempat aku ni. Aku doakan agar menjadi seorang anak yang solehah, taat kepada ibu ayah dan membawa kebaikan kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Insyaallah...Amin... J

Hari ini aku nak #throwback dan kongsikan seperkara mengenai ‘Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai, Johor 2014’, di mana aku diberikan satu penghargaan yang cukup manis dan yang tidak pernah dijangkakan sebelum ini iaitu aku tersenarai sebagai salah seorang penerima ‘Pingat Jasa Pulai bagi Kategori Anugerah Khas Pemimpin Masa Hadapan’.

PINGAT JASA PULAI – ANUGERAH KHAS PEMIMPIN MASA HADAPAN

Alhamdulillah ! Ini antara salah satu penghargaan terbaik yang diberikan kepada saya oleh YB Datuk Nur Jazlan, Timbalan Menteri Dalam Negeri (merangkap Ahli Parlimen Pulai & Ketua UMNO Bahagian Pulai). Majlis Penyampaian Pingat Jasa Pulai itu telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Haji Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi .


Walaupun aku sedikit kecewa apabila tidak tersenarai sebagai salah seorang penerima Anugerah-Anugerah Pendidikan Konvokesyen UTM, tapi Alhamdulillah ianya sedikit sebanyak mendorong aku supaya jangan berputus asa. Apa-apa pun, sepanjang 3 tahun berada di Universiti Teknologi Malaysia bagi pengajian aku peringkat Ijazah Sarjana Muda (Sains) Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, aku tetap mempunyai Sijil Dekan bagi 3 semester (out of 6 semesters).

Penghargaan yang diberikan menerusi ‘Pingat Jasa Pulai – Anugerah Khas Pemimpin Masa Hadapan’ ini sedikit sebanyak menjadi pendorong buat sahabat-sahabat, rakan-rakan, kawan-kawan dan lawan-lawan seperjuangan aku pada masa itu. Orang yang paling rapat dan banyak menyokong aku, tak lain tak bukan ; Omar Zahid, Hanifah Mazlan, Shukor, Fitri Saidi, dan sebagainya lagi yang menjadi kekuatan aku sepanjang tempoh kepimpinan di luar jangka. Tanpa kalian, aku sendiri pun tak sekuat hari ini.

Sebagai tambahan, 'Pingat Jasa Pulai - Anugerah Khas Pemimpin Masa Hadapan' ini merupakan kategori yang julung kali diwujudkan bagi senarai penerima Pingat Jasa Pulai. Dan aku merupakan penerima pertama bagi kategori tersebut. Alhamdulillah !

Penghargaan yang diberikan oleh YB Datuk Nur Jazlan ini menampakkan yang beliau memberi sokongan penuh kepada golongan mahasiswa untuk terus berbakti kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Ruang dan peluang yang diberikan oleh beliau menerusi idea aktiviti kemasyarakatan dan pelestarian yang disampaikan oleh mahasiswa ini, digunakan sebaik mungkin untuk bersama mencurah bakti.

Apa-apa pun, dunia ‘Mahasiswa & Universiti’ cukup memberi aku kekuatan untuk terus membimbing aku membina kerjaya di masa akan datang. Dan Alhamdulillah, aku sekarang berpeluang untuk berkhidmat dalam sektor awam. Insyaallah, aku akan buat yang terbaek untuk meneruskan impian aku untuk menuju ke sebuah kebahagiaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Insyaallah...Amin... ;)

Sekalung penghargaan buat YB Datuk Nur Jazlan, Uncle Rasman, Abang Nazlen, Abang Tengku dan semua yang banyak memberi nasihat dan pendapat sepanjang menjalankan aktiviti kemasyarakatan di peringkat kawasan Parlimen Pulai. Semoga ukhuwah terus terjalin dan terus berbakti. Insyaallah... J

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH


0 comments: